Thursday, July 7, 2011

SENANGNYA DALAM HATI

Rasa seronok ari ni. Baru dapat uruskan rumah sendiri tanpa ada tangan2 yang lain. Banyak keje bleh buat. Tak terasa ada mata2 yang memerhatikan. Kalau tak, nak buat apa pun serba tak kena. And I don't like people know what I am doing..
Agenda pertama - nak kemas stor umah. Nak buang barang yang tak berkenaan. Banyak sangat barang sampai tak bleh nak letak apa2 dah. Orang rumah baru takde barang. Ni penuh ngan barang. Setakat ini baru 1/3 siap. Malas la pulak rasanya.
Agenda kedua- to be continue tomorrow. Simpan barang dalam almari yang sepatutnya. Chaiyok..
Agenda ketiga - keluar berjalan2 ngan Papa dan anak2. Horeyyyyyyyy

Sunday, July 3, 2011

ALISSA DAN KEPUTUSAN PEKSA

Dah lama tak update blog ni. Ummi mmg camni. Hangat2 tahi ayam.. Hhuhuhu tak pasal2 keluar tahi ayam..
Last Thursday ari ambil report card Alissa. Ummi mmg sangat sibuk. So Papa kena ambilkan. Dia bawa balik jugak la report card tu. Ermm not bad. Dapat nombor satu anak Ummi. Mana taknya, semua kertas dapat 100%. Tapi this year she really study and tak ponteng kelas. Tahun lepas sibuk ngan Ummi pregnant and deliver. This year pulun habis2an.
Adriana dah makin besar. Dah jalan dalam 7-8 langkah tapi biasalah malassssssss. Jln 2-3 langkah pastu dia merangkak. Tapi rasa lega memang tak terkata. Overall development seem to be appropriate. Seriau weh bila anak tak cukup bulan.

Friday, June 17, 2011

BALIK KAMPUNG

Seminggu Ummi bercuti di kampung. Banyak gambar nak dikongsi ni. Tapi al biasalah, tungguuuuuuuuuu... Bila balik kampung, perkara yang mesti dan wajib dilakukan ialah makan, makan, makan. Hari2 ada aje benda yang nak dimakan. Dari kuih cara sampailah ke laksam.. Fuhhhh memang gemuk bila balik kampung. Tapi yang seronoknya bila dapat berkumpul ramai2. Along pun balik. 6 beradik duduk sekali. Huhhh rupanya tak la ramai mana pun 6 orang. Alahai kalau anak Ummi cuma 2 atau 3 orang, adoi sikitnya..

Susah dah bila semua dah ada keluarga masing2. Raya tahun ni di kampung Ummi. Ajak Along balik sekali. Harap2 dia dapatlah balik. Bleh beraya bersama2. Dah lama tak beraya semua adik beradik.. Rasa seronok lain macam pulak...

Ok citer pasal balik kampung ni nanti Ummi story mory lagi ye.. Nak tunjuk kebun sayur kakakku. Juga nak tunjuk gambar pokok gaharu abah. Pokok gaharu Ummi, hehehehe dah lama tak jenguk. Akak Ummi jelah tukang jaga.. Jaga elok2 ye De.. Nanti boleh jadi jutawan rupiah.. Hahahaha..

SUKAN ALISSA

Esok Sabtu hari sukan tadika Alissa. Tapi dia tak boleh pergi. Dah dua minggu beritahu yang dia tak bleh pegi. Yelah nak tengok cousin yang baru. Kesian jugak bila balik tadika dia kata ' Ummi, cikgu ada banyak hadiah. Isha nak botol air tu. Nak hadiah banyak2.' Tergamam sekejap. Ummi pun bagitau dia, ' Nanti Ummi beli botol air lain. Beli hadiah banyak2.' Dia happy la bila dengar macam tu.

Pagi tadi dia cakap lagi,
'Ummi, cikgu tak bagi baju biru kat Isha. Orang lain semua dapat.'

Hah.. Camne nak menjawab tu. So kenalah explain sekali lagi.. Lepas tu nampak dia mcm ok.

Susah juga bila kita menghampakan anak2 ni. Tapi setiap orang ada perkara yang tak dpt dielakkan. Ermm.. I follow jelah.

ADRIANA DAH BERJALAN

Alhamdulillah.. Adriana dah mula berjalan sampai 7-8 langkah. Walaupun terhoyong hayang tapi dia dah mula berjalan sendiri. Syukur perkembangan dia masih ok. Ni yang seramnya bila ada anak yang lahir tak cukup bulan. Banyak risikonya. Dulu masa kakak dia kecil, asyik dok perhatikan perkembangan dia. Sekarang giliran adik pulak.. Ermmm harap2 semuanya akan OK. Caiyok adik.. Go Go Go..

Monday, May 2, 2011

STEAMBOT LAGI DAN LAGI

Steambot ialah benda paling senang nak masak. Tu bagi Ummi la.. Beli aje bahan2nya. Pastu masak sup dan siap. Cuma yang leceh sebab nak buat sos. Tapi ada orang belasah aje ngan sos cili. Sedap jugak. Papa suruh buat tomyam. Maaf ye. Kiub tomyan dah expired. Takut sakit perut. At last, Alissa jugak yang menang sebab dia nak makan sup. Horayyy vote for Alissa.

Bahan-bahan

Sup
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 cm halia dipotong halus
- air secukupnya
- 2 ketul kiub pati ikan bilis

Cara-cara
- masukkan air, bawang putih, halia dan kiub pati ikan bilis ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.

Isi kandungan steambot
- bebola ikan
-bebola sotong
- bebola ayam
- isi ketam
- daging ayam
-sawi
- cendawan kelabu
- cendawan panjang2 tu *Ummi tak tau nama lerrr
- bihun
*Macam2 korang boleh letak kalau nak. Tapi ni aje bahan yang ada masa ni..

Cara-cara
1. Setelah sup mendidih, bolehlah dimasukkan bahan2 di atas.
2. Tunggu hingga mendidih. Bleh la diangkat dan dimakan..

SOS

Bahan-bahan
- 2 ulas bawang putih dicincang halus
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar sos cili
-2 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar gula perang
- sedikit garam
- 1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Tunggu sehingga mendidih dan pekat. Sedia dihidangkan.

* Adjust ler kat mana perlu sos tu. Kalau tak masin, tambah ler garam. Sos tu macam kuah yong tau fu. Nak bagi sedap tambah bijan atau kacang. Ikut citarasa masing2..

Gambar menyusul kemudian ye..

CUCUR BEBOLA

Bila cuti mulalah pening nak fikir nak masak apa. So pagi ni nak masak cucur bebola.. Sape nak makan, silakan. Sape yang memilih, sila masak sendiri atau dalam erti kata lain, bleh blahhhhh.. Ala, cucur ni senang bangat. Alissa pun pandai masak. Rajin atau malas. Sebelum tu nak tanya soalan skit, kalau anak tak pandai masak or malas, nak salahkan sape? Emaknya atau anak tu sendiri. Jawapannya hanya anda je yang tahu.

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 6 biji bebola ikan (dipotong dadu)
- 6 biji bebola ayam (dipotong dadu)
- 5 biji bebola sotong (dipotong dadu)
- 4 keping isi ketam (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar
- sebatang lobak merah
- 1 biji cili merah
- daun bawang * Ummi tak bubuh sebab takde
- sedikit garam
-sedikit serbuk kunyit
- air secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Masukkan tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam bekas. Kacau rata.
2. Masukkan bebola ikan, ayam, sotong dan isi ketam. Kacau rata.
3. Masukkan bawang, lobak merah dan cili merah. Kacau rata
4. Tambah air ke dalam adunan. Gaul rata.
5. Panaskan kuali. Goreng adunan tadi menjadi bulat2 kecil.
6. Setelah warnanya bertukar keperang2an, angkat dan ulangi proses sehingga habis.
7. Sudah siap untuk dihidangkan bersama sos cili atau sos buatan sendiri. Sedapp..

Macam biasa gambar akan menyusul kemudian. Harap maklum..

MAKARONI GORENG

Bila dah selalu sangat memasak ni, lama2 jadi boring lak nak makan. Tambah lagi kalau ahli rumah yang dah biasa makan kedai. Asyik nak membeli jelah jawabnya. Tapi Ummi tak bleh tahan asyik makan lauk kedai. Makan maggi lagi baik.
Itulah yang membezakan orang kaya ngan orang susah. Kalau kaya asyik nak makan kat luar. Bila kita masak, tak nak makan la pulak. Nak kata tak sedap, Ummi rasa biasa aje. Tapi tekak dah jadi tekak kedai. Mestilah nak yang kedai jugakkan?
Kalau orang susah, nasi ngan goreng ikan pun rasa sedap. Masaklah apa pun tetap sedap. Tu la hikmahnya bila kita susah. Sentiasa bersyukur ngan makanan yg ada. So bila masak, kalau tak habis nak dibuangkan fikir sepuluh kali. Membazirkan...
Susah bila dah biasa hidup terlalu senang. Jangan la anak2ku esok jenis yang nak makan kat kedai aje. Tu sebab Ummi kena rajinkan diri memasak. Biasakan budak2 ni ngan air tangan sendiri. Paling seronok bila anak kata, sedap Ummi masak. Pandai Ummi masak. Wah.....bangga kejap. Padahal masak biasa2 aje. Tapi anak puji lagilah bersemangat nak memasak.
Cuti tiga ari ni, Ummi memasak la. Ada jugak ari yang malas. Makan kat luar. Yang pasti breakfast kena masak. Ni makaroni goreng belasah namanya. Hahahha.. pakai hentam letak apa aje yang ada. Janji sedap dimakan. Memasak pun kena kreatifkan........

Bahan-bahan
- Makaroni (rebus sehingga lembut)
- 250g daging ayam kisar
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- setengah biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji lada merah (dihiris)
- sedikit minyak untuk menumis
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar cili kisar
- sedikit garam
- 2 biji telur
*Kalau ada daun bawang, masukkan sekali ye. Ummi takde dalam simpanan.

Cara-cara
1. Rebuskan makaroni sehingga lembut. Jangan lupa masukkan sedikit minyak semasa merebus untuk elakkan makaroni dari melekat.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging ayam kasar dan kacau rata. Masukkan lobak merah dan cili merah. Kacau lagi sehingga daging dan lobak empuk.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Gambarnya, nanti2 la ye. Bab nak upload ni leceh skit..

Sunday, May 1, 2011

KUIH CARA LAGI

Salam,.,. lama sudah tak meletak ntry. ni nak share buat kuih cara paling mudah di dunia. mudah tapi sedap. Idea ni datang dari anak saudara Ummi. Dia memang rajin ke dapur. Senang hati maknya. Sebut aje terus pegi buat. Dia kata susah la nak guna santan. So kuih cara kali ni tanpa santan. Rasa tetap maintain. Cuma kena ada acuan la.. Yang kat umah Ummi acuan nya kecil skit. Not nice but bolehla setakat nak makan. Yang kat kampung so cute.. Ni tgh merancang nak membeli acuan kuih cara macam acuan arwah mak..

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- beberapa helai daun pandan - pati pandan dalam 3 cawan *sehingga adunan cair
- sedikit garam
- gula untuk inti

Cara-cara
1. Daun pandan diblender atau ditumbuk. Dapatkan pati hijau.
2. Bancuh tepung bersama pati pandan. Masukkan garam.
3. Kacau sehingga sebati. Sebaiknya diblenderkan or guna whisk supaya tepung tak berketul2.
4. Adunan mestilah cair
5. Panaskan acuan di atas dapur. Sapukan minyak sebelum meletakkan tepung.
6. Setelah panas, masukkan tepung. Isikan gula di bahagian tengah. Memandangkan tak pakai santan so gula kena banyak sikit.
7. Tutup dengan tudung periuk.
8. Setelah tepung bertukar warna dari cerah kepada gelap sedikit, bleh la diangkat. Ulangi proses sehingga habis.
9. Tada.. sudah siap. Mudah bukan...

Ummi suka buat sendiri sebab yang beli ada telur. Kononnya nak bagi garing. Tapi Ummi ni pantang bau telur. Tak lalu den nak makan. Cubala...

Macam biasa, gambar kemudian ye..

Tuesday, April 26, 2011

INCOME TAX

Hahahha.. Dari minggu dulu dah siap. Cuma nak check betul2 kalau mana tau ada yang tinggal ke.. Alhamdulillah setakat ni tak perlu bayar. Lega rasanya.. Start tahun ni nak kena tambah mana2 bahagian yang boleh mengurangkan tax. Kena creative la weiii..
Anda dah bayar tax? Kalau belum cepat2 la settle kan. Lagi 4 ari je..

ADRIANA YANG MAKIN MONTEL



Adriana yang makin montel.. Alhamdulillah, makin besar dah. Nak dibandingkan masa lahir ari tu, berat dia cuma 1.5kg.. Harapnya makin terus sihat..
Nak kata makan banyak.. Biasa2 aje. Tapi Ya Allah, kalau masa tidur, lasaknya, Satu katil tu dia sorang aje. Habis semua orang kena sepak terajang dia. Dan lagi satu, sangatlah murai. Pot pet tak henti2 dengan suara yang kuat. Budak garang sunggu ler..

Monday, April 25, 2011

VADEY

Sabtu lepas Ummi sempat buat vadey. Ni dah kira kuih paling senang nak buat. Yang lambat sebab kena rendam kacang dhal tu. The rest so so easy to do. Nak resepi cari kat resepi ye....

TEPUK TANGAN

Ari ini dalam sejarah. Adriana dah bleh tepuk tangan. Dan akan tepuk bila kita nyanyi lagu tepuk amai2. Punyalah susah nak suruh dia tepuk tangan. Dah berbulan2 dok tepuk tangan ngan dia. Dan akhirnya...
Nampaknya kempunan la Ummi nak beli buku2 sempena PBAKL 2011. Dulu masa belaja, bleh la memborong sakan buku2 ni. La ni dok dah jauh, jangan harap la.. Beli jelah kat Popular sebab ada less 10%. Or kalau buku terpilih dapatlah 20%. Nampaknya hobi baca novel ni kena tukar ke baca enovel. Yg tu mmg tak bleh miss...

Sunday, April 10, 2011

DAH BERSARANG BLOGKU

Salam... Huhhu lama sungguh Ummi tak update apa2 kat dlm blog ni. Malas yang sgt2. Mana tak malas, byk sgt keje akhir2 ni. Citer balik kpg ari tu terperam je la nampaknya. Sikit punya banyak resepi tapi simpan dalam handphone jelah gambarnya.. Maybe next time..

Saturday, March 5, 2011

BILA CITER BAB SUKA TAK SUKA

Wah.. Ari ni memang ari nak lepaskan geram. Sape2 yang berkenaan yang terbaca n3 ni, sorilah ye.. Ni namanya mengumpat depan2. Dah tak larat nak simpan sorang2. Kalau nak phone kakak Ummi, ermmm sejam tak cukup nak gossip2 ni. Dia memang dah tau kalau kol dia jawabnya nak mengadu la tu. Hahhaha.. Bijak2 Kak Su Ummi ni..

Ni nak citer skit pasal suka tak suka orang ni. Korang pernah tak rasa tak suka kat orang lain. Mesti ada punya.. Ummi nikan kalau tak suka orang, ,mudah aje. Ummi tak akan cakap ngan orang tu. Kalau kena cakap jugak, hanya bila perlu. So bayangkan la lama jugak rasanya Ummi dah tak bertegur sapa ngan hamba allah ni. Dalam hati ada aje yang tak kena di mata Ummi. Tak pernah Ummi nampak yang baik. Semua yang buruk2 aje. Hhahahaha.. Ummi memang dah tahap tak bleh diselamatkan dah..

Mmg susahkan nak berbaik semula ngan orang yang kita tak suka? Ntah bila lah akan terbuka pintu hati Ummi ni nak berbaik2 ngan dia. Ummi bila dah tak suka, ermmmm lama ler jawabnya. Maybe bila dah takde depan mata baru mudah nak berbaik2..Who knows?
Kesimpulan yang Ummi buat sendiri, kalau hati dah tak suka, bleh jadi sampai bila2 pun aku tak suka. Hanya masa yang akan menentukan samada aku bleh berbaik2 semula atau tidak. Kalau dah ok, alhamdulillah. Tapi kalau tak ok, hanya Allah yang akan menentukan.. Maaf la yer kalau hamba allah tu terbaca n3 ni.. Yang pasti mmg susah Ummi nak berbaik2 dgn dia..

Lagi satu.. hehehhe ini untuk orang yang tak pernah berada dalam keadaan Ummi sekarang. Mmg mudah nak mengatakan 'ala, biasalah tu' ataupun 'takkan tu pun nak ambil hati'. Hahh.. Cuba korang dok kat tempat Ummi ni. Baru tau langit tu tinggi atau rendah. Jangan cakap apa2 kalau tak berada dalam keadaan Ummi sekarang ni. Melihat tak sama dgn merasai sendiri. Ntah2 korang lagi teruk.. Ermm terpulang laaa nak mengata Ummi pun. Hanya diri sendiri yang tau dan merasainya... AIMAN TAK KISAH..

PERLU KE JADI KEDEKUT?

Salam berhari minggu.. Mmg malas nak kemas bilik. Tapi mengenangkan nak balik kampung nanti, kena jugak buat.
Ari ni tiba2 terdengar la pulak pasal ada orang nak ambil lesen kete. Yang menjadi masalah kat Ummi yelah.. adakah keretaku akan jadi mangsa pinjaman kepada orang yang aku tak bleh nak ngam. Perlu ke aku jadi kedekut? Uhhhh.. Seksa sungguh nak mengambil keputusan.
Mmg susah nak kongsi benda yang sangat disayangi. Tambahan pulak tak pernah lagi Ummi guna duit orang lain untuk bayar ansurannye. Dari duit down payment sampailah installment tiap bulan sampai ke roadtax n insurans, sendiri keluar duit. Aduh gundah gelana betul la otak.. Patut ke tak patut jadi kedekut? Tolong bagi nasihat skit. Kalau orang yang Ummi ngam n ok, not to worry ler. Anytime sebab hatiku tak sakit. Tapi masalahnya ngan orang yang Ummi tak ngam n tak nak berapa ok, apa nak buat ni?
Kalau ikut jawapan dalam kepala Ummi sekarang ni, walau apa pun yang jadi aku tak akan bagi dia bawa kereta aku... Bleh tak? Suka hati aku laa kan. kete aku dan duit aku. Uhhh mmg kejam. Nampaknya kena buat syarat ler papa ye.. I'm not going to let that person drive my car.. Whatever happen, I dont care. Nak gaduh, anytime.. Nak keji Ummi, silakan. Mmg benda tu tak bleh bawa dalam kubur tapi maaflah..takkan ku beri..
Timah, tolong akak cepat.. Nampaknya sesi belajar memandu kena mula secepat yang mungkin. Mana mungkin nak bagi orang bawak kete akak. HELP ME...

Wednesday, February 23, 2011

STIMBOAT PALING SENANG..

Bold

Ermm.. Dah lama buat stimboat ni.. Cuma tak sempat nak masukkan dlm blog. Biasalah, bz ngan anak2. Hahaaha.. alasan je tu.
Ummi mmg akan cari resepi yang senang2 aje. Bukan apa, tak larat la nak mencari bahan yang susah2. Bukan rajin nak belek satu2 kat pasaraya tu. Tambah lagi bawak budak2. Huhhhuu sabar jelah.
Bahan-bahan
Untuk sup
- 4 ulas bawang putih *dicincang halus atau ditumbuk
- air
- 1-2 kuib pati ayam *kalau nak peda guna kuib tomyam

Untuk Isi
-bebola ikan
-fish cake
-jejari letam
-bebola sotong / bebola udang *jika suka, Ummi tak letak
- bebola daging / bebola ayam *Ummi tak letak
- daging ayam
-daging lembu
- udang *Ummi tak letak sebab ada orang tak leh makan udang
-kailan / sawi
- cendawan
-bihun
-telur

Cara-caranya
- Rebuskan semua bahan untuk buat sup. Masak sehingga mendidih
- Masukkan sup dalam periuk stimboat. Masukkan bahan2 isi-bebola, ayam dan daging, Tunggu hingga mendidih. Masukkan sayur, bihun, dan telur. Biarkan seketika dan boleh la diangkat dan dimakan. Mudah bukan..

Nak buat sos senang juga tapi malas nak belek resepi. Dalam kotak memori memang tak kuasa nak mengingat. Bila nak buat baru buka internet.. Hehhehehe

AIR ASAM VS SALAD TOMATO VERSI MELAYU


Ni lauk untuk malam ni.. Kalau dah malam, maaf ler jawabnya nak masak yang bersantan2. Terlebih rajin baru ler masak kari.. So yang goreng2 aje ye.. Ikan dori Ummi masak masam manis ala Ummi la.. Janji sedap dimakan. Memandangkan dah boring asyik makan carrot ngan sayur hijau lain, so Ummi buat ler salad tomato versi Ummi.. Ni sebenarnya resepi air asam orang Perak yang dimakan bersama ikan bakar. Tapi Ummi jadikannya macam salad. Dah second time buat.. So far jadi jelah.. Kalau ikut Papa, nak makan sambal belacan.. Waaa,, Ummi fail bab buat sambal belacan ni. Mintak maaf ye.. Banyak kali buat masih tak sesedap orang lain punya samal belacan. Ermmm tak nak try dah.. Serik ler..


Bahan-bahan
-3 biji tomato *dihiris nipis
- 1/2 biji bawang besar *dipotong bulat
-sedikit belacan
-4 biji cili padi * nk pedas bleh tambah cili
-3 sudu makan kerisik
- 1 1/2 sudu makan gula
-sedikit garam
- 1/2 biji limau nipis *ambil jusnya

Cara-caranya
1. Hiris nipis tomato dan bawang. Masukkan ke dalam bekas.
2. Tumbuk belacan dan cili padi. Buat ala2 sambal belacan. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis.
3. Masukkan kerisik dan gaul rata dan lesung.
4. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas yang mengandungi tomato dan bawang. Kacau rata. Sedia dihidangkan..

Bagi orang yang tak makan tomato mentah2, mesti makan bila buat salad tomato versi melayu ni. Rasa lemak2 gitu sebab ada kerisik. Menu jimat..

Monday, February 21, 2011

SAUNA

Kepada yang berminat untuk memiliki sauna sendiri di rumah, boleh la layari blogspot ini. Tak perlu memenatkan diri ke spa.. Tak perlu membazirkan duit ke spa. Segalanya boleh dilakukan di rumah.. Hanya pasang.. Taraaaaa anda sudah boleh membakar kalori sehingga 600 kl.. Banyak tu.. Seolah2 anda berjogging selama 1 jam..

Jangan tunggu lagi.. Dapatkannya segera..

SIAKAP STIM


Wala weiiii. Malas bebeno nak menaip.. Ok ni entry last tuk malam ni.. Lauk for dinner.. Memang tahap teringin nak makan..

Bahan2.. *ada yang Ummi tgk org lain punya blog, ada yang Ummi belasah aje..
- ikan siakap
- 6 ulas bawang putih
- 1 inci halia *dihiris nipis
- 4 biji cili padi * dihiris nipis
- 1 biji limau nipis *ambik jusnya
- 2 batang serai *diketuk
-sebiji tomato belah 4
-4 sudu makan sos ikan
- sedikit garam
- sedikit gula

Cara-cara
1. Bersihkan ikan. Tumbuk bawang putih dan sebiji cili padi. Lumurkan pada ikan.
2. Taburkan cili padi dan halia ke atas ikan.
3. Masukkan tomato dan serai.
4. Perah limau nipis. Masukkan sos ikan, garam dan gula..
5. Kukus dalam 15 minit.
6. Ikan sedia dihidangkan.. Taraaaa selamat mencuba
-

TAUHU SOS CUKA

Dinner tuk malam ni... Walaupun badan dah letih sangat tapi apa bleh buat. Kalau tak masak, huhuhhhhuu nak makan apa kan. Semalam jalan2 kat blog orang lain. Nampak diaorg syok masak tauhu. So ari ni beli tauhu dan cuba ler. Mudah aje.. Resepi al biasa dari blog Mat Gebu.. sini yeee

Bahan-bahan
- 3 keping tauhu
-sedikit garam dan lada hitam
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi merah
- 2-3 camca besar gula
-sedikit garam
-3 sudu besar cuka

Cara-caranya
1. Lumurkan tauhu dengan garam dan lada hitam. Goreng dalam minyak panas. Angkat apabila telah kekuningan.
2. tumbuk bawang putih dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk setelah lumat. Tambah gula, garam dan cuka. Rasa. Jika Ok, tuangkan di atas tauhu yang telah dipotong2 kecil..

Selamat Mencuba..

NASI AYAM

Mari makan nasi ayam.. Punya la lama tak buat. Rindu pulak nak makan nasi ayam. Alissa seperti biasa dok membodek.. Sedap la ayam ni sambil makan ayam yang dah dipotong2. Banyak plak tu..Dah pernah bagi resepi ke belum..? Huh.. panjang ler kalau nak taip. Dah la malas tahap gaban ni.. Nanti ler ye kita sertakan resepi. Tgh malas ni.. tgk gambar jelah dulu. Yang benarnya banyak resepi nak dikongsi bersama tapi malas nak menaip. Gambar dah penuh kat dalam handphone. Tunggu nak ditransfer je..

Tapi sos kali ni jadi wehhh.. Licin mangkuk tu bila sampai petang.. Selalu tak campur cili padi. Tapi kali ni masukkan skit sebab tak cukup lada besar.. Sedap rupanya..

MURTABAK MAKARONI

Semalam cuba buat murtabak makaroni. Kalau bab membakar ngan oven, kim salam la ye sebab kat umah Ummi takde oven. So kena cari resepi yang tak guna oven ler. So ternampak la resepi yang membuatkan hati teringin2 nak cuba. Blog Mat gebu memang marvellous laaaa.. Banyak giler resepi. Try link bleh tak? Yahoo.. bleh laaa.. Huhuhu, bangga jap.. Setelah sekian lama mencuba.. Tapi Ummi tak la selalu derhaka macam Mat Gebu tu. Ni tiru bulat2 ye resepinya.. Ayam dan bahan lain2..
makaroni yang direbus
daun bawang
adunan yang telah dicaampur ngan telur

Ok.. Bahan2..
- 200 g makaroni * rebus
- 100 g daging ayam * cincang je..
- 2 ulas bawang putih *tumbuk halus
- 3 hiris halia *tumbuk halus (perak ayam + bawang putih +halia)
- 3/4 sudu kari daging
- 1 biji bawang *dadukan
-1 biji cili merah
-2 camca besar sos ikan
-sedikit garam
- 1 batang daun bawang
- 1/2 cawan air
- 4 biji telur

Cara2nya
1. Rebus makaroni sehingga empuk dan asingkan
2. panaskan minyak dalam kuali. Tumis 1/2 bawang merah, cili merah dan kari. Masukkan ayam dan air. Kemudian masukkan sos ikan. Kacau rata dan masukkan sebahagian bawang merah tadi. Rasa dan kalau dah Ok bleh angkat.
3. panaskan kuali non stick * Ummi pakai kuali diameter 18 cm. Lenserkan sedikit minyak. Campurkan separuh makaroni, 1/2 ayam dan 1/2 daun bawang. Pecahkan 2 biji telur dan campurkan ngan semua bahan yang telah digaul. Kacau rata. Tuang dalam kuali dan tutup permukaan kuali. Apabila sudah kekeringan, balikkan dgn hati2.
4. Ulang untuk adunan yang seterusnya. Apabila siap, potongkan dan boleh dihidangkan.
*Ummi tak buat jeruk bawang. Makan ngan sos pun sodap.. Tapi yang kelakarnya, habis murtabak pecah2. Ni tak pandai nak balik punya pasal la. Tapi takpe, yang last tetap jadi. Alhamdulillah...

KUIH SAGO LAGI..

Dalam banyak2 resepi, Ummi rasa nilah resepi paling simple nak buat. Dan yang pasti Ummi suka makan. Papa pun join sekali. Benda manis tambah lagi kalau ari panas. Makan sejuk2. Fuh.. Sedap tu..

Dan seperti biasa, resepi yang mudah dan ringkas..

Bahan A
- 200 gram sago * ala, agak2 aje..
- air untuk merebus
- pewarna hijau * ni malas nak ambil daun pandan

Bahan B
- gula melaka
-air
-gula pasir
* tak bagi kuantiti sebab belasah aje buatnya. Janji manis udah ler

Bahan C
- Susu Cair *Ummi pakai IDEAL..
-sedikit garam

Cara2nya
1. Didihkan air dalam periuk. Kemudian masukkan sago.
2. Kacau dan tunggu sehingga sago tidak lagi bewarna putih.
3. Angkat dan lalukan pada air paip. Nak buang sagunya.
4. Masukkan dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
5. Dalam pariuk yang lain, masukkan kesemua bahan B.
6. Kacau hingga hancur dan angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.. sago + gula + susu..

Wednesday, February 9, 2011

KAKAK RAJIN SANGAT..

Nampak tak luka kat ngan leher tu. Sian kakak.. Hajatnya nak tolong Ummi masak, tgk2 dapat minyak panas lak. Entah bila kenanya. Patut la ajak makan tak nak. Terus tidur. Rupa2nya takut kena marah ye.. Ummi tak marah pun. Itu tanda kakak rajin tlg Ummi masak.

ADRIANA N FINGER FOOD

Kesian anak Ummi ye.. Batuk ngan selesema.. Huhhuhuh setelah sekian lama menyepikan diri. Malas sesangat nak update blog. Ari ni beli kat Adriana finger food. So dia pun menerai la.. Mmg tak hancur pun. Tapi biasalah, kejap aje dan buang kat tepi. Ermm adik nak kena makan keras2 dah. Baru cepat tumbuh gigi.

Sape nak food saya.. Sedap ni..

Sunday, January 23, 2011

APAM BALIK

Dah lama buat apam balik ni. Gambar pun dah lama upload. Tapi hati malas sangat nak menaip apa2. So mari kita tgk resepi apam balik yang sgt mudah untuk dibuat. Kan boleh dapat banyak kalau buat sendiri. Resepi asal dari buku 1 hari 1 resepi oleh Chef Hanieliza.
Bahan-bahannya (bahan A)
-2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan gula
-4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam

Bahan B
- 2 Cawan susu segar *Ummi takde susu segar ganti ngan 1 cawan susu cair dan satu cawan air.
-1/2 cawan minyak
- 2 biji telur

bahan C
-1 Cawan jagung krim

Cara-caranya
1. Gaul semua bahan A dalam mangkuk besar
2. masukkan semua bahan B dan kacau rata
3.panaskan kuali non stick dan senduk adunan
4.tutup kuali non stick dan biarkan adunan tiga suku masak
5. Letakkan jagung krim\
6. Lipat dan hidangkan
Ini adalah adunan..


Letak dalam kuali non stick



Letak jagung krim






Jadi waffel pun bleh gak. Mkan ngan aiskrim.. Terliur ler plak..






Saturday, January 22, 2011

BUAH MELAKA LAGI...

Semlm buat buah melaka lg.. Kuih yg senang dan tentulah sedap bg yg suka.. Kan3.. Resepi sama cam dulu gak..
Nampak tak yg kecil2 tu. Tu tangan si kecil Alissa yg buat. Nak ikut badan dia yg kecil tu..
Nampak tak buah yg timbul2 tu.. Tu maknanya dah bleh angkat laaa


Tada... nilah hasilnya...


ROTI GULUNG SARDIN

Salam pagi minggu.. Dah lama tak letak ntry. Malas giler nak menaip. Resepi dah banyak dah buat tapi malas sesangat. So ari ni kita maraton letak ntry. Satu2 ok..Ni resepi paling simple di dunia.. Amatlah sekejap dibuat dan sedap dimakan..
Ummi masak dulu sardin tu cam biasa.. Ala sambal sardin. Takpe.. kalau tak tau Ummi letak resepi sambal sardin paling simple di dunia. Hahahha.. Ok ni resepinya..
Bahan-bahan
-1 tin sardin medium
- 2 sudu besar minyak
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- asam jawa atau asam keping
-1 biji cili merah atau beberapa biji cili padi
- sedikit garam
- sedikit air
Cara-cara
-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah
-Apabila naik bau, masukkan sardin dan kacau rata
-Masukkan cili dan air. Tunggu sampai mendidih
-masukkan asam jawa/asam keping dan sedikit garam
-Sedia untuk dihidangkan.
Tadaaaaaa... dah siap intinya.. so next
Bahan-bahan
-6 keping roti (dibunag tepinya sedikit)
-1/2 cawan tepung beras
-sedikit serbuk kunyit
-sedikit garam
-air
Cara-caranya
- Letakkan inti sardin di atas roti yang dilenyekkan sedikit (supaya mampat). Tak lenyek pun takpe.
-Gulung roti tersebut
-Bancuh tepung beras bersama serbuk kunyit, garam dan air. Kacau rata.
-Buat bancuhan serpti nak goreng pisang.
-celupkan roti yg digulung ke dalam bancuhan.
-gorengkn dlm minyak panas
-apabila sudah kekuningan, angkat
-sedia untuk dihidangkn

Inilah hasilnya... Sedap dimkn, mudah disediakan... Amacam?

Sunday, January 16, 2011

KENTANG BEBOLA KETAM

Memandangkan semalam mogok tak masak so ari ni masak lebih skit. Tensen giler.... Dari minggu lepas nak buat tapi baru ari ni dapat buat. Jom kita layan kentang bebola ketam. Inilah rupanya bila dah siap digoreng. Not bad. Thanx to Hana Family for the recipe.Bahan-bahan
-5 biji kentang saiz medium
-5 batang crab stick *nak taruh isi ikan pun bleh gak
-1/2 sk serbuk lada putih
- 1 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar butter *Ummi pakai planta
-1 sk gula
-sedikit garam

Untuk saduran
-telur
-serbuk roti or breadcrumbs
-tepung gandum/tepung jagung * Ummi pakai tepung gandum


Cara-cara
-Rebus kentang sehingga empuk. Angkat dan tos air
- Masukkan mayonis dan butter san lenyekkan kentang. Lenyek kentang masa tengah panas. Bila dah sejuk susah plak nak lenyek
- Kmdn masukkan lada putih, gula dan garam. Kacau sebati
-Masukkan crabstick yang dipotong kecil2. Lagi banyak lagi sedap
Inilah rupanya bila dah campur ngan crab stick

Bulat2kan. Sape suka bentuk kroket dipersilakan buat seperti yg diingini. Kalau Alissa yang buat mcm2 rupa ada..
Salutkan dgn tepung gandum

Golekkan dalam telur
Masukkan dalam serbuk roti or breadcrumbs

Tada.. Nilah hasilnya. tapi blom goreng lagi tau..

Dan yang ini yang telah digoreng. Cubalah.. Cuma Ummi suggest buat kecil2 sebesar ibu jari. Lebih sedap sebab byk bahagian yang garing di luar. Selamat mencuba..

NASI LEMAK UNTUK BREAKFAST

Salam pagi minggu.. As requested by Papa, ari ni masak nasi lemak. Dengan syarat, sila kopek ikan bilis ye. Dah terbeli yang belum dibuang tahinya. Nasib laaaa., So emak dan adiknya la jadi mangsa. Sory ye.. nak makan sila ikuti syarat yg diberi. Hhahahha

Ini la rupa sambal ikan bilis Ummi. Nak makan banyakkan.. So dah buat banyak. Tak habis jangan buang. Sila panaskan dan simpan untuk esok.
Ni telur goreng.. Ada ikan goreng lagi buat lauk. Tapi takde sayur ler. Bukan makan pun......

Tada.. Inilah hasilnya.. Nak buat nasi lemak senang aje.. Main campak2 aje ler..
Bahan-bahan
- 1 1/2 pot beras
-1 peket santan m&s (dicampur ngan air - ikut sukatan mcm masak nasi ye)
- setengah biji bawang besar - dihiris
-seinci halia dihiris
-1 btg kulit kayu manis (Ummi tak letak)
-daun pandan
-sedikit garam
Cara-cara
-Basuh beras dan masukkan semua bahan dalam periuk. Tunggu sampai masak. Tadaaaaaa siap ..
Cuba jangan tak cuba.. Senang dan simple. Yang penting jimat.. Kalau family kecil takpe la asyik nak membeli. Kalau ramai orang tak ke parah dibuatnya.. So mmg memasak paling senang..

Friday, January 14, 2011

POPCORN

Semua orang penah makan popcorn kan? Macam susah aje nak buat. Tapi tengok ni, bleh buat sndr tau. Senang aje. Tak susah pun. Ok bahan2 mcm kat bwh ni..

Bahan-bahan
-biji jagung (corn kernels) cam kat bawah ni
-1 sudu besar mentega/planta
- 2 sudu besar minyak

bahan untuk caramel
- 1 sudu besar mentega/planta
- 5 sudu besar gula pasir

Cara-cara
-Panaskan periuk ( permukaan periuk tu rata tau). Guna api besar. Masukkan mentega ngan minyak.
-Biar 1-2 minit sampai panas. Pastu masukkan biji jagung (biar penuh lapisan periuk, jangan sampai jagung bertindih2, Ummi letak dalam 1/2 cawan sebab periuk Ummi besar)
- Kacau atau goncangkan perik supaya biji jagung rata dengan mentega n minyak. Kecilkan api.
-Tutup periuk dan tunggu hingga bunyi pop (maknanya biji jagung dah meletup).. Meriah bunyi dalam periuk.
-Angkat popcorn yang telah siap. Bleh dapat satu besen besar...

Untuk caramel
-Masukkan mentega dan gula dalam kuali. Tunggu hingga warna perang dan gula hancur.
-Tutup api dan masukkan popcorn n kacau sebati.
-Tada.. caramel popcorn dah siap.
Ni contoh biji jagung kering. Bleh dapat kat tempat bahan kering. Saiznya memang kecil aje. Bukan yang ada kat bhgn basah sweet corn tu ye..
Inilah hasilnya. Ummi buat tak manis sangat.. Just nice.. Cuba jangan tak cuba.

SPIRAL POTATO

Selalu nampak kentang camni kat gerai2 kedik kat supermarket. Aha.. kalau dah namanya ari2 makan kat UO, dah sah2 nampak kentang ni. Memula pelik la pulak camne nak buat rupa camni. La senang aje.. Thanx to Hana Family... Masa surf tu nampak la benda ni.. So buat sndr, senang aje rupanya.. Tapi nak kena deep fried la plak.

Ok.. ambil kentang kecil2. Pastu buang kedua2 hujung n cucuk pada lidi satay. Then, potong dgn pisau dari atas ke bwah. Tarik2kan supaya tak bercantum antara satu sama lain. Kat youtube ada contoh camne nak potong.

Ini rupanya spiral potato yang telah dipotong. Ermm.. ni gaya potong orang baru belaja..

Ini gaya bila dah siap digoreng. Haahhaha.. Hancur jadinya.. Tapi sedap aje bila dah makan.

Dan lagi gambar.. Cubalah.. Mudah aje. Takde bahan apa2 pun kecuali kentang.