Monday, May 2, 2011

STEAMBOT LAGI DAN LAGI

Steambot ialah benda paling senang nak masak. Tu bagi Ummi la.. Beli aje bahan2nya. Pastu masak sup dan siap. Cuma yang leceh sebab nak buat sos. Tapi ada orang belasah aje ngan sos cili. Sedap jugak. Papa suruh buat tomyam. Maaf ye. Kiub tomyan dah expired. Takut sakit perut. At last, Alissa jugak yang menang sebab dia nak makan sup. Horayyy vote for Alissa.

Bahan-bahan

Sup
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 cm halia dipotong halus
- air secukupnya
- 2 ketul kiub pati ikan bilis

Cara-cara
- masukkan air, bawang putih, halia dan kiub pati ikan bilis ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.

Isi kandungan steambot
- bebola ikan
-bebola sotong
- bebola ayam
- isi ketam
- daging ayam
-sawi
- cendawan kelabu
- cendawan panjang2 tu *Ummi tak tau nama lerrr
- bihun
*Macam2 korang boleh letak kalau nak. Tapi ni aje bahan yang ada masa ni..

Cara-cara
1. Setelah sup mendidih, bolehlah dimasukkan bahan2 di atas.
2. Tunggu hingga mendidih. Bleh la diangkat dan dimakan..

SOS

Bahan-bahan
- 2 ulas bawang putih dicincang halus
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar sos cili
-2 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar gula perang
- sedikit garam
- 1/2 cawan air

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Tunggu sehingga mendidih dan pekat. Sedia dihidangkan.

* Adjust ler kat mana perlu sos tu. Kalau tak masin, tambah ler garam. Sos tu macam kuah yong tau fu. Nak bagi sedap tambah bijan atau kacang. Ikut citarasa masing2..

Gambar menyusul kemudian ye..

CUCUR BEBOLA

Bila cuti mulalah pening nak fikir nak masak apa. So pagi ni nak masak cucur bebola.. Sape nak makan, silakan. Sape yang memilih, sila masak sendiri atau dalam erti kata lain, bleh blahhhhh.. Ala, cucur ni senang bangat. Alissa pun pandai masak. Rajin atau malas. Sebelum tu nak tanya soalan skit, kalau anak tak pandai masak or malas, nak salahkan sape? Emaknya atau anak tu sendiri. Jawapannya hanya anda je yang tahu.

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 6 biji bebola ikan (dipotong dadu)
- 6 biji bebola ayam (dipotong dadu)
- 5 biji bebola sotong (dipotong dadu)
- 4 keping isi ketam (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar
- sebatang lobak merah
- 1 biji cili merah
- daun bawang * Ummi tak bubuh sebab takde
- sedikit garam
-sedikit serbuk kunyit
- air secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Masukkan tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam bekas. Kacau rata.
2. Masukkan bebola ikan, ayam, sotong dan isi ketam. Kacau rata.
3. Masukkan bawang, lobak merah dan cili merah. Kacau rata
4. Tambah air ke dalam adunan. Gaul rata.
5. Panaskan kuali. Goreng adunan tadi menjadi bulat2 kecil.
6. Setelah warnanya bertukar keperang2an, angkat dan ulangi proses sehingga habis.
7. Sudah siap untuk dihidangkan bersama sos cili atau sos buatan sendiri. Sedapp..

Macam biasa gambar akan menyusul kemudian. Harap maklum..

MAKARONI GORENG

Bila dah selalu sangat memasak ni, lama2 jadi boring lak nak makan. Tambah lagi kalau ahli rumah yang dah biasa makan kedai. Asyik nak membeli jelah jawabnya. Tapi Ummi tak bleh tahan asyik makan lauk kedai. Makan maggi lagi baik.
Itulah yang membezakan orang kaya ngan orang susah. Kalau kaya asyik nak makan kat luar. Bila kita masak, tak nak makan la pulak. Nak kata tak sedap, Ummi rasa biasa aje. Tapi tekak dah jadi tekak kedai. Mestilah nak yang kedai jugakkan?
Kalau orang susah, nasi ngan goreng ikan pun rasa sedap. Masaklah apa pun tetap sedap. Tu la hikmahnya bila kita susah. Sentiasa bersyukur ngan makanan yg ada. So bila masak, kalau tak habis nak dibuangkan fikir sepuluh kali. Membazirkan...
Susah bila dah biasa hidup terlalu senang. Jangan la anak2ku esok jenis yang nak makan kat kedai aje. Tu sebab Ummi kena rajinkan diri memasak. Biasakan budak2 ni ngan air tangan sendiri. Paling seronok bila anak kata, sedap Ummi masak. Pandai Ummi masak. Wah.....bangga kejap. Padahal masak biasa2 aje. Tapi anak puji lagilah bersemangat nak memasak.
Cuti tiga ari ni, Ummi memasak la. Ada jugak ari yang malas. Makan kat luar. Yang pasti breakfast kena masak. Ni makaroni goreng belasah namanya. Hahahha.. pakai hentam letak apa aje yang ada. Janji sedap dimakan. Memasak pun kena kreatifkan........

Bahan-bahan
- Makaroni (rebus sehingga lembut)
- 250g daging ayam kisar
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- setengah biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji lada merah (dihiris)
- sedikit minyak untuk menumis
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar cili kisar
- sedikit garam
- 2 biji telur
*Kalau ada daun bawang, masukkan sekali ye. Ummi takde dalam simpanan.

Cara-cara
1. Rebuskan makaroni sehingga lembut. Jangan lupa masukkan sedikit minyak semasa merebus untuk elakkan makaroni dari melekat.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging ayam kasar dan kacau rata. Masukkan lobak merah dan cili merah. Kacau lagi sehingga daging dan lobak empuk.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Gambarnya, nanti2 la ye. Bab nak upload ni leceh skit..

Sunday, May 1, 2011

KUIH CARA LAGI

Salam,.,. lama sudah tak meletak ntry. ni nak share buat kuih cara paling mudah di dunia. mudah tapi sedap. Idea ni datang dari anak saudara Ummi. Dia memang rajin ke dapur. Senang hati maknya. Sebut aje terus pegi buat. Dia kata susah la nak guna santan. So kuih cara kali ni tanpa santan. Rasa tetap maintain. Cuma kena ada acuan la.. Yang kat umah Ummi acuan nya kecil skit. Not nice but bolehla setakat nak makan. Yang kat kampung so cute.. Ni tgh merancang nak membeli acuan kuih cara macam acuan arwah mak..

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- beberapa helai daun pandan - pati pandan dalam 3 cawan *sehingga adunan cair
- sedikit garam
- gula untuk inti

Cara-cara
1. Daun pandan diblender atau ditumbuk. Dapatkan pati hijau.
2. Bancuh tepung bersama pati pandan. Masukkan garam.
3. Kacau sehingga sebati. Sebaiknya diblenderkan or guna whisk supaya tepung tak berketul2.
4. Adunan mestilah cair
5. Panaskan acuan di atas dapur. Sapukan minyak sebelum meletakkan tepung.
6. Setelah panas, masukkan tepung. Isikan gula di bahagian tengah. Memandangkan tak pakai santan so gula kena banyak sikit.
7. Tutup dengan tudung periuk.
8. Setelah tepung bertukar warna dari cerah kepada gelap sedikit, bleh la diangkat. Ulangi proses sehingga habis.
9. Tada.. sudah siap. Mudah bukan...

Ummi suka buat sendiri sebab yang beli ada telur. Kononnya nak bagi garing. Tapi Ummi ni pantang bau telur. Tak lalu den nak makan. Cubala...

Macam biasa, gambar kemudian ye..