Tuesday, December 25, 2012

I LOVE U , STUPID!

Penerbit : Karyaseni








KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.
Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Mula-mula baca masa kat blog Melur Jelita, Ummi rasa boleh tahan aje.. Nak dibandingkan dengan ASST, memang tak boleh lawan. ASST tetap nombor satu. So baru2 ni aje rasa cam tak tahan sebab dah lama tak membaca novel sampai habis. So Ummi grab 2 buku - ILUS dan Projek Memikat Suami.
Ummi baca sikit2 aje sebab tebal sangat. Rasa malas la pulak nak baca sampai habis. So belek2 muka surat akhirnya, yeah happy ending. Cuma last weekend Ummi rasa terpanggil nak baca semula. Ummi tak baca dari mula tapi bila 1/4 buku baru start baca non stop. Menangis ada, gelak sorang2 pun ada. Macam2 perasaan ada. Salute la sama Melur Jelita. Karya dia tak penah menghampakan.. Berbaloi- baloi beli buku dia.

Ummi suka Iris yang jelita, sexy dan paling hebat seni mempertahankan dirinya. Wacha... ambik ko..
Firman plak yang handsome dan tabah. Huh, memang lelaki pilihan laaa.. Kalau dapat kat Ummi memang takkan ku lepaskan. Hahahaha.. Mana nak tinggal papa tu..

Hidup di Kemboja memang sukar. Teringat zaman Ummi kecik2 dulu. Ummi pun bukannya orang senang. Pernah la merasa daki bukit turun bukit cari kayu api, sayur dan apa saja yang boleh dimakan.. Pokok apa tak pernah panjat.. Semua Ummi tibai aje..

Berbalik kepada Iris dan Firman.. Bila dah nak ke penghujungnya Ummi perasan yang perangai Iris dan Firman berubah. Cayalah sampai boleh merasakan perubahan diri Iris dan Firman di penghujungnya. Ada beberapa benda yang Ummi dapat dari buku ni terutamanya bahagian anak angkat tu. Nanti Ummi copy pastekan. Yelah tu....

Okay kengkawan dan adik2. Enjoy baca buku ni. Tak rugi beli dan banyak sangat ilmu yang kita boleh belajar.. Jangan lupa beli ye. Ummi bagi 5 bintang..

Monday, December 24, 2012

SEMBELIT

Ingatkan semalam Adriana menipu bila dia kata "berak, berak'.. Sebab banyak kali dia kata berak tapi bila check takde pun. Yang Ummi pun lurus bendul tak tgk any behavior changes.. Masa nak ambil petang ni, babysitter kata Adriana moyok je dan tak berapa nak main. Dia kata cam susah nak berak. Asyik kata pedih.
So petang ni, Adriana nangis 3 kali. Tak pernah dia nangis camni.. Kalau demam pun nampak letih aje. Takde nangis. Dia bukan jenis budak suka nangis. Yang ni real menangis. Ummi pun dah panik. So suruh papa beli pisang dan ubat sembelit kalau ada. Pisang tak dibelinya tapi beli ubat sembelit. Lepas je makan ubat, terus tidur..
Harap2 malam ni atau esok dah boleh berak ye.. Ummi risau ler. Selalu cakap ngan Papa, anak ada dua aje. Jangan la jadi apa2 kat anak Ummi. Menangis tak berlagu la Ummi. So bila anak sakit, Ummi tak tidur malam. Malam2 diaorg tidur atas riba. Tak kira Adriana atau Alissa. Ummi tidur duduk... takpelah berkorban sikit janji cepat baik.
Tak pernah2 Adriana macam ni. Salah makan ke? Or dah lama Ummi tak beli pisang? Huhuhuhu..

Thursday, November 22, 2012

BAHANA HARTA PUSAKA

Malam ni Semanis Kurma bincangkan topik Bahana Harta Pusaka.. Waaaa banyak rupanya yang Ummi tak tau.. Dan yang paling ku takuti ialah bila anakku dua2 perempuan. Kalau Papa tak siap hibahkan hartanya pada anak2 dan isteri, jawabnya dapat secoet jelah harta. Yang lain terus ke adik beradik lelaki si ayah..
Masyaallah, ceteknya ilmu yang ku ada.. Apa yang dibincangkan ialah jangan sekali-kali makan harta pusaka tu sorang diri jika ada orang lain lagi yang berhak. Jika kita makan harta bathil maka kena bertaubat..

Sengsara atau tidak arwah ibu atau ayah kita jika harta tidak dibahagikan sepatutnya.. Ustaz ni jawab tengok ajelah pada anak2 samada hubungan mereka terus baik atau sebaliknya. Jika hubungan baik, maka insyallah ibu dan ayah kita di dalam sana aman dan tenteram. Jika hubungan renggang dan tidak baik maka sebaliknya juga berlaku pada ayah dan ibu kita di sana. Nauzubillah..

Ya Allah, jauhkan lah kami dari makan harta yang tak sepatutnya.. Takutnya balasan Allah sebab sekarang kita dibayar cash di dunia ni. Tak payah nak tunggu di akhirat nanti.. Dan Ummi kira semua orang pernah mengalami perkara ni, berurusan dengan harta pusaka. Bahagilah seadilnya. Sesungguhnya hidup lebih bahagia dan diberkati dengan harta yang halal.

p/s: pening tengok orang berurusan dengan harta pusaka. Macam2 ragam boleh tengok. Orang yang baik boleh jadi tamak bila tengok duit.. Orang yang asalnya tak nak, ubah fikiran nak pula harta tu. Ada yang cuba2 nak sorok harta tu dari adik beradik yang lain. Ntah laaaa

Sunday, November 11, 2012

APA SAYA MASAK SEMALAM DAN ARI NI..

Hujung minggu kadang2 jadi hari yang paling malas nak masak. Yelah ari2 kena masak. Kadang2 rasa cam nak rehat la plak.. Mesti ramai yang tak sangka Ummi masak almost hari2.. Ummi tak berapa suka makan kat luar.. And Papa pun cam selalu request Ummi masak. Ke nak jimat abang oiii...

Anyway, dah jadi biasa kena masak ari2. Kalau letih atau boring Ummi suruh la Papa belikan... So semalam Ummi masak bihun goreng and sandwich sardin untuk sarapan, nasi ngan lauk sambal sotong and ikap siakap masam manis for luch and grill chicken drumstick for dinner.. Petang for tea time buat buah melaka ngan Alissa and keledek goreng. Pagi tu Ummi tengok channel 727 - Tyler's Ultimate and main item dia ialah sweet potato. Dan dia buat kerepek keledek. Nampak cam sedap so Ummi pun tirulah sebab kebetulan ada beli keledek. Not bad, manis aje... Ada sebijik lagi and rasanya nak buat kuih cek mek molek kot..

So ari ni sangat malas.. Pagi buat kuih balak/ kuih ketayap. Inti semalam dah buat lepas buat buah melaka. Lunch buat nasi ayam tapi makannya tok dinner. nak buat sardine puff sangatlah malas nak menguli.. Malas2.. So sekian cerita menu ari ini..

PUFF PASTRY

Cik Lim, ni gambar puff pastry seperti yang diminta. Ummi memang rajin masak sardine puff or apple pie sejak ada oven ni. Malangnya apple pie macam ada yang tak kena aje.. Padaku ok aje tapi Papa dok kata tak sedap.. Sardine puff marvelous.. hahaha.. puji diri sendiri plak..

Ni la kulitnya.. tak yah susah2 nak buat tapi kalau rajin apa salahnya...

apple turnover.. Ummi sangat suka tengok channel 727. Barefoot Contessa. dan hasilnya.. Tadaaa

Rasa ok cuma rupanya cam tak berapa nice.. Tak kisah la labu, janji sedap..

NAK LETAK JUGAK...

Gambar dah lama tapi inilah saya di Restoran Upin & Ipin. Dalam ni ada special tempat untuk ambil gambar. Cantik tak?



Ummi rasa ini yang menariknya tentang Restoran Upin & Ipin ni.. Ada tempat bergambar dan kedai cenderahati jual barangan Upin & Ipin...

MAINAN BARU..

Kalau namanya dah ada anak, tak sah kalau tak beli mainan. Pegi mana2 pun, mainan jugak yang dorang nampak.. Tambah lagi kalau benda dah lama mintak.. Al kisahnya hari ni nak pegi kenduri kawin. On the way, hujan rintik2.. Cam biasa, Papa mulalah malas.. Padahal dah lalu jalan nak ke kenduri kawin tu. Alissa bengang aje sebab dia sangat suka pegi kenduri. Suka sebab nak door gift dari org kawin tu. Budak2 tu jelah yang di naknya. Bukan nak makan nasi minyak pun. So memandangkan tak pegi kenduri, maka melenconglah ke Mydin. Sebelum tu top up Touch n Go sebab nak balik Penang. Yahooo.. Gossip time and nak beli beg baru. Harap2 diluluskan oleh Papa memandangkan Ummi baru aje beli beg baru... Please2...

Since belum makan, jom serbu Upin dan Ipin Restaurant. Yang benarnya, makanan dia taklah sedap mana. Harga mak aiii, baik makan kat food court. Tapi Papa belanja and budak2 nak so ikutkan jelah..Ari ni tak masuk Mydin tapi Ummi nak pegi beli bekas simpan kuih jap.. So mari kita ke Happy Home.. bukan tupperware yang dibeli tapi.. TADA

Ni la bendanya... Entah apa namanya.. Tapi dipanggil kuda oleh budak berdua ni..

Nampak tak? favorite soklan dari Adriana..

Dah.. dah.. Adik naik sorang je.

Yuhuuuuu..

Ambik ko.. Meh piat telinga dia



Marilah naik...

Memandangkan adik dapat kuda, so kakak pun nak beli gak.. Apa dia? Snake and ladder versi small siza and magnetic. Punyalah kecik dadu dia. cenonit aje.. So main 1 round dengan Ummi and yahooo Ummi menang. Muka bengang aje kakak..

snake and ladder
 Dan Saidina ni dah beli lama.. Kesian dah lama minta so belikan ajelah.. Layan


Saturday, October 20, 2012

UPIN DAN IPIN DI MYDIN MERU RAYA

Semalam restoran Upin dan Ipin dibuka. Agak lambat dalam kul 7 camtu. Trial sebab ari ni pembukaan rasmi. So macam2 la acara berkaitan upin ipin diadakan.. Alissa so happy and ajak makan kat situ. Tapi masa kitaorg sampai lom buka. Lain kali la ye...

Menunya blom nampak.. Tak pasti but seem like others fast food restaurant. Papa kata nampak cam RM 8 and above. Nnt dah try kita citer2 ye..

Adriana memang hebat bab namakan karakter upin ipin ni. Apa taknya, bangun pagi tepon. Buka youtube sendiri cari upin ipin. Semua dah kenal dan siap tau nama.. Dahsyat sungguh budak zaman skrg. dengan gadjet cam apa je. Ummi pun terkial2..

Semua ada - Upin, Ipin, Mei mei, Ehsan, Mail, Fizi. Jarjit, Tok dalang, Kak Ros, Opah dan banyak lagi. Mari kita tengok Alissa and the geng... Layan...

Hi... Ini lah geng saya.. Ehsan intan payung ngan mei mei...

Susanti pun ada... Mana upin ipin ni?

Amboi kak ros... Tengok tok dalang tu..

Nampak tak meja2 tu. Tuk ari ni punya. Mesti Mydin penuh giler ari ni.. Tapi takdenya nak pegi. Tak larat ramai2 kat situ..


HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Semalam sekolah Alissa celebrate hari kanak-kanak sedunia. Bestnya jadi kanak-kanak. Tak payah nak fikir banyak masalah negara... Bebas tanpa masalah.. Tapi takkan selamanya nak jadi kanak-kanak, ye tak? 

Minggu lepas kiatorg gi jalan2 di Ipoh Parade. So cam biasa, makan kat mana lagi kalau tak kat Kenny Roger.. Ada favorite cake kat situ.. Ala lupa plak nama apa.. Tapi best la.. Full of chocolate.. So rupa2nya kat situ tengah sibuk ngan acara hari kanak-kanak sedunia. Ada persembahan dan ada tempat main yang dikelilingi oleh belon. Best giler tengok. Cantiknya belon.. Terpegun sekejap.. Adriana sampai tak nak gi mana2 sebab syok sangat tengok belon.. Tapi al biasa la ngan Papa.. Takkan nak melayan anak2 gi tempat camtu. So tengok dari atas jelah ye anak2..

tengok tu.. banyaknya belon.. syoknya...

cantik tak belon ni.. ada banyak lagi yang bergantungan tapi tak tertangkap lak gambar

adriana yang sangat suka dengan belon.. tengok dari jauh jelah.. kalau dekat penakut..

persembahan ari tu.. comel je budak2 ni. tapi semua anak Cina.. mana pegi anak melayu ni..

Alissa pun nak menyibuk jugak... tengok kat belakang tu.. banyak tak belon bergantungan.. comeiii aje

Monday, September 17, 2012

ADRIANA DAN STICKER

Anak Ummi ni sangat suka dengan sticker. Semalam pegi AEON Stesen 18. So memborong buku la untuk papa, Alissa dan Adriana. Untuk Adriana, Ummi beli buku sticker. Suka dia. Untuk kakak, Ummi beli buku cerita dan word search bahasa melayu. Layan.. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. Hishhhh.. Tak abih2 ngan sticker.
Ni la gaya terbaru dari saya... Tidur kena tutup mulut kan.. Nanti kluar air liur basi. So saya gunakan sticker la untuk elakkan air liur basi. Hahahhaha

AYAM POPCORN.. BETUL KE NI TAJUK RESEPI?..

Hahaahha.. confuse lak bila nak letak tajuk ni. Al maklumlah ni masakan suka hati aku la nak letak apa pun. Takde ikut resepi mana2. Pakai letak je apa nak letak.. Ok mari kita review skit..

Ni lah rupanya ayam popcorn.. Sedap nyum nyum nyum

Bahan-bahan

- Isi ayam - potong dadu* potong kecil dah ler
- garam
- serbuk lada hitam
-  sebiji telur * di pukul
- tepung jagung
- breadcrumb
- minyak untuk menggoreng

Sukatan terpulang kepada masing2.. Tak cukup tambah jelah.

Cara-caranya
1. Potong ayam kecil-kecil bentuk dadu. Keringkan ayam dengan tisu.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk lada hitam dalam ayam. Gaul rata.
3. Dalam pinggan yang berasingan sediakan tepung, telur dan breadcrumb.
4. Golekkan isi ayam ke dalam tepung jagung, kemudian ke dalam telur dan seterusnya ke dalam breadcrumb.
5. Lakukan sehingga habis.
6. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga warna keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili.

SELAMAT MENCUBA

PUDING JAGUNG

Bab menulis dalam blog yang paling malas sekali. Ambil gambar no hal punya. Tapi nak masukkan resepi yang sakit skit. Sakit malas.. Tu yang payah tu.  Anyway, mari kita tengok resepi ni. Mudah dan ringkas. Bagi org yg pertama kali buat, ikut jelah resepi ni. Sangat senang.

Bleh dapat semangkuk besar jugak laa..

Ini lah hasilnya.. Lembut aje..


Credit to Cik Tom

Bahan-bahannya

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3 cawan air
½ cawan gula
1 ½ cawan susu cair
1 sudu besar majerin (guna planta)

Cara-caranya

1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras). Jangan kacau lama sangat sebab nanti hangit kat bahagian bawah.
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

Sunday, September 9, 2012

kentang putar @ mashed potato


Mari kita tengok resepi kentang putar ni. Very easy.. Cuma malas ngan rajin je.. Tapi yang membezakan kesedapannya, pada Ummi la kan, jenis kentang tu. Anyway, padaku sedap aje.. Jimat...

Ni namanya malas nak ambil gambar cantik2. Janji nampak cam mashed potato sudahh
 

Sumber resepi dari SINI... nanti2 rajin Ummi taip ye.. Malas ler sekarang ni..

BIAR CINTA BERTABURAN

citer ni pun Ummi suka.Kan suka hero yang sangat caring so buku ni antara heronya yang sangat Ummi suka. Ada orang kutuk buku ni kata takde keinsafan setelah buat dosa besar. Tapi yelah, terpulang atas diri sendiri nak suka atau tak buku ni. Pada Ummi selagi kita tak ulang apa yang pernah kita buat dah ler. Suka hatilah nak suka atau tak.. Pilihan masing2..

Ok, mari kita tengok buku ni. Penulis baru Yusnida Tajuddin. Cara dia menulis not bad. Tapi sebab gambaran hero yang sangat Ummi suka so buku ni antara koleksi kesayangan ler kan.. Kalau nak tau buku2 yang Ummi suka sebab hero2nya ialah Biar YM Berbicara (suka giler buku ni dan kalaulah Encik Firdaus tu memang wujud, fuhhhh), Bila hati kata sayang, Biar cinta bertaburan, Sweet Sour, Lazuardi, Cik Bunga dan Encik Sombong dan beberapa lagi. Kalau korang telitikan heronya, semua jenis caring giler... Adoi, cair...

OK, mari kita review novel ni







Biar Cinta Bertaburan
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan

Camne citer dia ye..Citer biasa bos ngan secretary.. Jatuh cinta dan kawin. Tapi tu lahh sebab suka hero yang caring jadi layan...yg paling penting happy ending...

resepi arini..

wah.. ari western gitu arini. Papa masak chicken pie dan Ummi masak mashed potato..  + sausage.. Oklah for breakfast. Last2 takde lunch..

Ummi ni sangat malas nak masukkan resepi. Yang penting sebenarnya adalah bahan2. Pastu main campak2 jelah.. Meh tayang gambar dulu. Kalau rajin Ummi masukkan resepi kmdn ye..

yang ni tengah dalam oven.. Lupa nak cucuk la plak kat atas tu. Layan jelah

Amacam.. ada teringin tak?

 Resepi nanti Ummi tanya Papa dari blog mana dia cilok resepi.. Biasalah, masak ikut internet. Kalau tak, jangan harap..

LAZUARDI

LAZUARDI... Berkurun nak tunggu buku ni keluar. Ummi memang suka giler ngan citer ni kat blog dia. Lain dari yang lain.. Bila baca macam ada satu feeling yang tak bleh digambarkan.. Tapi tulah, lama bebeno menunggu dan berbaloi penantian tu..

To Fatimah, thank you so much for informing akak about the book. Dah lama sebenarnya tak beli buku. So bila dengar Lazuardi nak keluar, apa lagi. Order ler online. Cepat skit... Dah akhirnya sampai semalam. Dan akibatnya tido kul 3 pagi, bangun kul 6. Cam burung antu lak..










Lazuardi-COVER_v2-a-Crop-156x269

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”



Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...



“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”



‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?




Ummi memang salute ngan Nasz...Sweet sour dan Lazuardi, dua2 best.. Lain dari yang lain. Ummi memang suka giler ngan citer hero dia yang sangat caring.. Yelah, bukan senang zaman realiti ni nak dapat lelaki camni punya hebat. So berangan jelah bila baca novel.. Hahahha..

Korang try la baca buku ni.. Ummi bagi 4 setengah bintang kat LAZUARDI...

Nak ke baca review novel tu. Oklah meh Ummi citer skit tentang lazuardi.. Anaz ada kawan baik Odie. Tinggal rumah sebelah menyebelah. Dalam keluarga Anaz ada mama dia, abah tiri dia dan adik tiri. Shark kawan adik lelaki dia Nueq yang muda 4 tahun.

Rupa2nya dah lama Shark ni syok kat Anaz. Sume member dia tau.. Hhaahha.. Bila Ain, sepupu adik tiri dia datang lagilah horor dibuatnya..So dipendekkan citer Anaz kawin gak ngan Shark.. Yahuuu, bab ni Ummi suka.. Tapi tak ramai orang tau. Selepas 4 tahun barulah semuanya terbongkar...

Nak tau kesudahan, sila dapatkan buku lazuardi di Jemari Seni.. Tapi yang pasti - Happy ending ye.. Suka suka


Friday, September 7, 2012

akhirnya...

alissa dan adriana akhirnya tido dlm bilik sndr. ya allah,  rasa berat sungguh nak berpisah tido  ngan diaorg. dah biasa tido dkt2. tapi sbb alissa dah besar so mmg kena dok bilik sndr. yg kesiannya ialah adriana bila tadi dia kata 'nak tido sana'. dia tau yg dia kena tido jauh dr ummi dia.  ya allah ya tuhanku, kuatkan lah hati ku untuk trs membiarkan anak2ku tido dlm bilik sndr.  bukan senang nak berpisah tido ngan diaorg. silap haribulan ummi suruh budak2 tu tido semula ngan ummi.. uhuk uhuk...

Friday, August 31, 2012

hari meng cat bilik alissa

memandangkan anak  ummi dah besar panjang so kenalah dok bilik sndr kan.. patutnya awal lagi dah kena tido bilik sndr tapi ummi yg tak ready nak let go dia tido bilik  sndr. rasa cam makin jauh je.. rupanya dah besar anak ummi ye. pejam celik dah 7 tahun dah.. ohhh lupa lak 26 ogos ari tu birthday dia.. beli 2 kek gitu.. brownies walnut dan chocolate banana.. celebrate kat kpg ngan mak ngah dan cousin... so memandangkan nak train alissa tido kat bilik sndr  papa ngan ummi cat kan bilik bg cantik skit. gambar dlm phone papa..warna pilihan merah terang ngan light pink gitu.. winter peach asalnya.. last2 jadi peach pekat sbb tak jauh beza current paint ngan winter peach. so tambah skit merah terang tu.. dah hasilnya pink comel.. hehehe.. nak tepek gambar kena guna laptop la plak.. tapi akan di update dr masa ke semasa...

Thursday, August 30, 2012

amboi.. kecik2 dah pandai

ni citer  pasal adriana... bila cakap 'adik pegi school ye..' dia boleh jawab  'tak yah school.. mydin je..' kan kat area umah dah bukak mydin paling bedar di perak so dia asyik ingat nak gi mydin je.. kalau tanya adik nak pegi mana, jawapan dia mydin... ari ni bila balik dari mydin,kat simpang antara mydin dan tesco, dia bleh kata nak pegi tesco. padahal baru balik dr mydin... sabar jelah....

Tuesday, August 28, 2012

kuih raya dan kuih lepas raya

ummi ada buat dlm 5-6 jenis kuih raya.. hajat di hati nak letak resepi so next yr blh buat rujukan... nnt ummi masukkn satu2 ye.. sekadar berkongsi.. tp thn ni mmg jimat beli kuih raya. berbaloi wat sndr dan siap buat 2nd round utk family kat kpg.. resepinya TUNGGU...

alhamdulillah

selesai sudah ummi membayar duit kereta. ari ni wat full settlement.  ingatkn kena lah dlm rm2000 tp cuma kena bayar rm1158 je. horay... selamat sudah.. bleh la ummi simpan duit pasni. byk woooo rm 701 per month. ummi blom start keje lg. esok baru start keje. sure x semangat punya. dan ari ni jugak dah beli cat untuk bilik alissa. ni preparation utk tido kat bilik sndr. dah besar so kenalah tido dlm bilik sendiri.  rezeki ummi murah skit raya ni. so bleh buat mcm2 la.   pas byr abih kete time utk repair kete lak. kete ummi dah tersadai dkt setahun. hrp2 masih ok lg.   pas repair ummi akan bawa gi keje. ni dah nekad sbb byk benda nak wat pasni. senang nk bisnesss.   hehehe..

Monday, August 20, 2012

bila allah tunjukkan kebenaran...

ada satu citer ari ni yg bleh dijadikn teladan..sesungguhnya allah itu maha mengetahui segala yg baik dan buruk.. jika kita mempunyai niat yg tidak baik ,akhirnya kita akan mendpt balasannya... dan balasannya time tu jugak.. citernya begini... ada org tu yg paksa seorg hamba allah ni utk beli coklat yg dibuatnya.. harga yg dikenakan agak mahal dan tidak berpatutan. .. tambahan pulak hamba allah ni adalah sedara sendiri...nak dijadikan citer, sblm sampai rumah hamba allah ni dia singgah di tmpt lain dulu... coklat ltk dlm kete n ari sgt panas. so coklat mencair.. hilang la rupa coklat yg cantik... maka tak jadilah dia nak menjual coklat tersebut .. moralnya jgn nak buat jahat kenakn org akhirnya allah beri balasan time tu jugak

doa masa solat sunat aidilfitri

pagi tadi masa tgk tv solat sunat hari raya,dgr bacaan doa... syahdunya... terbayang arwah mak dan abah.. antara kandungannya ialah ibu yg telah melahirkn kita,membedakkn  kita,menyikat rambut,memandikn dan menjaga semasa kecil hingga besar.. ayah yg menjaga kita  dan mencari rezeki.. kau tempatkn lah mereka dlm golongan hamba2mu yg beriman..ya allah, kau rahmatilah kedua arwah ayah dan ibuku... tempatkan mereka dlm golongan hamba2mu yg beriman.. amin

Sunday, August 19, 2012

selamat hari raya aidilfitri

salam... 1 syawal menjelma lagi..  marilah kita menyambut hari raya aidilfitri bersama2.. semoga berbahagia di ari raya..

Friday, August 10, 2012

kaki besar

huhuhuhu.. dah lama tak meng up date blog. masa banyak tp kurang rajin. baru lepas balik dari parkson ipoh...mencari kasut raya..adoi laaa seksa sungguh nak beli kasut ummi. ummi punya kaki size 9 @ 10. vincci, nose,esarli n sebagainya jgn hrp la nak ada size.kim slm la jawabnya.. nampaknya skrg ni ummi kena kluarkn belanja yg byk utk beli kasut.lately rega sume kasut yg ummi beli almost rm 100.  adoi parah....kuih raya dah siap buat minggu lps.. tak tau la nk sambung atau tak.. klau mls kuih tunjuk jelah.  apa susahkn....

Monday, July 30, 2012

TARA... OVEN BARU

Salam Ramadhan..

Sempena hari raya yg akan tiba, yg pasti tahun ni nak buat kuih raya sendiri.. Dan untuk memastikn kuih raya dapat dibuat dengan sendiri maka inilah dia oven baru Ummi... Akhirnya...

Inilah dia oven baru Ummi.. Dup dap dup dap nak masak... Terbaik...........

Dan jangan lupa mesin buat mee/pasta.. Kuih apa yg sesuai dgn ni.. Kuih gunting ler..

Alissa suka bila dapat oven ni. Tak sabar2 nak buat kuih.. Takpe kakak.. Weekend ni kita pulun buat kuih raya.. Cuti 3 ari kannn..

Sunday, July 22, 2012

HOME MADE CHOCOLATE

3 kali dah Ummi buat coklat sendiri. Memang mudah aje.. Tapi nak kena rajinla kan.. Pastu nak kena dapatkan bahan yang tepat.. Ari tu pegi satu kedai jual barang2 kek. Alhamdulillah dekat ngan rumah dan semua ada. Yang penting kena tau halal ke tak.. Kedai orang melayu so dijamin barangnya HALAL.



kesian Hello Kitty dah jadi hitam.. Hhahahaha.. Ni je yang ada..Hitam pun hitam laaa. Janji sedap

Cara nak buat nanti ye sbb anak2 dah panggil nak gosok gigi.. Nanti Ummi cerita ye.. Tunggu........

KUIH CARA LAGI

Memandangkan kuih cara yang laing senang maka jadilah kuih cara pada hari puasa yang pertama.. Senang aje..

Bahan2:
- air pandan (6 helai daun pandan dikisar dan diambil airnya)
- tepung gandum
- sedikit garam
- gula
- sedikit minyak

Ummi tak pakai santan.. Rasa lebih kurang aje..

Cara-caranya
1. Campurkan tepung, garam dan air pandan.
2. Kacau sebati. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sedang2 aje.
3. Panaskan acuan. Sapukan sedikit minyak untuk elakkan melekat.
4. masukkan bancuhan ke dalam acuan. Isikan gula dan tutup.
5. Angkat apabila warna bancuhan di dalam acuan bertukar menjadi gelap sedikit.
6. Lakukan yang sama sehingga habis..


BEGEDIL AYAM

Semalam Ummi masak begedil ayam.. Ingat nak buat mashed potato tapi minggu depan la sebab nak masak western.. Cewah..

Ni begedil separa siap.. dapatlah 12 biji
Dah siap.......
So Bahan2nya:

1. daging ayam (Ummi pakai daging ayam kisar, ikut suka nak banyak mana tapi Ummi ambil suku je)
2. 3 biji kentang  (saiz agak besar)
3. 1/2 bawang merah * didadu
4. 1 batang lada besar merah *dihiris halus
5. bbrp batang daun sup *dihiris halus
6. lada sulah (ikut suka)
7. sedikit garam (ikut suka)
8. 1 biji telur.

Cara-caranya
1. Rebuskan ayam dan hancur2kan..
2. Kentang dibuang kulit dan dipotong. Gorengkan kentang sehingga empuk. Kemudian lenyekkan kentang sehingga hancur.
3. Masukkan bawang, lada merah dan daun sup. Kacau rata.
4. Masukkan lada sulah dan garam dan gaul sebati.
5. Kepalkan bahan tadi menjadi bulat dan leper.
6. Telur dipukul dan panaskan api.
7 Celup ke dalam telur dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan minyak..


Sedia untuk dihidangkan......

PUDING LAICI

Alhamdulillah.. Menjadi jugak puding yang dibuat tanpa merasa. Yelah kalau dah puasa macam mana nak rasa kan.. Ummi ambil resepi dari blog Mat Gebu.. Siapa lagi kalau blogger paling hebat memasak.. Mudah dan ringkas tapi of course la kena ada bahan..
Ni la hasilnya...

Taraaaaa... Dah boleh dimakan.. Tapi seksanya nak keluarkan dari acuan...
-bahan-bahan
1. 5 gm serbuk agar-agar (satu peket 10 gram so bahagi 2 ye)
2. 625 air (2 1/2 cawan)
3. 4 camca besar gula pasir
4. 200 ml susu sejat (pakai IDEAL)
5. 1 tin laici (kisar 1/2 isinya ngan 125ml air laici dalam tin)
6. 1 helai daun pandan

caranya
1. Masukkan gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk berisi air. Kacau hingga larut. Masukkan daun pandan dan masak dengan api sederhana. Bila mendidih, matikan api. Jangan lupa kacau2 selalu ye.
2. masukkan susu cair dan laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang anda suka. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti.. Barulah sejuk dan sedap dimakan..

Selamat mencuba...........



Saturday, July 21, 2012

korang suka beli kat bazar ramadhan atau masak sendiri?

ummi suka masak sendiri. maybe sbb x diajar beli mknan dr luar. tp ada org suka beli mknan kat bazar ramadhan. sebenarnya bkn nk mkn sgt tp seronok aje pegi bazar ramadhan.end up duit abis n mknan tak habis mkn. tp bila tgk keadaan skrg, dah jadi genetik bila anak2 pun start beli mknan instead of masak. hujung minggu weh...masak jelah. tp bila msk org x nak mkn, marah pun ada. kalau x nak mkn bgtau ler. tak yah terhegeh2 nak masak....

hari pertama puasa

selamat menyambut bulan ramadhan yg penuh dgn keberkatan. alissa start puasa ari ni. dok melepek.. penuh ari dia ngan mcm2 aktiviti. mula2 buat coklat. pastu buat puding jagung. pastu masak begedil ayam. pastu buat kuih cara... skrg tgh melepek asyik minta nak mkn n asyik tanya pukul brp. kesian anak ummi tp ni jelah cara nak ajar dia puasa penuh... sabar ye alissa...

Thursday, July 12, 2012

bila perempuan suka menjerit2

Dah lama tak berblog..balik dari putrajaya adriana plak yg sakit.. tp dlm anak sakit pun ummi sempat lagi buat homemade chocolate.... dah lama nak buat tp ari ni tgk you tube pastu ajak papa beli brg2... rm 84 jugak ler. rupanya mold hello kity tu reganya rm 21. mak aiii mahal giler tp worth it... never done jadi jugak akhirnya. gambar later ye.. yg beno nya nak menyatakan kenyampahan ummi.. lagi lama dipendam lagi sakit hati... bayangkan pompuan terjerit3 ckp dlm tepon ngan pakwe. kalau ummi jd lelaki tu dh lama kena reject. pastu mulut mcm apa aje bila bercakap ngan bdk2. dah la bdk2 senang nak mengikut. bahasa pun bleh tahan jugak... tu yg susah bila ckp pakai sedap mulut aje tak pakai otak.. kdg kala ummi terpikir yg pompuan zaman skrg makin lantang bersuara sampai lupa adat susila kita org timur..

Sunday, July 1, 2012

rambut baru.....

semlm semua org pakat cantikkn rambut termasuklh ummi. asalnya nak ptg rambut budak berdua ni tp bila tanya psl rambut asyik gugur so teruslah buat. comel tgk adriana dgn rambut baru. barulah nmpk comel skit. ummi buat rawatan scalp or kulit kepala ngan lembutkn rambut. papa plak buat steam rambut bg lembut.dah rambut pjg sape suruh. total utk rambut aje rm 256. terkejut den. tp mmg dah jangka. ummi punya rm 90 tambah shampoo ngan tonic hair rm 85. papa punya rm 69. bdk2 rm14. plg murah. kesimpulannya silalah jaga rambut supaya x perlu kuar duit byk. sama cam gigi la....

Friday, June 29, 2012

Penah tak korang minta org yg dkt dgn korang supaya cpy2kawin. Sbbnya korang mls nak tgk muka dia. Tu la yg Ummi alami skrg ni. Bilalah nak jauh2 skit dr org tu.hazabnya rasa. Tolong.....

Wednesday, June 27, 2012

SIAPA ITU...

Pagi tadi masa Ummi tengah tgk2 kat pasu bunga, nampaklah objek warna putih. Cadangnya nak siram pokok sebab pokok pandan dah layu.. Maklumlah tak siapa yang sudi nak siram.. Nama aje ramai orang kat umah ni tapi haram nak tolong.

 Ummi pun belek2 la daun. Ingatkan puppy, yelah mana tau sesat dalam umah ni. Tapi dah lama tak nampak anjing depan umah ni. So belek punya belek nampak si kecil ni... Cuba teka

Tu dia..Nampak tak saya yang belum buka mata ni...

Meh tengok dekat sikit.. Rupanya ada 3 ekor anak kucing... Wah, jangan harap Ummi nak pegang. Geliiiiiiii



So Ummi dah suruh Papa tolong letak kat luar. Sampai ke malam kucing tu still kat situ. Takpe, kalau diaorg berak.. Papa sila basuh ye....

GERAM DAN MENYAMPAH

Huhuhuhu.. Ari ni sangat mencabar minda. Penat dgn lecture notes yang blom siap. Pastu penat dgn perangai orang yang mengada2. Apa perasaan korang kalau dah beli mi kari tapi tak nak makan. Boleh plak order nasi goreng. Apa ingat orang lain takde keje ke asyik nak melayan korang je. Mengada2 sangat. Masak la sendiri.. Dah  la malas nak pegi beli. Harap aje ada kenderaan nak naik tapi malas tahap gaban.  Kalau kena kat Ummi, sound tepat aje... Pegi la beli sendiri. Orang dah beli tapi tak tahu nak bersyukur. Banyak songeh plak. Dah la sendiri malas..

Orang macam ni nak kena ajar skit. Semua pun malas. Nak benda datang kat kaki tergolek2 gitu. Apa ko ingat ko anak orang kaya sangat ke? Semua mintak boleh dapat. Sedar diri la skit. Yang Papa pun satu.. Tau la malas nak argue tapi layan je bila orang buli. Kalau Ummi, kasi hentam skit. Baru tau dan sedar diri.   Tensennnnnnnnnn..............

Sunday, June 17, 2012

ADRIANA YANG PETAH..

Alhamdulillah bila Adriana dah semakin petah berkata2.. Siapa tak risau bila anak tak cukup bulan. Sib baik Ummi kerja dalam bidang perkembangan kanak2. Kalau tak, Ummi pun tak kisah gamaknya... Antara kata2 Adriana

Dalam kul 3, Adriana naik atas dan kata
Adriana: Nak andi (mandi)
Ummi: Tak boleh.. Tadikan dah mandi
Adriana: Ala...
Amboi pandai lak dia ber ala ye..

Situasi 2
Adriana: O co cot (opocot)
Kengkonon nak melatah la tu

Situasi 3
Adriana: Ayo... tak ta yot (Ayo, tak tahu)
Bila ada berlaku satu2 benda

Situasi 4:
Adriana: Atai (gatal)
Memalam sebelum tido dia suruh garu. Alasannya dia gatal..
Kalau tak dgr la dia jd tarzan ckp ataiiiiiiiii

Situasi 5
Sejak bbrp ari lepas, Adriana cakap Laillahaillallah Muhamada Rasullullah.. Maybe belaja kat rumah pengasuh kot....

Situasi 6
Kalau tanya kat dia
Ummi: Ni sape punya ni? (Barang Adriana)
Adriana: Adik nya..
Dan bila nampak benda papa dia punya or kakak dia punya dia akan kata Kakak punya or Papa punya

Setakat ari ni dah 5 or 6 lagu dia tau nyanyi..
- buai laju2 (fav dia)
- twinkle2 little star
- bapaku pulang dari kota
- tepuk amai2
- lagu barney - i love u

Saturday, June 16, 2012

HARI MAKAN SEDUNIA

Seronoknya bila tiba ujung minggu. Bleh la nak melepak2 ngan anak2. Dan of course la masa untuk masak2.. Ummi bukanlah suka sangat nak masak tapi kalau tak masak nak makan apa, ye tak..

Menu ari ini...

Breakfast dengan penne bolognese....Ingat nak buat roti telur, tgk2 telur nya tinggal 4 keping. Org yg nak makan ada 6 orang. Apa nak makan..

Lunch ngan nasi ayam.. Permintaan Alissa.. So Ummi pun masak la ngan senang hati. Ari ni alissa ada kem solat bestari.. Beaja ambil wuduk..

Petang Ummi masak kuih sagu yang selalu Ummi bg resepi tu.. Tambah ngan keropok..

Dinner - ingat malas nak masak tapi apakan daya.. Maka jadilah burger daging siap ngan cheese lagi.. Yum yum yummmm.. Marilah makan....

Saturday, June 9, 2012

JALAN2 UJUNG MINGGU..

Lately ni Ummi suka bawa anak2 gi jalan2. Tak beli barang pun takpe.. Diaorg pun suka berlari sana sini. So ari ni kami ke AEON Stesen 18.. First time pegi. Nak pegi ni pun jenuh nak pujuk papa. Biasalah jenis yang malas nak pegi tempat yang jauh. So kena la bagi tazkirah skit then baru la jalan...

Sampai makan kat Nando's dulu. Inilah first Nando's di Ipoh. Papa memang suka makan Nando's tapi takde kat Ipoh masa tu. Ni dah ada oklah... Memandangkan papa makan 1/2 chicken meal so dapat free chocolate cake ngan choice of coffee.. Rupa2nya sempena Father's Day.. Oklah not bad.. Adriana, masyallah giler minum air.. Order air Citras 1liter. Dia minum 1 gelas sorang aje.. Ayam tolak tepi..

Ummi bab snap picture tgh ramai2 org memang failed. Oklah gambar ni kannn

Hi.. Nama saya Adriana.. Nampak tak 2 ekor orang utan kat baju saya...

Adriana sekarang, Ya Allah pot pet pot pet.. Banyak sungguh cakapnya.. Non stop.. Up to 5 word utterances.. Alhamdulillah all the developments are OK. Risau bila anak tak cukup bulan..

LEMANG SEBELUM RAYA

Teringin betul nak makan lemang. So balik kampung ari tu apa lagi.. Cakap ngan pakcik Ummi tolong cari buluh lemang. Nak masak lemang jagung.. Raya nanti turn kat Ipoh. Dah sah2 Mak Ngah tak buat lemang sebab takde orang tolong.. So mari kita makan lemang sebelum raya..

Lepas arwah mak takde, kitaorg belajar buat lemang sendiri. Sampai satu tahap, sebelum letak lemang tu siap berdoa minta jadi.. Alhamdulillah sehingga ari ni, lemang sentiasa jadi. Sedap pun sedap..

Ummi tak minat beli lemang sebab ada kerak. Lemang kitaorg lemang rebus. Sah takde kerak.. Tapi yelah ikut suka memasingkan..

Alamak.. terbaring la pulak gambarnya.. Tapi begini la lemang yang direbus.. Guna dua periuk besar then tutup ngan kain antaranya...

Lupa nak ambil lemang dalam periuk yang dah masak.. Ni dah angkat periuknya... Dah masak.. Yehaaa


Mak Tih tengah belah lemang. Kecur air liur masing2

Tadaaaa.. Nilah lemang jagung nya.. Amacam ada terliur tak..

Dan lagi..........