Wednesday, June 27, 2012

SIAPA ITU...

Pagi tadi masa Ummi tengah tgk2 kat pasu bunga, nampaklah objek warna putih. Cadangnya nak siram pokok sebab pokok pandan dah layu.. Maklumlah tak siapa yang sudi nak siram.. Nama aje ramai orang kat umah ni tapi haram nak tolong.

 Ummi pun belek2 la daun. Ingatkan puppy, yelah mana tau sesat dalam umah ni. Tapi dah lama tak nampak anjing depan umah ni. So belek punya belek nampak si kecil ni... Cuba teka

Tu dia..Nampak tak saya yang belum buka mata ni...

Meh tengok dekat sikit.. Rupanya ada 3 ekor anak kucing... Wah, jangan harap Ummi nak pegang. Geliiiiiiii



So Ummi dah suruh Papa tolong letak kat luar. Sampai ke malam kucing tu still kat situ. Takpe, kalau diaorg berak.. Papa sila basuh ye....

No comments:

Post a Comment