Monday, December 23, 2013

JANGAN BENCI CINTAKU

Assalamualaikum w.b.t

Yahuuuuuuuu.. Akhirnya sampai gak novel yang telah diorder secara online. Bestttt.. Ari tu baca separuh je dalam blog tuan tanah. Sekarang boleh baca sampai habis. As expected, they are lived happily ever after. Baru lah seronok nak bacakan... Tapi masih menanti satu lagi buku dari syarikat yang berbeza. Nampaknya Ideakreatif menang dalam melayan online customer. Expected sampai by Saturday. Apa jadi ngan company satu lagi nih.. Jangan tak dapat dah ler.. Fuhhhh

Ni la pos lajunya.. balik dari shopping tengok dah ada atas meja..

Ni dia.. Jangan Benci Cintaku..

Dan dapat ni jugak. Ca, poskad ye.. Dan itu dia penulisnya.. Orang Sarawak rupanya.. Dahsyat ler BM..
Sinopsis yang diambil dari web ideakreatif...
 
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!’- Damia Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya? 

KOMEN..

Ummi suka jalan citer ni. Pertama kali baca kat blog terus jatuh suka. Yelah nak tengok bagaimana seorang isteri tackle back si suami. Dan bagaimana si suami menyedari yang dia masih jatuh cinta ngan si isteri.. Jalan cerita yang simple cuma apa jadi ngan Husna di akhir cerita terus jadi tanda tanya.. Mcm incomplete lak.. Biasa la nak tau jugak kena sumpah ke, mati ke, jadi benda yang tak elok ke?... Happy ending tu yang penting. Siap masukkan En Sawi dan hero handsome Syazwan, Mia dan mama Mia sekali... Ok tak rugi beli dan baca ok...

MAINAN - CASH REGISTER

Assalamualaikum..

Huh.. habis sudah edisi balik kampung. Sib baik tak banjir. Tapi kalau kampung Ummi banjir maknanya tenggelamlah satu Raub tu.. Tak banyak cerita balik kampung. Tapi yang tak tahan tu bila Adriana semput lagi. Tiga kali neb di tiga tempat yang berbeza. Huhhhh.. Letih.. Tak pernah kena macam ni. Al kisahnya dia hanya selesema. Next day batuk sikit. Ubat plak lupa bawa balik. Kira lambat makan ubat la.. Kebetulan nak kena pegi KL sebab Kak Long Mira masak gitu.. Nak pegi makan2. Agaknya bila kena aircond bertambah teruk. Balik dari KL singgah klinik kat Bentong. Kena sekali neb. Malam tu Mr Kingshah tak puas ati so terpaksalah bawa ke Emergency Depart. Hospital Raub. Ok plak tapi nafas masih laju so kul 4am kitaorg ketuk rumah MA kat KK yang terdekat. Neb lagi sekali. Pastu ok... Huhhh lega.. Menakutkan sungguh anak Ummi yang sorang ni..

So dah balik dari kampung Alissa dok asyik minta nak cashier register. Demand tu bila nak yang ada card. Boleh swipe ler gamaknya.. Oh anak Ummi...Sabar jelah. So last Friday survey kat Aeon adalah 2 choices. Nampak menarik. Malamnya gi Parkson terus beli. Beza tu ngan harga Aeon. Takpelah kak, janji ko bahagia. Yelah asyik merengek aje nak benda ni.

Nilah benda.. Cashier Register..
Bila dah main asyik gaduh ngan adik. Adoi laaaa... Sabo jelah. Pastu lepas 2 hari dia kata macam nak beli yang lain aje. So Ummi kata simpan duit dulu lambat lagi baru boleh beli. Amboi anak2, ingat cop duit ke.. Senang ye order je pastu terus dapat.. 

Dah banyak mainan budak2 ni kat umah. Apa yang takde?
stroller mainan.. Ada

troli mainan. Ada..
                                                            

Dapur mainan.. Ada..
                           Semua ada.. Sampai dah tak nampak rupa dah.. Tapi boleh main lagi. Sayang ler benda2 ni. Mahal tu nak beli. Nak main pasir pun ada..


 Ok ye anak2... Sekarang masa nak beli barang nak masuk sekolah. Mainan lain kali pulak bila dah belajar rajin2...
                                                            












Tuesday, December 3, 2013

Aha.. semalam tak bleh nak load gambo. So jom layan picture bebudak ni.. Memasing rambut pendek. Cam orang penan pun ada.. Takpelah adik and kakak janji comel kan..

sebelum
                                
selepas
                               
sebelum

selepas

apsal lebar je mukanya kakak

adik sempat main2 lagi kat dalam kedai masa tengah tunggu papa cuci rambut.. pretend dia jadi hair stylist plak..

comel tak saya....

cak.........
 So ni gambar ari ni.. Jalan lagi. Ummi ni tak sedar esok nak audit. Huhuhu sedih sebab patutnya minggu ni cuti. Dah sebab audit terpaksa ku cuti next week. And tak bleh jumpa Along.. Waaa cuti tak sama la plak.. Sedihnya....
Kakak dan Mr Kingshah.. Control macho gitu... Uwekkk

ambik ko.. adik pegang garfu ngan pisau

Kitaorg je yang rajin ambil gambar.. Tak kisah laaa

Adik nak buat jari peace tu.. Tengok sampai ke sudah tak dapat.. Semua jari kembang

macam2 gaya..

Konon nak buat mata takut.. hishhhh

Sunday, December 1, 2013

JALAN HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum..

Hujung minggu yang penuh dengan jalan2. Kalau ikut Adriana hari2 nak pergi taman 'Ummi, cikgu kata pegi Mydin'. Maknanye lepas ambil dia, terus pergi Mydin nak pegi taman. Sabo jelah anak Ummi yang sorang ni..

So Sabtu kita pegi mana? Parkson semestinya sebab nak beli toner Ummi yang dah nak habis.. Beli sekali makcu punya pencuci muka.. Akhirnya berjaya juga beli kasut. Sembonia je yang senang nak dapat saiz. Masa pegi ari Jumaat sales girl tu kata takde saiz. Pegi Sabtu ada plak. Semestinya sales girl yang dah familiar ngan Ummi. Kadang2 bukan diaorang tengok ada saiz ke tak. Pakai cakap takde je. Adriana macam biasa akan request, nak main token. Pandai seh cakap nak main token. So apa lagi.. habislah jugak sepuluh hinggit. Sabar jelah..

Ari ni kita gi Mydin beli ink printer makcu. Jalan2 nak tengok baju dan akhirnya terbeli jubah ngan tudung. Mr Kingshah nak sangat bini dia pakai tudung Hoodie tu so layan jelah. Pastu bawa budak2 gi gunting rambut. Dah panjang dan masuk mata dah. Nak balik kampung kena kemas skit...

Pastu kita pegi McD.. Taman lagi. Budak2 ni tak berenti2 main. Over aktif ari ni... ala, tak bleh nak masukkan gambar plak.. Gerammm....