Sunday, April 22, 2012

BILA ANAK DAH BESAR DAN PANDAI MEMINTA-MINTA

Citer tentang anak adalah perkara biasa bagi sorang ibu.  Kalau jumpa kengkawan, topik utama mestilah anak. Dah tak banyak soalan tentang shopping ke, jalan-jalan ke.. Anak yang utama.. betul tak?

Nak citer tentang Alissa, anak Ummi yang dah sekolah ni.. Baru-baru ni dia kata,

Alissa : 'Ummi, nanti Isha nak beli baju dengan seluar bila Ummi dah dapat gaji'
(tau pulak tu bila Umminya gaji)

Ummi: 'Yelah, nnt kita beli kat Parkson'

Alissa: 'Nak beli buku jugak tau. Satu buku aje..'

Amboi.. dia punya minta tu mula-mula baju ngan seluar, pastu buku, bila dah sampai Parkson macam-macam dia minta.  Standard la anak kita kan.. Tapi Ummi tak ajar anak-anak bila minta terus dapat. Kena belaja untuk tunggu especially bila barang tu mahal. Ni kalau asyik minta terus dapat, naik lemak la pulak.. Ummi dulu jangan haraplah boleh minta2. Sedar diri sebab arwah mak ngan arwah abah susah.. 

Kalau Adriana plak, belum pandai minta lagi kan, so dia punya cara lagi best. Bila pegi Tesco tu bukan nak duduk dalam troli. So bila dah jalan dia bleh plak pegi je kat tempat yang dia nak ambil barang. Dengan selamba dia ambil barang yang dia nak, pastu hulur kat Ummi or letak terus dalam troli.  Hishhh bebudak sekarang ni...

Saturday, April 21, 2012

SALAH SIAPA?

Ummi terpanggil untuk menyuarakan satu persoalan di sini.. Siapa yang bersalah? Cuba korang renung2kan.. Ummi tiada jawapan untuk soalan ni tapi korang mungkin akan bagi macam2 jawapan.

Ada seorang ibu yang mempunyai sorang anak perempuan. Anak perempuannya dah besar panjang. Senang citer dah bleh kawin la gitu. Si ibu plak bukan la sihat sangat. Tapi masih mampu untuk menguruskan diri sendiri. Tapi walaupun tak sihat si ibu ni la yang akan masukkan baju anak dalam mesin, sidaikan baju anak, lipat baju anak even ironkan sekali baju si anak.  Si ibu akan kemas rumah, akan sapu sampah even akan masak (si ibu ni tak bleh nak guna sebelah tangannya). Pendek kata semua keje si ibu akan buatkan... Tidak pernah si ibu menyuruh si anak untuk buat kerja2 rumah.

Si anak pula, tengah belaja lagi. Tak pernah basuh baju sendiri, lipat baju sendiri even penuh baju si anak yang dah dilipat dalam bilik si ibu. Memasak apatah lagi.. Jauh sekali laaaa... Bak kat orang, jangan harap laaa.

Tapi apa jua permintaan si anak, si ibu akan berikan. Nak notebook, tak sampai seminggu dah dapat. Nak motor, tak sampai sebulan dah dapat. Dengar citer nak beli kereta plak sebab si anak dah minta. Pendek kata semua permintaan akan ditunaikan laaa..

Tapi si anak sebenarnya hanyalah anak angkat sahaja. Sehingga ke saat ini si anak belum mengetahui status dirinya itu. Sebab tu la agaknya perangai semacam aje. Soalannya di sini, si ibu yang bersalah atau si anak yang bersalah atau kedua2nya pun bersalah.

Bila Ummi tanya2 jawapan orang tentang kisah di atas, ramai yang kata si anak hati kering kot sebab dah tau si ibu kurang berkeupayaan tapi masih tidak bertimbang rasa.  Kalau kita walaupun mak ayah tak ajar buat keje umah, tapi seingat Ummi laaa kesian plak bila tengok mak buat keje sorang2. Kita sendiri akan tolong tanpa disuruh. Betul kannnn....Tapi mmg ada manusia yang hati kering. Maybe tak ada rasa belas kasihan kot. Wallahualam...

Ada juga yang kata si ibu patutnya kenalah suruh si anak buat kerja. Barulah dia belaja.. Ermmm mmg kena suruh jugakkan sebab ada orang yang kena ketuk baru jalan... Tapi kira kesian la kat si ibu ni.. Ummi rasa dia pun tertekan sebab tak tahu nak cakap macam mana dengan si anak. Atau maybe sebab si ibu fikir kalau dia tak bagi apa yang si anak nak takut nanti si anak akan lari dari dia. Meaning dia akan kehilangan anak dia laaa...

Tapi bila Ummi pikir logiknya, anak kita ni lambat laun akan tinggalkan kita jugak. Samada kita tinggalkan mereka dulu atau mereka tinggalkan kita. Yang pasti bila anak2 dah kawin, mmg kita susah nak dok bersama. 

Atau, si ibu pikir kalau dia tak memenuhi permintaan si anak, dia akan rasa bersalah disebabkan tanggungjawab dia yang membela anak orang. Ermmm susah nak jawab. Jawapan sebenarnya ada pada si ibu.. Hanya dia yang tahu apa yg difikirkannya.

Tapi si ibu ni memang kesian...

Wednesday, April 11, 2012

NOVEL LIST..

Ni antara novel yang Ummi nak beli.. Mak aiiii, banyak tu - keringla duit jawabnya..
1. terlerai kasih - harap2 best ler..
2. dia segalanya - moga happy ending
ada lagi bbrp novel - lupa plak tajuk2nya sebab dua kat atas ni begitu dekat di hati. Tapi Ummi memang tunggu sangat2 Lazuardi AKA Anaz. Rasanya kalau Book Fair kali ni kuar, gerenti yang ni dulu Ummi sambar.... Nazs, bilalah ko nak siapkan anaz ni. Dah lama akak tunggu ni...

SSID

Tau ke SSID tu apa? Orang yang baca novel je yang akan faham.. Saya sebenarnya isteri dia.. SSID. Hahh berjanggut nak tunggu novel ni sampai Ipoh. Kebetulan pergi Putrajaya, pun takde cuma masa kat KL Sentral baru dapat. Nak order online takut lambat plak. Rupanya nak beli kat kedai sold out aje..

Layan...

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Ummi suka citer happy ending. Kalau sad ending, emosi terganggu. Kalau happy ending, motivasi bertambah.. Yelah tu.. First baca kat blog, Ummi dah jatuh cinta. Bila dah nak publish, Ummi mesti nak beli.. Tak tau kenapa, sebab citer ni boleh dikatakan citer budak2. Tapi Ummi suka... Rasa kiut je citer ni..
Not bad citer nii.. Nak tau lebih lanjut, baca... Pasti puas hati