Saturday, August 30, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah dapat lagi kita menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Pantasnya masa berlalu. Betapa susah payah generasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara ini. Dan seharusnya kita generasi yang baru ini akan terus memastikan negara kita berada dalam keadaan yang aman damai, tanpa persengketaan, tanpa rusuhan dan perang. Semoga kita semua dapat hidup aman damai dalam kaum yang berbilang bangsa dan budaya.




Friday, August 29, 2014

NAK TUKAR TIKET ETS

Assalamualaikum..

Ok hari ni asyik turun naik train aje. ETS, komuter, Putra, Star semua Ummi naik.. Pendaftaran habis awal so ingat nak balik awal. Tapi tiket balik kul 6 pm.Camne nak buat ni.. Mr Kingshah suruh balik awal. beli tiket baru pun takpe. Amboi suka hati je. Mahal ok..

Ummi pergi tanya kat tempat orang nak boarding tu. Dia kata "Tak boleh tukar kak" "Kalau tukar nanti kena penalty lagi" Tak faham kejap.. Pikir punya pikir, decide nak balik awal jugak. So pergi kat kaunter dan tanya "Kalau ada tiket kul 6, nak awalkan boleh tak"

Sebenarnya BOLEH ok.. Tapi kena BAYAR SEPARUH HARGA TIKET TIME KORANG NAK BELI TU. Contohnya kalau korang nak naik train kul 1 Gold Class kena bayar separuh.. Kalau kul 3 Silver class bayar separuh. So Ummi ambil kul 1 kena bayar RM 17.50. Oklah dari kena bayar penuh. Dah selamat smapai rumah..


EPISOD BARU BILA BERCUTI PANJANG

Assalamualaikum..

Ni post yang merangkumi banyak benda. Ummi dah start cuti panjang. Habiskan cuti rehat 2 minggu then cuti belajar. Yahuuuu.. Nampak cam best ye, tapi tengoklah nasib hazabnya camne. Mau makin kurang rambutku. Huhuuhu..

Last day minggu lepas ari Jumaat, kitaorg gi makan2. Yelah last day kat off. Takde la plak nak snap gambar. Ummi ala2 malu gitu. Kitaorang makan kat Dimsum.. Best sbb kalau pegi dengan Mr Kingshah jadi tak best. Dia tak suka kat situ. Ummi suka aje Chinese food ni..

Thank you to Kak Rita, Kean and Lynette for the present and lunch treats. Ada masa kita jumpa lagi ye.. Bye2 HRPB..

Memandangkan banyak masa dan Adriana pun Ummi dah tak hantar kat pengasuh, maka mulalah episod berjalan2 kitaorg. Hahhaha.. hari2 berjalan.. Sampai Alissa bengang aje sebab dia sorang je kena pegi school. Yang lain semua duduk kat umah..

So Ummi teringin nak pergi kedai Romantika kat Mydin ni. Hari tu lalu aje, sekarang rasa nak jenguk apa yang ada kat dalam tu. Kelakarkan.. Dah habis raya baru sibuk nak beli barang2.
Rupa2nya kedai tengah Closing Down punya diskaun. Maka ramai la orang yang masuk. 50% termasuk bunga yang dah digubah. Tak ke giler bila bunga yang sepasu besar tu baru 50 hinggit je lepas sale. Maka mulala episod beli bunga.. Haha selama ni tak rasa pun nak beli bunga. Sekarang baru rasa nak beli. Tak kisah la raya dah lepas pun. So ari pertama beli bunga kekwa 5 kuntum. Murah je and bunga takde diskaun except bunga yang digubah. Pastu beli jam dinding dan lilin yang ada bau tu.

Next day terbayang2 plak bunga yang dah siap digubah. Rasa cam nak beli aje. So datang sekali lagi. Sempat plak nyembang ngan jiran yang tengah cuti dan bagitau pasal sale ni. Dia pun apa lagi terus pergi. So jumpalah kat kedai tu. Dia siap sambar sepasu besar bunga.. Ummi plak beli sepasu bunga besar dan kecil, teko dan cawan, tempat tisu dan tempat cake atau kuih yang bertingkat tu. Semua ada 50% less. Untungnya.. Sekarang citarasa bunga Ummi lain skit. Dulu Ummi selalu beli kat kakak bunga ros atau seangkatan dengannya. Sekarang suka yang bentuk bulat2 dan lebih moden gitu.. Puas hati..

Ni kedainya kat Mydin Meru Raya. Sales sampai 6 September tapi banyak bunga yang digubah dah habis

Ni pasu yang Ummi beli. Cantik tak?

Ni bila letak dalam rumah. Ingat nak beli coffee table kat situ. Nanti la dulu
Pinggan tingkat untuk kek or kuih dan bekas tisu
Ni bunga dalam bilik.. Pasu sendirian berhad ye
Dan jam....

Pewangi bentuk epal. beli satu bekas percuma satu bekas..
 Itu pun Mr Kingshah ada hati nak beli barang lagi. Ummi memang nak beli lagi tapi bunga jelah or maybe sedikit hiasan kat dapur macam cili gantung ke, buah gantung ke.. Gambar teko dan cawan takde sebab malas nak buka dah.. Gambar bunga kecil pun tak ambil..

Ok mari cerita tentang sambung belajar. Hari ni pendaftaran pelajar baru untuk Master dan PHD. Ummi pukul 5 dah naik train untuk ke UKM. Sampai lebih kurang 8.45 pagi. Sempat la berkenalan dengan beberapa orang yang lain e.g. Alam, Iti kalau tak silap, she is Indonesian.. Settle semua dalam kul 9.15 Pagi. Alamak, tiket balik kul 6. Takkan nak tunggu lama giler. Mau berasap bontot nak tunggu atas kerusi aje. Nak berjalan mood takde. Nanti nak pergi jalan lagi, so duit kena simpan skit.. So Ummi decide nak pergi SOGO. Situ jelah tempat Ummi selalu pergi pun. TQ to Alam tolong hantar ke komuter..

Kat Sogo pun tak sempat jenguk apa pun. Ingat nak balik awal so beli buku dan makan kat Old Town White Coffee then shoot to KL Sentral. Tapi camne plak sebab tiket kul 6. Nanti Ummi citer dalam tajuk bagaimana nak tukar tiket ETS.. Berjaya jugak tukar dan balik kul 1. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ummi. Amin..

Huhhh bergelar pelajar dalam umur sekarang ni sangat mencabar. Tapi bolehlah naik train harga murah lepas ni. Jom kita buat kad matrik dulu. Yeahhhhh


Thursday, August 28, 2014

NOVEL - TEMUDUGA CINTA BY RIDHYA IMAN

Assalamualaikum

Hari ni Ummi berkesempatan beli buku dekat kedai Minarwa  (betul ke ejaan ni). Alah yang kat SOGO tu. Kedai dia memang sentiasa diskaun 20%. Cari buku Umie Nadzhirah, yang dapat buku Ridhya Iman. Romantik komedi. Hahhaha.. Siap gelak kuat depan Adriana. Blur sekejap Adriana tengok Ummi dia macam tak betul bila gelak sorang2. Berjaya menghabiskan buku ni dalam masa 3-4 jam. Cam tak boleh nak berhenti bila dan baca. Awas korang yang nak baca buku ni. Pastikan cukup masa ye. Kang banyak keje tergendala.

Ini buku kedua penulis ni. Buku pertama dia - Titian Cinta.. Pun best. Tapi serious buku ni memang lawak. Cerita yang biasa2 aje, lebih santai tapi menyeronokkan.


Tajuk: Temu duga Cinta
Penulis: Ridhya Iman
Penerbit: Idea Kreatif
Harga: Semenanjung RM 26
           Sabah & Sarawak RM 29


Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair. Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya. 

“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair 

Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu.

 “Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain 

Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya. Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.

 “Kita kahwin?”

 ‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang. Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram? Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?

komen Ummi

Qurratul 'Ain seorang gadis yang sibuk mencari kerja. Bukan berada dalam kalangan keluarga yang senang menyebabkan dia nekad untuk mencari kerja di KL. Susah nak cari kerja, asyik kena reject aje. Sampai lah suatu hari kononnya nak menumpang air cond dan minum water cooler kat sebuah syarikat tapi lain pulak jadinya. Dia menipu kata nak interview dan tak sangka diterima bekerja kat situ as a storekeeper.

Megat Uzair rupa2nya dah lama kenal Ain. Dia yang sponsor Ain belaja tanpa diketahui orang lain. Bila Ain muncul kat syarikat tempat dia keje, apa lagi.. dia pun ambil peluang ler. Padahal mana ada interview untuk storekeeper hari tu. 

Bila Ain keje kat syarikat tu, Uzair ambil peluang nak rapat dengan Ain. Tapi Ain si lurus bendul ni macam tak faham plak hint yang Uzair bagi. Awalnya memang la Uzair ni sarkastik tapi akhirnya boleh jadi romantik plak. Ain ingat Uzair suka Cik Putih Gebu. Padahal dia la Cik Putih Gebu yang Uzair maksudkan..

Ain ni sebenarnya adik beradik kandung ngan Ikram, boss kat tempat keje dia. Rahsia terbongkar bila diaorang kena tangkap khalwat. Ain kena sabotaj ngan Gayah dan menyebabkan dia disuntik ngan dadah dan jadi high. Sib baik Ikram ada, so Ikram bawa masuk bilik hotel. Tak sangka plak kena tangkap basah.

Citer ni berbelit skit tapi insya allah tak susah nak huraikan. Ain tak suka mak bapak kandung sbb diaorang kata Ain bawa sial. Ain dijaga oleh mak dan ayah angkat. Ayah angkat meninggal masa berebut hak penjagaan Ain. Ayah Uzair, rakan kongsi ayah kandung Ain telah belot menyebabkan ayah Ain bankrup. Jadi bila ayah Uzair menyesal, dia jadi murung dan nyanyuk.

Tapi Ain ngan Uzair kawin ke? Agak2 korang camne. Happy ending so rasanya boleh teka la kot..

Suka sebab santai dan relaks aje. Banyak persoalan terjawab cuma ada bahagian yang tak huraikan lanjut. Contohnya Cik Nab senior storekeeper, geram je nak belasah sekali kat dia.. Overall saya suka..

Wednesday, August 27, 2014

KISAH ADRIANA

Assalamualaikum..

Ummi dah start cuti panjang. Insya allah akan berjuang mendapatkan sekeping lagi ijazah kalau diizinkan Allah. Maka bila Ummi cuti, Adriana pun akan bercuti. Tak boleh berenggang. Dia memang rapat dengan Ummi. Memandangkan Adriana belum masuk sekolah, jadinya duduk rumah jelah adik ye. Ummi pun kelas maybe seminggu sekali aje. So boleh ulang alik ke KL. Wahh... boleh la window shopping selalu. Best...

So start Isnin kitaorg keluar untuk settlekan kerja2 Ummi. Renew license - dah, print gambar passport - dah, beli hadiah - dah. So kemana nak makan. Johnny's kat AEON Kinta. Pastu bila tanya Adriana tadi kita pergi mana, dia jawap "AEON". Kononnya Ummi nak ajar bohong skit bila Alissa tanya so nak suruh dia jawab Mydin aje. Alissakan pendengki sikit. Tapi bila tanya lagi, jawapan masih "AEON" . Hahahaha budak2 mana reti nak menipu. Buat la camne pun masih dia akan jujurnya. Nasib laaa..

So dah beli buku kat kakak, adik pun nak jugak. So belikan buku sticker. Kesukaan dia. Hari ni dia bantai duduk atas katil sampai 3jam buat sticker sampai habis. Ummi siap boleh tidur dalam sejam lebih, tapi dia steady je siapkan sticker. Hebat tul budak ni. Dari orang tu hanya 7 je yang siap, sampai boleh jadi 40 dia siapkan. Cayalah adik..

Nilah bukunya. Teruk betul handphone zaman dinasour Ummi ni. Tengah menunggu untuk tukar phone..

Jom kita buat sticker

Nampak tak, banyak baju diaa...

Cantik tak saya punya

Ala, susah la nak pakai stoking

Jom pakat beli buku ni. Ala fashion designer gitu

Cantik tak?


Ni la sebahagian orang yang dah siap pakai baju dan sebagainya

Lagi.

Muka keletihan

Suka hati la dik

Cantik tak? Saya design sendiri tau



Tuesday, August 26, 2014

DINNER FOR ALISSA'S BIRTHDAY

Assalamualaikum..

Tadi gi dinner konon2 nak celebrate birthday Alissa. Present as requested dapat la buku Young Aishah. Senang aje Alissa ni. Sekarang giler membaca buku cerita so belikan ajelah. Bukan mahal mana tambah plak ada diskaun kat Popular.

Makan kat Dave's Dinner. Tak pernah pergi. First time tapi member2 kata sedap. Oklah jom kita terjah. As usual takde orang nak tolong ambil gambar. So tabah jelah ngap tanpa gambar. Adriana lak sibuk nak main game so tak dapat nak snap.. Makanan sedap, Adriana makan banyak. Alissa makan sikit, dia memang payah sikit nak makan tambah pulak baru lepas makan bihun sebelum pegi.

Oklah ambil 2 set - Lamb ngan chicken. Ada soup, two side dishes, juice and dessert. Puas makan. Harga biasalah sbb American punya recipe. Tapi puas hati. Insyallah ada rezeki datang lagi..

Inilah bukunya.. Young Aishah the series. Ada 4 cerita dalam ni kalau tak silap. Tebal jugak laaa..

Ada komik in between..

Tulisan ok laaa..

Banyak kisah nasihat. Sekarang dah start beli buku cerita supaya dapat kurangkan surf internet. kalau tak 24 jam ngan tab..

Birthday cake.. Ambik pun senget

Jom potong. Tak makan pun sebab nak cepat pergi dinner. Restaurant tutup kul 10 pm

Ni je yang sempat ambil.. Dessert ice cream ngan buah

Ice cream ngan cake

Adriana menghayati. Sungguh2 dia makan..

Nilah tempatnya.. Kalau korang dok Ipoh dan nak makan western, boleh datang sini. Tapi harga biasalah.. Nak sedap bayar jelah mahal pun..