Monday, August 11, 2014

SEBELUM DAN SELEPAS RAYA

Assalamualaikum...

Apa beza sebelum dan selepas raya? Banyak bezakan.. Contohnya
-  sebelum raya langsir lama, lepas raya langsir baru.
- sebelum raya baju lama, lepas raya baju baru
- sebelum raya rumah bersepah, lepas raya rumah kemas skit
- sebelum raya takde lemang, ketupat dan rendang, lepas raya merasalah nak makan semua benda tu
- sebelum raya duit banyak skit, lepas raya kering kontang.. jenuh nak tunggu hujung bulan
- sebelum raya excited skit, lepas raya bermuram durja (duit dah habis)
- sebelum raya badan kurus aje, lepas raya badan bertambah lah plak sebab asyik pergi open house

Tapi yang paling tak menahan bila sebelum raya beli tudung punyalah mahal, lepas raya tudung yang sama dilelong murah aje. Sabo jelah. Sebelum raya Ummi beli satu shawl ni dengan harga RM 25. Murah aje pun tapi pada Ummi mahal gak la.. Dasar.... Semalam lalu tengok semua tudung dijual pada harga RM 9. Semua tudung OK. Yang dulu harga RM 50 pun jadi RM9. Apakah...

Bertambah la bengangnya bila shawl dulu harga RM 25 jadi RM 9. Jadi marilah kita merembat dua helai lagi. Ikut hati nak beli banyak lagi tapi sabo ok. Balik umah asyik teringat. Nak beli untuk budak2 ni la.. Ingat hujung minggu ni kita pegi lagi. Tu pun kalau ada lagi laa.. Mari kita rembat lepas raya ok.. Manalah orang nak membeli, duit dah kering ye.

Ni dua shawl yang berjaya dirembat semalam.. Puas hati..
Ni shawl lama.. selesa dan mudah dipakai.....  
Kesimpulannya kalau nak membeli belah, sila beli selepas raya. Sebelum raya beli yang sangat2 perlu je dulu. lepas raya baru borong sakan. barulah jimat dan puas hati. Kalau sebelum raya dapat satu aje, lepas raya boleh dapat 3.. Cayalahhhhh

No comments:

Post a Comment