Wednesday, August 6, 2014

RAYA 2014

Assalamualaikum..

Dah seminggu raya berlalu. Tapi kitakan sambut sampai sebulan Syawal.. So masih mood berhari raya. Tahun ni raya di Ipoh. Kureng best.. opsss.. Alissa tanya kenapa tak raya kat umah mak ngah (Pahang la tu). Jawapan Ummi, ikut giliran la kakak. Tahun depan baru raya umah mak ngah. Dia kata tak best sebab tak boleh main bunga api. Dua hari sebelum raya baru beli bunga api. Nak main pun takut2 aje. Kena ada orang temankan. Adriana plak spesies penakut. Tak berani dengan benda yang ada api dan bunyi kuat. Kesian anak Ummi. Penakut macam Ummi jugak. Ummi memang tak suka mercun dan benda yang bunyi kuat2. Rasa nak tercabut jantung dibuatnya...

So jom tengok gambar raya dulu.. Pastu baru kita citer2 ye..

So ni gambar raya 2014 keluarga kecil Ummi. Budak berdua ni nama aje beli tudung tapi bukan nak pakai. Ermm lain kali jelah adik ngan akak ye.
Pagi raya, lepas sembahyang raya kitaorg gerak ke Parit Buntar. Rumah saudara mara Mr Kingshah.. Pastu dok dalam 2-3 jam. kitaorg gerak ke Penang lak. Rumah Mak Tih. Banyaklah benda yang disembangkan masa kat sana. Yelah jumpa sedara yang jarang sekali dapat jumpa.
Ummi dan Adriana..

Ni kitaorg bertiga.
Dalam pukul 8 kitaorg balik dari Penang. Jalan clear aje. Hahhh... camne anak2 tak kata boring. Pergi dua rumah ni aje setiap kali raya kat Ipoh.

Raya kedua memang tak ke mana la.. Dok umah aje. Tapi awal2 lagi Ummi dah plan nak ke BBW yang julung kali diadakan kat Ipoh. Mr Kingshah bengang aje kena pegi. Ada kitaorg kisah... Dah plan dari awal ok. Bukan tak bagitau. So dalam kul 10 semua dah siap. Siap dengan peta sekali, maklumlah bukan boleh sesat nanti kena sembur. Senang je nak cari tempat ni sebab tepi jalan.. Dah sampai tu tengok ramai jugak orang. Melayu sah2 sikit aje sebab rayakan. 

Sinilah tempatnya... Last day baru dapat pergi. Kalau tak sibuk nak raya..
Happy budak2 tu dapat beli buku diaorg. Yang tak happynya Ummi. Ada ke Ummi yang plan tapi tak dapat nak membeli buku. Sebab melayan anak2 dengan buku diaorang. Takpelah janji diaorang suka ngan buku2 ni. Dalam sejam kitaorg gi makan kat Old Town White Coffee. Kelaka plak masa rasa makan kat luar. Dan yang pasti takde orang Melayu kat situ.
Sebelum balik singgah Buntong beli maruku. Seperti biasa kena beli maruku untuk orang kat Pahang. Ummi memang tak beli kuih raya tahun ni. Beli maruku aje untuk diaorang. Masa kitaorg sampai takde orang pun. Pelik juga. Maybe terlalu awal untuk mengulang beli maruku kot. 

Ni antara kedai yang menjadi pilihan. Siap ada tanda halal lagi. Dah makin besar kedai ni. Dulu masa mula2 beli, siap tengok camne diaorg goreng maruku tu. Siap makan2 free lagi..

Inilah hasilnya. Ikutkan ajelah kehendak anak2..

Adriana yang keletihan..

Alissa yang malu ada jerawat kat dagu.... Hhahaha

Inilah hasilnya.. Nampak tak buku chocholate tu. Tu je Ummi punya.

Dan lagi.....
So raya ketiga kita balik Pahang. Yahuuuu masa untuk bergembira. Petang tu bila dah sampai tiba2 hujan turun lebat. Bunyi bising sangat, maklumlah kat dapur tu atap zink aje. Macam hujan air batu. Betul tau hujan air batu. Adik Ummi yang tengah berpantang tu tak puas hati sebab dengar bunyi kuta cam hujan air batu. Buka pintu tengok ketulan cam air batu jatuh atas lantai. Apa lagi, menyerbu budak2 tu kutip air batu.

Gambar tak berapa jelas. nampak tak yang macam kristal tu..

yang ni jelas sikit. Ada dua ketul tu. Asalnya lagi besar.. tapi asyik pindah tangan beso ni jadinya
Hari raya keempat jom kita buat makan2.. Ingat nak buat open house suka2 aje. Jemput la sesiapa yang berkenaan.. Masak laksa, bihun sup dan nasi kerabu..








Alhamdulillah habis semua. Tak membazir. Yang lebih makan pada hari berikutnya. Bagus camni. Tahun depan kita buat lagi ok..

Ni gambar anak sedara Ummi.. Muhammad Syarizal Danish.. Lahirnya putih melepak.. Sampai umah gelap jadinya. Takpe dik, sikit lagi cerah la balik..

Sekarang musim buah kat kampung. Sebelum balik kenalah pegi kebun ambik buah dulu. Apa yang ada - salah, dokong, manggis, mata kucing. Durian dah habis..


Hambek ko. sebesen buah..

Ni buah salah bertangkai lagi ok



Ni kalau yang tak kenal buah ni.. namanya buah salak. Rasa kelat2 sikit. Tapi sedap aje. Ni bukan spesies yang cepat lembik tu ye..

Ni manggis - rupanya ada macam2 nama untuk manggis ni. Yang besar manggis, yang kecul dipanggil master.. Lantaklah janji manis.. Yang warna kuning tu buah dokong. Ummi tak suka langsat. Kena biji tobat tak makan dah. Duku pun kurang suka. Dokong ni the best. Petik sendiri atas pokok. Tak sempat nak snap gambar kat kebun, tak bawak kamera plak. Tengah nak masak ranum.. Fresh gitu
Nilah aktiviti kitaorg bila kat kampung. Masak, makan, masak dan makan. Selagi ada ni aje kerjanya... So malam Sabtu, sibuk nak buat ketupat palas. Masing2 sibuk nak belaja. Tapi Ummi surrender dari awal sebab tak bleh faham gak camne nak buat. Lembap skit bab ni. Lain kali la ye.






Nilah hasilnya.. 2kg pulut tu. Masih ada dalam freezer belum kukus lagi.. Tunggulah sampai mood baik skit. Sekarang mood swing..

tak lupa buat brownies. First time buat.. Sedap jugak..

Potong aje tak sampai setengah jam habis.. Sabo jelah..

Begitulah kisah raya Ummi. Ari Ahad balik alhamdulillah jalan tak jem. Yelah menentang arus la katakan. Next year insyallah kita beraya di Pahang. Yahuuuu... boleh cuti panjang sebab Ummi dah nak start cuti panjang. Boleh buat macam2 program..







No comments:

Post a Comment