Saturday, February 8, 2014

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU

 Assalamualaikum..


Selamat berhujung minggu. Mood nak berblog makin malas. Sedangkan FB pun tak pernah tulis apa2 kat wall. Nikan nak tulis blog yang sah2 kena panjang berjela. Kalau pendek macam nak sampaikan mesej je pulak. Anyway, kalau ada gambar jadilah let's picture tell the story. Hhehehe..

Macam biasa, hujung minggu mana nak pegi mana2. Minggu lepas CYN pun dok umah. Masa nak bermanja2 dengan Mr Kingshah. Yelah Alissa pegi umah pakcik ngan orang dalam umah ni. Tinggal Ummi, Mr Kingshah ngan Adriana. Memanjang makan kat luar. Part paling best sebab boleh buat apa Ummi suka. Takde orang nak tengok2 ngan jeling2. Yesssss.... Adriana hari2 tanya kakak mana.. Siapa cakap esok kakak balik. Yelah tu dik. Mana kakak ko nak balik dalam masa sehari je. Buang masa jelah..



Ni masa gi AEON . Favorite games dia. Dok asyik minta nak main token. Hishhh
Ni kat MYDIN. Nak main kapal. Bayangkan pegi mydin mesti main token. Paling kurang RM1. Seminggu 2-3 kali pegi mydin. Mana tak kopal Ummi...

Best wooo.. Aiya aiya kapten
 Petang tadi pegi beli tiket ETS Ummi nak pegi mesyuarat. Kalau tengok muka Mr Kingshah, macam malas nak pegi jalan. Lately dia ikutkan juga bila Ummi minta pegi mana2. Muka memang masam tapi Ummi buat derk aje..Singgah makan kat Restoran Dim Sum. Halal ok kat Ipoh ni. Malu plak nak ambil gambar restoran tu. Yang Ummi suka tempat ni sebab service dia cepat. Banyak pilihan makanan dan air. Dan lagi semestinya boleh makan dim sum. Yang paling utama murah sebab takde tax and service charge. Kalau harga makanan RM 40.20 cincai aje RM 40.  Senang citer..

Habis makan kiatorang pegi Parkson. Mr Kingshah kata nak beli barang dia. So ikutkan aje.. Pastu nampak macam ada lion dance. Tapi masuk kedai dulu. Pastu dengar bunyi drum. Ummi cepat2 bayar dan tu dia ada lion and dragon performance rupanya. Tak sia2 datang Parkson. Best.. Alissa ngan Adriana suka je. Mr Kingshah nak blah cepat2. Ummi kata bagilah budak2 ni tengok performance dulu. Bukan selalu. So berjaya juga tengok sampai habis. Enjoy giler bebudak tu termasuklah Ummi. Hhehhehe.. Jom layan gambar..

Drum performance

Drum again

Lion dance. Comel tul 2 ekor singa ni.

Kat bawah stage. Nak lompat2



Oppsss.. dua kali terjatuh.. Mesti sakit siottt


Ni videonya.. Comel bila singa mengirat.. Adriana takut tengok mata singa berkelip2.. Hahahha Pendek je video sbb nak ambil masa dia mengorat aje.
Pastu macam biasa pegi main token. Bebudak ni tempat wajib diaorang. Pegi mana2 pun nak main token. Sabo jelah.. Layan jelah sebab esok nak dok umah aje. Ummi nak kemas umah ok. Pastu nak tinggalkan umah dua hari. Pandai2 la korang melayan Mr Kingshah tu.  
 
Alissa dengan penuh gaya naik moto. Sampai senget2

Main basketball plak.. Blom habis dia dah lari. Ummi yang sambung. Berpeluh gak la

Tengok tu. Mr Kingshah pun main gak.. Dia pun sama aje ngan Alissa

Apa game tah.. Suka beno main game

Saya tak main pun ari ni. Sian saya. Berhaya aje dalam kapal terbang ni..

Gaduh nak jadi pilot. Apa daaaa..
 Tamat untuk minggu ni. Lagi beberapa minggu kita nak berjalan jauh. Yang utama nak pegi tengok haiwan dari jarak dekat. Semoga segala urusan dipermudahkan. Insha allah..