Friday, June 29, 2012

Penah tak korang minta org yg dkt dgn korang supaya cpy2kawin. Sbbnya korang mls nak tgk muka dia. Tu la yg Ummi alami skrg ni. Bilalah nak jauh2 skit dr org tu.hazabnya rasa. Tolong.....

Wednesday, June 27, 2012

SIAPA ITU...

Pagi tadi masa Ummi tengah tgk2 kat pasu bunga, nampaklah objek warna putih. Cadangnya nak siram pokok sebab pokok pandan dah layu.. Maklumlah tak siapa yang sudi nak siram.. Nama aje ramai orang kat umah ni tapi haram nak tolong.

 Ummi pun belek2 la daun. Ingatkan puppy, yelah mana tau sesat dalam umah ni. Tapi dah lama tak nampak anjing depan umah ni. So belek punya belek nampak si kecil ni... Cuba teka

Tu dia..Nampak tak saya yang belum buka mata ni...

Meh tengok dekat sikit.. Rupanya ada 3 ekor anak kucing... Wah, jangan harap Ummi nak pegang. Geliiiiiiii



So Ummi dah suruh Papa tolong letak kat luar. Sampai ke malam kucing tu still kat situ. Takpe, kalau diaorg berak.. Papa sila basuh ye....

GERAM DAN MENYAMPAH

Huhuhuhu.. Ari ni sangat mencabar minda. Penat dgn lecture notes yang blom siap. Pastu penat dgn perangai orang yang mengada2. Apa perasaan korang kalau dah beli mi kari tapi tak nak makan. Boleh plak order nasi goreng. Apa ingat orang lain takde keje ke asyik nak melayan korang je. Mengada2 sangat. Masak la sendiri.. Dah  la malas nak pegi beli. Harap aje ada kenderaan nak naik tapi malas tahap gaban.  Kalau kena kat Ummi, sound tepat aje... Pegi la beli sendiri. Orang dah beli tapi tak tahu nak bersyukur. Banyak songeh plak. Dah la sendiri malas..

Orang macam ni nak kena ajar skit. Semua pun malas. Nak benda datang kat kaki tergolek2 gitu. Apa ko ingat ko anak orang kaya sangat ke? Semua mintak boleh dapat. Sedar diri la skit. Yang Papa pun satu.. Tau la malas nak argue tapi layan je bila orang buli. Kalau Ummi, kasi hentam skit. Baru tau dan sedar diri.   Tensennnnnnnnnn..............

Sunday, June 17, 2012

ADRIANA YANG PETAH..

Alhamdulillah bila Adriana dah semakin petah berkata2.. Siapa tak risau bila anak tak cukup bulan. Sib baik Ummi kerja dalam bidang perkembangan kanak2. Kalau tak, Ummi pun tak kisah gamaknya... Antara kata2 Adriana

Dalam kul 3, Adriana naik atas dan kata
Adriana: Nak andi (mandi)
Ummi: Tak boleh.. Tadikan dah mandi
Adriana: Ala...
Amboi pandai lak dia ber ala ye..

Situasi 2
Adriana: O co cot (opocot)
Kengkonon nak melatah la tu

Situasi 3
Adriana: Ayo... tak ta yot (Ayo, tak tahu)
Bila ada berlaku satu2 benda

Situasi 4:
Adriana: Atai (gatal)
Memalam sebelum tido dia suruh garu. Alasannya dia gatal..
Kalau tak dgr la dia jd tarzan ckp ataiiiiiiiii

Situasi 5
Sejak bbrp ari lepas, Adriana cakap Laillahaillallah Muhamada Rasullullah.. Maybe belaja kat rumah pengasuh kot....

Situasi 6
Kalau tanya kat dia
Ummi: Ni sape punya ni? (Barang Adriana)
Adriana: Adik nya..
Dan bila nampak benda papa dia punya or kakak dia punya dia akan kata Kakak punya or Papa punya

Setakat ari ni dah 5 or 6 lagu dia tau nyanyi..
- buai laju2 (fav dia)
- twinkle2 little star
- bapaku pulang dari kota
- tepuk amai2
- lagu barney - i love u

Saturday, June 16, 2012

HARI MAKAN SEDUNIA

Seronoknya bila tiba ujung minggu. Bleh la nak melepak2 ngan anak2. Dan of course la masa untuk masak2.. Ummi bukanlah suka sangat nak masak tapi kalau tak masak nak makan apa, ye tak..

Menu ari ini...

Breakfast dengan penne bolognese....Ingat nak buat roti telur, tgk2 telur nya tinggal 4 keping. Org yg nak makan ada 6 orang. Apa nak makan..

Lunch ngan nasi ayam.. Permintaan Alissa.. So Ummi pun masak la ngan senang hati. Ari ni alissa ada kem solat bestari.. Beaja ambil wuduk..

Petang Ummi masak kuih sagu yang selalu Ummi bg resepi tu.. Tambah ngan keropok..

Dinner - ingat malas nak masak tapi apakan daya.. Maka jadilah burger daging siap ngan cheese lagi.. Yum yum yummmm.. Marilah makan....

Saturday, June 9, 2012

JALAN2 UJUNG MINGGU..

Lately ni Ummi suka bawa anak2 gi jalan2. Tak beli barang pun takpe.. Diaorg pun suka berlari sana sini. So ari ni kami ke AEON Stesen 18.. First time pegi. Nak pegi ni pun jenuh nak pujuk papa. Biasalah jenis yang malas nak pegi tempat yang jauh. So kena la bagi tazkirah skit then baru la jalan...

Sampai makan kat Nando's dulu. Inilah first Nando's di Ipoh. Papa memang suka makan Nando's tapi takde kat Ipoh masa tu. Ni dah ada oklah... Memandangkan papa makan 1/2 chicken meal so dapat free chocolate cake ngan choice of coffee.. Rupa2nya sempena Father's Day.. Oklah not bad.. Adriana, masyallah giler minum air.. Order air Citras 1liter. Dia minum 1 gelas sorang aje.. Ayam tolak tepi..

Ummi bab snap picture tgh ramai2 org memang failed. Oklah gambar ni kannn

Hi.. Nama saya Adriana.. Nampak tak 2 ekor orang utan kat baju saya...

Adriana sekarang, Ya Allah pot pet pot pet.. Banyak sungguh cakapnya.. Non stop.. Up to 5 word utterances.. Alhamdulillah all the developments are OK. Risau bila anak tak cukup bulan..

LEMANG SEBELUM RAYA

Teringin betul nak makan lemang. So balik kampung ari tu apa lagi.. Cakap ngan pakcik Ummi tolong cari buluh lemang. Nak masak lemang jagung.. Raya nanti turn kat Ipoh. Dah sah2 Mak Ngah tak buat lemang sebab takde orang tolong.. So mari kita makan lemang sebelum raya..

Lepas arwah mak takde, kitaorg belajar buat lemang sendiri. Sampai satu tahap, sebelum letak lemang tu siap berdoa minta jadi.. Alhamdulillah sehingga ari ni, lemang sentiasa jadi. Sedap pun sedap..

Ummi tak minat beli lemang sebab ada kerak. Lemang kitaorg lemang rebus. Sah takde kerak.. Tapi yelah ikut suka memasingkan..

Alamak.. terbaring la pulak gambarnya.. Tapi begini la lemang yang direbus.. Guna dua periuk besar then tutup ngan kain antaranya...

Lupa nak ambil lemang dalam periuk yang dah masak.. Ni dah angkat periuknya... Dah masak.. Yehaaa


Mak Tih tengah belah lemang. Kecur air liur masing2

Tadaaaa.. Nilah lemang jagung nya.. Amacam ada terliur tak..

Dan lagi..........

CITER MINGGU LEPAS...

Minggu lepas balik kampung seminggu. Ummi cuti bila anak cuti sekolah. Senang nak cuti panjang. Kalau tak, tak boleh pegi mana pun. Yelah mana boleh nak jalan2 jauh apatah lagi balik kampung kalau Alissa sekolah. So di kesempatan itu, Ummi pun balik kampung dan banyak la aktiviti dijalankan. Balik kampung sinonim dengan makan2. Hahh.. hentikan la diet masa balik kampung. Takde gunanya.  Makan is the best..

Ari Rabu, memandangkan takde aktiviti so kitaorg ke Pulau Chekas. Bukan pulau kat laut ye.. Tempat riadah sungai aje. 3km ke atas lagi boleh sampai Lata Jarum. Tapi memang nak ke Pulau Chekas je sebab senang nak mandi. Bawa ramai budak2..

Hahh.. Mak Ngah ngan Mak De tolong sediakan makanan je.. Ajak mandi tak nak.. Ummi yang paling suka mandi sungai. Kalah budak2.. Aku bab mandi sungai,, juara weiiiii.. Ingat lagi kecik2 dulu, hujung minggu aje sungai, sungai dan sungai. Mak Ummi takde nak kisahnya. Anak dia tau lah nak balik. Kalau mandi sungai bukan cukup setakat 1 jam.. kalau tak 3 jam tak sah.. Lepas ujan pun berani mandi sungai.. Bayangkan air cam teh tarik tu.. Ada berani!!!!!!!!!! Ummi memang giler mandi sungai. Tak pasti sebenarnya tau ke tak berenang. Tapi rasanya boleh survive la kalau masuk dalam sungai tu. Kalau bergayut macam tarzan tu, biasa........

Jom layan gambar... Anak sedara Ummi seronok dapat mandi. Alissa macam biasa, suka mandi sungai sampai biru bibir. Paling hebat Adriana, fuhhhh tak nak naik. Dia memang giler ngan air. Kalau boleh mandi dalam bilik air tu sampai tak nak keluar. Bayangkan main air kat sungai yang sejuk tu sampai 2 jam. menggigil2 pun tak nak naik...

Alissa ngan Nisha.. welcome to Pulau Chekas
Ni la geng2 nak pegi mandi sungai.. Semangat sungguh dengan jajan dan makanan ye..
Amboi makde, senyum lebar nampak...
Amboi kak Long....
Yeah ... Ada orang dukung saya..
Hish.. tak sabar nak mandi.. tengah survey kat mana nak turun..
Tara.. mari mandi...
I like.....
Amboi Dila.... sakan ye.. Nanti semput....

Seronok korang yeee.....
Hah.. Papa dok tepi aje..

Saya sukaaaaaa
Cepatlah... Adriana punya giliran pulak
Amboi.. korang nak main tolak2 ke?
Tengok tu.. Kak Long tengah kejar Adriana
Ala kak Long.. Adriana nak main sana
Jom balik.. Nak ambil buluh lemang plak..
Bye Pulau Chekas.. Masa pegi ni ada program Raub Challenge