Tuesday, December 28, 2010

RESEPI LAGI..

Seperti yang dijanjikan, inilah rupa vadey Ummi yang belum digoreng. Puas jugakla nak makan. Tapi mmg sedap. Resepi pun sempoi aje.


Tadaaaaaa.. Bila dah goreng macam ni la rupanya. Kuning keemasan gitu.. Cuba jangan tak cuba. Mmg mudah dan senang ajeeeeee..
Ummi nak tunjuk resepi yang kalau buat mesti jadi punya laa.. Dah dua kali Ummi buat. Mmg mudah aje.. Takde maknanya Ummi nak buat kuih yang susah2. Tambah lagi ngan Adriana yang kecik tu. Semua nak kena cepat.

Ni la hasilnya bila dah siap masak. Amacam.. ada rasa nak cuba. Cuba jgn tak cuba weiiii..
Resepi ni Ummi ambil dari blog Kak Ummi Kuantan. Bila dah beli bukuk chef Hanieliza, dalam tu pun ada jugak.
Bahan2nya
Bahan A
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
-1 cawan mentega cair (Ummi penah guna planta yang dicairkan... hehehhe tak jumpa butter punya kes)
- 2 cawan gula merah (Ummi letak 1 3/4 aje... kurangkan manis)
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk koko
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh serbuk penaik
*ayakkan semua sekali
Bahan C
- sebiji telur
-1 sudu teh esen vanilla
Bahan ganache
- 1 cawan susu pekat (Ummi buat 3/4 cawan aje)
- 2 sudu makan serbuk koko
- 2 sudu makan mentega
Cara2nya
- Panaskan kukusan.
- masukkan semua bahan A ke dalam bekas. Gaul rata.
- Ayak semua bahan B. Masukkan ke dalam bahan A. Kacau rata. * tak payah guna mixer pun takpe. Pakai whisk aje
- kacau bahan C dan masukkan dalam campuran tadi. Kacau rata.
-masukkan dalam bekas untuk dikukus. Ummi pakai loyang aje. Jadi sapukan sikit mentega kat tepi2 loyang tu.
- Tuang dalam loyang dan kukus.
- penutup kukus ditutup dengan kain supaya wap air tak jatuh atas kek nanti
- kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
-sementara tu boleh la buat krim atas kek. masukkan semua bahan ganache dalam periuk dan kacau atas api kecil hingga rata.
-setelah kek masak, tuangkan bahan ganache atas kek.
- boleh lah menjamu selera..
Mmg gebu n sedap kek ni. Ummi siap bagi kawan2 rasa. Mmg marvellous laaa.. Lain kali buat lagi yekk..
-
Krim kat atas tu Alissa yang kacau atas api. Hhahhahaha berketul2 coklat dia. Tak kisah la.. janji sedap kan..
Gambar tak clear tapi memang best...... Cuba yeeee

Saturday, December 25, 2010

RESEPI - VADEY

Hahh.. Ummi baru selesai memasak ngan buat kuih sekali. Cita2 sekarang ni, at least Ummi buat satu kuih setiap hujung minggu. Bila lagi nak memasak kan? Hujung minggu jelah. Ari biasa masak jugak tapi main campak2 aje laa..

Resepi ni Ummi ambil dari blog Dunia Tanpa Sempadan. Minta permission ambil resepi and TQ ye tuan punya blog. Ya ampun, camne la nak linkkan blog dia ni.. Pening pala laaaa..

Ok, jangan nak pening2 lagi. Ni resepi dia..

Bahan-bahannya
- kacang dhal - 300 gram
- bawang besar - 1 biji dipotong dadu
- jintan manis - 1 sudu teh (cuci dan toskan)
- daun kari - 2 tangkai
- garam - 1/2 sudu teh
- cili kering - 2-3 tangkai dihiris
- cili padi -1 biji (jika suka)

cara-caranya
1. Cuci dan rendamkan kacang dhal selama 4 jam. Sementara tu masukkan bawang yang dipotong dadu, daun kari, jintan manis dan cili kering n cili padi ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kisar kacang dhal (jangan hancur sangat) then masukkan dalam adunan bahan2 tadi. Gaul rata.
3. Bentukkan seperti hendak membuat begedil.
4. Gorengkan sehingga warnanya bertukar keperang2an. Siap untuk dihidangkan.

Nanti Ummi letakkan gambar. Alhamdulillah menjadi resepi ini. Ni orang baru belaja buat kuih muih namanya..

IBU BAPA HEBAT LAHIR ANAK CEMERLANG

Ummi amat bersetuju dengan tajuk salah satu berita hari ni di laman metro.. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa dalam memastikan anak2 menjadi orang yang berguna. Bukan mudah untuk menjaga anak2 zaman sekarang. Silap caturan, terpesong semuanya.

Perunding motivasi MAP Trading, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata ada 5 pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan anak2. Yelah kan bukan mudah nak dapat anak yang cemerlang. Mak bapak pun kena cemerlang jugak kan..

1) pengorbanan masa - kena sentiasa adakan masa untuk anak2. Bukan masa bersama keluarga sahaja malahan masa bersama anak2 secara individu.

2) pengorbanan perasaan - Jangan ambil hati bila anak2 mengecewakan kita. Yelah kita manusia biasa tapi buangkan ego jauh2 bila dengan anak2. Jadikan kegagalan sebagai bimbingan untuk menjadi yang lebih baik.

3) korbankan kehendak kita - contohnya kalau kita nak anak jadi doktor tapi anak nak kerja yang lain, jangan halang mereka. Itu yang kadang2 bermasam muka ngan anak2. Tak pun anak2 mengikut kehendak orang tua tapi dalam hati mereka tak menyukai apa yang disuruh.

4)korbankan keseronokan kita - galakkan anak dengan apa yang mereka sukai. Jangan hanya memaksa mereka untuk mengikuti apa yang kita lakukan.

5) korbankan wang ringgit - sudah semestinya bila dah ada anak belanja pun meningkat. Ngan barang sekolah, yuran, tuisyen dan lain2.. baik kata semuanya duit. Jangan mengeluh bila tak ada duit. Anak2 rezeki dari Allah. Insyallah rezeki ada di mana2 selagi kita berusaha mencarinya.

Ermm.. bukan mudah nak jadi ibu bapa. Banyak tanggungjawabnya. Besar tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. Insyallah sama2 la kita menjadikan anak2 kita anak yang cemerlang dan terbilang.

Monday, December 20, 2010

ROTI JALA

Semalam teringin nak makan roti jalan. Surf la internet tgk resepi.. Al biasa blog DTS menjadi pilihan. Yang pentingnya, bahan2 takde isi telur. So minta izin ye tuan rumah copy resepi. Alhamdulillah menjadi la plak. Tapi tak snap picture. Tak sempat den nak snap. Siap buat dua adunan lagi. Bagi jiran2 skit. Kuahnya makan ngan kari sardin. Nak buat kari ayam takde ayamnya. Pastu kari yang sepatutnya ikan dah terguna kari daging. Belasah jelah.. Adoi.. Camne nak link kan ngan blog yg lain ni. Yang untuk link tu takde kesan pun bila tekan.. Ermmm nak kena explore lagi ni.. bye2 dulu. Nanti dah bleh link, Ummi sambung bagi resepi ye..

Thursday, December 16, 2010

AWAL MUHARAM

Memandangkan semua pun balik kampung maka sume kumpul kat umah atuk buat bubur asyura. Susah nak kumpul ramai2 bila sume dah kawin. Yang dok dekat untunglah.. Yang jauh sekali sekala je balik kampung.

Menu untuk ari tu ialah nasi kerabu..Aduhai, kenyang giler makan. Maklumlah yang buat sndr dengan yg beli tak sama kann. Tentu la yg buat sndr sedap lebih..
Hhahhaa.. Terletak gambar terbalik la pulak.. Tak kisah la, janji ader gambo..

Mak Ngah tengah cuci kawah. Kasi licin sama dia. Berkilat2 tu. Barang apa yang dicuci oleh Mak Ngah gerenti berkilat2..

Mak De tengah buang saki baki bubur.. Terbongkok2 makcik sorang ni.. Yang lain jadi mandur...

Ni la hasilnya.. Tara.. Bleh dikongsi beramai2. Seronokkan bleh bergotong royong..


Ni lagi...


Ni masa tgh dalam kawah..panas ko.. Asap jangan kata laaa..

Tgk abg jeri.. Steady je.. Mak De sampai lap2 air hidung.. Penat woooo

Lgi Abg Jeri.. Kuat budak sorang ni..

Amboi.. menikmati betul makan nasi kerabu.. Sedap gitu. Bleh terangkat.

Tara..... hasil nasi kerabu... Tapi nasinya putih jelah..


Tuesday, December 14, 2010

MAKAN-MAKAN

Hah.. Maih ingat lagi citer Ummi pasal makan2 masa balik kampung ari tu. Ni Ummi ada gambar nak share. Geng masak memasak sudah semestinya Ummi, Mak Ngah n kakak Ika. Kakak Ika kata nak jadi chef. Orait.. Nanti Mak Tam jadi anak murid ye. Kita masak kaw2 punya.. Hehhehe..Antara makanan yang sempat dihidangkan. Maklum la ..out of plan.. Sudden je nak buat makan2. So bantai jelah ngan apa yang ada..

Ni kek untuk Pak De. Apa daaa abg Jeri.. Bawak naik moto kek tu. Sampai senget benget jadinya.. Berterabur buah sekeliling. Nampak tak kek dah keluar carta..


Ni kuih sago yang come lote.. Hhahaha.. Letak dalam acuan bentuk love. Comey kannnn

Ni letak dalam dulang beso. Yang kelaka nya kat bawah tu ada lapisan putih ye.. Sebab lupa nak isi pewarna. Last minit baru teringat. Belasah jelah. Janji nampak hijau. Baru selera nak makan..

Mi kuning yang kakak Ika rebus. Caya la anak saudara Mak Tam ni. Bakal Chef gitu. Begitu tertib dia merebus. Kalau Mak Tamn, gerenti dah kembang semangkuk jadinya..

Popia versi Ummi ngan Mak Tih. Yang inti daging kisar tu Ummi punya ye. Yang isi sayur tu Mak Tih punya. Belasah jelah. Sume pun sodap..

Ni kuah mi bandung. Hambik ko.. Satu kuali beso. Bukan kuali kecik ye.. Chef Mak Tih asyik dok tido - pening la sesangat. Jadi chef yang tak pandai nilah, Ummi ngan Mak Ngah ganti masak.. Hahhaha.. kitaorg belasah jelah. Mana tau masak mi bandung. Never do it looorr..
Apa pun memang the best la bila kumpul ramai2 n buat makan2. Pak De kata kalau Mak Tam balik mesti ada makan2. Pegi la tengok derang masak apa petang ni? Amboi Pak De.. Ingat makan ingat Ummi ye.. Ayooooooo
Abang Jeri lak kata ' Kalau Mak Tam balik mesti beli banyak barang. Best wo dapat makan. Tak abih, Mak Tam tinggal je kat umah Mak Ngah.' Amboi2.. dua beranak ni. Ambil kesempatan nampak. Tapi itulah hikmahnya ada keluarga beso.. Nanti Ummi perkenalkan sorang2 anak sedara ye. Cucu Pak Lah dah ada 17 rasanya. Meriah ngan cucu gitu.. Nnt sambung ngan citer buat kek coklat kukus ngan buat bubur asyura.. Adios..














Saturday, December 11, 2010

CITER DI KAMPUNG

Banyak gambar Ummi dah snap tadi dalam handphone. Alah..susah bebeno nak transfer dalam ni.. Nnt bila dah ok Ummi masukkan ye..
Banyak betul aktiviti masa kat kampung. For Ummu tentu ler aktiviti masak memasak. Ngan Mak Ngah lak tu. Satu kepala. Ade aje resepi nak dibuat. Kuih apa ye yang Ummi masak.. Kebetulan birthday Pak De. Konon2nya nak surprise ler. So Ari Sabtu masak mee bandung, popia sayur ngan daging, kuih sago, untuk anak2 ader ler fries ngan nugget..
Pastu Ari ahad Adriana tak sihat. Bawa gi klinik swasta. Ader satu resepi tu yang Ummi buat ngan mak ngah dan sangatlah menjadi. Nnt Ummi tepek resepi ngan gambar sekali. Ambil resepi dari blog kak Ummi Kuantan. Mmg best dan sedap. Dan paling best, senang nak buat. Tak yah nak tunggu lama2.
Awal Muharram ari tu semua org kumpul kat umah Atuk. Pak long pun balik. Atuk kata nak buat bubur asyura. Since semua dah ade, so buat jelah. Menu makan tengahari ialah nasi kerabu.
Sekarang musim mata kucing ngan jambu. Buah salak takde.. Pokok gaharu atuk pun dah besar2. Wah.. kalau dah cukup umur 5 tahun, atuk kata nak jual. Jadi org kaya baru la atuk ye.. Jangan lupa hulur2 kat kami ye... Atuk pun dah tua. Dia pun nak pencen dah dari tanam pokok. So tanam gaharu boleh la bantu atuk bila dah pencen...
Petang awal muharram tu bawa Adriana ke hospital Raub. Teruk sungguh dia masa tu. Sian.. Batuk tak henti2.. Kena nebulizer, ok jap..
Rabu..balik umah.. Bye mak ngah ngan kakak2 dan abang2. Nanti kami balik lagi......

UMMI KURSUS LAGI...

Ummi ada kursus di Putrajaya, Memandangkan nak balik kampung so kita terus gi holiday la. Tapi kalau namanya holiday ngan papa, jawabnya stay kat hotel jelah budak2 tu. Takde nya papa nak bawak gi jalan2. Sian anak Ummi. Nnt ada masa kita gi jalan2 ye. Skrg Ummi buat keje dulu.
Ni bilik ala Borneo kalau anda menginap di Pullman Putrajaya Lakeside Hotels and Resort. So Dok kat sini 3 ari 2 malam. Harga untuk gov not bad 240++. So lebih kurang RM 270 la per nite.


Ni bangunan untuk bilik ala Melayu kalau tak silap. Apa tah nama bangunan ni.



Ni pulak bilik ala Inggeris rasanya. Pakai bantai ambil gambar. Tak sempat dah nak baca bangunan apa.



Waktu malam di sini. Bercahaya giler. Mmg best untuk relax2 gitu.




Alissa dari balkoni bilik. Bleh nampak tasik kat tepi sana tu. Alissa memang suka kalau gi hotel. Ari2 dok tanya bila nak pegi hotel. Ingat boleh pegi ari2?..




Ni pemandangan hotel tu dari atas. Kat tengah2 tu ada jam besar. Design bangunan memamg superb laa. Cantik aje.



Ni bahagian depan dari balkoni bilik. Tempat makan and maybe dewan dia. Makanan memang best, Ni papa yang cakap ye. Sbb dia belasah order makan tengahari ngan anak2. Nasi lemak dia sume ade. Harga RM 40. Huhhuhu..




Cantikkan pemandangan tasik dia.. Nyaman gitu. Kat bawah tu bleh nampak restoran. Ada tempat untuk jln2 kat bawah tu.


Ni kat pintu masuk bilik. Nampak tak hiasan ala Borneo kat situ?




Bilik air mmg besar and sgt luas. Alissa asyik nak mandi aje. Syok dia kata..



kakak ngan adik dok berguling2 atas katil. Katil pun besar..



Tgk adik suka laaa katil ni.. Besar wooooo..
Best dok kat sini. Selesa bila bawak anak2. Pastu balik kampung. Wahh.. lama dah rasanya tak balik kampung. Tunggu Ummi masukkan citer2 masa kat kampung. Tapi sian adik.. Demam, batuk, selesema. And sampai kena nebulizer 2 kali. tgk2 adik kena bronchitis. Aduh.......

ADIK PUN TAU MAIN GAMES..

Tgk cara kakak mengajar adik main games. Asyik sungguh dua beradik ni.


Apa yang kakak dok tgk2 tu?


Kakak.. Camne nak main ni?

Tgk kakak main camne.. Nampak tak?


Ooooo.. Senang aje nak main.. Ketuk2 je..