Sunday, November 23, 2014

SUSAHNYA NAK TENANGKAN HATI...

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak jumpa SV dan hantar proposal. Tapi apa pun belum buat lagi. Malas sangat2 sekarang ni. Tambah lagi dengan badan yang penat lesu. Dilengkapkan dengan hati yang agak sensitif akhir2 ni. Rasanya semua Ummi kena buat sendiri. Dah la letih, orang tak tolong pulak. Mana tak hati tambah sakit.

Kena pulak bila tau yang orang tu asyik dok bersembang ngan 'makwe' yang dah berkarat tu. Tak faham dunia sekarang. Lelaki ke perempuan ke, sama aje. Kalau lelaki yang gatal, perempuan pulak dok melayan. Hello, korang ni tak tau ke korang tu dah berlaki berbini ok. Kalau nak menggatal silalah jadi single semula. Kurangnya takde hati yang sakit ngan perbuatan korang tu. Korang ni tak pernah fikir pasal pasangan masing2 ye. Bak kata orang sepandai2 tupai melompat, satu hari akan jatuh ke tanah jua. Masa tu dah sah2 bergaduh sakan dan mulalah sesi ungkit mengungkit. Takpe, kita buat camni jelah. Buatlah apa yang korang suka di dunia ni, tapi jangan menyesal bila apa2 berlaku nanti. Allah maha adil. Dia akan bagi balasan setimpal dengan setiap apa yang kita lakukan. Buat baik dibalas baik, buat jahat merasalah nanti. Wahai suami isteri yang tertipu dan dapat pasangan yang macam ni, sabar ajelah. Pastinya ada balasan yang adil untuk kita semua yang boleh dikatakan teraniaya ni.

Pada suami isteri yang suka dok bersembang tak tentu hala, memanglah kawan. Tapi apa hal sampai setiap masa dan setiap hari nak bersembang. Tak cukup suami isteri yang ada kat rumah tu. Ada masa ye nak melayan tapi nak tolong suami isteri buat kerja malas plak.. Maybe Ummi tak faham sebab Ummi tak suka nak malayan tak tentu pasal. Biarlah orang kata sombong janji tidak melebihi batasan. Ramah pun mestilah kena pada tempatnya. Kalau terlebih ramah, lain pulak jadinya. Ni pekerja stesen minyak pun jadi... Tak Faham..

Wednesday, November 12, 2014

makan..

Assalamualaikum...
Try berblog guna phone.. cepat skit. Kalau pakai laptop nk kena tunggu berzaman la sebab malas nak bukak. Dengan telefon, zasss cepat aje..

Adriana ajak makan pizza minggu lepas.. insist nak makan pizza.. yang sebenarnya dia nak makan ayam.. dapat ayam dua ketul, dah kenyang.. 

Sekarang dah pandai pilih tempat nak mkn.. bila ajak kat tempat yang kita nak makan, nnt dia akan kata adriana nak makan apa? Kesian pulak, jadi ummi turutkan aje...


Jom kita lukis dulu sebelum makan.. dilarang main games semasa di meja makan..

Apa la yg dibuat tu..

Study sama2

Meh makan mushroom soup

Air gas...
 Ni pulak pergi mkn dkt chicken rice shop.. layan jelah...anak






Monday, November 3, 2014

BILA SAMBUNG BELAJAR

Assalamualaikum..

Bergelar pelajar di usia senja ni (alahai, rasa dah tua beno..) memang memenatkan. Memang la cuti belajar bergaji penuh tapi motivasi cam dah ke laut. Asyik dok melayan duduk saja di rumah. Tambah lagi dengan badan yang lesu dan tak sedap tekak. Seronok dapat tengok anak depan mata, pagi petang siang malam. Tapi satu keje untuk belajar belum mula. Orang lain mesti dah sibuk ngan proposal tapi Ummi masih lagi mencari2 jurnal.

Kena bangkit camni... Tak boleh jadi. Asyik melayan perasan ngan badan, apa kerja tak jadi. So mulai hari ni kena spend about 3-4 hours untuk buat proposal. Sebulan lebih je lagi nak kena submit. Huhuhuuhu.. Mmg cabaran untuk belajar ni banyak. Duit jangan cakaplah sebab seminggu ada dua kelas, so kena ulang alik 2 kali dari Ipoh ke KL. Perjalanan plak ambik masa kurang2 3 jam pergi dan 3 jam balik. Huhuhh memang mentally and physically tired.

Kat rumah, jadi full time housewife. Masak, mengemas dan buat kerja rumah. Yang banyaknya dah syok asyik tengok tv. Bahaya betul...

So marilah sematkan azam baru. Satu hari 3-4 jam untuk belajar. Less tidur, less tengok tv, less gi jalan2, less main game and less makan jugak. Ni asyik makan aje...

Chaiyok..chaiyok..chaiyok

PENGAT LABU

Assalamualaikum..

Jom kita masak pengat labu plak. Tekak nak makan benda2 yang manis plak. Ummi sangat suka makan pengat. Tau ke pengat tu apa. Ala.. macam bubur gitu. Pengat pisang ngan pengat ubi kayu tu favourite Ummi. Tapi susah nak cari pisang ngan ubi kayu. So labu pun jadi lah..

Ni la hasilnya.. Orang lain tak makan. Ummi je bantai sorang..
BAHAN-BAHAN:
1. Setengah biji labu - kecil aje
2. Gula
3. Garam
4. Santan
5. Daun pandan
6. Gula perang

CARA-CARANYA:
1. Potong labu ikut suka hati. Tapi jangan besar sangat ye. Tak perlu buang kulit cuma cuci bersih kulit tu.
2. Rebuskan labu sehingga separa empuk.
3. Buang air rebusan.
4. Masukkan santan bersama labu. Tambahkan gula perang, gula dan garam. Jangan lupa daun pandan sekali.
5. Kacau sehingga santan masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

*Gula tu sukatannay terpulang pada korang. Masuk sikit dulu pastu rasa. Kalau tak manis tambah, takut terlebih manis jadi kencing manis plak.
*Garam plak kena isi supaya kuah dia lemak2 gitu. Kalau tak dia rasa manis cam tak cukup perasa gitu.

SELAMAT MENCUBA

POPIA SAYUR DAN KETAM

Assalamualaikum..

Akhirnya.. Fuh, setelah sekian lama tak bersiaran. Mabuk dan melayan badan yang lemah tak bermaya. Citer cuti2 Kuching pun belum buat lagi. Dah sebulan berlalu.. Ok, jom kita kongsi resepi dulu. Sejak selera dah makin baik, moh la kita memasak semula. Kalau tak, nak bau minyak pun tak lalu. Sampai hari ni Ummi akan halau Mr Kingshah kalau dia pakai minyak wangi. Ummi sendiri pun dah stop pakai minyak wangi. Nasib laaaa...

Senang aje nak buat popia ni. Sedap pun. Takde bahan perasa cuma kena makan cicah sos la. Kalau tak of course tawar..

Bahan-bahan:
1. Kulit popia
2. Carrot - dihiris nipis dan halus
3. Sengkuang - dihiris nipis dan halus
4. Filamen ketam
5. Sedikit tepung gandum (bancuh dengan air untuk jadikan pelekat)

Cara-caranya:
1. Sengkuang dan carrot dihiris nipis dan halus. Campurkan keduanya.
2. Sediakan kulit popia (Ummi buat dua lapis sbb kulitnya nipis sangat)
3. Masukkan ketam dan sayuran tadi ke atas kulit popia.
4. Gulungkan dan guna tepung sebagai pelekat.
5. Tara.. Dah siap untuk disimpan dalam freezer. Kalau nak goreng terus pun boleh.

Senang bukan. Tanpa apa2 perasa. Bila dah goreng sedap aje. Sayuran tu pun masak aje sebab hiris nipis dan halus.

Contoh isi dalam popia

Tara.. dah siap digulung. Mudah aje..
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, September 9, 2014

SOTONG GORENG TEPUNG

Assalamualaikum..

Selalu makan sotong goreng tepung? Yang macam cokodok tu atau yang memang sedap macam calamari gitu? Selalunya diaorang goreng cam tempura tukan.. Yang ala, cam cekodok pun ada jugak rupanya. Kalau korang pernah makan calamari (Ni nama Itali sebab maksudnya sotong goreng tepung) yang memang dari Italian punya restoran, wahhhh memang sedap.. Makan sekali mesti korang nak lagi. Ingat lagi waktu keluar dengan Mr Kingshah, kitaorg selalu makan kat Italian Restaurant kat Mid Valley (tak ingat nama). Harga standart la.. Sphagetti marinara (seafood) and calamari tu yang kitaorang selalu order. Pernah try pizza tapi tak menepati selera kitaorg. Memang terbaik la. Tak pernah lagi makan sphagetti dan calamari yang sesedap restaurant ni..

Ok jom kita masak sotong goreng tepung ala Italian style. Cuma Ummi tak letak herb la.. Takut salah letak.

BAHAN-BAHAN
1. Setengah ekor sotong besar (sotong yang saiz besar ye) dibuang selaput dan dihiris (jangan nipis sangat)
2. Tepung gandum
3. sedikit garam
4. sebiji telur - dikacau
5. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
1. Hiriskan sotong. Lap kering dengan kertas dapur.
2. Campurkan garam ke dalam tepung gandum dan kacau rata
3. Ambil sotong dan gaulkan ke dalam tepung gandum tadi.
4. Masukkan pula ke dalam telur dan gaul rata.
5. Then masukkan semula ke dalam tepung gandum.. Gaul rata.
6. Apabila minyak telah panas, masukkan sotong yang telah digaul ke dalam minyak.
7. Goreng hingga sotong menjadi keperangan.
8. Angkat dan toskan minyak.
9. Sedia untuk dihidang bersama sos.


Inilah rupanya kalamari Ummi

Lagi

Dan lagi.. Sangat sedap dimakan ketika panas. Sotong tidak rasa liat...

SELAMAT MENCUBA

SAMBUNG BELAJAR

Assalamualaikum..

28 Ogos hari pendaftaran. Selamat dah Ummi mendaftar sebagai pelajar postgraduate. Bermulalah episod perjalanan jauh dari Ipoh ke KL untuk attend class. Hidup memerlukan pengorbanan.. Nak yang lebih baik semestinya kena berkorban dulu. Takpe, susah susah dahulu, senang senang kemudian.

8 September, Ummi attended taklimat kat fakulti. Dah lama tak pergi fakulti dan kolej. Tak banyak perubahan. Cuma tak crowded as compare to before. Maybe student medic dah takde. Kalau dulu berkongsi kawasan fakulti dengan medic. Tu yang ramai aje.

Nak dijadikan cerita, memandangkan Ummi berulang alik maka kenalah beli tiket ETSkan. Sebab ETS paling convenien. Senang dan tepat mengikut masa. Malanglah beli tiket last minit. Maka kehabisan tiket la jawapnya. Jom lah kita beli tiket bas. Tak sangka sold out pulak tiket ETS. Konon nak beli tiket bas yang paling awal iaitu 4.30 pagi. Dan sekali lagi kehabisan tiket. Hanya ada pukul 5.20 pagi. So rembat jelah tiket tu. Sebenarnya berdebar sebab dah lama tak naik bas. Kan banyak kes melibatkan bas. Bukan kata keretapi takde tapi dengar bas tu yang ngeri skit.

Alhamdulillah single seat. Tapi biasalah KL, jem giler. 3 jam baru sampai KL. Ngam2 sampai taklimat pun mula. Sabo jelah. Jalan tak pandang kiri kanan dah. Dan dah jumpa juga supervisorku. Hahh.. my collegue jadi my supervisor. And I have to work very hard since she wants me to finish before June 2016. Insya allah... Biasanya orang extend sampai 1 atau 2 semester. Takpe, Ummi boleh. Chaiyokkk

So lepas ni kena kurangkan berblog and baca novel. Focussed ok..

NEW PHONE FIND 7

Assalamualaikum..

Wah.. Dah beberapa hari tak menjenguk blog ni. Banyak benda nak kena settle. So sekarang kurang  bz. Meh kita cerita ceriti... Ummi punya phone lama.. ala yang zaman telefon kecik2 tu.. Memory memang skit so skrg sampai dah merah. Maka telefon pun makin slow.. Kadang2 nak call orang pun nak kena dial beberapa kali. Tension wooo. Since sekarang Ummi kena travel banyak, so kena lah pakai phone yang better skit. Tambah lagi kena guna phone juga untuk cari all the info. Jom kita cari phone yang better skit.

Mula2 ingat nak beli OPPO N1 Rotating Camera... Mcm best gitu sebab camera depan belakang 13px. Yelah nama pun rotating, boleh pusing. Tapi masalahnya build in storage hanya 16GB and  RAM 2GB oklah. Takde slot untuk external memory ok. So kalau dah penuh, tu ajelah.. Cantik memang cantik..


So Ummi decide untuk ambil yang paling latest OPPO Find 7. Oklah build in storage 32 GB and ada slot untuk external up to 128GB. RAM 3GB. Rear camera 13px and front camera 5px. Kalau nak charge korang charge sejam je. Gerenti penuh sebab dia ada VVOC Rapid Charge. Tapi biasalah semua phone ada pro and cons kan.. Battery life span dia cepat habis. Nak kena guna power bank ok kalau kat luar. Memang cepat habis.

phone

So far Ummi suka aje sbb sangat laju as compare dengan old phone. Nama pun old phone... Banyak lagi benda nak kena explore. Ummi pun bukan jenis yang download semua benda. Yang penting gambar cantik, boleh save document, laju dan boleh buat kerja yang Ummi nak. Dan yang pasti Ummi bukan jenis yang setahun sekali tukar phone ok. Kalau betul2 rosak then baru beli baru. Sebab tu kena cari yang boleh guna lama. Berbaloi membeli...

Wednesday, September 3, 2014

RESEPI NASI AYAM

Assalamualaikum..

Korang pernah masak nasi ayam? Ingatlah pertama kali belajar masak nasi ayam terus menjadi. Alhamdulillah.. Hanya dapat resepi melalui mulut orang aje. Balik terus praktikkan kat umah. Menjadi pulak. Ummi kalau masak lauk, Insyallah selamat lagi. Tapi buat cake, adoi laaaa.. Geram. Minggu lepas buat cupcake tapi boleh buang aje. Cam tak masak. Sedih betul. Dulu masa masak kek - pertama kali jadi, kedua kali separa jadi dan ketiga kali terus buang dalam tong sampah. Sejak tu fobia nak masak kek. Since baru beli mixer dan oven ni, semangat nak masak kek tu tinggi skit. Tapi tulah, asyik tak jadi aje. Maybe nak kena belajar camne nak control mixer tu/ Kuih raya setakat ni ok lagi. Lembut aje bila buat. Cuma kek yang menjadi masalah. Semalam tengok youtube dengan Adriana. Dia dah start tanya bila nak buat cupcake. Anakku, kalau Ummi ni dah mahir, hari2 pun takpe buat cup cake. Ni masih tak pass lagi ni. Hujung minggu ni kita buat ok. Ni kena study youtube betul2. Kena belajar dengan Anna Olson. Tabik spring la kat minah tu.

OK.. Jom sambung pasal nasi ayam. Nampak mudah tapi banyak benda nak kena masak. Selalunya Ummi akan masak sos dulu. Sos merah. Lepas tu rebus ayam. Masak nasi. Panggang ayam dan masak sup. Last baru masak sos kicap. Banyak benda nak kena buatkan. Tu yang Ummi kalau masak nasi ayam sampai 1 jam baru siap.

RESEPI NASI AYAM

A. SOS TOMATO DAN CILI
- 3 biji tomato
- 2 biji cili merah besar (buang biji)
- 3 biji cili padi
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- 1/2 sudu besar cuka makan

- Blendkan tomato dan cili sehingga hancur. Masukkan dalam periuk dan masukkan gula, garam dan cuka. Kacau dari masa ke semasa. Setelah nampak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


B. NASI AYAM
- 1 1/2 pot beras
- Air (ikut la berapa banyak air yang diperlukan untuk beras tu)
- butter / planta
- bawang putih dan halia yang diblender kering
- daun pandan 2 helai
- sedikit garam
- serbuk kunyit (nak bagi kuning)
- 1 kuib pati ayam

- Masukkan butter ke dalam periuk. Bila dah cair, masukkan bawang putih dan halia. Masukkan kiub pati ayam dan daun pandan.
- Bila dah kuning keperangan, masukkan beras yang telah dibasuh. Masukkan air then garam dan kunyit. Settle


C. SUP AYAM
- Air rebusan ayam
- Ayam yang dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih dihiris
-sebiji bawang merah besar dihiris
- halia dihiris
- sup bunjut
-sayur - kentang, carrot dan bunga kubis (suka hatilah nak isi sayur apa dalam sup)
- Daun sup
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

- Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Bila dah naik bau, masukkan ayam. Masak hingga air ayam kering.
- Masukkan air rebusan ayam dan sup bunjut. Bila dah menggelegak masukkan sayur. Perasakan dengan garam. Sebelum tutup api, masukkan daun sup. Tada dah siap


D. AYAM

BAHAN-BAHAN
- Seekor ayam di belah empat
- kicap manis
- kicap masin
- sos tiram
- bawang putih dan halia yang diblender kering (tanpa air ye)

- Rebus ayam hingga tiada darah lagi.. (Ummi pastikan sampai betul2 masak bukan half cook)
- Angkat dan toskan.
- Perapkan dengan bawang putih dan halia. Masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram.
- Biarkan selama 15 minit.
- Bakar di dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 170.



E. SOS KICAP
- lebihan sos perapan ayam
- kicap manis / kicap masin

- Masukkan lebihan sos perapan ayam dan kicap manis dan kicap masin. Tambah air jika perlu. Masakkan atas api sehingga mendidih. Sedai untuk diangkat.

*Kalau korang takde kicap masin, isi garam skit ye..

Alissa kata terbaik.. Adriana kata sedapnya nasi ayam. Hahahha anak Ummi memang pandai berlakon.. Tapi makan sampai menjilat jari. Budak2 ni bukan makan ayam sangat. Makan nasi dan sup yang lebihnya.. Puas hati bila dapat hidangkan makanan pada anak2 dan suami. Semua kenyang hari ni. Alhamdulillah....
Nak ke?

Sedap...

RESEPI PANCAKE

Assalamualaikum..

Jom kita buat pancake. Setelah sekian lama Alissa minta buat pancake, pagi ni baru Ummi berani buatkan pancake. Yelah kalau lempeng tu tau la. Ni nak yang macam dalam TV tu. Mana la Ummi tau. So malam semalam study dulu kat youtube. Senang aje rupanya. So kita gabungkan beberapa series video jadi pancake ala Ummi.

BAHAN-BAHAN:
1. 100gm tepung naik sendiri (kalau korang pakai tepung gandum, masukkan baking powder)
2. sebiji telur
3. 3 sudu besar gula (Ummi guna 2 sudu aje)
4. Secubit garam
5. 100 gm susu (Ummi guna susu HL)
6. 1 sudu besar minyak masak

CARA-CARA
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kacau.
2. Masukkan susu dan kacau rata.
3. Masukkan bahan2 kering - tepung, garam dan gula
4. Masukkan minyak dan kacau sebati
5. Panaskan kuali non stick then masukkan adunan ke dalam kuali (dia akan terbentuk cantik aje masa masak tu)
6. Bila dah keluar bubble tu maknanya dah masak. Balikkan seketika dan angkat. Sedia untuk dihidangkan bersama madu dan butter.

Nilah campuran bahan2 tadi

Dapatlah dalam 6 keping gitu. Oklah..

Lagi...

SELAMAT MENCUBA





Tuesday, September 2, 2014

MAKARONI KARBONARA

Assalamualaikum..

Dah lama Ummi nak buat sauce carbonara ni. Tapi takut tak jadi. Maklumlah biasa buat blognese aje. Siang tadi buat kuih, malam kita makan makaroni carbonara. Malas nak masak sphagetti. Dah boring. Carbonara sesuai dengan fettucini. Ala yang macam kuey teow tu. Tak lalu la plak.. Dah la pagi tadi goreng kuey teow. So kita guna makaroni sudah.. Tu je yang tinggal dalam simpanan.

Sejak mula cuti ni asyik nak explore memasak ngan mengemas. Alhamdulillah dah banyak perubahan pada rumah - tapi nak buat kena pelan2.. So menu kena tukar ari2 takut bebudak ni boring. Payah jugak nak pikir menu untuk tiap2 ari. So mari kita masak makaroni carbonara. Alissa payah makan. Tak suka western food. Adriana senang makan. Semua pun dia akan rasa melainkan yang pedas. Senang nak bawa berjalan.

Mr Kingshah kata sedap jugak ye.. Dah selalu makan blognese, sekali sekala tukar sedap jugak. Alhamdulillah.. kalau sedap.. Rupanya mudah aje masak..

BAHAN-BAHAN
1. Makaroni
2. Daging ayam cincang
3. Sosej dipotong dan rebus
4. 1/3 biji Capsicum - potong dadu
5. 1/2 biji bawang besar - potong dadu
6. 3 ulas bawang putih - cincang
7. sos karbonara * macam dalam gambar
8. 4 biji cendawan butang - dihiris nipis
9. minyak zaitun untuk menumis
10. garam secukup rasa
11. lada hitam secukup rasa
12. air
13. Cheese - Ummi pakai cheddar cheese aje

CARA-CARA
1. Didihkan air untuk merebus makaroni. Bila air dah mendidih, masukkan makaroni, sedikit garam dan sedikit minyak untuk mengelakkan melekat
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih.
4. Bila dah kekuningan, masukkan ayam cincang. Kemudian masukkan sosej dan gaul rata.
5. Bila ayam dan masak, masukkan cendawan dan capsicum
6. Bila semua dan empuk, masukkan sos karbonara. Masukkan air dan kacau.
7. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
8. Bila dah mendidik masukkan cheese, kacau rata dan tutup air.
9. Sedai untuk dihidangkan..

Bahan-bahan: sosej, cendawan, capsicum, bawang merah, bawang putih

Ayam cincang..

Sos karbonara


Masukkan semua dan biarkan empuk



Bila dah isi sos, camnilah rupanya

masukkan cheese

Ni makaroni

ni sos

Tara... dah boleh makan.. Alhamdulillah hampir habis dah.. Tinggal makaroni aje

KUIH PUTERI MANDI ATAU KUIH KEPEK HIDUNG

Assalamualaikum..

Hah, korang pernah dengar kuih kepek hidung. Sure tak pernah punya lah.. Ni istilah atau nama kuih yang paling senang nak buat. Hanya dipenyekkan sahaja. Adriana yang 4 tahun tu pandai buat apatah lagi korang yang besar2 ni. So jom kita tengok resepi kuih tradisional ni..

Sebelum tu, nak mengenangkan kuih ni dulu. Masa kecik2 Ummi selalu makan kuih ni. Kuih ni manis dan kena siapkan dulu kelapa tu. Nampak remeh tapi mudah aje sebenarnya. Bagi yang anaknya ramai, kuih ni paling senang dan insyallah cukup untuk semua orang. Cuma kena hati2 sbb guna tepung pulut. Kang ada yang tercekik plak. So jangan buat besar2 ok. Kecil sudah supaya gigit 2-3 kali dah boleh telan.

BAHAN-BAHANNYA (TEPUNG)
1. Tepung pulut - Ikut suka korang nak banyak mana, tapi secawan or dua cawan cukup lah
2. Secubit garam
3. Air
4. Pewarna - ikutlah nak warna apa pun

CARA-CARANYA
1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan air. Kacau sehingga tepung menjadi doh. Jangan lembik sangat ye. Tak melekat kat jari.
2. Ambil sedikit dan bulatkan. Kemudian gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk penyetkan tepung.
3. Pada masa yang sama, didihkan air dalam periuk.
4. Setelah selesai menggentel tepung, air pun dah mendidih, masukkan ke dalam periuk.
5. Tunggu sehingga tepung timbul dan angkat.
6. Gaulkan dengan kelapa yang telah dimasak tadi. Jangan tunggu sampai sejuk, takut tak melekat plak dengan kelapa.
7. Sedia untuk dihidangkan..

BAHAN-BAHAN (KELAPA)
1. 1/2 biji Kelapa yang diparut atau mesin
2. sedikit garam
3. sedikit air
4. gula merah - nak bagi warna gelap aje
5. gula pasir - 2 sudu. Kalau nak manis tambah lagi
6. Daun pandan

CARA-CARANYA
1. Masukkan gula merah, gula pasir, garam, kelapa dan air dalam kuali. Masukkan daun pandan untuk bagi wangi.
2, Kacau hingga sebati dan sehingga air kering.
3. Sedia untuk diangkat dan disejukkan.

Ni assistant Ummi ye.. Senang ada pembantu

Ni sorang lagi assistant yang kelam kabut..

Gentel kecik sudah. Buat bulat2 kecil dan tekan aje. Nak bagi cantik kita letak warna hijau dan merah. Comel skit..

Didihkan air.. Then masukkan tepung yang dah dipenyek tadi. Tunggu sampai semua tepung naik ke atas. Tu tandanya dah masak..

Gini lah rupanya bila dah masak. Dia macam kembang sikit gitu..

Gaulkan dengan kelapa yang telah dimasak dengan gula merah, sedikit air dan sedikit garam

Ok.. ni yang dah siap.. Warna hijau Adriana punya

Warna merah Alissa punya

Merah dan hijau.. Sedap

Monday, September 1, 2014

UBI KAYU REBUS DAN SAMBAL IKAN BILIS

Assalamualaikum..

Korang suka makan ubi kayu rebus? Ke tak pernah makan langsung? Hishhh.. Rugi tau kalau tak pernah makan.. Itulah makanan datuk nenek atau mak ayah kita dulu2. Kalau kena gaya masaknya, memang terbaiklah.

Ummi suka ubi kayu. Tak kiralah masak apa pun. Kerepek, ubi rebus, goreng ubi, pengat ubi kayu hatta bingka ubi kayu, semua pun Ummi makan aje. So baru2 ni pergi pasar malam nampak ada ubi kayu. Ummi beli yang kecil aje. Cukuplah untuk keluarga kecil kitaorg. Itupun Mr Kingshah ngan Ummi je yang makan.
So cadangnya nak buat ubi kayu rebus dan sambal ikan bilis or kelapa parut.

Ini sambal ikan bilis Ummi ye. Ummi tak suka sambal ikan bilis ngan lada kering. Mesti tak habis. Ni sambal ikan bilis orang pahang AKA resepi mak sendiri. Kalau makan dengan nasi panas lagi sedap. Bertambah tambah nasi dibuatnya.

Sambal ikan bilis ni mudah aje... Bahan pun simple aje. Main campak2 aje..

Tadaaaa.. ubi rebus, sambal ikan bilis ngan kelapa parut...

Dan lagi....

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahannya:
1. Segenggam ikan bilis * (Suka hatilah nak banyak mana pun tapi kalau ikan bilis banyak, bahan lain kena banyak jugaklah ye_
2. 10 biji cili padi * (nak lebih pun boleh jugak)
3. Sebiji bawang merah besar *
4. 3 Ulas bawang putih*
5. Sedikit minyak untuk menumis
6. Garam secukup rasa
7. Serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya
1. Blend atau tumbuk bahan2 yang bertanda *. Jangan hancur sangat dan jangan kasar sangat. Sedang2 gitu.
2. Masukkan minyak dan bila panas, tumiskan bahan yang dikisar atau tumbuk.
3. Kacau sehingga garing atau bertukar warna keperangan sedikit.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
5. Tada... dah siap sambal ikan bilis..