Monday, January 27, 2014

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...

 Bersyukur pada tuhan kerana berjaya juga Ummi sambung belajar. Ada banyak sebab kenapa Ummi nak sambung belajar..
1. dah burn out dengan keje - nak kena alih arah
2. berubah kepada yang lebih baik -inshaallah dengan sambung belajar dapat tingkatkan pengetahuan dan berfikir dengan lebih matang. cuba nak menjadi seorang yang tidak terburu2.
3. nak buktikan yang ummi boleh.. ada orang suka memperlekehkan ummi. this is the time to show that i'm not weak.. i can do and go better than you..

Setelah berkali menghantar borang dan 2 kali menghadiri interview,  alhamdulillah rezeki bersama Ummi.. YaAllah aku bersyukur sangat atas pemberianmu ini.

Ummi tau tak semua yang kita minta akan kita perolehi. Kalau Allah tak bagi banyak,  kurang2 dia bagi skit.oklah dari takde..Allhamdulillah dah banyak benda yang Ummi minta diperkenankan. Nak kena banyak berterima kasih atas kurniaannya.. Teringat masa hati tengah resah gelisah,  padaNya Ummi meminta pertolongan.

Sunday, January 19, 2014

PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM



 Assalamualaikum..

Teringin nak makan pulut kuning. Sumpah tak penah buat.. Mr Kingshah penat buat. Ummi tak pandai. Balik kampung ari tu tanya masterchef kat kampung.. Sape lagi, kakak Ummi la. Dia sifu masak okey..Dia pun citer la macam mana nak buat. Ummi janji tau cara nak buat. Tak tengok pun takpe. At least tau cara..

Resepi pulut kuning

1/2 kg pulut (rendam dalam 2-3 jam, tambah serbuk kunyit nak bagi kuning)
santan (ambil yang dalam kotak aje)
garam
gula
(sukatan susah nak bagi. Ikut selera masing2. nak manis ke nak masin ke)

Cara-cara...

-Panaskan air dalam periuk kukus
- Masukkan pulut dalam kukus. Kukus selama 15 minit.
-Angkat dan letak dalam dulang
-Satukan santan, garam dan gula
- masukkan santan tadi sedikit demi sedikit ke dalam pulut
-Bila nampak dah rata, kukus semula pulut
(korang agak2 la jangan sampai lembik plak pulut tu)
- selepas 15 minit, angkat.
-Sedia untuk dihidangkan
Tada.. pulut dan rendang.. Mana bleh pulut sendirian kann. Kena la ngan rendang sekali..


Ni rendang ayam ok..Tak nampak rupa yekkk.. Rendang bahan tak cukup. Jadilah asal rasa ala2 rendang
 bahan-bahan

- Seekor ayam
- halia
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
-lengkuas
- 3 batang serai
(semua bahan kecuali ayam dikisar halus)
- garam
-gula
-serbuk kunyit (sebab takde kunyit)
- cili giling
-asam keping
-2 kotak santak M&S (saiz kecil)
-minyak untuk menumis
- air (tambah dalam santan)
-5 helai daun limau purut

* Tu aje bahan-bahannya. Daun kunyit takde so ganti ngan daun limau purut.

Cara-cara:
- panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. tambah jugak serbuk kunyit
- masukkan cili giling. masak sehingga naik minyak.
- masukan ayam. Kacau hingga air ayam kering
-Masukkan santan dan tambah air mengikut kesesuaian
- perasakan dengan garam dan gula
-Apabila hampir masak, masukkan asam keping dan daun limau purut.
- sedia untuk dihidangkan.

* Dulu Ummi masak tak tumis bahan2 tu. Gaulkan skali ngan ayam dan masuk dalam periuk. Sifu kata nak bagi tahan lama, tumis bahan kisar. So I follow jelah sifu. Memang rendang ni nampak cam masak lemak tapi rasa lebih kurang rendang la... Ummi tak masukkan herba and rempah. Den tak pandai ok..

Ok.. selamat mencuba.. Insha Allah boleh jadi cuma kena yakin. Percubaan pertama Ummi, horeyyy jadi OK...


BASIKAL

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu yang panjang.. Tak buat apa pun kat umah. Dok tengok TV je. Hajat nak organize barang kat tempat yang sepatutnya tergendala lagi.. Kemalasan melanda... Huhuhu 

So ari ni decide nak pegi tukar tiub tayar Alissa. Kesian dia dah berapa lama tak naik basikal sebab tayar pancit. Last2 dia main basikal kecil. Boleh lah naik tapi kakinya sangkut. Ko dah tinggi ler akak.. Alhamdulillah kebetulan pegi kedai tu buka plak. Takut jugak tak bukak. Maklumlah ari Ahad. Punya la ramai warga asing kat situ. Yelah, pengangkutan utama dorang basikal. Tambah lagi kat Ipoh ni susah nak dapat public transport. So dah tukar tiub tanya tokeh tu ada jual tak tayar untuk basikal kecil Alissa. Dah botak tayarnya. Roda kiri kanan tu sampai dah tak nampak rupa. Kesian sungguh... dah basikal besar tak leh guna, basikal kecik pun jadi..

Nampak tayar belakang tu. Botak sampai hitam.. Roda kiri kanan sampai tak nampak rupa



Fokus sikit.. Mana tak bila kayuh asyik susah aje..

Tada.. ni lah roda baru tu. Habis jugak dalam RM 50.. Dua main tyre tu RM 38. Roda kiri kanan tu RM 12 hinggit. Ni sebab pasang sendiri. Kalau tak satu main tyre RM 23 hinggit..

Ni tayar depan

Lagi gambar basikal yang dah berusia ermmm lupa plak.. 6 tahun ada rasanya

Tengah proses...

Dan lagi....

Selamat masuk dalam plastik. Buang ajelah. Takpun jual je.. Laku ke?

Lepas buka, buka lagi..

Lagi..



Apa lagi tak siap tu..?

Tayar depan

oppss termasuk plak.. Ni tricycle purposely beli untuk Adriana. Baru skrang nak naik. Alhamdulillah cepat belajar. Kejap je dah pandai kayuh..Tapi adik dah besar so memang kena naik basikal lama kakak tu..

Taraaa.. Dah boleh naik.. Memula takut.. Pastu syok..

Yeahhhh.. laju lagi

Kakak peace*..

Macam mana nak naik ni?

Adoi.. sakit. Ummi masuk rumah aje, baru nak buat air tiba2 dengar macam Adriana nangis. Sah memang dia. Rupanya jatuh. Tak tau la jatuh camne rupa tapi luka jugak kat tapak tangan. Sampai dia kata tak nak naik basikal dah. Pujuk punya pujuk baru ok nak cuba lagi.. Fobia ko adik ye.. Adriana kata "Tak nak dengan kakak dah. Nak Ummi aje".. Hhahha adik tak nak kakak yang ajar..
Baru baca dalam FB tadi tentang kanak-kanak yang overdose ngan gajet. Sampai anak dia tak berkembang macam budak biasa. So sekarang nak kena takutkan bebudak berdua ni supaya kurangkan tengok tab or phone. Risau gak.. Yelah asyik mengadap gajet, mata tak kerja, jari gerak tak banyak, badan tak gerak langsung, otak tak fikir secara kreatif...Adoi laaa.. Kesian anak zaman sekarang. Bila citer "Ummi dulu panjat pokok, mandi sungai (padahal haram tau berenang).. best aje".. Anak zaman sekarang ntah...

Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum..   Belum terlambat nak ucap salam maulidur rasul.. sentiasa ingati Rasullullah dgn berselawat ke atasnya.. kasih sayang nabi muhammad tiada bandingnya.. "kasihlah pada orang lain nescaya engkau juga akan dikasihi".. marilah kita berkasih sayang antara satu sama lain. kasih anak pada ibu bapa, kasih suami kepada isteri, kasih kepada keluarga, kasih pada sahabat, kasih pada jiran, kasih sesama umat islam..tapi, jangan pulak kasih yang tidak kepada yang sepatutnya... berkasih sayang menuju ke syurga  dan bukan ke neraka. Nauzubillah...

Saturday, January 11, 2014

KATA-KATA HIKMAH

Assalamualaikum....

"Ujian itu Allah beri bukan sebab dia benci kita, tapi sebenarnya DIA sayangkan kita. Dan bila Dia menguji kita, itu bermakna kita sudah jauh dari DIA. Tujuannya cuam satu, agar kita lama di tikar sembahyang."

"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri.. Aku minta kupu-kupu diberi ulat bulu...Aku sedih nak kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga.. indah sekali. Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.. Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Tuhan memberi apa yang kita perlukan. Kadang sedih, kecewa, terluka tetapi jauh di atas DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.."

Ya.. hari ini hati Ummi rawan. Sedih bila dipersalahkan. Sepatutnya dibela namun dicerca kerana mulut-mulut yang durjana. Wahai kaum hawa di sana, janganlah mengadu domba pada yang tak sepatutnya. Salah sendiri mengapa mahu dihala kepada orang lain. Mungkin tidak sedar yang diri bersalah bermain kata dengan yang bukan sepatutnya. Salah akukah yang cuba membela nasib diri? Haruskah aku mengikut telunjuk sahaja dan rela diperkotak katikkan? Tidak mengapa.. Allah masih bersama orang-orang yang benar. Hari ini hari mereka, esok lusa hari kita. Anda juga pasti akan merasa perkara yang sama di hari kemudian. Buat balik dibalas baik buat jahat jahat jualah balasan..

DALAM HATI ADA DIA - ILLA SHANAHILA

Assalamualaikum..

Best dapat habiskan citer Senah ngan Dolah ni.. Citer yang sempoi tapi mengasyikkan. Mula2 baca kat blog la dah jatuh cinta. Dolah yang macam tak berperasaan dan Senah yang memasang impian..

Ermm susah gak nak beli online. Banyak proses yang rumit. Tapi at last dapat gak buku ni. Cam serik pun ada nak beli dari penerbit ni. Ummi memang selalu beli online but this time rasa nak marah pun ada. Beli sekali ngan buku Jangan Benci Cintaku tapi dapat seminggu lewat dari tu.

Tada.. ni pos laju

Best2

Nampak gambar anakku.. Sibuk nak menyelit jugak


 
Penerbit: Penulisan 2 U 
Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27
 
SINPOSIS:
WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan 
 
selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan...

Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.

NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana 
 
ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia 
 
hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.

Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.

“Ada syiling tak?” - NICK

“Kenapa?” - WANDA

“Nak tukar, boleh?” - NICK

“Nah!” - WANDA

Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku. 

Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.

“Nama siapa?” - NICK

“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA

“Panggil saya Dollah!” - NICK

 Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan 
 
hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun 
 
kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu 
 
bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia 
 
disayang...

Benarkah karma akan berlaku? Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?
 
 
Silalah dapatkan  buku ni di pasaran. Tak rugi beli.. Lawak pun ada jugak. Yang pasti bila baca boleh 
 
senyum2 sendiri. 

BALCONY (A.K.A STOR ATAS)

Assalamualaikum..

Meh sambung bab organizing. Akan didedahkan kemudian. Ni bagi intro skit.. Jangan pengsan plak tengok stor kat atas ni. Hajat di hati nak buat mini library and tempat kerja Ummi. Tapi pelan2 ye. Sementara kita buat stor untuk simpan barang2 yang berlambak tu. Dah siap kemas stor bawah, baru pindahkan semua ni kat bawah. So masa tu baru berangan buat mini library ok..

Hishhh malu ok. Terpaksa sorok dlm kotak or tutup ngan tuala or kain sebab takut rosak kena matahari

tengok.. semua benda ada.. Katil bujang yang dah dibuka pun ada. Buku dalam storage box yang belum sempat nak kemas..

Nilah raknya. Nampak tak stabil tu. Bertungkus lumus pasang skru..

Tada dah siap. Thanks to Mr Kingshsh sebab tolong separuh jalan.. Huhuhu tak faham kenapa tak nak habiskan. At last Ummi dok belek satu2 skru dan siapkan. Siap angkat papan dia sekali

Dah isi barang tapi belum betul2 kemas. Nnt dah siap kemas kita reveal ye.. Nampak tak terdedah pada matahari. Tu yang cover ngan kain tu. Sebenarnya tu kain buat white coat Ummi ok.. Nasib la..
So pendedahan separuh jalan.. Bertentangan ngan rak besi ni ialah rak buku. Juga dalam proses kemas. Huhh novel aje ambil 3 colum rak buku. Belum tambah buku teks Ummi.. Banyak ok.. Dan yang paling utama nak pasang langsir so takdelah kena matahari dan cepat reput barang2 ni. Dah suruh Mr Kingshah pasang tapi huhhhhhh sedih. Alasan banyak sungguh.. Keras la, kena beli mata drill yang mahal laaa.. Apa aje la.. Susah2 suruh aje orang lain buat. Bayo jelaaa... Ummi tak reti nak guna drill.. Senang ke susah nak guna?

Ok.. rak besi tu meh kita kongsi harganya. Ada dua jenis. satu kecil sikit tapi yang Ummi pakai ni lebar sikit one side.

1 batang bersamaan 10 kaki = RM 18 (Ummi pakai 8 batang) Korang kena pandai buat kira2 ok untuk penjimatan.

1 papan kayu bersamaan 5 x 8 kaki = RM 50 (Ummi pakai 2 papan) Masih ada baki, ingat nak buat kat stor bawah..

Total = RM 144 + RM 100 = RM 244 
OK kan? 

MR KINGSHAH'S WORK STATION

Assalamualaikum..

Lately malas sungguh nak update blog.. Gambar banyak dah tapi sungguh ku malas. Habis cuti panjang kerja pun bertambah banyak. Adoi laaa..

So masa cuti ari tu sempat organize beberapa tempat. Semangat nak kemas memang tinggi tapi bila mengenangkan Ummi sorang aje yang kena buat terpaksa la buat sikit2.. Tangan Ummi dua aje ok.  Tempat yang nak kemas banyak dan melibatkan barang orang lain. Mr Kingshah lak bila sentuh barang dia mulalah bising. Tapi tension ok tengok barang tak kemas. Sakit jiwa Ummi dibuatnya..

Mula2 kemas dalam almari tempat buku. MIL punya almari ye dan buku anak beranak diaorg. Kemas punya kemas kena sound plak ngan Mr Kingshah pasal buku pengakap dia yang zaman bila ntah. Bila orang kemas bising. Suh simpan sendiri tak nak plak. Lepas dia bising dan blah, Ummi pun terus masuk dalam plastik dan buang OK.. Sorry nak simpan. Takde dia nak ingat punya. Tapi malas nak snap gambar. Kiranya kemas sudah almari tu..

OK.. nak citer pasal organize Mr Kingshah punya work station. Sebenarnya bukan work station apa pun. Tapi tempat dia letak barang2 dia. Ya Allah boleh bukak kedai hardware ok barang dia. Spanar dia semua size ada. Semua benda boleh dapat kat sini. Tapi bila ambil pakai letak merata. Tu yang barang jadi banyak sebab bila tak jumpa beli lain. Suka hatilah janji bukan duit Ummi.. Tapi tu la.. Penat nak mengemas barang dia.

 SEBELUM

Ada rak tingkat tapi tak guna pun. Dah bertahun isi barang tapi buat perhiasan aje. Dari color merah sampai dah pudar warnanya..

Tengok tu.. hishh sakit mata memandang..Tempat ni sepatutnya isi kolam hiasan. Tapi Ummi malas nak cuci kolam tu so simpan je dalam stor.

Ni tempat dia melepak all the time. tak tahu apa yang best dok sini. Macam kena gam punggung agaknya. Nyamuk banyak pun tak kisah... Tengoklah macam2 ada atas meja. Jangan sentuh. Nanti puas kena bebel. Tu pun Ummi curi buang barang yang agak2 tak pakai..

Nampak tak besi kat dinding tu. Puas Ummi cari dapat gak kat Daiso. Senanag kalau nak gantung barang yang dia selalu guna. Tak payah asyik nak buka bekas itu ini.. Pastu beli mangkuk hijau yang cam ada mata tu kat MR DIY.. Murah aje. So kalau kat Daiso mahal, Ummi akan cari kat MR DIY. Kena rajin banding harga.. Sebenarnya Mr Kingshah tak suka warna hijau tapi nando pilihan ok. Hijau pun hijau laaa

Dan lagi.. sebelah tempat Mr Kingshah ni ada tempat sidai baju. Ampaian Ummi yang boleh tarik bila nak guna dan tolak ke dalam bila dah tak nak guna. Kemas sikit..
SEMENTARA

Ni sebenarnya Ummi dah kemas. Perasan tak dah buang rak tingkat. Ummi cuba letak dalam storage box tapi susah plak nak ambil. Ummi guna 4 storage box ok.. 2 tu barang spare part kereta. Bila tanya boleh buang ke? Kena marah pulak..Haila...

Kemas la sikit tapi masih sakit mata memandang..

tengok masih banyak barang. tak tahu nak letak mana dah..

Dan lagi...
 SELEPAS

Tada.. Ni la benda yang Ummi beli kat Tesco. Kebetulan baca Harian Metro dan nampak iklan ni.. Murah tu dari RM 149 dapat RM 79.90. Apa lagi ajak Mr Kingshah pegi beli. Bestnya.. Sebelum ni memang nak beli tapi tak tau plak kat Tesco ada. Ada baca dalam blog seseorg tapi baru je lagi tau. Sebenarnya Ummi dah buat satu rak besi tapi custom made punya. Nnt kita buat pendedahan ye bila dah siap kemas. Tapi yang tu banyak beno nak guna skru. Lama kerjanya. Cuma senang sebab boleh ikut ukuran yang kita nak.. Tunggu

Yeahhh.. ni dia. Pasang sendiri aje. Dah biasa. sob sob sob.. Sorry la ye. Gambar teruk beno.. Kamera buruk aje..

Senang ok. Ketuk sikit aje. Skru semua dah siap pasang..

Kemas sikit2..

ok done..

Kemas tak? Senang nak ambil barangkan.. Barang spare part kete dlm storage box akan diumasukkan dalam stor..

Dan lagi..
Hahh. Amacam, better tak? Oklah dari mata Ummi. Practical sikit. Yang penting senang nak ambil dan senang nak simpan. Boleh nampak semua benda. Mr Kingshah, kalau tak kemas balik siap laaa.. Penat ok bini awak nak kemas ni..

SEBELUM
 SEMENTARA
 SELEPAS

Sunday, January 5, 2014

MOOD HOLIDAY

ummi dah mood holiday.. dari ari selasa lepas cuti.. seperti biasa setiap kali buka sekolah ummi akan cuti...…  konon nk hantar anak sekolah padahal nk release tension ni...…  penat sbb pasni nk buat laporan tahunan ngan lain2.. so cuti dulu ye.. adriana mcm biasa bila ummi cuti dia pun cuti.. tak bleh berenggang ngan ummi dia. mcm kena gam.. so apa aktiviti bila cuti ni? kemas rumah opss kemas bilikku.. beli rak utk letak kotak2 yg berlambak tu. siap jugak.. akan dikongsikn bersama kmdn..
pastu aktiviti memasak. malas beno nak masak cuti ni. anak2 order nk kek coklat la itu la.. so ummi buat jugak la atas permintaan anak2.. senang aje tp yg mls je lebihnya...…
pastu aktiviti shopping. kalau ikut adriana hari2 mydin.. tp this time mydin,  tesco,  aeon sume kita jejak. misinya mencari storage box untuk gantikn kotak2. so dpt beli kt tesco.. murah...…  dan beli juga plastik utk simpan barang yg boleh kita padatkn.. nama apa ye.. lupa.. nnt kita share ye..ok nk tido dulu..

TAHUN 2014

Masih belum terlewatkn nak cakap selamat memasuki tahun 2014.. ummi seperti tahun2 yg lepas takde azamnya.. kata nak buat azam baru tapi ikutnya tidak. so bila nak buat sesuatu,  ummi buat aje.. pastikn jadi sudah...…
tp nk jugak ada angan2 tahun ni..

no 1 - moga hati ummi lebih tenang dan lebih fikir positif.. yelah asyik pikir pasal hati orang lain sampai hati sendiri tak jaga..  ceriakn hati sendiri dulu.. jgn cepat melatah dgn berita2 atau bukti2 yg mmg dah ada depan mata. kdg2 berdiam diri itu lebih baik dr bertindak melulu. hati dah panas takkn bleh fikir baik buruk dah masa tu. mr kingshah sila jgn buat hal ok..  hati bila dah sayang sanggup buat apa saja tp bila hati dah sakit,  pun sanggup buat apa saja.. bertabahlah hati ye..dugaan dari Allah. ingat ye ummi,  suami tu pinjaman aje.. kalau susah dan senang Allah juga tempat kita mengadu..

no 2- moga anak2 ummi menjadi anak2 yg cergas dan solehah.. mesti bolehkn sbb umminya kan kuat.. amin

no 3- impian nk sambung belaja harap2 bleh tercapai. sebenarnya dah x lrt nak menghadap patient yg sangat ramai. so kalau bleh sambung belaja best jugakkan.. relaxkn kepala 2 thn.. pastu sambung blk mengajar anak2 istimewa nih..

no 4- 2 trip holiday dah plan tahun ni.. hrp2 semua berjln lancar. yelah kita x tahu apa akan jd di hadapan. kita hanya merancang allah yg tentukn.. so anak2 bersiap sedia ponteng sekolah ok.. adoi la tersalah book masa bukan cuti sekolah.. apa daaa

no 5-ummi boleh organize rumah lebih baik. plan nk cantik2kn rumahku.. dah buat sikit2 tp masaku tak cukup ler.. dah yg buat pun sorang aje.. camne tu? ok sikit2 lama2 jd bukit...…

so cukuplah angan2 tu. akan ada tambahan dari masa ke semasa.. hehehe...…

p/s: nape suka nau kawan ngan laki orang.. tak faham...… .. buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali.. nnt korang dapat masalah..