Sunday, January 19, 2014

PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM



 Assalamualaikum..

Teringin nak makan pulut kuning. Sumpah tak penah buat.. Mr Kingshah penat buat. Ummi tak pandai. Balik kampung ari tu tanya masterchef kat kampung.. Sape lagi, kakak Ummi la. Dia sifu masak okey..Dia pun citer la macam mana nak buat. Ummi janji tau cara nak buat. Tak tengok pun takpe. At least tau cara..

Resepi pulut kuning

1/2 kg pulut (rendam dalam 2-3 jam, tambah serbuk kunyit nak bagi kuning)
santan (ambil yang dalam kotak aje)
garam
gula
(sukatan susah nak bagi. Ikut selera masing2. nak manis ke nak masin ke)

Cara-cara...

-Panaskan air dalam periuk kukus
- Masukkan pulut dalam kukus. Kukus selama 15 minit.
-Angkat dan letak dalam dulang
-Satukan santan, garam dan gula
- masukkan santan tadi sedikit demi sedikit ke dalam pulut
-Bila nampak dah rata, kukus semula pulut
(korang agak2 la jangan sampai lembik plak pulut tu)
- selepas 15 minit, angkat.
-Sedia untuk dihidangkan
Tada.. pulut dan rendang.. Mana bleh pulut sendirian kann. Kena la ngan rendang sekali..


Ni rendang ayam ok..Tak nampak rupa yekkk.. Rendang bahan tak cukup. Jadilah asal rasa ala2 rendang
 bahan-bahan

- Seekor ayam
- halia
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
-lengkuas
- 3 batang serai
(semua bahan kecuali ayam dikisar halus)
- garam
-gula
-serbuk kunyit (sebab takde kunyit)
- cili giling
-asam keping
-2 kotak santak M&S (saiz kecil)
-minyak untuk menumis
- air (tambah dalam santan)
-5 helai daun limau purut

* Tu aje bahan-bahannya. Daun kunyit takde so ganti ngan daun limau purut.

Cara-cara:
- panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. tambah jugak serbuk kunyit
- masukkan cili giling. masak sehingga naik minyak.
- masukan ayam. Kacau hingga air ayam kering
-Masukkan santan dan tambah air mengikut kesesuaian
- perasakan dengan garam dan gula
-Apabila hampir masak, masukkan asam keping dan daun limau purut.
- sedia untuk dihidangkan.

* Dulu Ummi masak tak tumis bahan2 tu. Gaulkan skali ngan ayam dan masuk dalam periuk. Sifu kata nak bagi tahan lama, tumis bahan kisar. So I follow jelah sifu. Memang rendang ni nampak cam masak lemak tapi rasa lebih kurang rendang la... Ummi tak masukkan herba and rempah. Den tak pandai ok..

Ok.. selamat mencuba.. Insha Allah boleh jadi cuma kena yakin. Percubaan pertama Ummi, horeyyy jadi OK...


No comments:

Post a Comment