Friday, November 29, 2013

DOA

Assalamualaikum..

Ummi surf internet and terjumpa ngan blog ni. Minta halalkan ye tuan punya blog untuk dikongsi ngan orang  ramai. Thanks a lot to http://dhilaburb.wordpress.com/doa-doa-semanis-kurma/..

Kadang kala kita mencari doa2 yang kita mahu tapi sukar nak jumpa. So this girl listkan hasil apa yang dia dengar masa program semanis kurma.

DOA-DOA ( SEMANIS KURMA)

  1. Doa Pelindung Diri : Surah Al-Hasri ayat 26
  2. Doa untuk pikat suami n lembutkan hati: Surah Toha ayat 1 -5
  3. Doa Kebahagian Rumah Tangga : Surah Al-Kahfi ayat 1 dan Surah Ar-raddu ayat 31, Surah Yusof ayat 30.
  4. Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung : Surah Mariam,Al-Fatihah, Al-Hujjurat, Yassin,AL-Taubah dan Surah Al-Imran ayat 38, Surah Al-Soffat ayat 100
  5. Doa Hindari Kemaksiatan dan Kemungkaran ALLAH swt:  Al-Mukmin ayat 97-98, dan Al-Maidah ayat 25.
  6. Doa Untuk Memperolehi Zuriat: Surah Al-Imran  ayat 38 dan 200, Surah Al -Anbia ayat 89
  7. Doa Lembutkan Hati( doa Nabi Daud) : Surah Al- Hasri ayat 21
  8. Doa Untuk Elakkan dari Kejahatan Manusia : Surah  Al-Yusof ayat 33 dan Surah Al- Qadr
  9. Doa Untuk Elak Berkata Belit: Surah Al-Imran ayat 8
  10. Doa lapangkan Hati/Mudahkan Urusan /Bukakkan Simpulan Yang Sukar: Surah Toha ayat 25 sampai 28
  11. Doa Jauhi Sihir: baca Al-Fatihah,  Baca 3 kul, Ayat Kursi , baca 2 baris terakhir Surah Al-Buqarah, makan 7 biji Kurma, bwuduk sebelum tdo, zikir.
  12. Doa Elak Penceraian, bina rumah tangga kerana Allah, suami pimpin isteri kejalan Allah swt: Surah An-Nissa’ ayat 34,
  13. Doa untuk Jadi Isteri Solehah/ jgn mintak apa2 diluar kemampuan suami/doa murah rezeki untuk perkahwinan: Surah Al-Imran Ayat 26 dan 27, Surah al-Taubah ayat128 dan 129, Surah Al-Anbiya ayat 87
  14. Doa Untuk Jadi Isteri yg Taat n Solehah:  Surah Al-Furqan ayat 74, Surah As-saafat ayat 100 dan Surah Ibrahim ayat 41..
semua yang berguna kita amalkan. Insha allah..

Thursday, November 28, 2013

BUDAYA MENGATA-NGATA -FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Assalamualaikum..

seronok tgk forum perdana malam ni. tajuk panas -mengata dulang paku serpih,  mengata org dia yg lebih..  tambah hot bila teknologi dikaitkan dgn budaya mengata2... ya allah kadang2 tak perasan pun yang sebenarnya kita tengah mengata orang. maklumlah lidah kita ni susah nak bagi signal. laju bercakap tanpa henti.. tapi tpok ari ni sangat berguna. banyak yang ummi pelajari..

panel bincangkan tentang adab. apabila dikaitkan dengan makanan,  yang mana zaman sekarang ni kita sibuk ambil gambar makanan.. patutnya baca doa dulu then makan tapi sekarang ni ambil gambar dulu dan makan. kdang2 lupa nak baca doa. ada ke? so adab kita dah tak betul..

satu lagi budaya menyampai-nyampai atau forward. ustaz kata elakkan lah.. lagi teruk fitnahnya.. rasulullah kata ada 2 jenis orang yang terdedah pd budaya mengata ngata ni. 1. sihat tak tahu nak buat apa 2. ada banyak masa tapi tak ada keje.. ermmm jadi kenalah sibuk2 diri supaya peluang untuk kita mengata lebih kurang.. ni kalau dok melepak aje mestilah ada potensi nak mengatakan..

tapi ummi paling suka nasihat ustaz badlishah (btul ke ni?). dia kata sifat orang putih kalau lsorang - baca buku,  berdua - travel,  ramai-jadi penjajah.. orang melayu plak kalau sorang -tido,  berdua-mengumpat,  bertiga atau ramai - buat kenduri (mesti ada makan2)...…  ada betulnya cakap ustaz.. saya setuju...…

p/s,  jadi dah tak boleh gossip.. apa langkah terbaik untuk menghentikan what's app yang tak penting ari2.. kalau sekali sekala ummi boleh terima lagi.. kalau setiap ari walaupun setakat kawan2,  patut tak ummi tegur dia.. ermmm.. i tak kisah nak kawan tapi please la bukan bermesej ari2 ok.. irritating ok.. kang ummi buat jahat plak.. hishhh jangan.. nawaitu kena betul. macam angah cakap mind set kena betul insha allah kita di landasan yang betul. apa yang kita fikir,  itulah yang akan berlaku dengan kehendaknya..

Wednesday, November 27, 2013

CUTI CUTI 2014

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Berjaya juga dalam 2 masa yang berbeza book tiket utk cuti cuti tahun depan.. Satu dah booked since Julai lg. Satu lagi baru aje book tadi. Ke mana kita nak bercuti? Tunggu... Rahsia...
                                                                      
                                                   

 Thank you Air Asia.. Of course nak tambang murah aje. Sekarang Ummi dah pandai cari tiket murah. Dan tempat yang nak pegi tu pun mmg banyak tiket murah2. Save budget kan.. Kalau dulu rasanya berangan jelah nak terbang selalu. Sekarang semua orang ada peluang nak terbang. Bila tanya Alissa nak naik kapal terbang tak, of course dia jawab nak. Tanya Adriana, dulu dia jawab "Tak nak, takut jatuh." sekarang, "naaaaaaaak".

Cuma bila berjalan dengan Mr Kingshah yang agak cerewet ni penat jugaklah. Bab tu yang tak sependapat ngan Ummi. Hotel mesti tip top. Semua nak sedia ada. Tak boleh salah dan tak boleh ada kesukaran. Fuhhh berpeluh badan. Tak adventure langsung. Orang takkan belaja kalau tak pernah buat salah dan sesat. Perfecto sungguh. Or maybe autistic? Hhahhaha...

Anak2 Ummi memang sekepala ngan Ummi. We all suka nature.. Mandi sungai, pegi kebun, mandi air terjun, shopping, playground dan macam2. Tapi tulah, tak leh nak buat coz tak sekepala ngan Mr Kingshah..Mr Kingshah, rasanya awak kena berubah kot. Mana menang 3 lawan 1.

                                 

                                

                                 

                                     

Teringat masa kecil, dunia ini aku yang punya.. Mandi sungai, main tarzan, main kejar2, main 'buaya', main sorok2, ikut mak cari kayu api, cari sayur, panjat pokok dan macam2 lagi. Saya anak orang kampung. Nature dunia saya.. Saya bukan buta IT tapi kurang suka bila disalahgunakan.. Kembali kepada nature membuatkan saya lebih tenang..

Ni apalah dari citer cuti2 sampai melalut citer masa kecil. Honestly, family ummi orang susah. Tak pernah pegi jalan2 or cuti2. Paling jauh balik kampung. Tu pun dah hebat gila padahal bukan jauh pun. Seronok... Sekarang kalau boleh Ummi nak anak2 rasa pergi tempat orang lain. Insafi diri bila melihat orang yang lebih susah dari kita. Hargai hidup kita. Jauh perjalanan luas pemandangan. Tak pernah salahkan arwah mak dan abah. Ummi tau kita orang susah. Sekarang Ummi nak ke mana2 insha allah dapat pergi. Kumpul ajelah duitnya... Tapi tulah, tak sempat nak bawa mak dan abah. Takpe Allah lebih sayangkan mereka. Teringat kata2 arwah mak "mak tak risau pasal yanti, sampai hujung dunia pun dia boleh pergi".

Ok.. banyak lak membebel. Jom kita cuti2 2014.. Jangan lupa tahun melawat malaysia 2014...

p/s: gossip... hahhaha ari ni Mr Kingshah kata ada kawan abangkan hilang duit masa shopping kat pasar baru.. 3 juta tu... Ummi diam aje tapi gelak dalam hati. Jahat sungguh Ummi ni. Dalam hati inikah balasan Allah sebab suka sangat bersembang ngan laki orang.. and masa sembang2 ngan geng2 bujang chinese plak tu dia kata i will keep the distance when i know that the man has girlfriend or wife. Apa daaa sesetengah manusia ni. Tak pernah puas. Biarpun pepatah kata berkawan biar beribu tapi ada limit wehh. Insaf kejap.. Wahai Tuhanku jauhkanlah aku dari menjadi golongan seperti ini. Aku takut hatiku mudah terpedaya dengan kata2 manis manusia. Mula2 jauh, lama2 dekat. Mula2 intai2 lepas tu pandang2dan apa akan berlaku seterusnya.. hanya Allah yang maha mengetahui...

Monday, November 25, 2013

MACAM MANA NAK SEPENDAPAT DENGAN SUAMI?

pening.. pening.. ummi ngan mr kingshah mmg selalu berbeza pendapat.. dia pentingkn benda yg mahal kononnya...…  hishhh mengutuk lak jadinya.. ummi lebih bersederhana.. contoh paling senang,  bila nak bercuti aje dia nak hotel yg mahal2 aje. padahal nak tido aje. seharian dok luar.. ummi plak janji selesa. bayangkan kalau boleh jimat sampai rm 200 kat hotel,  kan dan untung..

beli barang pun sama.. ummi orang susah. bukan senang nak dapat duit. so semua benda kena pandai budget.. contohnya harga normal dynamo rm 26.. ummi hanya beli bila harga less than rm 21.. kat mydinkan barang murah.. sama jugak diaper untuk adriana. tgh train adriana tak pakai diaper.. mamy poko mahalkn.. ummi beli bila harga murah. now kat mydin harga camtu jelah. paling murah ummi rasa as compare to other hypermarket..
dulu mr kingshah pakai ambil aje barang. skrg dia tgk gak harga. belaja ngan bini dialah.. hehehhe.. cuma yang tensen bila nak pegi jalan.. ajak pegi langkawi,  dia kata ada apa kat sana.eleh ckp aje tu,  kalau beli tiket sure ikut punya.. ajak mandi sungai,  tak nak.. padahal bini ngan anak dia hantu mandi sungai.. uhhh geram.. agaknya nak kena tinggal dia sensorang kat umah kit. ehhh emak diakan ada kat umah.. biar kitaorg yg pegi jln..

insha allah thn depan nak naik kapal terbang. dah tentu kena cop passport.. dok bertelagah pasal hotel. nak hotel yg sama.,  ummi kata apahal nak tempat yg sama. kenalah cuba tempat lain plak. insist nk yg sama. suka hati ko lah mr kingshah.. yg ummi tau sila bayar hotel ye.. jgn lupa bayar untuk shopping sekali..

kdg2 geram bila x sependapat.. kang bila tak setuju,  muka mulalah mcm cuka. malas nak hadap.. so korang camne? untungnya kalau sehati sejiwa tp ada ke? wujud lg ke? untung la korang ye..sob sob sob...…

p/s.. nak komplen sikit.. ni apahal pompuan ala2 ustazah (belum jd ustazah lg rasanya tp stok2 ustazah gitu) dok berwhat's app tgh mlm ngan laki org.. tak faham dan malas nak faham.. nak tahajud bagai tp masih sempat berwhat's app.. apa laki dia tak marah ke? adoiii laaaa

Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut tahun baru Islam kepada semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah masih merasa untuk menyambut tahun baru. Dan yang pastinya azam pun kena barulah ni. Tapi apa jadi dengan azam tahun lepas. Dah tertunai ke belum? Ummi tak pernah ada azam pun. Ikut flow aje.. Rancangan tak perlu tunggu tahun baru. Buat rancangan dan setkan target bila nak achieve.

Tapi tahun ni nak berazam sungguh2. Tapi tak perlulah nak mention kat sinikan? Insha Allah akan Ummi tunaikan. Dan yang pasti rancangan ni akan membuatkan budak2 berdua ni gembira. Tunggu ye anak2 Ummi.. Bila Ummi dan capai azam ni, banyak benda kita boleh buat bertiga. Mr Kingshah tak sebulu ngan kitaorg. Lain jantina? Maybe, tapi anak2 tak mesra ngan dia. Pernah Ummi tegur, nanti jangan nyesal ye bila anak2 tak rapat ngan dia later.. And jangan marah bila kemudian hari anak2 kurang pedulikan dia.. Ini nasihat dari seorang ibu ngan isteri. Masa anak kecil sila main ngan anak2, layan anak2, ambil berat pasal anak2... Ni bukan untuk Mr Kingshah aje ye tapi untuk semua lelaki bergelar bapa kat luar sana. Zaman sekarang ni anak2 bukan nak duit aje tapi kasih sayang dan perhatian ok.. So pandai2lah bahagikan masa ngan anak2..

Bila hari2 jumpa anak2 yang lambat bercakap, Ummi terpikir berapa banyak masa kita bercakap dengan anak2 setiap hari. Tambahan pulak dengan lambakan gajet yang ada sekarang.. Bila anak balik dari nurseri, tadika or sekolah, gajet dulu yang di cari. Masa dengan gajet lebih banyak as compare ngan masa bercakap. So bila masa nak belajar bercakap. Bila masa nak bersembang2 ngan emak bapak. Alangkah baiknya kalau zaman macam dulu. Takde gajet yang menyebabkan manusia leka. Budak zaman sekarang kurang kreativiti. Semua perlu cari dalam internet dah dapat. tak payah pikir. Jawapan ada di mana2. Kalau dulu orang mandi sungai, panjat pokok, main bola, main baling tin, main kejar2, main menyorok yang semua tu aktiviti luar. Zaman sekarang, tengok tv, layan internet sampai umur kurang 2 tahun dah pandai buka youtube.

Baru2 ni Ummi tengok satu klip tentang facebook. Saya setuju ngan ustaz bahawa facebook telah merosakkan ramai orang. Nampak banyak kebaikan tapi keburukan lebih teruk sebenarnya. Dah banyak kali Ummi tulis tentang lelaki cari kawan perempuan, perempuan cari kawan lelaki. Apa yang kita nak sebenarnya? Seronokkah dapat ramai kawan berlainan jantina. Mungkin Ummi golongan yang kolot sebab kawan lelaki hanya masa zaman sekolah dan U sahaja. Tapi cukuplah kot. Tak perlu nak ramai kawan lelaki. Hidup hanya sementara, takut tak sempat nak buat amal sebanyak yang mungkin. Ajal memang dah ditetapkan tetapi kita tak tahu bila ajal kita. Kang tak sempat nak bertaubat. Nauzubillah..

Ramai perempuan suka what's up, sms, fb Mr Kingshah.. Dan dia pun jenis yang melayan. Letih Ummi sebenarnya.. Siapa tak cemburukan tapi tika dan saat ini, Ummi dah malas.. Sesekali rasa sakit hati jugak tapi Ummi tenangkan hati dengan solat sunat dan mengaji.  Insha Allah memang berkesan. Dan Ummi ingatkan diri sendiri yang suami hanyalah pinjaman. Hanya kepada Allah kita mohon... Dan buat perempuan di luar sana, hentikan lah melayan lelaki2 ni. Nak buat apa? Suami dah ada, boyfriend dah ada, adik beradik dah ada dan paling penting Allah ada. Carilah saluran yang betul nak mengadu.. Jangan libatkan orang yang berlainan jantina. Lainlah kaunselor, psychologist, ustaz dan profesional yang berkelayakan..Yang itu tak apa lah.

Pernah Ummi baca sms mengadu suami pukul dia, tak ngam ngan dia dan macam2. Hello suami saya bukan kaunselor mahupun ustaz ok. Kang nak marah buat tambah dosa aje. Kesimpulannya kalau ada orang nak mengadu yang berlainan jantina, jangan layan ok.. yang mengadu pun satu hal, yang melayan pun satu hal.. Pening2..

Jom kita dengar ustaz ni cerita pasal fb. Maybe ada yang agree dan ramai jugak yang meluat kot bila dengar ni. Terpulang pada diri sendiri nak terima macam mana..