Selamat menyambut tahun baru Islam kepada semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah masih merasa untuk menyambut tahun baru. Dan yang pastinya azam pun kena barulah ni. Tapi apa jadi dengan azam tahun lepas. Dah tertunai ke belum? Ummi tak pernah ada azam pun. Ikut flow aje.. Rancangan tak perlu tunggu tahun baru. Buat rancangan dan setkan target bila nak achieve.
Tapi tahun ni nak berazam sungguh2. Tapi tak perlulah nak mention kat sinikan? Insha Allah akan Ummi tunaikan. Dan yang pasti rancangan ni akan membuatkan budak2 berdua ni gembira. Tunggu ye anak2 Ummi.. Bila Ummi dan capai azam ni, banyak benda kita boleh buat bertiga. Mr Kingshah tak sebulu ngan kitaorg. Lain jantina? Maybe, tapi anak2 tak mesra ngan dia. Pernah Ummi tegur, nanti jangan nyesal ye bila anak2 tak rapat ngan dia later.. And jangan marah bila kemudian hari anak2 kurang pedulikan dia.. Ini nasihat dari seorang ibu ngan isteri. Masa anak kecil sila main ngan anak2, layan anak2, ambil berat pasal anak2... Ni bukan untuk Mr Kingshah aje ye tapi untuk semua lelaki bergelar bapa kat luar sana. Zaman sekarang ni anak2 bukan nak duit aje tapi kasih sayang dan perhatian ok.. So pandai2lah bahagikan masa ngan anak2..
Bila hari2 jumpa anak2 yang lambat bercakap, Ummi terpikir berapa banyak masa kita bercakap dengan anak2 setiap hari. Tambahan pulak dengan lambakan gajet yang ada sekarang.. Bila anak balik dari nurseri, tadika or sekolah, gajet dulu yang di cari. Masa dengan gajet lebih banyak as compare ngan masa bercakap. So bila masa nak belajar bercakap. Bila masa nak bersembang2 ngan emak bapak. Alangkah baiknya kalau zaman macam dulu. Takde gajet yang menyebabkan manusia leka. Budak zaman sekarang kurang kreativiti. Semua perlu cari dalam internet dah dapat. tak payah pikir. Jawapan ada di mana2. Kalau dulu orang mandi sungai, panjat pokok, main bola, main baling tin, main kejar2, main menyorok yang semua tu aktiviti luar. Zaman sekarang, tengok tv, layan internet sampai umur kurang 2 tahun dah pandai buka youtube.
Baru2 ni Ummi tengok satu klip tentang facebook. Saya setuju ngan ustaz bahawa facebook telah merosakkan ramai orang. Nampak banyak kebaikan tapi keburukan lebih teruk sebenarnya. Dah banyak kali Ummi tulis tentang lelaki cari kawan perempuan, perempuan cari kawan lelaki. Apa yang kita nak sebenarnya? Seronokkah dapat ramai kawan berlainan jantina. Mungkin Ummi golongan yang kolot sebab kawan lelaki hanya masa zaman sekolah dan U sahaja. Tapi cukuplah kot. Tak perlu nak ramai kawan lelaki. Hidup hanya sementara, takut tak sempat nak buat amal sebanyak yang mungkin. Ajal memang dah ditetapkan tetapi kita tak tahu bila ajal kita. Kang tak sempat nak bertaubat. Nauzubillah..
Ramai perempuan suka what's up, sms, fb Mr Kingshah.. Dan dia pun jenis yang melayan. Letih Ummi sebenarnya.. Siapa tak cemburukan tapi tika dan saat ini, Ummi dah malas.. Sesekali rasa sakit hati jugak tapi Ummi tenangkan hati dengan solat sunat dan mengaji. Insha Allah memang berkesan. Dan Ummi ingatkan diri sendiri yang suami hanyalah pinjaman. Hanya kepada Allah kita mohon... Dan buat perempuan di luar sana, hentikan lah melayan lelaki2 ni. Nak buat apa? Suami dah ada, boyfriend dah ada, adik beradik dah ada dan paling penting Allah ada. Carilah saluran yang betul nak mengadu.. Jangan libatkan orang yang berlainan jantina. Lainlah kaunselor, psychologist, ustaz dan profesional yang berkelayakan..Yang itu tak apa lah.
Pernah Ummi baca sms mengadu suami pukul dia, tak ngam ngan dia dan macam2. Hello suami saya bukan kaunselor mahupun ustaz ok. Kang nak marah buat tambah dosa aje. Kesimpulannya kalau ada orang nak mengadu yang berlainan jantina, jangan layan ok.. yang mengadu pun satu hal, yang melayan pun satu hal.. Pening2..
Jom kita dengar ustaz ni cerita pasal fb. Maybe ada yang agree dan ramai jugak yang meluat kot bila dengar ni. Terpulang pada diri sendiri nak terima macam mana..
No comments:
Post a Comment