Thursday, August 28, 2014

NOVEL - TEMUDUGA CINTA BY RIDHYA IMAN

Assalamualaikum

Hari ni Ummi berkesempatan beli buku dekat kedai Minarwa  (betul ke ejaan ni). Alah yang kat SOGO tu. Kedai dia memang sentiasa diskaun 20%. Cari buku Umie Nadzhirah, yang dapat buku Ridhya Iman. Romantik komedi. Hahhaha.. Siap gelak kuat depan Adriana. Blur sekejap Adriana tengok Ummi dia macam tak betul bila gelak sorang2. Berjaya menghabiskan buku ni dalam masa 3-4 jam. Cam tak boleh nak berhenti bila dan baca. Awas korang yang nak baca buku ni. Pastikan cukup masa ye. Kang banyak keje tergendala.

Ini buku kedua penulis ni. Buku pertama dia - Titian Cinta.. Pun best. Tapi serious buku ni memang lawak. Cerita yang biasa2 aje, lebih santai tapi menyeronokkan.


Tajuk: Temu duga Cinta
Penulis: Ridhya Iman
Penerbit: Idea Kreatif
Harga: Semenanjung RM 26
           Sabah & Sarawak RM 29


Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair. Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya. 

“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair 

Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu.

 “Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain 

Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya. Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.

 “Kita kahwin?”

 ‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang. Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram? Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?

komen Ummi

Qurratul 'Ain seorang gadis yang sibuk mencari kerja. Bukan berada dalam kalangan keluarga yang senang menyebabkan dia nekad untuk mencari kerja di KL. Susah nak cari kerja, asyik kena reject aje. Sampai lah suatu hari kononnya nak menumpang air cond dan minum water cooler kat sebuah syarikat tapi lain pulak jadinya. Dia menipu kata nak interview dan tak sangka diterima bekerja kat situ as a storekeeper.

Megat Uzair rupa2nya dah lama kenal Ain. Dia yang sponsor Ain belaja tanpa diketahui orang lain. Bila Ain muncul kat syarikat tempat dia keje, apa lagi.. dia pun ambil peluang ler. Padahal mana ada interview untuk storekeeper hari tu. 

Bila Ain keje kat syarikat tu, Uzair ambil peluang nak rapat dengan Ain. Tapi Ain si lurus bendul ni macam tak faham plak hint yang Uzair bagi. Awalnya memang la Uzair ni sarkastik tapi akhirnya boleh jadi romantik plak. Ain ingat Uzair suka Cik Putih Gebu. Padahal dia la Cik Putih Gebu yang Uzair maksudkan..

Ain ni sebenarnya adik beradik kandung ngan Ikram, boss kat tempat keje dia. Rahsia terbongkar bila diaorang kena tangkap khalwat. Ain kena sabotaj ngan Gayah dan menyebabkan dia disuntik ngan dadah dan jadi high. Sib baik Ikram ada, so Ikram bawa masuk bilik hotel. Tak sangka plak kena tangkap basah.

Citer ni berbelit skit tapi insya allah tak susah nak huraikan. Ain tak suka mak bapak kandung sbb diaorang kata Ain bawa sial. Ain dijaga oleh mak dan ayah angkat. Ayah angkat meninggal masa berebut hak penjagaan Ain. Ayah Uzair, rakan kongsi ayah kandung Ain telah belot menyebabkan ayah Ain bankrup. Jadi bila ayah Uzair menyesal, dia jadi murung dan nyanyuk.

Tapi Ain ngan Uzair kawin ke? Agak2 korang camne. Happy ending so rasanya boleh teka la kot..

Suka sebab santai dan relaks aje. Banyak persoalan terjawab cuma ada bahagian yang tak huraikan lanjut. Contohnya Cik Nab senior storekeeper, geram je nak belasah sekali kat dia.. Overall saya suka..

No comments:

Post a Comment