Sunday, August 17, 2014

BROWNIES

Assalamualaikum..

Sebut pasal brownies, yes anak2 Ummi suka makan brownies kat Secret Recipe. Of course sedap kata mereka.. Yang menambah sedap sebab ada aiskrim aje.

Raya lepas dah buat brownies kat umah Kak Su. Alhamdulillah menjadi cuma tak naik. Maybe kurang baking powder. Tapi panas2 pun habis. Hahhahaa..Kali ni anak2 asyik request aje. Asalnya nak buat cupcake tapi macam tak cukup bahan. So kita ambil resepi yang mudah iaitu brownies. Thanks to blogger popular ellyinwonderland sebab bagi resepi yang sangat sempoi ni.

Bahan-bahan
- 3/4 cawan butter (Ummi buat anggaran aje sebab nak kena cairkan, takkan nak sukat juga.. Dalam 200 gm)
- 3/4 tepung berserbuk penaik( guna tepung gandum biasa pun takpe, tambah aje baking powder)
- 1 cawan gula (Ummi suggest gula castor.. kali ni buat gula biasa, sampai ke sudah tak cair gulanya)
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 cawan coklat cip
- 2 biji telur (resepi asal3 biji telur, Ummi suka menderhaka pada resepi.. takut bau telur, nanti tak tertelan)

Itu sahaja bahan-bahannya. Mudah bukan. Coklat cip je susah skit nak cari...

Cara-caranya
- Panaskan dulu oven pada suhu 170 dalam masa 10-15 min
1.  Panaskan air dalam periuk atau bekas. Nak buat double boiler. Letakkan satu bekas dalam air yang mendidih tu dan masukkan butter. Kacau sehingga butter cair.
2. Masukkan coklat cip dan kacau hingga cair.
3. Masukkan pula gula dan kacau lagi hingga hancur.
4. Angkat bekas dan pecahkan telur sebiji demi sebiji.
5. Masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau rata.
6. Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang disapu dengan butter atau isikan baking paper supaya adunan tak melekat di dulang.
7. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170 dalam masa 25-30 minit.

Ni rupanya brownies Ummi. Hodohnya.. Hahahha.. memang ada kerak kat atas tu. Sesuai dimakan dengan aiskrim, sebab takde aiskrim rasa dia kering...
Budak yang kata brownies hangit. Padahal perut dah kenyang.. Tersenyum gembira sebab makan dengan aiskrim..

Saya suka.. Tapi suka aiskrim aje. Dia memang makan aiskrim sahaja. Brownies tinggal...

Ni Ummi punya.. Alhamdulillah, lain kali kita buat cupcake plak ye anak2...




No comments:

Post a Comment