Friday, August 29, 2014

EPISOD BARU BILA BERCUTI PANJANG

Assalamualaikum..

Ni post yang merangkumi banyak benda. Ummi dah start cuti panjang. Habiskan cuti rehat 2 minggu then cuti belajar. Yahuuuu.. Nampak cam best ye, tapi tengoklah nasib hazabnya camne. Mau makin kurang rambutku. Huhuuhu..

Last day minggu lepas ari Jumaat, kitaorg gi makan2. Yelah last day kat off. Takde la plak nak snap gambar. Ummi ala2 malu gitu. Kitaorang makan kat Dimsum.. Best sbb kalau pegi dengan Mr Kingshah jadi tak best. Dia tak suka kat situ. Ummi suka aje Chinese food ni..

Thank you to Kak Rita, Kean and Lynette for the present and lunch treats. Ada masa kita jumpa lagi ye.. Bye2 HRPB..

Memandangkan banyak masa dan Adriana pun Ummi dah tak hantar kat pengasuh, maka mulalah episod berjalan2 kitaorg. Hahhaha.. hari2 berjalan.. Sampai Alissa bengang aje sebab dia sorang je kena pegi school. Yang lain semua duduk kat umah..

So Ummi teringin nak pergi kedai Romantika kat Mydin ni. Hari tu lalu aje, sekarang rasa nak jenguk apa yang ada kat dalam tu. Kelakarkan.. Dah habis raya baru sibuk nak beli barang2.
Rupa2nya kedai tengah Closing Down punya diskaun. Maka ramai la orang yang masuk. 50% termasuk bunga yang dah digubah. Tak ke giler bila bunga yang sepasu besar tu baru 50 hinggit je lepas sale. Maka mulala episod beli bunga.. Haha selama ni tak rasa pun nak beli bunga. Sekarang baru rasa nak beli. Tak kisah la raya dah lepas pun. So ari pertama beli bunga kekwa 5 kuntum. Murah je and bunga takde diskaun except bunga yang digubah. Pastu beli jam dinding dan lilin yang ada bau tu.

Next day terbayang2 plak bunga yang dah siap digubah. Rasa cam nak beli aje. So datang sekali lagi. Sempat plak nyembang ngan jiran yang tengah cuti dan bagitau pasal sale ni. Dia pun apa lagi terus pergi. So jumpalah kat kedai tu. Dia siap sambar sepasu besar bunga.. Ummi plak beli sepasu bunga besar dan kecil, teko dan cawan, tempat tisu dan tempat cake atau kuih yang bertingkat tu. Semua ada 50% less. Untungnya.. Sekarang citarasa bunga Ummi lain skit. Dulu Ummi selalu beli kat kakak bunga ros atau seangkatan dengannya. Sekarang suka yang bentuk bulat2 dan lebih moden gitu.. Puas hati..

Ni kedainya kat Mydin Meru Raya. Sales sampai 6 September tapi banyak bunga yang digubah dah habis

Ni pasu yang Ummi beli. Cantik tak?

Ni bila letak dalam rumah. Ingat nak beli coffee table kat situ. Nanti la dulu
Pinggan tingkat untuk kek or kuih dan bekas tisu
Ni bunga dalam bilik.. Pasu sendirian berhad ye
Dan jam....

Pewangi bentuk epal. beli satu bekas percuma satu bekas..
 Itu pun Mr Kingshah ada hati nak beli barang lagi. Ummi memang nak beli lagi tapi bunga jelah or maybe sedikit hiasan kat dapur macam cili gantung ke, buah gantung ke.. Gambar teko dan cawan takde sebab malas nak buka dah.. Gambar bunga kecil pun tak ambil..

Ok mari cerita tentang sambung belajar. Hari ni pendaftaran pelajar baru untuk Master dan PHD. Ummi pukul 5 dah naik train untuk ke UKM. Sampai lebih kurang 8.45 pagi. Sempat la berkenalan dengan beberapa orang yang lain e.g. Alam, Iti kalau tak silap, she is Indonesian.. Settle semua dalam kul 9.15 Pagi. Alamak, tiket balik kul 6. Takkan nak tunggu lama giler. Mau berasap bontot nak tunggu atas kerusi aje. Nak berjalan mood takde. Nanti nak pergi jalan lagi, so duit kena simpan skit.. So Ummi decide nak pergi SOGO. Situ jelah tempat Ummi selalu pergi pun. TQ to Alam tolong hantar ke komuter..

Kat Sogo pun tak sempat jenguk apa pun. Ingat nak balik awal so beli buku dan makan kat Old Town White Coffee then shoot to KL Sentral. Tapi camne plak sebab tiket kul 6. Nanti Ummi citer dalam tajuk bagaimana nak tukar tiket ETS.. Berjaya jugak tukar dan balik kul 1. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ummi. Amin..

Huhhh bergelar pelajar dalam umur sekarang ni sangat mencabar. Tapi bolehlah naik train harga murah lepas ni. Jom kita buat kad matrik dulu. Yeahhhhh


No comments:

Post a Comment