Sunday, September 9, 2012

BIAR CINTA BERTABURAN

citer ni pun Ummi suka.Kan suka hero yang sangat caring so buku ni antara heronya yang sangat Ummi suka. Ada orang kutuk buku ni kata takde keinsafan setelah buat dosa besar. Tapi yelah, terpulang atas diri sendiri nak suka atau tak buku ni. Pada Ummi selagi kita tak ulang apa yang pernah kita buat dah ler. Suka hatilah nak suka atau tak.. Pilihan masing2..

Ok, mari kita tengok buku ni. Penulis baru Yusnida Tajuddin. Cara dia menulis not bad. Tapi sebab gambaran hero yang sangat Ummi suka so buku ni antara koleksi kesayangan ler kan.. Kalau nak tau buku2 yang Ummi suka sebab hero2nya ialah Biar YM Berbicara (suka giler buku ni dan kalaulah Encik Firdaus tu memang wujud, fuhhhh), Bila hati kata sayang, Biar cinta bertaburan, Sweet Sour, Lazuardi, Cik Bunga dan Encik Sombong dan beberapa lagi. Kalau korang telitikan heronya, semua jenis caring giler... Adoi, cair...

OK, mari kita review novel ni







Biar Cinta Bertaburan
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan

Camne citer dia ye..Citer biasa bos ngan secretary.. Jatuh cinta dan kawin. Tapi tu lahh sebab suka hero yang caring jadi layan...yg paling penting happy ending...

No comments:

Post a Comment