Thursday, November 22, 2012

BAHANA HARTA PUSAKA

Malam ni Semanis Kurma bincangkan topik Bahana Harta Pusaka.. Waaaa banyak rupanya yang Ummi tak tau.. Dan yang paling ku takuti ialah bila anakku dua2 perempuan. Kalau Papa tak siap hibahkan hartanya pada anak2 dan isteri, jawabnya dapat secoet jelah harta. Yang lain terus ke adik beradik lelaki si ayah..
Masyaallah, ceteknya ilmu yang ku ada.. Apa yang dibincangkan ialah jangan sekali-kali makan harta pusaka tu sorang diri jika ada orang lain lagi yang berhak. Jika kita makan harta bathil maka kena bertaubat..

Sengsara atau tidak arwah ibu atau ayah kita jika harta tidak dibahagikan sepatutnya.. Ustaz ni jawab tengok ajelah pada anak2 samada hubungan mereka terus baik atau sebaliknya. Jika hubungan baik, maka insyallah ibu dan ayah kita di dalam sana aman dan tenteram. Jika hubungan renggang dan tidak baik maka sebaliknya juga berlaku pada ayah dan ibu kita di sana. Nauzubillah..

Ya Allah, jauhkan lah kami dari makan harta yang tak sepatutnya.. Takutnya balasan Allah sebab sekarang kita dibayar cash di dunia ni. Tak payah nak tunggu di akhirat nanti.. Dan Ummi kira semua orang pernah mengalami perkara ni, berurusan dengan harta pusaka. Bahagilah seadilnya. Sesungguhnya hidup lebih bahagia dan diberkati dengan harta yang halal.

p/s: pening tengok orang berurusan dengan harta pusaka. Macam2 ragam boleh tengok. Orang yang baik boleh jadi tamak bila tengok duit.. Orang yang asalnya tak nak, ubah fikiran nak pula harta tu. Ada yang cuba2 nak sorok harta tu dari adik beradik yang lain. Ntah laaaa

1 comment:

  1. Salam puan..satu luahan yg menarik..tak sangka bila bab harta timbul..mcm2 berlaku. Dan pengalaman saya..ada yg terus sorok,tak mau sebut langsung pasal pusaka arwah..langsung tak berbunyi,walau sudah ditanya...tergamak..dan tak sangka. Kerana kalau bab dengar,beli tape ceramah agama sampai berates ratus,berkotak2.. Tapi tidak dipraktekkan dlm kehidupan...sedih..untuk mengelak permusuhan,kami terus diam..mcm mcm manusia ni..

    ReplyDelete