Monday, May 2, 2011

MAKARONI GORENG

Bila dah selalu sangat memasak ni, lama2 jadi boring lak nak makan. Tambah lagi kalau ahli rumah yang dah biasa makan kedai. Asyik nak membeli jelah jawabnya. Tapi Ummi tak bleh tahan asyik makan lauk kedai. Makan maggi lagi baik.
Itulah yang membezakan orang kaya ngan orang susah. Kalau kaya asyik nak makan kat luar. Bila kita masak, tak nak makan la pulak. Nak kata tak sedap, Ummi rasa biasa aje. Tapi tekak dah jadi tekak kedai. Mestilah nak yang kedai jugakkan?
Kalau orang susah, nasi ngan goreng ikan pun rasa sedap. Masaklah apa pun tetap sedap. Tu la hikmahnya bila kita susah. Sentiasa bersyukur ngan makanan yg ada. So bila masak, kalau tak habis nak dibuangkan fikir sepuluh kali. Membazirkan...
Susah bila dah biasa hidup terlalu senang. Jangan la anak2ku esok jenis yang nak makan kat kedai aje. Tu sebab Ummi kena rajinkan diri memasak. Biasakan budak2 ni ngan air tangan sendiri. Paling seronok bila anak kata, sedap Ummi masak. Pandai Ummi masak. Wah.....bangga kejap. Padahal masak biasa2 aje. Tapi anak puji lagilah bersemangat nak memasak.
Cuti tiga ari ni, Ummi memasak la. Ada jugak ari yang malas. Makan kat luar. Yang pasti breakfast kena masak. Ni makaroni goreng belasah namanya. Hahahha.. pakai hentam letak apa aje yang ada. Janji sedap dimakan. Memasak pun kena kreatifkan........

Bahan-bahan
- Makaroni (rebus sehingga lembut)
- 250g daging ayam kisar
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- setengah biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji lada merah (dihiris)
- sedikit minyak untuk menumis
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar cili kisar
- sedikit garam
- 2 biji telur
*Kalau ada daun bawang, masukkan sekali ye. Ummi takde dalam simpanan.

Cara-cara
1. Rebuskan makaroni sehingga lembut. Jangan lupa masukkan sedikit minyak semasa merebus untuk elakkan makaroni dari melekat.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging ayam kasar dan kacau rata. Masukkan lobak merah dan cili merah. Kacau lagi sehingga daging dan lobak empuk.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Gambarnya, nanti2 la ye. Bab nak upload ni leceh skit..

No comments:

Post a Comment