Friday, September 20, 2013

SEMANIS KURMA- MENAKLUK PASANGAN

Semalam tgk semanis kurma. tetamu jemputan mcm bapak dari indon,  nama taktau tp dipanggil dato pak engku. best jugak dengar bapak ni bercakap.. penuh dengan motivasi,  semangat giler.. bapak ni cakap,  tak perlu nak guna susuk atau apa untuk tarik perhatian suami. cukup dengan bersih dan wangi..  dan jangan lupa solat dan berdoa la sebab alah maha mendengar doa hambanya.. antara kandungan  doa minta suami diberi petunjuk,  dijauhkan dari segala kejahatan,  minta yang baik2 untuk suami.. 

pastu ustazah cakap 'kepercayaan adalah asas kebahagiaan suami isteri. hilang kepercayaan hilanglah segalanya. juga petua yang diberi 3P 2F 2D...
1.pandang- saling pandang memandang antara satu sama lain
2. pegang- sambil pandang suami atau isteri,  pegang la anggota badan satu sama lain
3. puji-lahirkan kata2 pujian
4.faham- perlu ada kesefahaman antara satu sama lain
5. first- jadilah suami atau isteri yang pertama dan juga terakhir
6. dengar- dengarlah luahan atau kata2 suami atau isteri
7. doa- yang paling utama berdoa la. insha allah akan diperkenankan allah.


Thursday, September 19, 2013

ORGANIZE STATIONERY

Ummi ter'google' cara nak kemas rumah.Last week cuti panjang so ambil kesempatan mengemas rumah. Maklumlah bukan rajin nak mengemas rumah. Tiba2 ternampak blog2 orang yang macam OCD ni skit. Cantiknya cara kemas rumah. Tetiba rasa nak berubah plak. Kemas dan mudah nak ambil barang. So Ummi mulakan dengan buat kotak untuk isi stationery anak2 yang berlambak tu. Honestly memang banyak pensel dan pembaris yang kitaorg ada. Buat sikit2 ok.. So ni la hasilnya. Ni bersifat sementara aje ok sebab plan nak beli kotak/container atau bekas yang gantung untuk isi pensel dan lain2..

Ni kotak yang telah dibalut... Kenalah cantik skit supaya sedap mata memandang
Lagi.......
Pensel dalam container. Penuh ni...
Sekarang...Senang nak ambil
Pen dan pensel
Pembaris pun banyak...
Jom kita terjah blog2 yang memang organize giler barang rumah diaorang. Harap2 rumah Ummi macam tu ler satu ari nanti..

http://iheartorganizing.blogspot.com/

http://organizingmadefun.blogspot.com/

http://www.abowlfulloflemons.net/

Ok.. nanti kita citer lagi bab kemas mengemas ni ye...








HOT DOG ORANG MALAS...

Ni menu makan malam ari Selasa. Sorry ye Ummi malas masak.. Makan jelah hot dog. Siang tadi dah masak banyakkan. Jom kita tengok resepi hot dog malas ni...

Bahan-bahan
1. Roti panjang - untuk hot dog
2. Sosej - Ummi pakai sosej yang ada cheese
3. Timun - dihiris
4. Tomato - dihiris
5. Planta - sapu pada roti
6. Sos cili
7. Mayonis
8. Cheddar cheese

Cara-cara
1. Bakar roti yang disapu planta atas non stick pan.
2. Bakar sosej juga atas non stick pan. Letak skit planta.
3. Taburkan cheese atas sosej. Cheese akan melekat atas sosej.
4. Sapukan mayonis pada roti.
5. Letak timun, tomato dan sosej dalam roti.
6. Isi sos cili. Sedia untuk dimakan....

SENANG BUKAN...
Preparation

Nilah hot dog orang malas... Habis juga...






Wednesday, September 18, 2013

SEHARIAN DI AEON..

Ari Sabtu ari untuk bersuka ria dengan anak2. Adriana macam biasa akan request 'Ummi nak pegi Mydin'. Ermm kalau boleh hari2 nak pegi Mydin. So kali ni mentioned nak pegi AEON. Huhhu terus ingat perkataan tu. Sekarang dah pandai request nak pegi AEON plak.. So Sabtu, AEON kami datang.. Lambat skit keluar tapi parking still ok.. Orang pun x ramai..


Ni tengah buat perangai kat food court. Selalu makan kat Nando's so Ummi kata try food court la plak... Mr Kingshah kata next time tak nak makan kat food court dah.. Tak sedap. Bajet orang kaya la plak.. Apa kalau makan kat Nando's tu sedap sangat ke.. Muak la bila asyik2 Nando's. Dah la Ipoh ni tak banyak pilihan.
Untuk mengelakkan Adriana buat perangai maka sediakan buku dan ambil pensel kakak. Kakak memang sentiasa stand by pensel dan pen dalam beg dia.. Buku Jawi tu jangan tak tau plak.. Pastu asyik la cakap 'Nana tak reti buat' Dah tak reti lagi nak tulis. Bila dipegang marah plak.. Sabo jelah

Posing dulu.. Belakang ada air pancut..

Play time lepas shopping kat Daiso. Ermmm Ummi ada hobi baru. Kena plan betul ni sbb banyak benda nak kena beli. Hobinya ialah mengemas dan menyimpan barang dengan teratur... Ada la hati nak kemaskan rumah setelah terbaca satu blog ni.. Nanti kita share ye..

Kakak muka boring. Dia nak naik kuda macam princess tapi Mr Kingshah tak bagi. Cam biasa la. Kesian kakak. Dok kejap je..

Kan dah hilang. Bengan je dia. Mata pun dah merah.. Sekarang bila merajuk mulalah nak nangis.

Ni yang Mr Kingshah tunggu.. Apa da.. Tua2 pun nak main cam budak2

Ready....

Tengok sape yang main.. Alissa surrender sbb takut kena marah sebenarnya. Ummi pun tak faham kenapa selalu nak marah anak. Marah sebab mengajar takpe ni skit2 tak boleh.. Hishhh



Memandangkan coin banyak lagi so main jelah apa yang ada.. Janji seronok..

Pusing..

Lagi

lagi 

Dah........

Jom kejar penjahat plak...

Main la sama2..

Naik bot...

Yehaaaa.. Ni masa yang ditunggu2. Previous post pun ada banyak gambar ni. Wajib pegi sbb nak main kat sini. So kitaorang melepak sampai lebih 1 jam. Sampai berpeluh2 budak berdua ni...

Teduh sebab ada roof camtu..

Jommmmmmm

Exercise dulu sebelum naik..



Sempat  lagi main air..

Tu dia air dah sampai.. Mr Kingshah wajib beli air dari Coffee Bean. Satu untuk dia satu untuk Ummi dan anak2...

Share tiga orang.. Yang banyak minum dah tentulah Adriana. Tapi pesan kat dia jangan minum banyak. Kang baru baik semput..

Sambung lagi..

Haus laaaa...Minum jap

Ok jap lagi Nana join

Bertambah ramai ahli.....

Jom berenang ...

Saturday, September 14, 2013

KATA-KATA HIKMAH (WANITA) 13


Take time to THINK : it is the source of power.


Take time to READ : it is the foundation of wisdom.

Take time to PLAY : it is the secret of staying young.

Take time to BE QUIET : it is the opportunity to seek GOD.

Take time to BE AWARE : it is the opportunity to help others.

Take time to LOVE & BE LOVED : it is God's greatest gift.

Take time to LAUGH : it is the music of the soul.

Take time to BE FRIENDLY : it is the road to happiness.

Take time to DREAM : it is what the future is made of.

Take time to PRAY : it is the greatest power on earth.



Friday, September 13, 2013

PETUA 8P USTAZAH SITI NOR BAHYAH

Mari kita tengok petua Ustazah bagi untuk renungan suami isteri.

1. Puji -  iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan   seperti masakan atau ucapan teria kasih apabila diberi pertolongan.

2. Peluk- pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. Penghargaan-  amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. Perhatian -  yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,

5.  Persefahaman - persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

6. Pergaulan -  pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Percutian - kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. Permohonan -   doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
  
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri
- membaca surah Al-Imran ayat ke-31
- membacakan ayat ke-200 surah sama
bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” 

ADRIANA DAN ASMA

Adriana semput lagi.. Huhuhu.. Dah dua bulan tak semput tiba2 jadi la pulak.. Dengan Adriana Ummi mmg kena jaga betul2. Masa kecil dia ada bronchopneumonia.. Ermm masa tu Ummi macam blur aje. Sampai dia nak berdiri pun dah tak larat. Walaupun dalam medical line tapi kadang2 kita tak tahu pun. So bila bawa jumpa doktor dah sah2 kena nebulizer. Kesian. Since then almost few months once dia akan kena nebulizer. But this year worst.. Agaknya dah besar dan asyik makan benda sejuk. Ari tu dia bantai makan ice cube tu. Malam tu terus semput. Yang kali ni yang Ummi perasan bila dia makan ice cream McD. bila tengok pattern Adriana memang tak boleh makan ice cream Merry Brown ngan McD. Yang beli dalam container tu ok plak.. Confused..

Selasa malam Rabu bawa pegi klinik, sah kena nebulizer. Malam tu tidur tak lena. Selang 15 minit dia batuk. Ummi sampai tak tidur ler. Dah la sok ada meeting.. Memang jadi zombie la.. Pastu pagi esok cam tak baik gak tapi Ummi tak leh cuti. New case penuh mana bleh nak cancel. So ask mr Kingshah bawa jumpa doktor semula. Nebulizer lagi dan suruh datang petang. Ummi plak apa lagi, meeting separuh jalan pastu balik awal hantar gi klinik. Doktor kata ada another 10% aje lagi. bagi neb jugak low dosage. Oklah.. at least boleh la Ummi pun tidur walau tak lena.

Saya pegang sendiri ye sebab saya dah pandai dan tahu nak guna benda ni- Adriana

Semput 2 hari aje tapi muka terus jadi cengkung.. Berat pun nampak turun. Adriana ngan Alissa sama aje. Sekali sakit terus nampak kurus.. Sian anak Ummi

DORAEMON


 Ingat tak bila Ummi kata Adriana obsess dengan doraemon lately. Until today dia masih suka dengan doraemon. Dah kurang tengok Upin & Ipin, Boboiboy dan lain2. Kalau ada yang berkaitan dengan doraemon, dia mesti suka punya. Hari2 mesti buka youtube tengok doraemon. Nilah hobi baru..

Balik raya ari tu dia nampak mug doraemon kakak Ika punya. Asalnya pinjam aje pastu terus jadi hak milik. Bila nak balik siap letak kotak mug tu dekat beg. So redha jelah ye kak Ika. Lain kali Mak Tam pulang balik ye or beli yang lain.



Ni lah mug tu. Siap kenyit mata lagi...
Pastu pegi AEON Station 18 masuk Popular. Tempat wajib kitaorg la tu. Ummi suka novel anak2 akan tengok buku citer or magazine. Bleh plak ambil magazine Hello Kitty. Kakak punya versi Melayu adik punya versi English. Padahal sama aje tapi sebab nak small note book tu yang ambil 2. Kalau tak gaduh ler jawabnya. So pusing2 dalam Popular ternampak crayon ni. Macam best aje so ambil la. Harga untuk member pun murah aje. Kalau tak silap normal price RM 35 tapi less dapat RM19. Untungkan.. Banyak plak bilangannya dan cantik aje bila color.

Ni crayon dia. Penuh dalam tu. Semua color ada. Pilih aje nak yang mana satu.
Dan semestinya buku Doraemon.. Nampak aje mata diaorg ni buku Doraemon.. Yang sebenarnya Ummi yang beli sebab tau keobsessan anak2.

Hhahaha.. Adriana versi tudung ngan seluar pendek. Dia memang suka pakai tudung. Pantang nampak. Sekarang lagi hebat. Hari2 nak baju raya (baju kurung). Tengok, pandai tak saya color...

Kakak pun tak nak ketinggalan..

Beria2 pilih warna..
Saya suka.. Kami suka...

Tada.. ni hasilnya

Kakak punya..
Dan lagi....

Dan yang ni pegi jalan2 kat Happy Homes nampak plak yang ni. Ummi tak nampak pun tapi Adriana laju aje ajak tengok. Pastu boleh plak kata "Ummi, ada Doraemon. Adik nak..." Beli la jugak..
 Dan favorite song anak2 plus Ummi jugak. Seronok juga bila dengar lagu ni. Dan siap boleh lukis Doraemon lagi. Auntie Lim dah cuba. Korang nak cuba, silakan. Dengar betul2 ye..


Ni liriknya...Tak pasti betul ke tak sebab bila Ummi dengar cam lain je.. Korang dengar ler dan cuba faham dulu sebelum tengok lirik..

Bulatan titik. Bulatan titik.
Belon kecil bertali
Dan bulatan besar, bulatan besar
Enam kiri kanan sifar di tengah
Tarik kiri, tarik kanan
Lurus ke bawah
Dua piring dilukis biar seragam
Piring besar di tengah ada roti pita
Pita yang lebih besar ada di atas
Tambah garis, jadilah DORAEMON!!