Resepi
Bahan A (kentang putar)
1. 6-7 biji kentang saiz sederhana
2. 2 sudu besar mentega
3. susu segar (ikut kesesuaian sehingga kentang nampak lembut)
4. sedikit garam
5. sedikit lada hitam
cara-cara
1. Buang kulit kentang dan rebuskan sehingga empuk.
2. Toskan dan lenyek sehingga betul2 halus.
3. Masukkan lada hitam, garam dan butter.
4. Tambah susu segar sehingga kentang nampak lembut.
5. Siap.
kentang yang dilenyek |
Inilah hasilnya setelah ditambah sus. Lembut kan... |
Bahan B
1. 1 bungkus Daging ayam kisar (minced chicken)
2. Sebatang carrot (dipotong dadu)
3. 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4. 1 biji cili besar (dihiris)
5. sos prego tradisional
5. sedikit Cheddar cheese
6. sedikit minyak untuk menumis
7. 3 cawan air
cara-caranya
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam kisar. Kacau hingga airnya kering.
3. Masukkan carrot dan cili. Kacau lagi sehingga air ayam betul2 kering.
4. Tambahkan sos prego dan air dan kacau hingga mendidih.
5. Masukkan cheese (boleh nampak kuahnya macam melekat2 skit)
6. Siap
Semua bahan dah ada dalam tu... |
Setekah ditambah ngan cheese |
Letak sos di bahagian bawah |
Letak kentang di bahagian atas |
Ratakan kentang |
Letak cheddar cheese di atas |
Masukkan dalam Oven dengan suhu 175 selama 20 minit |
Lagi dalam oven |
Tada.. dah siap |
Sedap tak nampaknya.. Jom cuba, tak susah... |
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment