Monday, September 9, 2013

GUNTING RAMBUT LAGI...

Oooo dah masuk ari Isnin rupanya. Tak sedar dah tengah malam. Tapi mata budak berdua ni terang benderang lagi. Dok asyik melayan Doraemon. Dah jadi kegilaan pulak. Ingatkan masih lagi suka Upin & Ipin, Boboiboy dan Pada Zaman Dahulu... Rupanya dan beralih arah. Nanti Ummi citerkan kegilaan Adriana pada Doraemon..

Semalam ingat nak gunting rambut. Alissa sekolah plak so tak sempat lah. Sekolah ganti petang lak tu. So ari ni kena pegi jugak sebab rambut dah masuk mata. Bukan panjang sangat pun tapi Ummi rimas sebab cucuk2 mata bebudak tu. Suruh ikat kejap aje pastu dan terburai ikatan. Suruh pakai cekak pun sama, kejap aje pastu hilang ntah ke mana. So terbaik ialah gunting...

Kedai yang sama dan tukang gunting yang sama. Ummi tak banyak songeh, kasi pendek depan dan belakang. Amoi tu dah paham la nak gunting camne. Yang best kedai ni memang ada kerusi tuk bebudak dok. Senang keje. Ehhh.. ada kedain kecil dalam dia tuk buat facial treatment. RM 38... pikir dulu la..
Jom layan gambar dulu...

sebelum... tengok la budak2 ni. siap tanda peace lagi.. Panjangkan rambut sampai nak cucuk mata

ehhhh.. Ummi yang sangat montel.. Memang nak kena diet ni.. Huwaaa
On the way nak pegi gunting rambut..

Sebelum
Selepas

Sebelum
Selepas
Comey tak saya?

Rambut sedang dikerjakan oleh tukang gunting...

Adik siap dulu..





No comments:

Post a Comment