Monday, September 2, 2013

MY PRECIOUS IRIS



Semenanjung : RM35

Sabah/Sarawak : RM38





Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS
Hasil tangan Melur Jelita tak pernah menghampakan. Mula2 Awak Suka Saya Tak memang sangat Ummi  suka. Hilman yang handsome and perghhh sukar nak digambarkan. Hebat imaginasi kak Melur ni. Saya sukaaa....Sampai bila baca terbayang2 kehandsomeman Hilman tu.. 
Novel kedua I Love U Stupid pun hebat jugak. Cuma this time tak bleh nak dibayangkan heronya. Pasti handsome tapi sukar nak bayangkan. Iris yang diva..Buku kak Melur semua tebal2 sampai bila baca sambil baring boleh benjol kepala kalau kena hempap ngan buku tu.Tahniah kak Melur..
So third novel My Precious Iris adalah sambungan ILUS. Korang kena baca ILUS dulu baru bleh hayati citer seterusnya. Berbaloi Iris di Kemboja bila dapat menawan Firman. Tulah jangan asyik gaduh2 tapi dalam hati ada taman. Trade mark kak Melur agaknya bila selalu ada rama2 mengepak dalam perut.. Serius best ayat tu.. Cam boleh rasa rama2 dalam perut.
Orang yang macam Ummi akan pilih novel yang happy ending. Maaf ye Ummi bleh predict happy ending so boleh sambung baca. Kalau sad ending, mintak maaf ler.. This time lebih romantik, yelah dah kawin. Seronok plak bila baca citer orang dah kawin. Takpe Ummi pun dah kawin. Suka duka hidup berdua. Hebat bila Iris merendah diri dan sanggup bersusah payah demi suami yang bukannya kaya. Firman plak tak ambil kesempatan terhadap Iris yang dari keluarga senang. Mestilah kan, tanggungjawab suami sediakan keperluan isteri. 
Korang bacalah sampai habis citer ni. Banyak yang diciterkan dalam ni sampai Ummi bila baca macam2 perasaan ada. Tiba2 ada plot yang tak disangka2.. Respek kak Melur.. Romantik2 jugak, tapi secara tak langsung banyak perkara berkaitan hidup serta perkara mengingati Allah dapat Ummi belaja dalam novel ni.. Sila baca ye buku ni.. Jangan penat nak habiskan sebab Ummi hanya ambil masa kurang dari 2 hari nak habiskan.. Sampai terabai anak2 ku...

No comments:

Post a Comment