Monday, September 2, 2013

MAMA MIA SHAZA


Tajuk   : Mama Mia Syaza
Penulis  : Emy Roberto
Harga    :

RM22.00 (Semenanjung),
RM25.00 (Sabah/Sarawak),



Sinopsis: Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka. Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”-  Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan


Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri. Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.
 “Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?
 
Congratulation pada penulis yang bukannya Melayu dan Muslim. Tapi berjaya buat cerita Melayu yang best untuk dibaca. Asalnya Ummi baca di blog then dapat koleksi bukunya. Tertarik ngan ayat orang bukan Melayu. Rasanya kalau Ummi menulis pun tak sama ayat macam ni. Sorry citer2 pernah nak tulis novel tapi simpan jelah angan2 tu. Tapi who knows kan.. Perasaan la plak....
 
Mula2 baca dah sangsi happy or sad ending. Seem like sad ending tapi.. hati yang jauh ke dalam kata happy ending. Kisah Maya yang sanggup dibuang keluarga sebab kawin ngan Syazwan kat luar negara masa belaja. Kawin secara sah OK.. Bila Maya mengandung Syazwan tak suka and balik Malaysia. So tinggalla Maya terkontang kanting di sana. Dan bila Maya balik ngan anak diaorg, Syazwan tiba2 terbuka hati nak bersama family kecil dia. Tapi Maya jumpa abang Syazwan, Syazwi.
 
Maya minta cerai tapi hak di tangan Syazwankan.. Tapi akhirnya bercerai jugak sbb itu permintaan Maya. Syazwan berubah kepada yang lebih baik. Mari ikuti citer yang sangat comel ini.. Dan of course happy ending.. Erkk Ummi dah lemau nak tulis lagi...
 

No comments:

Post a Comment