Friday, June 27, 2014

PUASA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, lagi sehari kita akan berpuasa. Tahun ni 1 Ramadan1435H jatuh pada ari Ahad bersamaan dengan 29 Jun 2014 iaitu ari Ahad. Ermmm bolehlah memasak sendiri untuk buka puasa. Takut nanti bila ari keje dah tak sempat nak masak. Sampai rumah pun dah pukul 6 lebih. Alissa balik awal dalam kul 5.35 petang.

Sekarang Ummi prefer masak dari beli. Tapi ada hari malas, beli jugak. Cuma bila dah selalu beli rasa muak pulak. Bulan puasa pun bukan makan banyak. Satu lauk dengan nasi dah cukup. Tapi tulah, nafsukan. Bila pergi pasar Ramadhan mulalah nak beli macam-macam. Nafsu belaka...

Ummi ingat lagi tahun Ummi tengah diet. Hari2 makan bihun sup ok. Tak pernah rasa muak. Sedap aje. Dan sepanjang bulan puasa tu tak makan nasi langsung. Ok, tu extreme diet ok. Sahur minum 3 in 1 nestum chocholate tu. Masa tu makan jamu. Tu aje. Tapi boleh tahan sampai petang. Ummi plak keje kat office asyik bercakap aje tapi boleh tahan lapar gitu.. Ok, yang tu berbaloi sebab within 2 months boleh kurang 8kg.. Sekarang, uwaaaa perut rasa pedih kalau lambat makan.. Camne nak diet ni..

Dan teringat juga masa sekolah dulu. Nak tunggu buka puasa melepek terus. Sampai isi air dalam plastik lepas tu tuam kat muka dan badan. Huhuhu memang tak tahan. Hari2 camtu. Tapi dah tua2 ni, ok aje. Makan memang dah kurang cuma berat tu macam liat lak nak turun. Tak tau lah exercise macam mana boleh bagi turun.

OK, Ummi cuma nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Ampun maaf ye kalau ada tersilap kata dan bicara, terkasar bahasa, tersalah fizikal dan sebagainya. Semoga kita dapat menamatkan Ramadhan ini dan dipanjangkan umur untuk menyambut Syawal... Dan semoga berjumpa Ramadhan pada tahun2 yang akan datang..


No comments:

Post a Comment