Friday, June 13, 2014

CUTI SEKOLAH - PULAU PINANG

 Assalamualaikum..

Kembali bersiaran setelah berminggu menyepi diri. Yang sebenarnya Ummi sangat malas nak update. Jom cerita tentang cuti sekolah. Setiap kali cuti sekolah memang satu family akan balik kampung. Tapi kali ni jom kita bercuti di Pulau Pinang pulak. Budak2 asyik merengek nak duduk hotel. Memandangkan Ummi pun kena pergi berkursus, maka jom kita cuti-cuti Pulau Pinang.

Kat Penang ni ada rumah Mak Tih (mak sedara Mr Kingshah). Dekat je ngan Hotel Equatorial. Rumah Mak Tih kat Batu Maung. Tapi disebabkan anak dan Mr Kingshah beria2 nak duduk hotel maka ikutkan ajelah. Nasib baik hotel ada discount rate sebab sekali kursus kat hotel ni. Tapi Ummi awal2 lagi dah bagi warning kat Mr Kingshah. Ingat tak entry tentang jom berenang. Siap beli baju renang untuk budak2 ni. So kalau nak duduk hotel pastikan bawa anak2 pergi berenang sbb Ummi sibuk berkursus. So telah janji dibuat maka jom kita pergi Penang.


Dah jadi hobi ambil gambar bilik air kat hotel
Ada bathtub dan ada shower. Pilih yang mana nak
bathtub
complimentry water
sink
entrance
tak sempat nak snap awal2. tengok2 dah macam kapal karam
Siap ada tempat utk buat kerja lagi. Abaikan barang yang bersepah tu..
TV
Suka tengok frame yang ada kat hotel2 ni. Comel aje
Pemandangan dari bilik. Nampak bridge tapi tak pasti yang 1st bridge or 2nd bridge
muka Alissa happy habis..
Swimming pool dari atas. Ada swimming pool untuk kanak2 juga
Lagi........
Pandangan dari laluan nak ke bilik. Siap ada pokok berjuntai lagi..
Pandangan dari atas ke lobi.. Ada kolam ikan kecil kat bawah tu ngan ikan koi sekali..
Ada court tennis lagi. Banyak giler rumah2 besar kat situ..
pemandangan waktu malam....
Ni aje yang sempat diambil dari balkoni....  


Memandangkan dah sampai ke Pulau Pinang, jom kita jalan-jalan sikit. Mr Kingshah tak suka jalan2. Ummi selalu paksa dia jalan2. Kesian kat anak2, dah banyak kali mai Penang tapi tak pernah nak pergi Bukit Bendera. So Ummi menyelam sambil minum air.. Hahahhaa, nak jugak pergi Bukit Bendera. Gaduh jugak ngan Mr Kingshah. Ari Jumaat petang hujan so cancel nak pergi. Sabtu Ummi ponteng lecture belah petang dan balik awal. So pergi jugak sebab cuaca sangatlah baik, terang benderang.

Bila dah sampai masalah plak nak cari parking. Mr Kingshah kata jom balik sbb takde parking. Semua orang diam. Berangin aje. Bila kat bahagian bawah sikit, nampak ada parking kosong. So kitaorg parking ler kat situ. Parking rate RM 3. Tapi kena jalan jauh sikit ke atas. Takpelah janji boleh naik ke atas.

Ramai giler orang okey. So beratur panjang ler nak beli tiket. Nak naik train pun dah kena beratur panjang. Tapi biasalah tambah plak cuti sekolah. Ok sila klik di sini untuk harga tiket ye.. Ummi ambil pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Adriana dah 4 tahun so bayar jelah. Kena RM 18. Murah aje..

Ni map Bukit Bendera ye...
Nampak tak ramai betul orang beratur nak naik train ke atas tu......
OK dah sampai...
Banyak renovation. So nampak pun sipi2 jelah
Lagi.........
Mr Kingshah, sila teliti map tu ok..
Di depan Astaka Bukit Bendera. Kat atas tu boleh naik lagi utk ambil gambar
Banyak 'mangga' kat situ..
Adriana as usual selalu missing dalam gambar.. Bukannya nak tengok kamera pun..
Me and children...
Nak bergambar kat sini pun cantik jugak...
Train yang pertama...
amboi korang berdua ye..



Ada muzium burung hantu juga. Tapi tak masuk. Lupa plak nak tengok harga tiket..
Kitaorang pergi makan masa ni. Situ ada food court. Harga biasalah.. Sedap jugak.. Ummi order kuew teow basah pun sedap. Tapi Mr Kingshah muka cam cuka. Tension Ummi. Tu yang malas nak ajak jalan. Mesti gaduh. Lain kali sila bagitau ye apa planning. Ni tiba2 je muka cam cuka getah.

Lepas makan kitaorg naik buggy car dengan harga RM 30 untuk pusingan pergi balik dalam setengah jam. Best jugak dari nak jalan kaki. Mau pengsan.

Cantik pemandangan dari atas
antara peti surat tertua......Nampak huruf QV tu. Driver yang bawa buggy car kata tu maknanya Queen Victoria..
Ada tupai jinak kat dedahan tu tapi maaf ye tak nampak plak.. Kamera murahan memang cenggini...
Bagus dia ni. Bercerita sampai tak cukup nafas. Semua dlm kepala dia..
Periuk kera... Tak masuk dalam tempat yang ada display banyak contoh periuk kera. Ada bayaran....
Saya suka...
berakhir sudah..
Posing lagi...
Adriana ngan muka blurrrrr




Adriana asyik nak lari.....
Jom balik. Beratur lagi...
Muka bengang campur letih....
Apa daaaa kakak.. Bibir cam kena sengat lebah.
Oklah ada jugak gambar ni..
Cantiknnya awan siang ari Sabtu tu... Ni guna kamera handphone yang bengong aje... Pun cantik
Habis sudah cerita di Bukit Bendera. Minggu seterusnya kita balik Pahang. Tapi nan ado gambo. Biasalah balik kampung, semua letak tepi. Sembang dari pagi sampai malam...

No comments:

Post a Comment