Tuesday, January 8, 2013

CHOCOLATE LAVA

2 minggu lepas teringin sangat nak makan coklat lava. Tapi biasalah, nak makan kena pegi kenny roger's or secret recepi. So let try coklat lava sendiri. Yang sadisnya, coklat lava Ummi tak berapa menjadi. Maybe a lot of chocolate so jadi coklat cair di bawah dan kek di atas. Patutnya coklat di dalam kek. Huwaaaaa... Kena belaja lagi buat kek ni..

Sumber resepi: sini TQ Tuan punya blog

Telur ( 2biji tambah 1 kuning telur)


3 gula besar gula kastor


double boil coklat dan butter

tada.. coklat dah cair

campur ngan telur dan gula tadi

kacau......

dalam oven..



Bahan-bahan:
1. bekas (sukati la nak guna yang mana - Ummi pakai yang aluminium tu, bleh dapat 4 aje)
2. 5 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted)
3.1 sudu besar serbuk koko
4. 3 sudu besar tepung gandum
5. 3 sudu besar gula kastor
6. 2 biji telur ayam tambah 1 kuning telur ( gred A)
7. 3.5 oz atau secawan kecil coklat gelap (Ummi pakai compound chocolate - collata)
8. 1 sudu teh esen vanilla
9. secubit garam

Cara membuatnya:
1. Masukkan gula kedalam kuning telur.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker aje..
2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik, pastu masukkan buat double boiler. kalau nak masuk microwave pun bleh..
 3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telur.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh..
4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak
5. kemudian masukkan secubit garam
6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..
7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..
9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..
10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..
11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 celsius.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..
12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

SELAMAT MENCUBA.. Walaupun kurang menjadi, habis jugak dimakan oleh ahli rumah. Nama pun coklatkan. Sedap aje.....

No comments:

Post a Comment