Sunday, May 13, 2012

KUIH SAGO GULA MELAKA LAGI..

Takde gambar yee... Rajin masak tapi malas nak ambil gambar. Ni gambar lama dalam blog ni.. Resepi cuba cari kat SINI.. Ummi suka buat kuih ni sebab mudah dan ringkas. Tapi kena banyak benda nak buat. Sago, susu cair dan gula melaka. Semua jenis yang mudah tapi nak kena masak 3 kali laaaa... Cubalah.. Sedap bila dah letak dalam peti.. mmmmm nyaman je tekak...

Sunday, May 6, 2012

BEGEDIL KENTANG

Ni first time buat begedil.. Sebenarnya tgh malas. Tgk kentang dah start nak tumbuh. So untuk elakkan pembaziran marilah kita masakkan mereka.. Hehehhe..

Gambar tak sempat nak snap. Tapi Ummi buat comel2 aje ler.. Bahan pun byk yg tak cukup..

                                          

Gambar credit to google..Pinjam no gambar ni..

Bahan-bahan:
- 4 biji kentang
- 1 labu bawang besar * dicincang
- 2 ulas bawang putih *dicincang
- sedikit lada sulah
- sedikit garam
- daun bawang / daun sup * Ummi tak letak sbb takde..
- sebji telur

Cara-caranya
1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu. Gorengkan bersama minyak sehingga empuk.
2. lenyekkan kentang yang telah diangkat dan setelah hancur masukkan semua bahan di atas.
3. Gaul rata.
4. Bentukkan bulat dan leperkan
5. Pecahkan telur dan kacau.
6 . Panaskan minyak dalam kuali
7. celupkan kentang td dalam teluir dan goreng
8. Angkat bila begedil bertukar kekuningan.
9. Sedia untuk dihidangkan..

SELAMAT  MENCUBA

KUIH KETAYAP OR KUIH BALAK

Ermm sebelum Ummi buat kek coklat kukus, Ummi buat kuih ni dulu. Inti semalam lagi dah buat so ari ni buat kulit aje.. So easy. Tapi dua yg pertama Ummi buang jugak ler.. Hati dah panas bila melekat.. Pastu getting smooth and sume jadi lepas tu. Alhamdulillah...

Resepi ader kat sini.. Ummi dah penah letak dulu.. Step by step lagi.. Resepi di SINI...

SELAMAT MENCUBA.....

KEK COKLAT KUKUS LAGI....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO ADRIANA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Dah besar anak Ummi.. Dah 2 tahun.. Alhamdulillah setakat ni perkembangan keseluruhan sangat memuaskan. Ummi mmmg sgt takut dgn anak2 Ummi sbb dua2 tak cukup bulan dan berat masa lahir pun hanya 1.5 kg. High risk to have many problems..

So ari gi mak an kat Secret Recipe... Beli few slices of cake.. Chocolate indulgence, chocolate fudge and chocolate moist. Cheese cake sorry... tak makan.. hehehhehe..

Tapi Ummi buat kek sendiri untuk umah baby sitter. Untuk kengkawan Adriana.. Mcm biasa, kek coklat kukus. Mudah dan ringkas dan senang dan sedap..

Resepi bleh dapat kat SINI.. Cubalah sbb bg yg takde oven tu still bleh buat kek.

 Ni bancuhan sebelum dikukus
Ni setelah dikukus.. Pecah sikit. Ummi suka je sbb ok ler tu..

 Yg ni setelah dibuat topping.. Kalau ikut resepi asal pakai susu pekat. Tapi Ummi pakai coklat masakan.

Selamat mencuba....












KUIH LAPIS

Ni citer pasal buat kuih minggu lepas. Maklum laa.. Ummi ni malas nak ambil gambar ngan nak berciter kat blog ni. Tapi minggu ni rajin skit.. Pasal ari ni birthday Adriana, so meriah skit ngan kuih. Hahahaha, Ummi gak yg dok perabihkan kuih2 tu. Biasa ler, buat kuih yg kita suka makan... Sbb kalau buat org lain punya kuih  kesukaan, at last masuk tong sampah. So langkah bijak, korang nak makan sila beli ye. Tapi Ummi nak makan, sendiri juga buat.

Ni kuih requested by Alissa. Dia bukan makan pun tapi dia suka sbb color yg banyak tu. So kiranya ni first time buat kuih lapis. Alhamdulillah menjadi gak..



















                                   
Ni gambar ihsan google.. Tapi lebih kurang camni ler colornya... Rasa syok nak mkn sbb comel je color dia.

Ni resepi kuih lapis, credit to Chef Hanieliza dalam buku 1 hari 1 resepi

Bahan-bahan:
- 11/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung jagung
- 3/4 cawan gula
-4 cawan santan (Ummi pakai 1 kotak kecil santan m&s n tambah air jadi 4 cawan)
- 1 sudu teh garam
- sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara
1.  Tapis tepung dan gaul semua bahan.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam satu bhgn, pewarna hijau dalam satu bhgn dan biarkan satu bahagian warna asal.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg hendak digunakan.
5. masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan dengan adunan warna hijau dan kukuskan selama 5 minit.
7. Lapiskan satu senduk warna asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
8. lapiskan adunan selang seli sehingga habis.
9. Sejukkan dan potong.
10. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba................

Saturday, May 5, 2012

BILA KITA MENYAMPAH KAT SESEORANG

Huhhuhu.. Kan dah keluar topik menyampah ni. Tapi kali ni memang sangat 3x menyampah.. Ko kalau nak buat perangai kurang ajar tu, sila buat di tempat lain ye. Dah la anak2 Ummi dok dengar dan tengok. Kalau perangai cantik takpe jugak..

Tu la kalau takde orang nak tegur. Dia ingat orang suka la perangai menyampah dia tu.  Kalau adik Ummi dah lama kena sound tapi sib baik ko bukan..... Malas Ummi nak tegur sebab mak ko ngan abang2 ko pun takde nak tegur. Tu sebab ko jadi besar kepala dan menjadi2 perangai menyampah tu...

Dah lama Ummi perati perangai kurang ko tu... Ummi dulu ngan mak ayah rasanya boleh bilang ngan jari berapa kali naik suara.. Biasa laaa kadang2 hangin juga. Mana ada orang yang tak pernah naik suara ngan mak ayah.. Kalau ada sila bagitau... Tapi ko ni, setiap kali.. Ummi ulang ye, setiap kali ko cakap ngan mak ko, suara ko memang kalah ziana zain, nyaringnye... Dan setiap kali mak ko tanya, sah2 macam petir. Kalau tak takkan anak sedara ko boleh sound kat mak dia, nape la mak sedara dia cakap kasar2 ngan tok dia.. Haaaa, kan dah mendapat..

Azab sungguh la bila mengadap muka orang yang Ummi menyampah ni.. Rasa nak terajang je.. Huhuhuhu.. lama tak belasah orang ni.. Ummi berdoa semoga muka ko ni cepat2 hilang dari penglihatan Ummi... Jgn slah paham plak, maksudnya jauh2 la ko dari Ummi. Seksa aku weiiiiiii...