Sunday, May 6, 2012

KUIH LAPIS

Ni citer pasal buat kuih minggu lepas. Maklum laa.. Ummi ni malas nak ambil gambar ngan nak berciter kat blog ni. Tapi minggu ni rajin skit.. Pasal ari ni birthday Adriana, so meriah skit ngan kuih. Hahahaha, Ummi gak yg dok perabihkan kuih2 tu. Biasa ler, buat kuih yg kita suka makan... Sbb kalau buat org lain punya kuih  kesukaan, at last masuk tong sampah. So langkah bijak, korang nak makan sila beli ye. Tapi Ummi nak makan, sendiri juga buat.

Ni kuih requested by Alissa. Dia bukan makan pun tapi dia suka sbb color yg banyak tu. So kiranya ni first time buat kuih lapis. Alhamdulillah menjadi gak..



















                                   
Ni gambar ihsan google.. Tapi lebih kurang camni ler colornya... Rasa syok nak mkn sbb comel je color dia.

Ni resepi kuih lapis, credit to Chef Hanieliza dalam buku 1 hari 1 resepi

Bahan-bahan:
- 11/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung jagung
- 3/4 cawan gula
-4 cawan santan (Ummi pakai 1 kotak kecil santan m&s n tambah air jadi 4 cawan)
- 1 sudu teh garam
- sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara
1.  Tapis tepung dan gaul semua bahan.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam satu bhgn, pewarna hijau dalam satu bhgn dan biarkan satu bahagian warna asal.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg hendak digunakan.
5. masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan dengan adunan warna hijau dan kukuskan selama 5 minit.
7. Lapiskan satu senduk warna asal (putih) dan kukus semula selama 5 minit.
8. lapiskan adunan selang seli sehingga habis.
9. Sejukkan dan potong.
10. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba................

No comments:

Post a Comment