Thursday, January 6, 2011

DINNER FOR 2NITE..

Memandangkan kepala pusing ari ni, so ini ajelah dinner tuk ari ni. Dah inform papa, no more eating outside especially tempat yang kena tax and ada service charge. Buat abih duit aje.. So masak yang senang2 aje..
Ayam goreng... Hhahaha... 2 ketul tuk Alissa n 2 ketul tuk papa. Ummi diet yeee...

Telur dadar udang bermayonis..
Bahan-bahan mudah aje - 2 biji telur, 1 biji cili merah (dihiris kecil), 1/3 labu bawang, (dipotong dadu), 15 ekor udang kertas (dipotong kecil), 1 sudu mayonis, sedikit lada sulah n sedikit garam. Campurkan semuanya dan goreng. Yum yum yum..

Sayur cendawan goreng air.. Ala sayur yang paling senang...
Amacam.. Ok tak? Ermm dah kenyang ni. Nak lepak jap sebelum tido.. ZZZZZZZZZZZ


RUAM..

Sian Adriana.. Abih satu badan kena ruam. Semalam dah perasan ada ruam. Ingat alergic rupanya ruam. Patut ler merah2 muka dia. Petang tadi dah nak sampai ke peha ruam tu. So letak ler bedak sejuk. Barulah dia diam skit. Gatal agaknya. Sian anak Ummi. Alhamdulillah malam ni dia tak meragam la plak.. Good girl.Tak nampak ruamnya. Nak tunjuk bedak sejuk tu.... Hhahahhah. Amacam comel tak badan saya ?
Tadaaaa.. Ummi dah letak bedak sejuk satu badan tau.. Comey tak? Eiii.. tak malu tak pakai baju..
Ala.. cian2 dia. Cepat2 baik ye anak Ummi. Sian Ummi tgk merah2 muka dan badan..
Apa petua nak hilangkan ruam ni. Agaknya demam ari tu ada kaitan ngan ruam ni kot? Apa pun ari ni genap Adriana 8 bulan. Tapi nak ikutkan umur betul baru 6 bulan lebih ye.. Hhehehehe

Tuesday, January 4, 2011

BILA JADI YATIM PIATU

Mlm tadi kakak Ummi sms 'Pakwe depan umah meninggal dunia ptg tadi'. so ummi pun kol balik. Sedih rasanya walaupun hanyalah jiran. Tapi dia juga adalah saudara Ummi. Meninggal sorang diri sebab anak kerja. Petang tu bila anak balik tgk2 ayah dah takde. Sebak rasanya.
Si arwah ni tak pernah kawin lain lepas bini dia meninggal. Bayangkan masa tu dia ada anak kembar umur beberapa bulan aje. Sekarang anak dia dah 20 lebih dah. Dia boleh jaga semua anak dia -6 orang anak.

Kesian anak2 bila dah takde ayah dan emak. Yatim piatu. Ummi tau semua orang akan merasai. Tapi tak dapat nak bayangkan. Nasiblah semua anak dah besar2. Ummi ucapkan takziah pada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan hamba2 Mu yang beriman. Amin.

Monday, January 3, 2011

KUIH KETAYAP

Petang semalam Alissa bersungguh2 ajak buat kuih. Kebetulan kelapa buat kuih buah melaka masih ada. Dan dah siap buat inti pun. Manalah tau nak buat kuih atau apa. Mmmm memang teringin nak makan kuih ketayap or kuih balak. Tambah lagi resepi ni takde telur. Mmg nak cuba. Kalau ada telur, kureng skit nak buat. Resepi masih lagi kredit to chef hanieliza. Mudah dan senang. Mcm dalm buku dia yg terbaru 1 hari 1 resepi. Mesti jadi punya. Setakat ni semua pun menjadi. Alhamdulillah........

Ni intinya. Resepi kat bawah ye......

Nilah cara-cara nak buat kuih ketayap or kuih balak. Semua bahan di campurkan dan ditapis. Supaya tak berketul2.

Lenserkan kuali ngan skit minyak. Ummi pakai non stick pan. Mudah gitu. Letakkan dua senduk kecil adunan.
Ratakan dengan menggoyang2kan kuali sehingga adunan nipis.

Tunggu sehingga adunan menjadi pucat. Nampak tak macam gambar kat atas. Dah takde putih2 gitu.
Letakkan inti kelapa di dalamnya. Gulungkan.

Beginilah hasilnya setelah digulung. Jangan lupa lipat di bahagian kiri dan kanan. Seperti nak buat popia.
Tadaaaa.. Inilah hasilnya. Amacam terliur tak kuih ni. Senang aje dan sangat sekejap nak buat. Eden pun tak kuasa nak buat kuih remeh temeh. Malas den....
Ok.. Ni bahan-bahannya
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air pandan (blender 7-8 helai daun pandan)
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan santan * boleh juga nak guna susu segar
-3 sudu makan minyak masak
- sedikit pewarna hijau * Ummi tak letak sebab takde. Tapi jadi gak warna hijau cuma kurang terang la
Ni bahan2 untuk inti
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan gula merah
-1/2 cawan gula pasir
-1/2 cawan air
Cara2nya
-Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Kacau sehingga sebati dan masakkan sehingga airnya sedikit kering.

Cuba jangan tak cuba.. Ingat petang ni nak buat kuih cucur udang. Rajin ke malas? Kalau rajin nanti Ummu tepek resepi ye...

IKAN BAKAR

Tengahari semalam masak ikan bakar. Terlebih rajin nak masak yang remeh temeh. Tapi apa kisah kan. Nak makan, so masak jelah. Macam Ummi selalu cakap kat Alissa orang malas tak dapat makan.

Inilah rupanya ikan bakar yang Ummi buat. Bakar dengan aluminium foil. Senang nak makan sambalnya. Ala ikan bakar ala portugis gitu. Teringat dulu2 suka makan ikan bakar ala portugis kat Mid Valley. Ntah ada lagi or tak. Tapi kalau ke Mid Valley makannya mesti di situ.

Oklah jom kita layan bahan-bahannya

Bahan untuk dikisar
-1 labu bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- 15 tangaki cili kering
- 1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan lain
-4 ekor ikan kembung
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 5 biji bendi (dihiris nipis)
-2 batang serai (diketuk) * tapi Ummi tak letak pun, tertinggal dalam sinki
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam

Cara-caranya
1. Kisarkan bahan-bahan untuk dikisar. Untuk lumutkan biji cili, masukkan sedikit minyak semasa dikisarkan.
2. Masakkan bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan garam.
4. Letakkan ikan di atas aluminium foil dan ratakan dengan bahan2 yang dimasak tadi. Letakkan tomato dan bendi.
5. Lipat aluminium foil dengan cermat.
6. Masak di atas kuali leper selama 10-15 minit. *Kalau lama sangat takut hangit pulak
7. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit tu Chef Hanieliza atas resepi di atas. Resepi asalnya banyak lagi bahan2 lain tapi Ummi dah ringkaskan sebab takde bahan2nya. Belasah apa yang ada aje..

Sunday, January 2, 2011

BUAH MELAKA OR ONDE-ONDE

Petang semlm di samping buat roti jala, Ummi belasah buat buah melaka jugak. Ala ada assisstant tukang buat. Siapa lagi kalau bukan Alissa. Cepat aje siapnya.

Inilah hasilnya buah melaka buatan Ummi dan Alissa. Sedap gitu..

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 cawan air pandan (daun pandan diblender dan ditapis untuk dapatkan airnya)
- gula melaka yang dipotong kdadu kecil2 utk dijadikan inti
- 1/2 biji kelapa parut (Ummi beli kelapa yang kat kedai je, suh ambil yang putih je)
- sedikit garam

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan air pandan. Gaul dan jadikan doh supaya boleh dibulat2kan.

2. Ni bebola yang dibuat. Buat bulat pastu leperkan dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil. Then bulatkan semula. Jadilah camni...

3. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan bebola yang dibuat tadi. Bila dah timbul kesemua bebola tu bolehlah diangkat dan digolekkan atas kelapa yang dicampur dgn sedikit garam.

Tada... dan inilah hasilnya. Buah melaka atau onde-onde....

ROTI JALA LAGI

Salam pagi minggu.. Semalam Ummi sempat la buatkan roti jala. Teringin nak makan plak rasanya. So tengahari makan ni aje. Sape nak makan nasi, goreng jelah telur ye..

Mudah aje nak buatnya. Ummi buat dua adunan dari resepi asal. So resepi seperti di bawah ye.. Kredit to CMG. Ummi tumpang ambil resepi yee..

Ni adunan yang diblenderkan. Nak bagi semua hancur dan rata gitu.

Macam nilah rupanya bila dah menjala. Hahhhh dari tak reti boleh lah jadi jalanya..

Kari ayam yang dimasakkan untuk dicicah bersama roti jala. Rasa pelik skit, agaknya kari den terhangit skit kot.. Belasah jelah..

Inilah hasilnya.. Tadaaaaaaaaaaaaa roti jalan dennn

Dan yang ini roti jala dan kari ayam.. Cuba jangan tak cuba..
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum*
-1 sudu teh serbuk penaik (disatukan dan diayak*)
-8 sudu makan santan atau susu cair
-3/4 sudu teh garam
-4 sudu besar minyak masak
-5 cawan air
-sedikit pewarna kuning
Cara-caranya
1. Campurkan semua bhan di atas dan kacau. Utk bagi rata dan tidak berketul2, Ummi blenderkan aje. Senang.. Biar dalam 20 minit.
2. Di atas kuali leper, Ummi guna yang bakar burger tu, ceduk adunan dan buatkan supaya ianya bercantum2. Ala mcm jala gitu..
3. Bila nampak pucat, lipatkan atau gulung guna senduk. Letak dalam pinggan dan hidangkan bersama kari ayam.. Fuh.. sedap