Monday, May 2, 2011

MAKARONI GORENG

Bila dah selalu sangat memasak ni, lama2 jadi boring lak nak makan. Tambah lagi kalau ahli rumah yang dah biasa makan kedai. Asyik nak membeli jelah jawabnya. Tapi Ummi tak bleh tahan asyik makan lauk kedai. Makan maggi lagi baik.
Itulah yang membezakan orang kaya ngan orang susah. Kalau kaya asyik nak makan kat luar. Bila kita masak, tak nak makan la pulak. Nak kata tak sedap, Ummi rasa biasa aje. Tapi tekak dah jadi tekak kedai. Mestilah nak yang kedai jugakkan?
Kalau orang susah, nasi ngan goreng ikan pun rasa sedap. Masaklah apa pun tetap sedap. Tu la hikmahnya bila kita susah. Sentiasa bersyukur ngan makanan yg ada. So bila masak, kalau tak habis nak dibuangkan fikir sepuluh kali. Membazirkan...
Susah bila dah biasa hidup terlalu senang. Jangan la anak2ku esok jenis yang nak makan kat kedai aje. Tu sebab Ummi kena rajinkan diri memasak. Biasakan budak2 ni ngan air tangan sendiri. Paling seronok bila anak kata, sedap Ummi masak. Pandai Ummi masak. Wah.....bangga kejap. Padahal masak biasa2 aje. Tapi anak puji lagilah bersemangat nak memasak.
Cuti tiga ari ni, Ummi memasak la. Ada jugak ari yang malas. Makan kat luar. Yang pasti breakfast kena masak. Ni makaroni goreng belasah namanya. Hahahha.. pakai hentam letak apa aje yang ada. Janji sedap dimakan. Memasak pun kena kreatifkan........

Bahan-bahan
- Makaroni (rebus sehingga lembut)
- 250g daging ayam kisar
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- setengah biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji lada merah (dihiris)
- sedikit minyak untuk menumis
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar cili kisar
- sedikit garam
- 2 biji telur
*Kalau ada daun bawang, masukkan sekali ye. Ummi takde dalam simpanan.

Cara-cara
1. Rebuskan makaroni sehingga lembut. Jangan lupa masukkan sedikit minyak semasa merebus untuk elakkan makaroni dari melekat.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging ayam kasar dan kacau rata. Masukkan lobak merah dan cili merah. Kacau lagi sehingga daging dan lobak empuk.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Gambarnya, nanti2 la ye. Bab nak upload ni leceh skit..

Sunday, May 1, 2011

KUIH CARA LAGI

Salam,.,. lama sudah tak meletak ntry. ni nak share buat kuih cara paling mudah di dunia. mudah tapi sedap. Idea ni datang dari anak saudara Ummi. Dia memang rajin ke dapur. Senang hati maknya. Sebut aje terus pegi buat. Dia kata susah la nak guna santan. So kuih cara kali ni tanpa santan. Rasa tetap maintain. Cuma kena ada acuan la.. Yang kat umah Ummi acuan nya kecil skit. Not nice but bolehla setakat nak makan. Yang kat kampung so cute.. Ni tgh merancang nak membeli acuan kuih cara macam acuan arwah mak..

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- beberapa helai daun pandan - pati pandan dalam 3 cawan *sehingga adunan cair
- sedikit garam
- gula untuk inti

Cara-cara
1. Daun pandan diblender atau ditumbuk. Dapatkan pati hijau.
2. Bancuh tepung bersama pati pandan. Masukkan garam.
3. Kacau sehingga sebati. Sebaiknya diblenderkan or guna whisk supaya tepung tak berketul2.
4. Adunan mestilah cair
5. Panaskan acuan di atas dapur. Sapukan minyak sebelum meletakkan tepung.
6. Setelah panas, masukkan tepung. Isikan gula di bahagian tengah. Memandangkan tak pakai santan so gula kena banyak sikit.
7. Tutup dengan tudung periuk.
8. Setelah tepung bertukar warna dari cerah kepada gelap sedikit, bleh la diangkat. Ulangi proses sehingga habis.
9. Tada.. sudah siap. Mudah bukan...

Ummi suka buat sendiri sebab yang beli ada telur. Kononnya nak bagi garing. Tapi Ummi ni pantang bau telur. Tak lalu den nak makan. Cubala...

Macam biasa, gambar kemudian ye..

Tuesday, April 26, 2011

INCOME TAX

Hahahha.. Dari minggu dulu dah siap. Cuma nak check betul2 kalau mana tau ada yang tinggal ke.. Alhamdulillah setakat ni tak perlu bayar. Lega rasanya.. Start tahun ni nak kena tambah mana2 bahagian yang boleh mengurangkan tax. Kena creative la weiii..
Anda dah bayar tax? Kalau belum cepat2 la settle kan. Lagi 4 ari je..

ADRIANA YANG MAKIN MONTEL



Adriana yang makin montel.. Alhamdulillah, makin besar dah. Nak dibandingkan masa lahir ari tu, berat dia cuma 1.5kg.. Harapnya makin terus sihat..
Nak kata makan banyak.. Biasa2 aje. Tapi Ya Allah, kalau masa tidur, lasaknya, Satu katil tu dia sorang aje. Habis semua orang kena sepak terajang dia. Dan lagi satu, sangatlah murai. Pot pet tak henti2 dengan suara yang kuat. Budak garang sunggu ler..

Monday, April 25, 2011

VADEY

Sabtu lepas Ummi sempat buat vadey. Ni dah kira kuih paling senang nak buat. Yang lambat sebab kena rendam kacang dhal tu. The rest so so easy to do. Nak resepi cari kat resepi ye....

TEPUK TANGAN

Ari ini dalam sejarah. Adriana dah bleh tepuk tangan. Dan akan tepuk bila kita nyanyi lagu tepuk amai2. Punyalah susah nak suruh dia tepuk tangan. Dah berbulan2 dok tepuk tangan ngan dia. Dan akhirnya...
Nampaknya kempunan la Ummi nak beli buku2 sempena PBAKL 2011. Dulu masa belaja, bleh la memborong sakan buku2 ni. La ni dok dah jauh, jangan harap la.. Beli jelah kat Popular sebab ada less 10%. Or kalau buku terpilih dapatlah 20%. Nampaknya hobi baca novel ni kena tukar ke baca enovel. Yg tu mmg tak bleh miss...

Sunday, April 10, 2011

DAH BERSARANG BLOGKU

Salam... Huhhu lama sungguh Ummi tak update apa2 kat dlm blog ni. Malas yang sgt2. Mana tak malas, byk sgt keje akhir2 ni. Citer balik kpg ari tu terperam je la nampaknya. Sikit punya banyak resepi tapi simpan dalam handphone jelah gambarnya.. Maybe next time..