Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA
menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi
mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya
itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Bila Ummi baca novel ni rasa macam di awang2an. Mulalah nak berangan. Ceh, takde maknanya nak berangan.. Honestly mula2 rasa cam biasa aje citer ni.. Yelah baca kat blog cam tak berapa nak faham. First novel penulis ni Ummi baca gak tapi tak berapa nak berkesan di hati as compare ngan Biar YM yang berbicara atau Bila Hati Kata Sayang atau Awak Suka Saya Tak?.. But seriously this one membuatkan Ummi rasa rugi kalau baca lompat2. Biasa ler baca lompat2kan.. Tambah lagi bila citer mendatar aje..
Citer ni ibarat Cinderella la jugak. Fair tales story but I like it.. Sangat menyentuh hati. Kalau korang baca sinopsis cuba teka Hana Sofea end up ngan sape.. Kat situlah yang bestnya.. Mati2 Ummi ingat dia ngan tutttttttt..
Oklah, Ummi nak bagitau jugak citer ni. Sorang gadis jumpa jejaka idaman dalam kapal terbang. Bagai bulan jatuh je riba. Dan si jejaka respons la plak kat dia. Turun kapal terbang semuanya stop. Si gadis jumpa jejaka kedua yang ada anak angkat Emmel. Daripada sepatutnya dok kat hostel, dia pindah ke rumah jejaka kedua sbb jadi penjaga anak jejaka kedua. Dlm masa tu ada gak si gadis jumpa jejaka pertama tapi not a good ending.
Bila balik Malaysia nak bagitau family tentang pilihan hati, rupa2nya jejaka pertama sama kapal terbang. Si gadis kata tak nak tapi jejaka pertama kata dia akan pastikan si gadis jadi surinya sebab dia suka sangat kat gadis tu. So ada la taktik tak baik sikit jejaka pertama ni buat supaya nk pastikan si gadis jadi miliknya. Si gadis menolak dan akhirnya ditolak oleh jejaka kedua kerana kisah silam dalam kapal terbang ngan jejaka pertama. Apa kisahnya... sila baca ye..
So untuk tak menghampakan family dan since jejaka kedua dah kawin so si gadis pun setuju kawin. Malam pertama dia bg ubat tido kat mr husband and lari. Tapi sempatlah mr husband kejar jadi honeymoon sambil menjlnkan misi di India. So dah tau ler kawin ngan sapekan? Nak tau lebih lanjut sila baca novel ni ye. Saya suka saya suka sangat....
Ummi bagi banyak bintang sebab citer ni buatkan Ummi rasa seronok sangat.. Biasalah fairy tales. Tak happy ending mana bestkan.... Selamat membaca..
No comments:
Post a Comment