Tahun ni giliran Ummi beraya di Pahang. Memandangkan cuti sekolah lama so Ummi pun balik awal jugak ler.. Awal tak awal la bila malam Ahad baru balik.. Ummi cuti sebelum dan selepas raya. Apa nak kisah sebab the other 2 girls tu bukan Muslim, so diaorg boleh cover. Seperti biasa jalan sentiasa lengang menghala ke Pahang sebab menentang arus. Tu yg untungnya bila balik bertentangan arus. Takde ler terperangkap dalam jam. Paling tidak hanya jam kat Karak. Setakat 5 km kira OK lah berbanding dengan dari Tapah sampai KL jam nya. Huhuuhu..Jom layan gambar raya. Tahun ni Ummi mengembang dengan pesatnya.. Memang mencanak naik berat badan. Takpe lepas raya diet ye..
|
Gambar family kecil Ummi.. Papa (rambut panjang dah kalahkan Ummi), Ummi, Alissa dan Adriana. Anak2 nak pakai tudung sebab kat kampung semua orang pakai tudung. So takk nak ketinggalan jugak. Tapi susahnya nak cari tudung budak.. |
|
Kami bertiga.. Sape muka cam Ummi? |
|
Tengok rambut tu.. Cam cik Ponti je |
|
Dengan adik bongsu.. Kitaorang ni sama saiz je.. Kira boleh la pinjam meminjam baju. |
|
Ni kakak yang paling tua. Segala masalah Ummi kongsi ngan dia. Mak Ngah.. |
|
Mak De ngan Mak Cu.. Mak De paling kecik saiznya.. Gambar Mak Tih takde.. Mak Tih yang mulut murai.. |
|
Gambar beramai-ramai.. Tautak pasal apa gambar Ummi selalu takde sbb Ummi la yang rajin ambil gambar so sah2 takde dalam gambar... |
|
Alissa ngan Nisha.. Sepupu |
|
Adriana dengan Kak Syuhada.. |
|
Comel tak saya ni..? |
|
Nilah lemang kitaorg. Diwarisi oleh arwah abah. Rebus aje.. Jangan tak cayer dalam tu ada 20 batang lemang. 14 batang lemang jagung.... |
Raya tahun ni meriah sikit pergi rumah orang. Malas nak duduk rumah. Tengok TV pun kurang. Raya pertama pergi kubur arwah mak dan abah then round satu kampung pegi cari rumah saudara mara. Adalah dalam 4 buah rumah pastu balik umah pengsan.. Raya kedua gi rumah emak saudara belah emak kat kampung.. Sampai ke malam.. Raya ketiga dok umah aje makan kuih raya.. Raya keempat pergi kenduri sepupu bertunang..
Selalunya raya ketiga sepatutnya balik Ipoh tapi tahun ni minta kat En Kingshah cuti lama skit kat kampung. Nak berseronok skit kat kampung. Yelah sepanjang tahun dok umah dia aje. So apa salahnya kan...
Ok dah habis citer pasal raya.. nak tido dulu. Nak buat research proposal malas plak rasanya.. Tunggu esok ler...
No comments:
Post a Comment