Saturday, May 18, 2013

10 PERKARA YANG ISTERI BENCI TENTANG SUAMI

10 perkara yang isteri benci tentang suami


KEBANYAKKAN suami tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, suami tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh si isteri. Justeru itu, apa kata wahai suami sekalian meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Suami yang panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher isteri bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. 
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!!
Semua benda dia je yang betul...isteri disepak diterajang macam bola..ingat kami perempuan ni bola ker?? 
2. Suka mengongkong
Segala gerak-geri isteri dikawal. Hendak keluar berjumpa dengan teman-teman pun tidak boleh, dikatanya pula si isteri buat perangai sampai memarahi isteri dengan berkata " awak lupa ke yang awak tu dah jadi bini orang??". Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh isteri mereka.  Mulalah dituduh psiko, penyibuk dan queen control.
Ish...agaknye suami ni lupa ke yang dia tu laki orang?? Biasalah lelaki kalau dah keluar dari rumah...status akan jadi bujang..lupa dah bini anak kat rumah..
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri agar si isteri memujuk mereka. 
Lelaki memang ego...(o.o)
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan seorang isteri yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun masih sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Isteri mana yang suka kalau suami macam tu??
Lelaki mata nanas..(O.o)
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai isteri. Zaman sekarang, selalu kita dengar suami scandal dengan perempuan dan ada juga yang mempunyai 'isteri simpan'. 
Tak cukup ker sorang je bini?? Ramai2 ni mampu ke nak tanggung..?? Tu ler lelaki zaman sekarang, dah jadi bapa budak pun masih main kayu 3..
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada isterinya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri sentiasa perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang. 
Suami tak pernah nak kisah dengan perasaan isteri tapi hendak isteri ambil berat dengan perasaan mereka..give and take la...sama2 memberi..sama2 merasa...barulah bahagia..
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan janji keluar dengan isteri semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan isteri. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
Penting dengan kawan..kawinlah dengan kawan kamu tu..huh..(O.o)...kita penat2 masak dia tak pulang rumah..makan kat luar..tengah malam hingga dini hari baru pulang rumah...
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu suami yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan isterinya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, suami mahu si isteri terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai isteri terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Suami harus belajar menghargai isteri...sekiranya isteri rasa dihargai..maka isteri akan lebih menyayangi anda dan melayan anda dengan  lebih baik lagi...
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Teriak2..bukannya isteri pekak...kalau isteri meninggikan suara sikit,mulalah kata isteri dah pandai melawan..mana tak nye...kalau selalu sangat suami meninggikan suara..mana tak isteri fedup lalu berani meninggikan suara..
10. Lelaki penipu
Masalah yang ketara apabila suami suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan isteri membenci anda. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu 3. 
Susah hidup dengan suami penipu..tapi sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juag..sepandai2 kamu menipu akhirnya ketahuan juga.
Credit to http://ladydianablog.blogspot.com.. TQ

89 comments:

  1. Suami sy bkn semua di atas..kdg2 timbul rasa benci pada suami SEBAB culas menunaikan solat, kurang hygine,tak pandai urus kewangan, suka memperkecilkan org lain specially kuarga sy sbb ada diantara kami yg blaja takat SPM je, rokok n sumtime tgk citer prono dlm youtube..selagi blh besabar sy sabar N slalu bedoa agar dia berubah..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm samaaa ja dgn yg kt rmh ni :(

      Delete
    2. 3 6 8 sabar lah wahai hati...
      Semoga Allah panjangkan jodoh kami.. Amin.. Amin.. YarabbalA'lamin..☺

      Delete
    3. Semoga kita diberi kesabaran untuk menempuhi kehidupan iniπŸ˜‘

      Delete
  2. Suami sy penting kan kwan..penting diri dan keras kepala... sy pun serabut dgan kdua ibu bapanya yg bencikan sy mcm2 hina dah anak 3 pun.. jodoh panjang. Pernah stress hamilkan anak ke3 bleeding n koma. hal anak rumah semua sy urus. Dia hanya belanja untuk utiliti...syukur sy berkerja ade pendapatan sendiri..sekarang sy dah malas fikir dan pening kelapa sy serah kpd ALlah ape nak jd..jd lah. Sy dah tiada hati n perasaan.. sy hidp demi anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. knp masih nak bersma dengan suami mcm tu... kan ada keje.. lebih baik hidup sendiri...x makan hati...jiwa lebih tenang

      Delete
  3. Suami sy tidak bekerja.pemalas.kuat tidur.tak solat.tidak tgjwb.abai ank dan sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape suruh ko pergi kahwin lelaki mcm tu gatal sangat ...

      Delete
    2. Jgn salahkn ppuan knpa kwin lelaki mcm..sllunya lelaki xkn sekali kali tnjuk prangai sbnr sblum kwin. Jgn fkir ppuan ni bodoh xreti memilih.. jgn ckp ppuan gatal.klau ppuan gatal dia xcri lelaki cmtu. Baik dia jd gundik je. Sy dpt suami yg baran shja. Tp bila tegur dia mahu dgr ckp. Pengotor jd pembersih. Xsemua lelaki ni teruk sbb tu penting didikn agam tgi untk lelaki. Suami sy boleh solat pndai cri rzeki.duit xpnh xbg walau dia ade bape ringgit dlm poket. Sy sndri tanam dlm diri sy untk didik n ajar ank lelaki sy supaya sgt btggjwb bila dewasa nnti. Ape lg bila dh bkhwin nnti. Didikn sbnrnya ptt lebih kpada lelaki. Sbb lelaki ni pemimpin dia ketua. Bila suami kuat sbgai ketua kuarga. Hdup xkn susah sntiasa ada jln pnyelesaian mslh

      Delete
  4. suami sya semua di atas. tambah 1 point lagi..suami anak mak. semua benda nak diceritakan sampaikan hal gaji saya, nak p pasar beli ikan ayam pon kena report.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...hbs tu ape awk buat ye...rasa mcm dah xlarat nk berdepan...tertanya tanya sampai bila perlu hdup mcm ni,slalu ditipu dgn lakonan dia,tiada kerahsiaan dlm rmhtngga hinggakan seme nak report...

      Delete
    2. sama lah.. tak beza dgn suami saya..
      dia nk keluar rumah bkn bgtau saya, tapi bgtau mak dia. prig camp pun mak dia tau dulu baru saya. tu pun saya tau bila dia tk balik rumah malam tu.. hmm

      Delete
  5. suami saya baik.. tapi die x nak mendalami agama terlampau selesa.. die x sensitif tentang perasaan saya.. die bertindak apabila disuruh. sy rasa sy ketua keluarga.. sampaikan family mertua melemparkan tuduhan yang sy control suami. padahal suami sendiri yang x boleh berfikir dlm membuat tindakan. suami juga x membela sy apabila keluarganya melemparkan tuduhan.. kakak ipar gemar menyuruh sy menjaga anaknya suami x pandai membuat alasan. sy bersikap hipokrit di hadapan keluarga mentua. dan sy benci berkelakuan demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal suami ko mcm pak pandir ko bagi nasi kankang ker sampai jadi cam tu ..

      Delete
  6. Suami sy apa sy nk dia bg tp stkat yg mampu la tp dia ska cntrl sy.. dia ska lpak ngn kwn dia tp mlm je la dr kul 9 smpi 12 dpn umh je tp sy xska

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami kau bagi ape yg kau nak..Adakah kau bagi apa yg suami kau mahukan sohai la

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. suami saya 2x5 je...xhargai isteri, xpandai pujuk, xpandai jaga hati, sampai kdg2 sya menangis sndri bila pikir, walhal usia rumahtangga kami baru mencecah 5bln harini...kenapa isteri saja yg nampak salah dimata suami??...apa yg saya buat serba xkena pd dia...semua nya di complaint dr masakan sampai sy rasa kecil hati sgt ngn sikap dia, sy selalu mengalah, selalu minx maaf yg kdg2 sy rasa bkn salah sy pon...perasaan syg tu ntah la...macam dah sikit tawar mungkin... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn sy..sy yg bru 2bulan ni pun dh rasa mcm awk rasa..��

      Delete
    2. Sama kesnya...apa yg perlu kita lakukn erk...knpa isteri slalu jd mngsa keadaan...huhuu

      Delete
  8. Suami saya pun begitu..pemanas..dia jak yg betul..kdg2 terfikir patutla kami belum dapat anak ke 2..mngkin ada hikmahny...bagus bercerai drpd makan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau rase nak kahwin lagi suruh mak ayah cari lelaki baik baik mesti ada

      Delete
  9. Itu bukan aibkn suami.. kalo aibkn kita betitahu nama dia n juga letak gambar.. isu skrg ni kita meluahkn perasaan utk mnghuraikn tekann perasaan n stress.. jika dipendam akn meletop... sy oun benci jika suami tidak mnghargai kasar dan panas baran... cuma skrg kita perlu besabar fikirkn hal ug lebih besar n penting teruskn khidupn demi anak2 n agama... mngkin xsemua apavyg kita inginkn xdpt didunia.. insyallah d akhirat kelak ... cuma rugi kpd suami yg berperangai mcmtu krn secara xlgsg dia kehilangan seorg teman hidup yg plg rapat dlm hidup yg tidak skan lg caring n syg kn dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lelaki yg rugi tapi sebaliknya .. lelaki duda ade duit boleh cari gadis lagi cun tapi wanita janda susah nak cari lelaki baik2 fikirkanlah

      Delete
    2. kwn sy singlemom ank 2 bleh ja dpt ank teruna baik lg.. becerai dgn suami dlu sbb kaki pukul, kaki dadah..

      Delete
    3. bodoh2 jer komen vlad marek nie...ko nie dtg dari alam mane ek?menyibuk jer kat sini....

      Delete
    4. Aah la menyampah pulak baca komen Vlad marek ni...bagi la nasihat yang positif yang memberi semangat. Macam tak berakal.

      Delete
    5. to Vlad marek nape over sgt..lau rase xsuke jgn dok main kt cni..pi main jaoh2.....sakit hti dengar komen ko yg trlampau tuh...aneh2 jelah ko niy kn...ishhhhh,,,

      Delete
  10. Suami saya mcm kayu.asik mkn hati je ngan sikap x acuh x acuh.kdg2 rs diri ni mcm x wujud je..pgi kje blik kje.xde rs syg n ambil berat.benci sgt.

    ReplyDelete
  11. Saya benci suami saya... dia egois mau enak sendiri. Tak perduli kita cape, dah suruh2 kaya bedinda.....pelit soal keuangan keluarga. Kalo rugi marah2 anak2 kena marah semuanya.... inhin rasanya balas semua kepada dia agar dia mau sadar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benci suami neraka lah jawapanya bodoh betul...syurga isteri dimane letaknye salah kau juga cari lelaki cam tu nape

      Delete
    2. to Vlad marek.hey vlad ade sebab tau nape org pompuan jd benci smpai cmtu skali....cubela fikirkn sndiri..lgpon ko rase ke ape yg org rase kan hah...???mmg penting diri pnye kaki la ko ni kn....

      Delete
    3. aku rasa vlad marek ni mati pucuk. sbb tu xde pompan nak kt dia. kalau da kawen pon mesti bini dia mnyesal. ntah2 bini dia yang tanggung dia. mcm bela biawak idop. nta2 bini dia yg pukul dia sepak terajang dia. tu sebab dia bg komen cenggitu,. hahaha. kalau kau xboleh terima luahan isteri kat sini, sila berambus! melainkan kau tergolong dalam kategori suami2 yg dayus. kita bukan nk mengaibkan suami. just nk luahkan perasaan sahaja. kenapa? kau terasa ke? kau dalam kategori lelaki2 sampah mcm tu ke? kau nak bagi komen pon bia yg membina bukan menyakitkan hati. sekian.

      Delete
  12. Saya suami namun smua benda d atas isteri saya yg buat.sy urus rumah tngga.utiliti,bill & susun dan kemas rumah sy yg urus.sya buat smua.dia tahu dtg dan blk keja je.tghari slalu sy mkn sndiri beli kedai.acuh tak acuh dlm urus rumah tngga.selalu dgr ckp kwn lebih dri sy.tegur skit die tk nak dgr.mudah marah kalau sy nak gurau2.mak mertua slalu banding2 & isteri tk nak bela & mrh kalau sya adu kn hal ni.die sedar smua ni & bratus kali dh janji nak ubah.die nak sy phm die tpi die tak nak phm sye.slalu lawan smpai sye tak tahan nak pukul.namun sya sedar die jodoh sye.sye kena terima & syg die.harap die akan jdi isteri sya smpai akhirat.sya masih besyukur die setia pd sya.sya kena terima die krn Allah yg tentukn smua ni.sye akan cuba syg die smpai sya mati..syg isteri sya slamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suami.hampir serupa dgn awak.perempuan skrang pn tak bole nak bangga sgt.suka pukul suami.tak la sakit sgt tpi sgt memalukn suami.maki depan kwn2 nak tunjuk power mentang2 saya bagi muka mula nak naik kepala.smua dh bagi tpi suka ckp sendiri yg hebat.tak prnah rase syukur.tegur tak nak dengar.dah meluat nak mampus aku..

      Delete
    2. Suami sy x jujur, x pandai berkomunikasi. Dia suka cari kesalahan sy dan meninggi suara. Sy kawin stahun lebih pon dh rasa sesal dan benci kat s sangat sangat lah abaikan nafkah batin isteri, siap tengok porno dlm toilet ber jam jam. Sy diamkn diri je makan hati sbb takut kat suami melenting, maklum la, semua salah isteri, suami x pernah salah apa pun. Semakin hari rasa sayang semakin pudar. Rasa diri ni terperangkap. Malangnya nasib sy..

      Delete
    3. samalah suami sy pun abaikan nafkah batin, dia siap layan seks sendiri sambil tengok video porno..

      Delete
  13. Wahai suami sebagai ketua keluarga tu tolonglah matang, dalami ilmu agama, bimbing ahli keluarga dan bukan menyusahkan anakistri dan berilah contoh yg baik kepada anakistri

    ReplyDelete
  14. Sy benci suami sy..pntingkan dri sndri...buat mcm raja..smua bnda nk sy ikut...xprnah nk fhm hati n prasaan sy..

    ReplyDelete
  15. Nasihat untuk semua wanita..bacalah buku "Pedoman mendampingi suami" dan "50 wasiat rasulullah kepada wanita", dgn membaca kita akan menjadi orang yang bersabar dan bertambah iman. Hidup ini hanya sementara..kalau tak bahagia bersama suami, ciptalah kebahgiaan sendiri spt bergembira bersama anak2 dan sibukkan diri dgn business (bukan dgn berlaku curang). Jaga kecantikan dan kesihatan. Banyakkan berdoa. Tak mengapa suami benci tetapi allah sayang. Sayangi dan jagalah diri anda dan anak2.

    Nasihat untuk suami..
    bacalah buku "pedoman mendampingi isteri",
    Suami juga kena jaga badan, jangan dibiarkan perut tu naik. Rajin2lah exercise. (Jangan marah):)
    Ciumlah isteri bila pergi dan balik keje.
    Peluk isteri dari belakang dan cium tengkoknye.. (bangkit nafsu isteri)
    Tuturkata lembut.
    Senyum dan gurau senda.
    Bermanjalah dgn isteri dan manjakan isteri
    Tolong basuh pinggan sekali sekala (sexy) hehe
    Jgn lupa bagi duit setiap bulan terutama isteri yang tak keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karzchunter tazkate terima kasih bagi nasihatπŸ‘πŸ‘πŸ‘

      Delete
  16. Apa boleh buat... doa dan tawakal...sabar aje lah

    ReplyDelete
  17. Malangnya hidup saya.semua yang diatas adalah sikap suami saya

    ReplyDelete
  18. Saya rindu sangat nak ada perasaan cinta pada suami saya mcm 10 tahun lalu..kadang2 rasa hati ni dah tawar sgt2 dgn sikap dia..Allah sahaja yg maha tahu..tapi saya pasti takdir yg Allah beri pada kita semua ada hikmahnya..saya yakin kita semua ada ganjarannya kelak sekiranya tidak berputus doa dan amalan...sabar itu hebat.

    ReplyDelete
  19. hurm..hati saya pn da semakin tawar dgn suami saya. saya cuba utk kembalikan rasa cinta tu. mcm2 sy buat. tp hati tetap jauh. bile hati mula syg die plak asyik nk cari salah kite. sy pasrah. dulu sy pnah stress waktu mgndung ank first. stress dgn prangai die yg lgsg xpduli sakit jth bgon sy waktu tu.dtg 'melawat' bkn nk jage.mcm2 r die xseksa fizikal tp seksa emosi sy dgn sikap die.bile mnx lepas xnk lepaskan.sy xtahan tp sy cyba jgk sabar smpai satu tahap hati ni sgt2 da mati utk die .die buat bnde baik pn sy xpandang dah.

    ReplyDelete
  20. Rupanya ramai yg menghadapi masalah yg lebih kurang same....hmm... Sy pn xtrkecuali.... Mcm gini la nasib kita org pmpuan...huuuu T_T

    ReplyDelete
  21. Rupanya ramai yg menghadapi masalah yg lebih kurang same....hmm... Sy pn xtrkecuali.... Mcm gini la nasib kita org pmpuan...huuuu T_T

    ReplyDelete
  22. hurm...mmg dah jd lumrah kite org pompuan ni untuk hadapi hidop ddlm brumahtangge ni..apepon kite msti kuat okey....jgn prnah putus ase..doa...n tawakal bnyk2..smuanye ujian ALLAH SWT bg tu mgkin blakang ari nye akn dpt yg baik2 n indah belake,insyaallah...sy pon lbih kurang cmtu gak hadapi masalah yg same cm korang yg kt cni semuanye.....tp sy yakin akhirnye nntik psti ade hal yg pling baik dr ALLAH SWT janjikn buat sy...allahumma amin.......

    ReplyDelete
  23. Bersabarlah hati... :-(

    ReplyDelete
  24. sy dah mulai membenci suami sy ..... hahahahaaa......
    sy tak athu kenapa ...sy tanya en google dh jumpe blog ni dan dapati laki sy ada 5 drpad 10 yg kat atas.....patut lah sy mulai membenci dia....
    wahai lelaki diluar sana yg suke membaca silalah belajar , faham dan perbaiki kelemahan anda sebelum isteri2 anda hilang perasaan menyayangi anda

    ReplyDelete
  25. Suami ni kalau die tak jaga hati isteri, tak pedulikan isteri sgt2 lah rugi... cuba suami fikir nnti kalau masing2 dah tua..dah uzur...siapa yg setia akan bersama anda sehingga akhir hayat??yg akn jaga Isteri anda juga kan.... hargai lah isteri anda sebelum terlambat.........

    ReplyDelete
  26. Saya makin bosan ngan sifat kayu suami saya. Nangis ku berseorangan. Rajukku xdipujuk.Haishh, aku rindu zaman bercinta.

    ReplyDelete
  27. Nak cari persefahaman antara lelaki dan perempuan yg 100% tentu mustahil.. yang sama jantina pun masih tak sefahaman...inikan pula lelaki dan perempuan . . Eemm... dua2 pihak kena tolak ansur.. give and take.. mungkin boleh membantu..

    ReplyDelete
  28. Nak cari persefahaman antara lelaki dan perempuan yg 100% tentu mustahil.. yang sama jantina pun masih tak sefahaman...inikan pula lelaki dan perempuan . . Eemm... dua2 pihak kena tolak ansur.. give and take.. mungkin boleh membantu..

    ReplyDelete
  29. kami suami isteri memang dah hilang kasih sayang. Tapi demi anak2, Kami masih bersama. Makin lama makin tak serasi. Banyak kali juga mengalah dan cuba menyayanginya semula namun makin dicuba saya rasa tawar hati sebab Saya dpt rasakan dia pun dah tak sayangkan saya lagi. dia bukan suami idaman saya dan saya pun bukan isteri seperti yg dia idamkan. akhirnya kami buat hal masing2. Hidup dlm dunia masing2.

    ReplyDelete
  30. Saya tanya en google.. jumpa blog ni.. sedih laa.. hari2 nangis sorang2

    ReplyDelete
  31. hidup berendam airmata... hati sedih pilu xtrkata..jiwa merana dibenci suami..buat baik mcamanapun ttap salah.
    nak buat apa lgi?nk cerai tahap maksimum dah.aku xpe.tpi ksianlah tgk muka ank2..trpaksa telan semua ni.entah sampai bila..?

    ReplyDelete
  32. Paling tak seronok asyik kena marah depan orang..depan mak mertua lah..depan orang lain lah..anak anak pun pernah terdengar.. benda kecik pun cepat melenting je.. rasa frust dan sedih. .

    ReplyDelete
  33. Ramai plak yg bncikn suami sndri..ak ingt ak je

    ReplyDelete
  34. huhu sedehnye...

    ReplyDelete
  35. Sedih baca luahan perasaan kat sni...
    Tabahlah wahai wanita...

    ReplyDelete
  36. Sy pn same ...gaduh asyk benda yg same je dia buat..
    Bila dh kantoi..dia belasahnya kita plk kaw2 pny...

    ReplyDelete
  37. Samalah kita. Saya didera mental Dan fizikal. Rasa sayang Memang dah takde. Demi anak anak tahan je lah. Hanya Tuhan yang tahu. Belanja rumah saya yg tanggung. Hantar ambil anak dari sekolah pun minta gaji. Bukankah itu tanggungjawab dia. Kalau tak masak mulalah bising. Bosan betul. Dia duduk rumah tau tidur saja. Kesian anak anak selalu tengok ibu mereka Kena pukul. Barang pun habis dihancurkan setiap kali marah. Memang tiada Maaf lagilah, cuma bertahan selagi terdaya..

    ReplyDelete
  38. Samalah kita. Saya didera mental Dan fizikal. Rasa sayang Memang dah takde. Demi anak anak tahan je lah. Hanya Tuhan yang tahu. Belanja rumah saya yg tanggung. Hantar ambil anak dari sekolah pun minta gaji. Bukankah itu tanggungjawab dia. Kalau tak masak mulalah bising. Bosan betul. Dia duduk rumah tau tidur saja. Kesian anak anak selalu tengok ibu mereka Kena pukul. Barang pun habis dihancurkan setiap kali marah. Memang tiada Maaf lagilah, cuma bertahan selagi terdaya..

    ReplyDelete
  39. wahai isteri2..bersabarlah sbb tuhan nk bg pahala..jaga solat 5waktu..jaga puasa wajib..jaga lidah dan kehormatan diri..TAAT PADA SUAMI..di akhirat isteri boleh pilih mna2 pintu syurga yg dia nk klau ckup smua perkara di atas sama besar pahala lelaki yg mati berjihad utk islam..xbersyukur lg ke???

    ReplyDelete
  40. wahai isteri2..bersabarlah sbb tuhan nk bg pahala..jaga solat 5waktu..jaga puasa wajib..jaga lidah dan kehormatan diri..TAAT PADA SUAMI..di akhirat isteri boleh pilih mna2 pintu syurga yg dia nk klau ckup smua perkara di atas sama besar pahala lelaki yg mati berjihad utk islam..xbersyukur lg ke???

    ReplyDelete
  41. Saya pernah berkahwin dulu...suami pemalas sgt kerja.Anak abah dia tu.Lepas kawin stay dgn parents.Pda thun pertama ok la..tp bila dh msuk 3 thun perkahwinan,mula rasa xselesa dgn keluarga mertua dan adik ipar yg sebaya.Sebenarnya suami sy n adik dia kaki ubat.Sy pasrah dan cuma byk berdoa utk suami terus berubah.Sbnrya dh bbrpa kali sy lari sb xtahan dgn prgai suami yg suka naik tgn.Pernah dia pukul sy dlm pantang ank pertama shgga berdarah kepala.Tp cpt2 dia mohon maaf sb xsngja katanya.Sya maafkn..masa mengandung 8 bln ank pertama pernah sy di tendang di perut oleh adik ipar yg kaki ubt tu.Sb adik ipar kuat mgtakan sy suka mghsut suami jgn keluar ataupn pergi mana2 sja dgn dia.Krna dia merasakan sy menuduhnya yg mgjar suami amik ubt.Tinggal di rumah mertua byk sgt mslah.Suami n adik ipar slalu brgduh sampaikan berparang2.Sy xsggup lg hdup dlm keadaan sprti itu.Mujur Tuhan kuatkan hati n smngat sy yg msa tu dlm pantang.Terima kasih Ya Allah..skg sy dlm dilema utk brkhwin lg stelah 6 thun perpisahan.Sy terasa mcm fobia utk brkhwin lg.Sbelum ni dh byk pinangan yg sy tolak.Tp kali ini keluarga sy yg nak sy berkahwin lg n mmpunyai kehidupan berkeluarga mcm org lain.Tp sbnrya dlm hati masih 50-50.Wlupn bakal suami skg amat baik orgnya.Tp akankah dia akan stay "baik" bla dh brkhwin nanti?

    ReplyDelete
  42. saya hamil anak ke 3..8 bln..suami kahwin lain..dgn janda anak 2..hancur hati saya..sepanjang alahan hamil suami asyik cari salah saya dan tinngalkan saya digantung tak bertali..istei baru dai maki saya dlm fb kata saya tk pandai layan suami...tu suami tinggalkan saya..aamiin ya allah..saya keje pegi pagi balik petang..amik anak2 kat sekolah dan taska..dia kata saya pemalas..sme belanja umah saya tanggung,,lasan dia dah potong haji tuk rumah yg kami duduki ni....dah kahwin baru ni selalu kutuk sya mcm2..duk umah baju burukbusukpeha hitam

    ReplyDelete
  43. hina dia pada saya sedangkan saya bersabar dgn sikap baran dia selama 12 tahun...kni dia kata bahagia dgn bini baru dia kawin 3 bln..ya allah saya bersalin bila2 ni..suami tiada disisi..dgn duit rinngit tak dihulur.. pernah dihulur $50 pada bln 9 lepas...dia buat loan kawin lain....saya minta dia gaji anak sulung..syarat boleh dia suruh saya bagi duit bulanan..ya allah..kejamnyer dia...sedap bini muda dia kata saya byka aib suami,,allahu...kalu dia ditempat saya..rampas suami org..biarkan bini tua terkapai2..saya dah mohon cerai fasakh dan akan buat tuntutan nafkah tuk anak2.....berat mata memandang berat lagi bahu saya yang memikul seme ni..redho jadi janda dr diseksa mental dan fizikal

    ReplyDelete
  44. entahlah terkena sihir ke apa..tapi saya yakin takdir allah tentukan tuk saya cari jalan keluar lepas dr suami mcm ni....jodoh kami setakat ni....tuk kawin lain perit rasanyer....dlm perut ni sedih ..dr alam rahim bapanyer tk hirau langsung...sayangkan bini muda....hanya allah saya berserah..nasib wanita ginilaa....sabarlahh ..insyaallah ada beribu hikmah selepas penceraian ini..aamiin ya allah

    ReplyDelete
  45. Sabar...diba.saya sangka sy shj bermasalah benci pada suami rupanya ramai sgt.suami sy amatlah berkira.duit gaji x pernah cukup.boss dah naikkan gaji pun still x ckup masih minta duit isteri.brg anak xpnh beli pdhl bru 1 baby..stress bila fikirkan nak berhenti kerja biaq pdn muka dia tggung semua sdri.tp tahu nt anak xmkn pula

    ReplyDelete
  46. SAya baru kawin 4 bulan..tapi sy dah mula makan hati sebab suami suka keluar melepak dengan kawan2..Sampai 3pagi baru balik.. hari mnggu pon ke rumah kawan lepak..sampai satu tahap penah sy pegi ke rumah dia melepak tu panggil dia balik..bosan ngan sikap suami suka lepak tak ingat dunia..sy stress sngt.. Rasa mcm dah mula terdetik hati benci perangai dia tu..risau takut tawar hati..dulu sbelum kawin x de pon suka lepak mcm ni.. Rungsing nyaa!!

    ReplyDelete
  47. saya dh kahwin dkkt 20 tahun.selama tu la saya bersabar dgn sikap suami yg berkira masa dan wang ringgit dgn isteri sendiri teramat la mengeciwakan saya.klau nk kemana2 atas urusan atau keluarga saya kene keluar kos sendiri.byk perkara saya uruskan sendiri terutama dari segi wang ringgit.nasib baik saya bekerja.klau tak kesian kat anak2.sbb tu saya tak nak tambah anak lg.cukup la sekadar 2 org sajer.

    ReplyDelete
  48. Kpd wanita2 di luar sana yg bkerjaya. Fikir 100 kali klu nak kawin. Jgn jd mcm aku suami x kerja, tp sibuk nk tlg adik beradik lain. Mgamuk baling2 brg smpi pecah. Menjerit kt aku smpi jiran2 sume dgr. Duit aku hbis kt dia je. Perangai mcm setan!!! Dulu baik jgk wlupun x berduit. x sangka skrg jd makin teruk bila dh x bkerja.

    ReplyDelete
  49. Isteri malas. Selalu bgun lewat,xpernah masak. kita dah siap beli sarapan dia masih lg tido dengan amannya. Bukannya nk tlong buat air ke ape ke. Baju tak berlipat,mengunung dlm bakul. Baju kerja kadang2 aku yg tolong ironkan skali dgn baju skolah anak2. Bila aku tegur dia melenting. Ntahlah.. sbb aku ni ade perasaan kesian. Mudah kesian. Mgkin sel2 otak dia lambat berhubung untk mengerti. Atau mgkin kena jadi janda dulu baru dia boleh berfikir. Apa yang perlu sy buat.

    ReplyDelete
  50. Rupanya ramai yg senasib...bila dgr cerita para isteri kat sini..telah beri sy kekuatan..kita x blh ubah sikap suami tp biar kita berubah ke arah yg lbh baik...hidup demi Allah dn anak2..😊

    ReplyDelete
  51. Rupanya ramai yg senasib...bila dgr cerita para isteri kat sini..telah beri sy kekuatan..kita x blh ubah sikap suami tp biar kita berubah ke arah yg lbh baik...hidup demi Allah dn anak2..😊

    ReplyDelete
  52. Syukur ade laki kata org.. Tpi nak hidup ngn laki mental kena kuat.. Boleh jadi meroyan ooh dgn perangai lebih kurang setan..

    ReplyDelete
  53. Org lelaki memang kuat menipu,10 org lelaki 1 je jujr..Sakit hati sangat..Panas baran & ego sama naik..
    Kena suami yg gila nafsu lg la,bila dh tua baru nk insaf.Masa tu la baru menyesal.Lelaki gila nasfu,perempuam yg rampas suami org cuma nk duit dia je..

    ReplyDelete
  54. Suami tak sara keluarga. Dahlah semua belanja rumah n anak, si isteri yang tanggung. Suami sibuk dengan hobi big bike. Rumah pun isteri yg beli.Cara mudah ialah ugut utk malukan isteri di pejabat. Isteri terpaksa tahan perangai suami sebab takut hilang kerja. Suami takkan lepaskan isteri sebab nak menumpang senang isteri.

    ReplyDelete
  55. Asam garam rumah tangga dan fitrah dn lumrah kehidupan yg kita harus lalui. apa yg penting kita tawakal dan berdoa agar kehidupan yang kita sedang lalui ibarat lautan yang bergelora akan menjadi tenang. Mufakat , jujur dan ikhlas akan menjamin keharmonian sesebuah rumah tangga. INSYALLAH.

    ReplyDelete
  56. bila hati tangah sedih dgn sikap suami saya luahkan di Whatsappnya waktu dia tgh tidur..mcm2 benda sya luahkan..namun begitu masih tk sampai hati nk send..teringat nk carik nasihat pandangan dll di google nih..keluar pulak menda nih..then baru kita rasa bersyukur juga sbb suami xde kesemua ciri2 yg disebutkan tu..mmg semua manusia ni tk sempurna namun kita ni diselalu dihasut oleh syaitan yg tak suka kita bahagia..kita akan dibisik rasa tidakpuas hati.mungkin suami kita dah cuba buat yg terbaik yg dia mampu..namun lumrah kita mmg nk yg terbaik sahaja...bersuamikan org yg biasa2 ketika kita sudah agak Berjaya dlm kerjaya.mmg telah berniat agar tidak memilih calon suami asal org yg hormat org tua dan rajin solat dan tk merokok..kita terima...awal2..masa dia sayangkan kita mmg Nampak lah usaha dia..namun kita bila dah syg kita akan bantu tanpa berkira2..namun makin hari makin menjadi bila byk benda kita ygtanggung..gajinya hanya benda penting2..walhal isteri ni lah yg byr duit rumah..duit kereta..yg berkali gada dr tanggunggannya..namun segala pengorbanan x buat dia rasa yg kita dah cukup bagus..tetap bermata keranjang...penat bila dpt tahu skandalnya..rasa nk lepas aje...tp kenangkan anak2..rasa kesian tkde bapa pula..so sabar..makin lama makin menjadi.APAPUN BINI KENA IKHLAS ANGGAP REZEKI DR ALLAH MELALUI KITA..walaupun selalu nk jadi redha setan asik dtg mengganggu..isteri selalu menjeruk rasa bila semua pebelanjaan jadi tanggungjawab isteri..akkirnya suami jadi penumpang terhormat...tegur sikit tak boleh..ego rasa hebat..hm...sabar je la..skrg bini tk kerja..tapi Allah masih bg rezeki menerusi kerja2 Part time yang kadang kala pendapatannya lebih dr suami...harapnya sang suami ada kesedaran bila lama2 isteri rasa tawar hati kerana layanan dan kasih syg umpama berkurang..masing2 kurang bercakap dan buat hal masing2.bagi sya kalau tak kaya hulurkan tenaga..kalau tak kaya hulurkan kasih syg yg ikhlas...

    ReplyDelete
  57. Dalam hati memang tak boleh tipu. Aku tidak sayangkan suamiku lagi malah ada rasa benci. Sebab perangainya. Lalai solat, kuat tidur sampai ke waktu zohor, pemalas tak pernah tolong isteri dalam hal rumah, semua lantak isteri dia jadi raja dan cuma pandai memerintah dan memberatkan isteri yang sambil uruskan 3 anak. Banas baran kuat menengking anak dan saya dengan memaki hamun, pukul bantai isteri dan anak, ego sebanyak buih dilaut. Kuat tuduh dan salahkan isteri dalam segala hal. Suka buruk sangkakan saya dan timbulkan fitnah, sentiasa berfikiran negative. Semua mesti ikut kata dia, perasaan atau pendapat berbeza sedikit pun tak peduli, sungguh pentingkan diri sendiri dengan hobbinya seperti masih bujang yg sangat membuang masa dan wang. Dan segala keputusan yang dibuatnya semua atas kepentingan kesenangan diri sendiri daripada anak isteri. Merokok dan tidak pandai menguruskan wang selalu berhutang dan kuat membazir. Cerewet makan dan Lauk semalam tak akan makan hanya lauk baru masak sahaja dia makan. Memang tersangat derita hidup ini. Memang tak boleh bayangkan kita hidup harmoni hingga ke tua kerana hati saya tidak tenteram. Tiap kali mohon dgn Allah untuk diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan ini dan redha dan bersangka baik dgn Allah. Semoga Allah akan meletakkan isteri2 seperti saya darjat yang tinggi disisinya. Dan jika ini jalan ke syurgamu, aku terima dengan redha ya Allah

    ReplyDelete