Tuesday, December 25, 2012

I LOVE U , STUPID!

Penerbit : Karyaseni








KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.
Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Mula-mula baca masa kat blog Melur Jelita, Ummi rasa boleh tahan aje.. Nak dibandingkan dengan ASST, memang tak boleh lawan. ASST tetap nombor satu. So baru2 ni aje rasa cam tak tahan sebab dah lama tak membaca novel sampai habis. So Ummi grab 2 buku - ILUS dan Projek Memikat Suami.
Ummi baca sikit2 aje sebab tebal sangat. Rasa malas la pulak nak baca sampai habis. So belek2 muka surat akhirnya, yeah happy ending. Cuma last weekend Ummi rasa terpanggil nak baca semula. Ummi tak baca dari mula tapi bila 1/4 buku baru start baca non stop. Menangis ada, gelak sorang2 pun ada. Macam2 perasaan ada. Salute la sama Melur Jelita. Karya dia tak penah menghampakan.. Berbaloi- baloi beli buku dia.

Ummi suka Iris yang jelita, sexy dan paling hebat seni mempertahankan dirinya. Wacha... ambik ko..
Firman plak yang handsome dan tabah. Huh, memang lelaki pilihan laaa.. Kalau dapat kat Ummi memang takkan ku lepaskan. Hahahaha.. Mana nak tinggal papa tu..

Hidup di Kemboja memang sukar. Teringat zaman Ummi kecik2 dulu. Ummi pun bukannya orang senang. Pernah la merasa daki bukit turun bukit cari kayu api, sayur dan apa saja yang boleh dimakan.. Pokok apa tak pernah panjat.. Semua Ummi tibai aje..

Berbalik kepada Iris dan Firman.. Bila dah nak ke penghujungnya Ummi perasan yang perangai Iris dan Firman berubah. Cayalah sampai boleh merasakan perubahan diri Iris dan Firman di penghujungnya. Ada beberapa benda yang Ummi dapat dari buku ni terutamanya bahagian anak angkat tu. Nanti Ummi copy pastekan. Yelah tu....

Okay kengkawan dan adik2. Enjoy baca buku ni. Tak rugi beli dan banyak sangat ilmu yang kita boleh belajar.. Jangan lupa beli ye. Ummi bagi 5 bintang..

Monday, December 24, 2012

SEMBELIT

Ingatkan semalam Adriana menipu bila dia kata "berak, berak'.. Sebab banyak kali dia kata berak tapi bila check takde pun. Yang Ummi pun lurus bendul tak tgk any behavior changes.. Masa nak ambil petang ni, babysitter kata Adriana moyok je dan tak berapa nak main. Dia kata cam susah nak berak. Asyik kata pedih.
So petang ni, Adriana nangis 3 kali. Tak pernah dia nangis camni.. Kalau demam pun nampak letih aje. Takde nangis. Dia bukan jenis budak suka nangis. Yang ni real menangis. Ummi pun dah panik. So suruh papa beli pisang dan ubat sembelit kalau ada. Pisang tak dibelinya tapi beli ubat sembelit. Lepas je makan ubat, terus tidur..
Harap2 malam ni atau esok dah boleh berak ye.. Ummi risau ler. Selalu cakap ngan Papa, anak ada dua aje. Jangan la jadi apa2 kat anak Ummi. Menangis tak berlagu la Ummi. So bila anak sakit, Ummi tak tidur malam. Malam2 diaorg tidur atas riba. Tak kira Adriana atau Alissa. Ummi tidur duduk... takpelah berkorban sikit janji cepat baik.
Tak pernah2 Adriana macam ni. Salah makan ke? Or dah lama Ummi tak beli pisang? Huhuhuhu..

Thursday, November 22, 2012

BAHANA HARTA PUSAKA

Malam ni Semanis Kurma bincangkan topik Bahana Harta Pusaka.. Waaaa banyak rupanya yang Ummi tak tau.. Dan yang paling ku takuti ialah bila anakku dua2 perempuan. Kalau Papa tak siap hibahkan hartanya pada anak2 dan isteri, jawabnya dapat secoet jelah harta. Yang lain terus ke adik beradik lelaki si ayah..
Masyaallah, ceteknya ilmu yang ku ada.. Apa yang dibincangkan ialah jangan sekali-kali makan harta pusaka tu sorang diri jika ada orang lain lagi yang berhak. Jika kita makan harta bathil maka kena bertaubat..

Sengsara atau tidak arwah ibu atau ayah kita jika harta tidak dibahagikan sepatutnya.. Ustaz ni jawab tengok ajelah pada anak2 samada hubungan mereka terus baik atau sebaliknya. Jika hubungan baik, maka insyallah ibu dan ayah kita di dalam sana aman dan tenteram. Jika hubungan renggang dan tidak baik maka sebaliknya juga berlaku pada ayah dan ibu kita di sana. Nauzubillah..

Ya Allah, jauhkan lah kami dari makan harta yang tak sepatutnya.. Takutnya balasan Allah sebab sekarang kita dibayar cash di dunia ni. Tak payah nak tunggu di akhirat nanti.. Dan Ummi kira semua orang pernah mengalami perkara ni, berurusan dengan harta pusaka. Bahagilah seadilnya. Sesungguhnya hidup lebih bahagia dan diberkati dengan harta yang halal.

p/s: pening tengok orang berurusan dengan harta pusaka. Macam2 ragam boleh tengok. Orang yang baik boleh jadi tamak bila tengok duit.. Orang yang asalnya tak nak, ubah fikiran nak pula harta tu. Ada yang cuba2 nak sorok harta tu dari adik beradik yang lain. Ntah laaaa

Sunday, November 11, 2012

APA SAYA MASAK SEMALAM DAN ARI NI..

Hujung minggu kadang2 jadi hari yang paling malas nak masak. Yelah ari2 kena masak. Kadang2 rasa cam nak rehat la plak.. Mesti ramai yang tak sangka Ummi masak almost hari2.. Ummi tak berapa suka makan kat luar.. And Papa pun cam selalu request Ummi masak. Ke nak jimat abang oiii...

Anyway, dah jadi biasa kena masak ari2. Kalau letih atau boring Ummi suruh la Papa belikan... So semalam Ummi masak bihun goreng and sandwich sardin untuk sarapan, nasi ngan lauk sambal sotong and ikap siakap masam manis for luch and grill chicken drumstick for dinner.. Petang for tea time buat buah melaka ngan Alissa and keledek goreng. Pagi tu Ummi tengok channel 727 - Tyler's Ultimate and main item dia ialah sweet potato. Dan dia buat kerepek keledek. Nampak cam sedap so Ummi pun tirulah sebab kebetulan ada beli keledek. Not bad, manis aje... Ada sebijik lagi and rasanya nak buat kuih cek mek molek kot..

So ari ni sangat malas.. Pagi buat kuih balak/ kuih ketayap. Inti semalam dah buat lepas buat buah melaka. Lunch buat nasi ayam tapi makannya tok dinner. nak buat sardine puff sangatlah malas nak menguli.. Malas2.. So sekian cerita menu ari ini..

PUFF PASTRY

Cik Lim, ni gambar puff pastry seperti yang diminta. Ummi memang rajin masak sardine puff or apple pie sejak ada oven ni. Malangnya apple pie macam ada yang tak kena aje.. Padaku ok aje tapi Papa dok kata tak sedap.. Sardine puff marvelous.. hahaha.. puji diri sendiri plak..

Ni la kulitnya.. tak yah susah2 nak buat tapi kalau rajin apa salahnya...

apple turnover.. Ummi sangat suka tengok channel 727. Barefoot Contessa. dan hasilnya.. Tadaaa

Rasa ok cuma rupanya cam tak berapa nice.. Tak kisah la labu, janji sedap..

NAK LETAK JUGAK...

Gambar dah lama tapi inilah saya di Restoran Upin & Ipin. Dalam ni ada special tempat untuk ambil gambar. Cantik tak?



Ummi rasa ini yang menariknya tentang Restoran Upin & Ipin ni.. Ada tempat bergambar dan kedai cenderahati jual barangan Upin & Ipin...

MAINAN BARU..

Kalau namanya dah ada anak, tak sah kalau tak beli mainan. Pegi mana2 pun, mainan jugak yang dorang nampak.. Tambah lagi kalau benda dah lama mintak.. Al kisahnya hari ni nak pegi kenduri kawin. On the way, hujan rintik2.. Cam biasa, Papa mulalah malas.. Padahal dah lalu jalan nak ke kenduri kawin tu. Alissa bengang aje sebab dia sangat suka pegi kenduri. Suka sebab nak door gift dari org kawin tu. Budak2 tu jelah yang di naknya. Bukan nak makan nasi minyak pun. So memandangkan tak pegi kenduri, maka melenconglah ke Mydin. Sebelum tu top up Touch n Go sebab nak balik Penang. Yahooo.. Gossip time and nak beli beg baru. Harap2 diluluskan oleh Papa memandangkan Ummi baru aje beli beg baru... Please2...

Since belum makan, jom serbu Upin dan Ipin Restaurant. Yang benarnya, makanan dia taklah sedap mana. Harga mak aiii, baik makan kat food court. Tapi Papa belanja and budak2 nak so ikutkan jelah..Ari ni tak masuk Mydin tapi Ummi nak pegi beli bekas simpan kuih jap.. So mari kita ke Happy Home.. bukan tupperware yang dibeli tapi.. TADA

Ni la bendanya... Entah apa namanya.. Tapi dipanggil kuda oleh budak berdua ni..

Nampak tak? favorite soklan dari Adriana..

Dah.. dah.. Adik naik sorang je.

Yuhuuuuu..

Ambik ko.. Meh piat telinga dia



Marilah naik...

Memandangkan adik dapat kuda, so kakak pun nak beli gak.. Apa dia? Snake and ladder versi small siza and magnetic. Punyalah kecik dadu dia. cenonit aje.. So main 1 round dengan Ummi and yahooo Ummi menang. Muka bengang aje kakak..

snake and ladder
 Dan Saidina ni dah beli lama.. Kesian dah lama minta so belikan ajelah.. Layan