Saturday, March 29, 2014

CUTI CUTI BANDUNG 2014

Assalamualaikum..

Dah seminggu balik dari Bandung. Alhamdulillah, percutian yang menyeronokkan walaupun tragedi MH 370 masih hangat diperkatakan. Rasa takut pastilah ada tapi memandangkan dah lama rancang percutian ni, takkan nak batalkan pula. Anak2 pulak rasa seronok nak naik kapal terbang. Belum faham kaitan dengan MH 370 yang setiap masa muncul di kaca TV.

Beli tiket dari tahun lepas. Biasalah nak murah. Kalau tak silap beli bulan Jun or Julai. Lupa dah..Kali ni tiket lebih murah dari tahun 2012. Maklumlah Ummi baru belajar beli tiket murah. Tak sangka boleh dapat yang lagi murah. Tp mesti ada orang lain yang dapat lagi murahkan...

Total untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Tiket: RM 472 (kalau tak silap tilet dalam RM 412 or RM 422, tapi sebab kena bayar guna cc jadilah seperti yang tertera)
Tambahan: Luggage - RM 166 - pergi 20kg dan balik 50kg dan 2 meal masa balik

TOTAL: RM 638

Kali ni timbang betul2. Dulukan kena bayar sebab terlebih bawa barang masa pegi. Kali ni just nice je. Pergi dalam 18.5kg and balik dalam 43kg.

Ummi tukar duit dalam tiga ribu. Huhuhu kira rugi gak sebab makin nak pegi makin naik currency. Sabo jelah.

Tarikh: 16 Mac sampai 20 Mac 2014.


GREENTOWN DIM SUM CAFE

Assalamualaikum..

Dah menghampiri penghujung bulan Mac. Cepatnya masa berlalu. Dua mingu lepas sempat pegi makan kat tempat ni. Ummi suka. Mr Kingshah 50-50. Greentown Dimsum Cafe. Halal ok restoran ni. Best dapat makan dimsum. Yelah, bagi kita yang muslim ni susah nak dapat makan dimsum halal. So kalau korang datang Ipoh silakan datang ke restoran ni. Terletak dekat Greentown Mall ?? Ye ke.. Tapi dekat Ipoh Parade dekat Ria Moda Ipoh. Banyak pilihan makanan. Kalau korang suka makanan Cina, sinilah tempatnya. Dim sum dia harga dlaam range rm 3-5  aje. Murah dan sedap. Tapi yang paling Ummi suka sebab sini takde service charge and tax. Apa yang korang makan tu la yang korang bayar. Takde extra charges. Bagus bagus..

Nilah cafe tu. Gambar cam biasa, blur sebab hp tuan belog bengong aje..
Alissa dan air mangga yang ada biji yang meletup dalam mulut. Favorite bebudak ni. Bukan minum air. Nak biji yang meletup ni aje..

Adriana yang montel.

Lepas makan dok main kejar burung. Sabar jelah..
Ummi punya. Lupa nama apa tapi ala2 mi kicap ngan sup

mee claypot. Banyak sampai tak habis. Mr Kingshah bukan suka makan  sup. Tapi memandangkan belum masak nasi, hanya ada mee so redha jelah

Dim sum - ayam

So kalau korang bercadang nak makan dim sum, silalah datang ke sini. Best..

Thursday, March 13, 2014

PHOTOBOOK

Assalamualaikum

Photobook Ummi dah sampai!!!! Yehaaa.. Akhirnya.. Dah lama Ummi tau pasal photobook ni. Dari company photobook offer dengan harga RM 0 cuma bayar shipping via groupon. Kalau korang buka web groupon untuk dapat harga murah kat situ laaa. So yang lepas tak dapat nak beli. Tak sempat. Akibat suka melengahkan masa.

So kali ni Ummi terus ambil kesempatan beli 3 sekaligus. 2 akaun Ummi dan satu Mr Kingshah punya. Yang Ummi punya guna dua email add berlainan. Tak tau la dapat ke tak sebab nanti dia guna phone number plak. So akhirnya dapatlah Ummi hasilkan photobook yang comel aje ni. Company Pixajoy rasanya.. Hahhaha boleh plak lupa nama company. And this time pun offer dah habis rasanya. Korang kena rajin2 masuk web camni -Groupon, Livingsocial, Megadeal etc.. Tapi siaplah email penuh ngan advertisement. Kalau tak suka silap jangan subscribe ye... Karang fengsan bukak email..

Tada.. Dah sampai.. Rupa2nya orang yang ada kat umah dah buka.. Sape suruh buka?

Nilah kotak dia. Kecik je. 6X6 gitu

Front page.. Ingatan kembali ke Sydney Australia 2011. Insha Allah ada rezeki kita akan ke sana lagi.

Pages inside. Terpulang la nak susun gambar camne. Suka hati. Template dia bagi tapi boleh adjust.. Simple aje sebenarnya. Tapi kul 2 pagi jugak la baru tidur. Macam2 boleh tambah e.g. masks, backgrounds, frames and scrapbook.

boleh tulis apa saja kalau nak

dan lagi........
So kalau nak photobook free sila rajin2kan diri jenguk web2 yang Ummi mention di atas. Yelah dari harga RM79 boleh dapat free kecuali bayar shipping RM8. Sape nak bagi beb.. Ada jugak dia offer benda2 lain macam kalau nak buat gambar size 4R, poskad dan sebagainya. Harga oklah tapi kalau free lagi best kan.. So apa lagi. Jom visit page... Thanks you Pixajoy

Wednesday, March 12, 2014

BERDOA UNTUK MH370

Assalamualaikum..

China satellites missed 'golden opportunity'

Setelah 5 hari berlalu masih belum ada berita tentang MH370. Dan semakin banyak teori2 yang ntah boleh dipakai atau tidak. Dan semakin banyak bahan berita tentang MAS, ntahkan benar ntahkan fitnah. Semakin ramai pula yang jadi wartawan tak bertauliah. Ada yang menyalahkan kerajaan, ada yang menuding jari ke sana sini dan macam2 lagi.

Tapi pada Ummi, apa pun yang berlaku dan siapa pun yang bertanggungjawab, yang penting kena cari flight tu dulu. Ni takde apa pun tapi semua orang sibuk menunding jari. Marilah kita bersama2 berdoa agar pesawat ini ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun. Tapi doa dan harapan agar mereka masih hidup.

Ummi tau berita ni pagi Sabtu. Padahal malam tu sibuk nak buat photobook sampai siap. Tidur kul 2 pagi. Tak pernah dibuat oleh Ummi tidur lambat. Ummi percaya tidur yang cukup akan membuatkan kita sihat. Cewah.. Dan sepanjang hari Ummi dok menghadap TV. Tak pernah dibuat juga OK terutamanya nak tengok berita. Ummi ni memang akan pilih channel masak as compare to berita. Sedih plak bila tengok berita tu. Dan sehingga ke hari ini Ummi masih mambaca berita (banyak yang tak betulnya especially dalam forum). Balik rumah buka berita, dalam internet asyik dok tengok kalau2 ada berita. Memang tak ada saudara mara di dalam pesawat tu tapi hati rasa sedih. Maybe sebab flight tu MAS punya. Negara punya.

Sama2 lah kita berdoa agar MH370 dapat ditemui.

Sunday, March 9, 2014

SUPPLEMENT

Assalamualaikum..

Korang makan supplement apa? Ummi ntah laa.. Ikut suka hati je. Tapi lately badan cepat betul letih. Mmg rasa macam kena belasah aje. Tu yang kul 9 dah tido.. Hhehehhe..

Dulu Ummi makan Ladies Collagen. Macam kat bawah ni. Sedap sbb tak payah bancuh, terus minum. Beli dengan harga potongan, murah la sikit.

Dalam bentuk sachet yang terus boleh digunakan.
 Tapi sekarang Ummi tukar pada Ephyra. Dah lama baca tentang ni tapi tahun ni memang nak cuba. Cuma ada bebrapa benda yangUmmi nak nampak kesannya. Contoh cam rambut . Ummi mmg ada masalah rambut gugur. Sekarang masih ada rambut gugur tapi kalau boleh nak la anak rambut tu tumbuh. Yang kedua tumit kaki merekah. Teruk sangat2.. Nampak cam better tapi still tak puas hati lagi. So ni baru kotak kedua. Harap result dia sangat memberangsangkan laaa nanti.

Ummi beli ngan blog kak di (green apple). So ada free gift. Ummi dapat bag oragnizer. Oklah kan.. Dia bagi shaker ngan beg ephyra.

 Kali kedua beli masih ada free gift tapi dia kasi cardigan sebab bag organizer dah habis. Apa2 jelah.. free gift sentiasa ada. Best... Harga RM 197. Ok la tu kan..
Selain itu Ummi ambil EPO. Dah beberapa tahun ambil. Tak tau apa kesannya tapi continue je makan. Orang kata kesannya long term baru nampak. Samada 600mg atau 1000mg.

       

So korang makan apa? Cuba share skit. Ummi tak berani nak makan makjun atau tradisional punya jamu. Penah try lepas bersalin Alissa. Habis bibir kering dan mengelupas. Bertahun juga bibir macam tu. Malu giler ngan orang. Ummi pakai lipstick apa ye (lupa lak nama company) bibir terus elok. Sebab lipstick tu ada collagen. Tu yang kena makan collagen tu..

Saturday, March 8, 2014

PERANGAI

Assalamualaikum..

Nak citer skit pasal perangai budak berdua ni. Totally different.Orang kata perangai anak2 sah2 ikut perangai mak bapak dia. Meh nak compare skit.. Betul ke?

Alissa jenis clumsy skit. Letak barang merata2. Nak kena marah2 dan tinggikan suara dulu baru nak kemas mainan. Pastu kalau bagi arahan nak kena ulang banyak2 kali. Ya Allah, bikin Ummi sakit jantung ok. Macam tadi, suruh ambil daun kari boleh plak dia dok atas sofa tengok TV. Bila dah jerit barulah ambil. Tu pun sound mana ingat, tak dengar pun. Amboi, telinga letak mana.. Tapi dia sangat suka baca buku. Macam Ummi la tu. So kenalah Ummi beli novel kanak2 bagi dia baca. 














Alissa ni masa kecik orang selalu ingat dia anak Cina/Jepun. Kulit cerah dan mata sepet skit. Dah besar asyik main panas, dah gelap kulitnya. Sekarang dah kena pakai cermin mata. Sikit aje power tapi sebab dia beria2 nak pakai so bagi jelah.

Adriana plak jenis yang sangat teliti. Pengemas dan pembersih. Huuu makanan jatuh skit pun dia kutip. Nak bersih sentiasa. Bila makan memang bersihlah. Takde tumpah punya...Nampak macam organize tapi x tau la. Dia memang tak takut orang punya. Garang pun boleh tahan.

Alhamdulillah dua2 anak Ummi membesar dengan baik. Bayangkan masa lahir dua2 berat lebih kurang 1.5kg je. Ummi yang sampai naik 20kg. Premature baby. Takut juga ada delay in development. OK, sihat walafiat walau Adriana ada mild asthma sbb masa kecil dia pernah kena bronchitis.. Setiap 1-2 bulan Adriana memang berulang ke klinik ambil neb..

sebulan seminggu lepas lahir. kecikkan.. kepala diaorang kecik sesangat. memang takde isi ler..


4 bulan


5 bulan


1 tahun 5 bulan.. Comel tak?


Sekarang...
Adriana masih cerah tapi makin kurus. Maybe due to asthma. Alissa dulu 5 years old baru start kurus.. Adriana sekarang dah kurus. Kesian. Ermm ada 2 anak perempuan kerjanya beli masak2. Rumah penuh dengan mainan. Yang sorang rajin kemas yang sorang lagi main tinggal aje..

BIRTHDAY

Assalamualaikum..

Birthday Ummi dah lepas. Mak aiii dah tua dah Ummi ni. Alhamdulillah, walaupun berperang dengan macam2 masalah tapi Allah masih kurniakan rezeki kepada Ummi. Makin umur meningkat, makin tenang rasanya. Otak pun dah malas nak fikir karenah orang lain. Apa yang penting, utamakan diri sendiri dahulu. Dah penat asyik fikir hati dan perasaan orang lain. Sekarang masa untuk diri sendiri.

Nampaknya rezeki nak tambah anak diganti dengan rezeki dapat sambung belajar. Apa pun Ummi terima.. Rezeki Allah bagi. Selagi boleh tambahkan ilmu di dada, go ahead. Mr Kingshah selalu perli Ummi. Tak payah nak sambung belajar. Tau la ada profesional certificate tapi kurang2 bagilah support kat bini ni. Tapi Ummi tak kisah. Cuba buat yang terbaik walau selalu diperlekehkan.

Cam biasa hanya wish aje yang dapat dr Mr Kingshah. Dia bukan tau nak buat suprise ke apa. Ada Ummi kisah. Nando.. Tapi bebudak office ni baiklah sungguh. Malu lak rasanya..

Ni la bebudak office Ummi - Wai Yein and Lynette. Thank you Way Yein beli kek sedap...
Petang singgah Deli Garden beli kek untuk diri sendiri. Hahaha, kesian tul.. Just nak gembirakan diri sendiri. So apa azamnya sempena ulangtahun kelahiran tahun ni? Adalah... Biarlah rahsia..