Sunday, May 12, 2013

SILA BACA YE..

b) Pendapat Ustaz Azhar Idrus:(credit to noorhazirahamdan)
Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara penting seperti jual beli dan seumpamanya, maka hukumnya adalah harus. Tapi, wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja. Manakala, sekiranya mesej seperti "tengah buat apa?" "suka warna apa" ataupun "dah makan ke belum?" maka hukumnya adalah haram dalam Islam

Saturday, May 11, 2013

SEMPUT DAN TADAAA GUNTING RAMBUT

Lagi tentang Adriana... Mulut dia ishhh tak tertahan mendengarnya. Trademark dia 'Apa masalah?' 'Tak reti-reti'(ni ikut Ummi laaa, adoiii), 'tak guna'(ambik ko dia tiru dalam boboiboy, baru2 ni dengan 'terbaik'. Rabu lepas semput lagi. Ermmm almost every month kena neb. Adoi laaa. Selalu sekali je dah ok, dua bulan  ni kena at least 2 kali. Ni memang salah Ummi sebab tak monitor makanan dan minuman dia. Doktor kata dia memang dah ada mild asthma.. So mulai dari sekarang, no ice blended, no drink with ice, no nugget, no sausage or oily food. Harap2 berkesan le.. Sekarang pun bila bgtau dia ok bleh terima. Kena ugut skit cakap doktor marah so dia oklah.. Dan dia pun jenis tak takut makan ubat. Alhamdulillah...
Dah biasa laaaa..

Cam Ummi plak yang excited. Cepat sembuh ye adik.. Ummi bukan bleh cuti2 ni. Sibuk bulan ni tau
 So meh kita sambung ngan aktiviti ari ini. Setelah beberapa minggu asyik nak potong rambut so ari ni dari pagi lagi Adriana asyik tanya 'nak pegi gunting rambut ke?' Adalah dalam 10 kali dia tanya. Penat nak menjawab..Ok dah potong rambut adik. Comey sudahhh...
Saya dah biasalah potong rambut. Kena dok atas kerusi tinggi..

Tengok beranikan saya..

Hampir siapa.. Ala lupa nak snap lepas gunting. Nanti2 kita snap lagi ye..
 Lepas gunting rambut kita pegi Mydin. Pun dekat 10 kali dia tanya ' pegi mydin ke?' Last2 papa plak tanya dia.. Dan semestinya nak main benda2 macam ni.. Ari ni kakak ada Kem Solat kat sekolah. So pakai baju sekolah laa..
Jom berhimpit naik helikopter

Alissa: Saya jadi pilot.. Sedia...

KESIMPULAN DARI KISAH BILA LELAKI DAN PEREMPUAN SAMA GATAL

Ok.. Mari kita buat kesimpulan dari tajuk di atas. Pelbagai cara digunakan untuk memerah otak mencari jalan yang terbaik. So ini conclusion Ummi. Lepas ni ingat nak bukak lagi topik ni tapi cam malas aje.. Tengok jelah kalau ada tu adalahhh.. Kalau tak bye-bye..

Kesimpulan pertama
- Lelaki dan perempuan kalau dah hobinya suka mencari teman di luar terutamanya yang berlainan jantina memang sukar nak hapuskan tabiat tu. Tambah lagi dari bujang sampai kawin hobinya tetap sama. Bukan kata semua yang tak berubah tapi yang berubah hanyalah kecil bilangannya. Dapat hidayah ler tu.. Alhamdulillah.. Ummi dulu ada juga chatting2 ni tapi sekarang ni rasanya tak berbaloi tambah lagi banyak keje lain yang lebih baik Ummi boleh buat. Lebih bermanfaat. Dari asyik meluahkan perasaan atau kononnya bersembang yang akhirnya menjerumus kepada perkara yang kurang baik..Tak dinafikan kita perlu mencari kawan tapi bak kata orang2 yang pandai agama ni carilah kawan yang sama jantina sebab yang berlainan jantina ni ada maksud yang lain. Huhhhh..
Korang plak jenis camne
a) suka berchatting walaupun dan kawin
b) kadang2 ada juga tapi ngan kawan2 lama aje
c) chat juga tapi ngan kawan pompuan je
d) malas nak chat, jumpa je terus
e) tak berminat, banyak lagi keje nak buat.

Kesimpulan kedua
-Para isteri yang suaminya suka berchatting dan melayan perempuan2 di luar sana. Sabar jelah... Sesungguhnya orang2 yang sabar akan mendapat ganjarannya. Doa banyak2.. Ni sedikit petua dari Ummi, kalau korang jenis yang terus naik angin dan terus menyerang, hentikan laaa... Tak berguna idea ni. Paling teruk kita yang si isteri yang teraniaya ni juga yang kena balik. Kita serang pompuan tu, pompuan tu report kat laki kita, laki kita marah kat kita.. Adil keee??? Berasapppp je..
So gunalah pendekatan ini yang telah dipraktikkan dan alhamdulillah berjaya. Doa orang yang teraniaya terutamanya isteri lebih mujarab. Hati memang sakit, rasa tertipu dan macam2 lagi. Rasa nak mengungkit semua benda. Hentikanlah. Tenangkan hati dengan banyakkan solat, banyakkan mengaji, banyakkan berdoa dan buat macam biasa. Bila si suami melihat isterinya yang kurang bercakap, tapi masih melakukan semua perkara yang biasa dilakukan, banyak pula solatnya dan terlebih pula mengajinya maka si suami akan berfikir banyak kali. Mungkin bukan untuk semua orang tapi pasti akan berjaya pada sesetengah orang. Bayangkan lah tetiba si isteri rajin plak bangun malam solat sunat. Tak terkejut ke si suami tu. Memang nampak cam buang tabiat, tapi hasilnya lebih baik..(ni bagi yang jarang2 solat sunat ler)
Then bila si suami tanya barulah jawab. Sebab tgh ada wudukkan jadi hati lebih tenang. Takde la nak naik suara ke apa. Lepas tu si suami nak berubah atau tak terpulanglah. Kita dah usaha yang pasti tawakal jelah lepas tu.
So jangan serang membabi buta, doa dan solat la sebanyak yang boleh.. Yelah Allah melihat apa yang hambanya lakukan. Sepandai2 tupai melompat akhirnya terbongkar juga rahsia. Memang asalnya kita malas nak check handphone suami tapi bila tiba2 ternampak what's app berabang berbaby, tak ke naik darah kejap.
Mari kita jawab sikit, apa korang buat kalau suami camnni
a) perang dunia ketiga
b) suka ati ko la nak buat apa
c) takpe ko boleh buat aku pun akan buat jugak
d) redha jelah
e) diam bukan bererti mengalah, doa dan minta pertolongan dari Allah. Insyallah hati lebih tenang.

Kesimpulan ketiga
- Seronok ke ramai kawan berlainan jantina? Ummi honestly tak ramai kawan. Sombong, tak jugak. Cuma rasanya tak perlu kot. Ok orang pompuan sila jawab. Lelaki tak payah sebab korang dah memang terkenal dengan kegatalan. Abaikan..
a) Seronok sebab bleh ada ramai kawan
b)So so kira hilangkan kebosanan
c) Kalau laki orang tak layan, bujang aje layang ( ni bagi pompuan bujang)
d) Best gak layan sebab bleh kongsi citer hidup (tambah lagi kalau bab SX) Hishhhhhhh
e) Kalau ada kepentingan boleh dipertimbangkan
f) Tak perlulah, cukuplah dengan suami, ayah, datuk, bapa saudara, anak, anak saudara dan saudara mara lelaki melainkan kalau ada keperluan yang sangat2 penting

Ummi rasa tak salah nak berkawan.. berchatting pun bleh no hal. But plz jangan sampai melarat. Dari berchatting biasa sampai kepada yang luar biasa, dari online bertemu muka, dari pandang2 ke pegang2, pastu ntah.. takde pengalaman. Sedarlah wahai perempuan yang bergelar isteri, perlu ke nak kawan2 ngan ramai lelaki terutamanya suami orang? Perlu ke sampai nak bertelefon dan berjumpa? Perlu ke nak citer pasal hal rumah tangga pada lelaki yang tak dikenali? Perlu ke nak bagi gambar tak bertudung (bagi yang bertudung)? Perlu ke nak bercerita pasal benda SX? Perlu ke nak sorokkan dari si suami kawan2 anda? Tepuk dada tanya selera..

Huhhuu panjang sudah Ummi membebel. Memandangkan dah terkena pada batang hidung sendiri inilah pendekatan yang Ummi gunakan. Diam, solat banyak, berdoa banyak, teruskan hidup macam biasa insha Allah akan diberikan petunjuk. Selebihnya bertawakal pada Allah kerana Dia maha mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Dan kepada perempuan2 di luar sana, suami saya mungkin gatal tak sikit, banyak, elakkan lah dari melayan dia. Kalau bertepuk sebelah tangan mesti tak berbunyi. Cuma kalau dua2 saling berbalas tepukan pastilah menjadi bunyinya. Saya ada semua nombor anda semua, bak pepatah kata sepandai2 tupai melompat kena tangkap juga.. Hhahaha. Nak bukti lagi, saya simpan salinan chatting anda semua. Nak lagi, gambar2 anda semua juga ada. Kalau saya ni jahat dah lama saya paparkan dalam laman web yang macam2 tu. Dah lama saya sebar2kan. Takpelah.. Semoga saya sentiasa diberkati dan diberikan petunjuk oleh Allah...

ADRIANA DAN TAMAN

Adriana loves taman so much. Kalau pegi Mydin mesti nak main kat taman. Sekarang ada lagi baru, nak main yang guna token tu. Takpelah dik, zaman Ummi dulu takde. So kasi can la kan..

Last week masa hari mengundi we went to AEON stesen 18. So kat luar tu ada taman. Since akak tak ikut tinggal la Adriana je.. Apa lagi 1 hour main sorang2. Tunggang terbalik dia main slide. Bukan slide yang tunggang terbalik, Adriana punya stail yang tunggang terbalik. Hishhhhh... Adriana dan taman tak boleh dipisahkan..

Horeyyy.. masa untuk main.. yahuuuuu

Baring pun best gak

Jap nak betulkan kasut

Jom duduk rileks dulu

Ready.. Gooo

Hishhhh.. sibuk je kasut ni

Hahh.. Ni baru best

Ni lagi hebat..


Dan lagi.. dan lagi... dan lagi

Thursday, April 25, 2013

BILA LELAKI DAN PEREMPUAN SAMA GATAL...

Hahahhaa.. apa macam tajuk kat atas.Hishhhh.. Parah sungguh. Lelaki gatal memang biasa, tapi perempuan macam tak kena plak. Tapi itulah realiti zaman sekarang. Ummi terperanjat gak bila tengok realiti depan mata.. Al kisah lelaki tu memang malas nak citer la sbb dah peel lelaki yang merenyam.. Yang terkejutnya sebab perempuan. Adakah aku dalam golongan yang tak penah bercadang nak buat benda2 camni bila dah kawin.  Iye la kot!!!!!!!!! Fuh nauzubillah..

Yang si perempuan ni seorang cikgu, melayu, bertudung. Masyallah dah bersuami dan beranak rasanya. Tapi boleh lak berchatting lucah. Dah la chatting plus bagi gambar tak senonoh. Malu sungguh rasanya. Dan terang2 mengaku smoking.. Habis la anak murid kalau cikgu pun dah perangai camni. Bukan nak memburuk2kan cikgu tapi ni yang betul ye. Kesian laki dia..

Yang Ummi tak faham kenapa nak buat semua benda ni. Allah dah bagi yang halal, yang haram juga ko nak buat. Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi so lelaki dan perempuan dua2 gatal. Tapi yelah, kalau ko boleh elakkan baik ko elak.. Ya Allah, jangan la benda ni jadi kat Ummi. Minta dilindungi....

Thursday, April 18, 2013

FB DAN WHAT 'S APP

ermmm ummi percaya hampir semua org ada account fb... dan ramai yg boleh berwhat's app.. tapi sedih bila tgk ramai suami org melayan isteri org, isteri org melayan suami org, anak dara mencari suami org, si teruna mencari isteri org.. mmg fitrah manusia akan tertarik kepadabyg berlainan jantina. tp sedarlah status tu skit... x salah berkawan ramai tapi yang ramai tu berlainan jantina. apa kelebihan seorg suami atau isteri mempunyai kawan  berlainan jantina. sbb bila dah asyik akan mengundang zina.. lelaki dan perempuan sgt sukar untuk menjadi kawan baik...fikir2 kanlah para suami, isteri,anak dara dan teruna di luar sana... ini pendapat personal ummi, x perlulah nak tambah kawan yg berlainan jantina melainkan sahabat lama kita sbb byk keburukan berbanding kebaikan. .. tapi lain org lain pandangan. .. terpulang...

BAGAIMANA NAK TENANGKAN HATI?

dah lama tak berblog. ummi hanya rajin buka blog org aje, blog sendiri malas.... seminggu yg lepas hati asyik tak tenang. asyik berprasangka yg buruk aje. dah lama x jd camni.. nampaknya kena tingkatkan lagi solat sumay dan mengaji ni.. tu je penawar setakat ni yg sgt murjarab.. ya allah, tenangkan lah hati hamba mu ini... jauhkan lah aku dari sifat syak wasangka yg boleh mendatangkan fitnah..