Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

Assalamualaikum.....Hari ni last day puasa. Alhamdulillah, Alissa puasa penuh. Adriana macam biasa tukang tanya kakak nak air tak, nak kuih tak.. Sabar jelah. Dah la kakaknya puasa. Raya tahun ni di Ipoh.  Alissa tanya tak balik umah mak ngah ke? Tak best raya kat sini.. Kalau dengo dek Toknya mau kecik hati orang tua tu.. Tapi Ummi pun rasa tak best.. Yelah, bukan ada apa.. Raya pertama pergi Parit Buntar ngan Penang. Pastu dok umah. Orang pun bukan datang sangat kat umah ni.Kalau balik Pahang, sehari sebelum raya dah sibuk buat macam2. lemang, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang dan rendang. Semua siap.. Kat Ipoh, sendiri masak.. Jadi Ummi dah siap masak sambal kerang dan rendang ayam. Giler beli kerang yang ada shell tu lagi. 3 kilo ok.. sabo jelah. yang tukang nak makan dok  terbongkang tido. nampaknya plan nak buat almond london kena tangguh dulu. letih sangat ni. SO Ummi nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. berhati-hati di jalan raya.. jangan main mercun ye.. dan amalkan ziarah menziarahi ye.. tepon, tab dan sebagainya sila letak tepi dulu... maaf zahir batin...

No comments:

Post a Comment