Friday, April 4, 2014

CUTI CUTI BANDUNG 2014 DAY 5

Assalamualaikum..

Takde gambar dah sebab ingat nak balik aje. Lebih kurang kul 6.00 pagi pak supir datang. Dalam 15 minit sampai la airport. Bagi duit transport ngan upah dia sekali. Thank you Pak Norman. Next time datang saya book Pak Norman lagi ye. Masuk dalam belum boleh check in luggage lagi. Citer pasal luggage, timbang kat hotel beg merah tu 23kg dan beg biru dalam 17 kg. Ada space lagi. Dulu masa gi Sydney hambik ko dua2 beg 30kg. Datang bawa beg merah, Balik terberanak plak beg. Beg biru tu memang letak siap2 dalam beg merah. Senang nak menambah. Tak payah beli beg baru.

Sila bayar tax RP75k semasa di airport ye. Kalau tak jenuh kena halau pergi bayar. Adriana pun kena. Alhamdulillah flight tak delay. Mr Kingshah ngan alissa siap pergi makan. Mr Kingshah ajak tapi Ummi malas. Dia nak menghabiskan rp50k. Alih2 kena tambah RM 15 lagi. Kalau Ummi join dah tentu kena bayar banyak lagi. Takpe sebab dah beli meals dalam flight. Tapi bukan untuk Ummi. Huwaaa..

Masa nak take off kapal terbang ni berhenti kejap. Pilot dia sikit punya ramah. Siap bagitau route yang nak kena lalu. Tapi x nampak pun. Dari kapal terbang ni berhenti then tiba2 dia terus laju dan take off. Sabo jelah. Terkejut Ummi tapi memang laju giler. Ada la sikit turbulance tapi masih ok. So Alissa ngan Adriana makan nasi lemak Pak Nasir. Habis. Hebat betul budak berdua ni.

Sampai kul 11.30 pagi. Ambil luggage, lalu kastam then bayar parking. Total RM 153.20. Oklah tu as compare to before. So next time kena park kat zone c jelah.

So end story about Bandung. Korang kalau nak pergi Bandung untuk shopping 2-3 hari dah cukup dengan syarat bukan masuk semua kedai la.. Tapi kalau nak sight seeing kena ada xtra day. First visit, cuma pergi Tangkuban Parahu. This visit, Ummi insist nak pergi Taman Safari dan Kawah Putih. Experience yang berbeza. Nak bawa anak pun ok aje. Tapi tak boleh aktiviti padat sangat. Budakkan banyak ragam... Insha Allah ada rezeki kita datang Bandung lagi. Matlamat kali ni shopping aje. Hahhahaha.. Erm patut tak Ummi pergi untuk berbisnes kali ni?

nilah begnya. Kecil aje. Hhahahaha. Ni sebesar2 beg ok

1 comment:

  1. Boleh tak akak bagi saya Contact number supir tu kak? saya nak pegi bandung 2hb mei 2014 ni. nak booking supir, takut supir x bagus. email kat saya ye kak, ezza.05@live.com time kasi.

    ReplyDelete