Wednesday, March 13, 2013

NOVEL YANG MESTI BELI

Jom beli novel.. Hebatlah April ni.. Kopaklah duit ku.. Mesti beli
1. Suami tak Kuhadap - Rehan Makhtar
2. Biar YM terus berbicara - Hanni Ramsul *Sian Tiya.. apa pun kena baca dulu.. tak sabar ni
3. Pelangi cinta buat suami - Acik Lana
4. Kau Giler - dyadila * dah lama Ummi baca kat blog. akhirnya kuar gak ye..
5. tak berapa ingat tajuknya - Suami aku Palyboy itu.. lebih kurangla..

Huwaaaa... Kopak duit ...

NOVEL - CHAN RAK TER.. AKU CINTA KAMU



“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

Honestly Ummi tak pernah baca kat blog pasal citer ni. Baca tajuk pun cam kureng aje.. Tapi bila sampai Popular nak beli buku, belek punya belek, Ummi rembat juga.  Maybe sebab cam ader iras2 citer ILUS kot.. Tapi bila dah baca Ummi memang tak leh stop. Rasa cam best aje.. Mmg rasa cam ada dalam citer tu. Hhehehhee..


Tak reti nak ulas lebih lanjut. Bila si gadis yatim piatu jumpa si teruna kerabat di raja ermmm end up kahwin. Si teruna memang caring giler.. Asalnya dari kasihan dan rasa tanggungjawab bertukar jadi cinta dan kasih. Pertukaran agama dan tamakkan harta. Yang benar iri hati sebab nak kata takde harta, belambak harta cuma yang si teruna asyik lebih dari si sepupu yang dengki..


Ummi suka aje baca novel ni.. Yang penting happy ending.. Selamat membaca..

NOVEL - KISAH NAZ DAN KHAALISH







Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25


Terbitan: Karya Seni
 



PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?
Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”
Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal…  Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

Cerita ni Ummi sentiasa ikuti dalam blog penulis ni.. Tak menghampakan hasil tangan yang kedua selepas.. alamak lupa plak novel pertama penulis ni.. Hah, Projek Memikat Suami.. Best.. Pertama jenis lelaki yang setia and caring, huhuhu dan kedua mestilah happy ending. Tapi biasalah novel, typical lelaki yang kacak dan kaya... Tapi semua orang pun suka aje kan..

Pengembaraan Naz membawa hati memberi Ummi banyak pengetahuan tentang tempat org lain. Maklumlah Ummi bukannya selalu pergi tempat orang so bila baca buku camni dapat gak idea. Manalah tau satu hari nnt dapat pegi tempat yang macam ni..

Tapi I like Naz punya karakter.. Sempoi dan berhati waja gitu. Kalau dah jodoh tak ke manakan? Penat2 larikan diri dari si tunang teknikal, akhirnya jumpa di Bali. Wah, jodoh memang kuat antara Naz dan Khaalish. Kalau dulu pompuan cantik aje yang dipandang, tapi boleh la sangkut ngan Naz yang sangat sempoi ni.. Jodoh oooo jodoh..

Cair hati si gadis bila selalu didampingi. Bila hati pompuan macam kerak nasi. Lama2 lembut ler. So si teruna tak tunggu lama. Sehabis boleh dipikat sampai akhirnya berkahwin juga.. So sweet..  Konflik yang ada sikit aje tapi nampak cam masa ni Khaalish tu tak ada pendirian la plak.. Nasib baik Nyonya Mansor bagi petua. Dan nasib baik Naz tak mudah melatah. Akhirnya dikurniakan cahaya mata..

So korang baca la sendiri novel ni yeee...