Friday, August 15, 2014

SWEET FROM MELUR JELITA

Assalamualaikum..

Tak sabarnya nak tunggu buku The Unsung Hero by Kak Melur Jelita. Teruja sangat. Ari ni lebih teruja bila baca part 9 kat penulisan2u. Masyaallah banyak benda yang boleh dipelajari dari hasil tulisan kak MJ. Ummi sangat sangat sangat suka. Ceritanya membuatkan rama2 berkepak dalam perut, membayangkan hero yang handsome dan heroin yang jelita.. Kisah perjalanan hidup yang dikupas satu persatu. Memang berbaloi beli buku Kak MJ walaupun tebal sampai nak patah hidung kena buku sebab terlena. 

Buku pertama Kak MJ - Awak suka saya tak? (ASST)

Buku yang sangat sangat menarik. Tak terbayang kehandsomeman Hilman. My God..Menarik dan tertarik betul cerita ni.  Sangat sangat enjoy bila baca.. Dan yang pasti sure menangis punya laaa..


Buku kedua - I Love U Stupid (ILUS)

Mula2 baca macam tak menarik. Masa ni baca online je. Lama2 macam magnet plak. Terus melekat. Yang tak menahan sebab heroin yang sangat ranggi dan seksi. Tapi pengalaman berada di Kemboja tu yang tak boleh dibayangkan. Macam kita pulak yang ada kat sana. Best...

I Love You, Stupid!

Buku ketiga - My Precious Iris

Sambungan ILUS. Tetap menarik. Akhirnya bersatu juga Firman dan Iris.Tapi masih banyak onak duri yang dihadapi. Masih seronok untuk dibaca..

My Precious Iris

Buku Keempat yang akan menyusul bulan September ini - THE UNSUNG HERO, WIRA YANG TIDAK DIDENDANG (Maaf kak MJ, saya copy paste gambar kat sini ye)


Ummi dah baca kat Penulisan2u sampai bab 9 ari ni. Ermmm sama cam ILUS, mula2 cam tak menarik. Dua tiga kali baca macam rasa sesuatu pulak. Lagi banyak baca lagi tak boleh berhenti. Adoi laaa.. Hari2 ternanti2.. Tak sabar nak pegang dan baca buku ni.

Tapi pelajaran hari ini dari bab 9 ialah
1. Nak cari jantan, ramai tapi nak cari lelaki susah yang amat. Tambah2 lelaki sejati.
2. Apakah ujian terbesar untuk seorang lelaki? Harta? Wanita? Kuasa? Jawabnya WANITA
3. Ayat yang sangat menyentuh perasaan - "Letak wanita itu di belakang, bukan untuk menindas atau menutup kelemahan orang lelaki tetapi kerana ingin menjaga dan melindunginya.Segala bahaya dan serangan serta suka dan duka, babah yang bersemuka dulu. Wanita akan terlindung."
4. Kelemahan isteri? Bila suami kucup dahi isteri, maka hati isteri mudah lunak...
Dan banyak lagi hanya dalam satu bab sahaja. Masya allah Kak Melur Jelita. TQ so much atas all the info and perkongsian ini. Ummi akan grab buku ni sebaik sahaja release..

Gambar: Salam divaz

UPDATE TERKINI HERO

1. Ini cover terbaru THE UNSUNG HERO

2. Siapa nak gunakan untuk DP boleh

3. Cover dah siap

4. Sinopsis dah siap

5. 1035 muka surat

6. 151 Bab

7. Harga : TUNGGU KS UMUM

8. Terbitan Karya Seni

9. Keluaran September 2014

10. Pembelian on9 dgn Zurina jelita akan mendapat TANDA TANGAN DAN CENDERAHATI ISTIMEWA 

11. Sila sms or wasap 016 244 2727

12. Majlis Perasmian dan Tanda tangan pada 6-9-14

DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Jam 10-5 petang




6 comments:

  1. Suka sgt2 karektor firman....alhamdulillah dah dpt firman hatiku....tq Allah....

    ReplyDelete
  2. Firmanku, Hilmanku, Irvanku - notice tak nama mereka senada

    ReplyDelete
  3. Firmanku, Hilmanku, Irvanku - notice tak nama mereka senada

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera. Saya telahpun terokai kesemua novel MJ. Tersangat itimewa. Bila ya keluaran baru MJ. Salam.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum... ^.^ salam hijrah dari http://annaaisyalivestory.blogspot.my/
    moga terhibur :)

    ReplyDelete
  6. dah baca seme novel MJ...aku da jatuh chentha.....x sabar tunggu yg terbaru,dh ada tp blm smpat bl.TQVM to MJ,karya yg sgt myentuh hati

    ReplyDelete