Thursday, August 14, 2014

NOVEL - LELAKI SEDINGIN DIA

Assalamualaikum..

Jom kita review novel. Baru habis baca novel by Syah Shah. Penulisnya lelaki ok... Not bad.. Memang agak detail bila tiba bab nakal2 tu... Mesti si penulis ni buat research tentang alkohol yang ada di pasaran. Hahahha

Ummi baca kat blog si penulis. I like.. Ummi suka citer yang nakal camni. Hhehehe.. Biasalah lelaki mulut manis..Lepas beli buku, rasa down plak nak baca. Ummi lompat2 page baca. Tapi kelmarin satu demi satu page Ummi baca. Tak bleh miss wehhh.. Rugi. Jom kita cerita ceriti..

SINOPSIS

by Idea Kreatif

Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur. Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta.

 “Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria 

Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya. 

 “Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz. 

 “Jangan nak buat cerita lah!” - Andria. 

“Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz. 

 Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu. 

 “Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz 

 Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?


Komen Ummi

Fawwaz @ Hakimi vs Andria@Liana.. Kalau dah jodoh tak ke manakan? Si Fawwaz yang nakal, serba serbi nakal. Bengang bila sang ayah aturkan perkahwinannya.. Andria yang comel, lari bila ibu suruh kahwin ngan anak kawan baik bapa tirinya.

Lari punya lari, jumpa la Si Fawwaz ngan Andria kat Cameron. Mana tau rupa2nya mereka yang ditunangkan. Sesuatu berlaku tapi takde la sampai merosakkan Andria. Tahan jugak iman Fawwaz ni. Ingat rapuh aje imannya. Good sebab Fawwaz ada pendirian..

Balik KL, dua2 tak nak kahwin. Tapi maka bapak dua2 pihak buat dunno. Perkahwinan diteruskan. Gila kerek Fawwaz mengata Andria. Tak sedar diri pun sama aje. Bila satu hari Andria nak jumpa Hakim@Fawwaz, dia minta ambil di rumah. Masa tulah jumpa ibu Andria dan rahsia terbongkar. Lawak giler Andria.. Iye2 je kenal Fawwaz. Rupanya orang yang dikutuk ada depan mata.. Tapi Fawwaz rasa tercabar bila Andria menolak untuk kawin dengan dia. So dia buat keputusan nak kawin seminggu kemudiannya. Sabar jelah kalau jumpa lelaki macam Fawwaz ni.

Tapikan macam Fawwaz kata - bila haram lagi nak buat, bila dah halal macam tak kisah aje. Perangai Fawwaz berubah dalam diam tapi Andria tak tau. Sanggup tidur dalam kereta tu.. Apa punya Fawwaz. Sehingga satu hari Fawwaz demam tak sedar diri 3 hari. Masa tulah Andria rasa bersalah. Tak menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri. Bila Fawwaz sedar, insaflah dia. Katanya masa tak sedar diri tu dia dibawa ke tempat yang gambarannya seperti neraka.

Sampai satu masa, Andria menjalankan kewajipan sebagai isteri, Fawwaz ungkit pasal dendam. Kecewa Andria dan bye2lah Fawwaz. Fawwaz yang ego.  Tapi tak lama bila dia pun rasa kehilangan. Tulah ego tinggi melangit. Kan dan melepas. Tapi cam cepat je Andria mengalah. Kalau merajuk lama sikitkan bagus. Hehhehe..

Biasalah hepi ending. Tu yang penting.. Cara penulisan, Ummi suka.Jalan cerita ada bahagian yang rasanya cam pendek sangat. Demand la pulak pembaca sorang ni. Hhehehhe.. Overall puas hati.

No comments:

Post a Comment