Thursday, August 21, 2014

MUNTAH

Assalamualaikum..

Esok hari terakhir di HRPB. Tak tau akan kembali ke sini atau ke tempat lain. Insyallah kerja di mana2 pun sama sahaja. Ada hikmah di sebalik apa yang diberikan kepada kita.

Malam semalam Alissa muntah. Ummi pun tengah tido. Tapi naluri seorang ibu, dia muntah automatik Ummi pun bangun. Tak demam tapi muntah. Dia kata semalam pun ada muntah juga. Hati dah tak sedap sebab beli lepat pisang kat pasar malam. Lepat yang Ummi ambil dah melekit2 cam nak basi. Adriana ngan Mr Kingshah makan ok je. Alissa kata sambal nasi lemak pagi tu yang pedas sangat. Ntah mana satu yang betul.

Ummi tak nak teka sebab apa, sambal pedas ke, lepat pisang ke... Pagi dalam kul 10 Mr Kingshah sms. Muntah lagi.. Ermm nak kena tunggu Ummi jugak ke nak bawa pergi klinik. Esok2 kalau Ummi takde camne? Nasib baik petang takde patient. Oklah jom pergi klinik.

Doktor bagi ubat angin, muntah dan sakit perut. Tapi azabnya Alissa nak makan ubat. Makan ubat pastu muntah balik. Camne ubat nak berkesan. Takpe kita tengok esok plak. Kalau masih tak ok, inject jelah jawabnya...

No comments:

Post a Comment