Showing posts with label MAKAN2. Show all posts
Showing posts with label MAKAN2. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

DINNER FOR ALISSA'S BIRTHDAY

Assalamualaikum..

Tadi gi dinner konon2 nak celebrate birthday Alissa. Present as requested dapat la buku Young Aishah. Senang aje Alissa ni. Sekarang giler membaca buku cerita so belikan ajelah. Bukan mahal mana tambah plak ada diskaun kat Popular.

Makan kat Dave's Dinner. Tak pernah pergi. First time tapi member2 kata sedap. Oklah jom kita terjah. As usual takde orang nak tolong ambil gambar. So tabah jelah ngap tanpa gambar. Adriana lak sibuk nak main game so tak dapat nak snap.. Makanan sedap, Adriana makan banyak. Alissa makan sikit, dia memang payah sikit nak makan tambah pulak baru lepas makan bihun sebelum pegi.

Oklah ambil 2 set - Lamb ngan chicken. Ada soup, two side dishes, juice and dessert. Puas makan. Harga biasalah sbb American punya recipe. Tapi puas hati. Insyallah ada rezeki datang lagi..

Inilah bukunya.. Young Aishah the series. Ada 4 cerita dalam ni kalau tak silap. Tebal jugak laaa..

Ada komik in between..

Tulisan ok laaa..

Banyak kisah nasihat. Sekarang dah start beli buku cerita supaya dapat kurangkan surf internet. kalau tak 24 jam ngan tab..

Birthday cake.. Ambik pun senget

Jom potong. Tak makan pun sebab nak cepat pergi dinner. Restaurant tutup kul 10 pm

Ni je yang sempat ambil.. Dessert ice cream ngan buah

Ice cream ngan cake

Adriana menghayati. Sungguh2 dia makan..

Nilah tempatnya.. Kalau korang dok Ipoh dan nak makan western, boleh datang sini. Tapi harga biasalah.. Nak sedap bayar jelah mahal pun..

Saturday, March 29, 2014

GREENTOWN DIM SUM CAFE

Assalamualaikum..

Dah menghampiri penghujung bulan Mac. Cepatnya masa berlalu. Dua mingu lepas sempat pegi makan kat tempat ni. Ummi suka. Mr Kingshah 50-50. Greentown Dimsum Cafe. Halal ok restoran ni. Best dapat makan dimsum. Yelah, bagi kita yang muslim ni susah nak dapat makan dimsum halal. So kalau korang datang Ipoh silakan datang ke restoran ni. Terletak dekat Greentown Mall ?? Ye ke.. Tapi dekat Ipoh Parade dekat Ria Moda Ipoh. Banyak pilihan makanan. Kalau korang suka makanan Cina, sinilah tempatnya. Dim sum dia harga dlaam range rm 3-5  aje. Murah dan sedap. Tapi yang paling Ummi suka sebab sini takde service charge and tax. Apa yang korang makan tu la yang korang bayar. Takde extra charges. Bagus bagus..

Nilah cafe tu. Gambar cam biasa, blur sebab hp tuan belog bengong aje..
Alissa dan air mangga yang ada biji yang meletup dalam mulut. Favorite bebudak ni. Bukan minum air. Nak biji yang meletup ni aje..

Adriana yang montel.

Lepas makan dok main kejar burung. Sabar jelah..
Ummi punya. Lupa nama apa tapi ala2 mi kicap ngan sup

mee claypot. Banyak sampai tak habis. Mr Kingshah bukan suka makan  sup. Tapi memandangkan belum masak nasi, hanya ada mee so redha jelah

Dim sum - ayam

So kalau korang bercadang nak makan dim sum, silalah datang ke sini. Best..

Sunday, November 11, 2012

APA SAYA MASAK SEMALAM DAN ARI NI..

Hujung minggu kadang2 jadi hari yang paling malas nak masak. Yelah ari2 kena masak. Kadang2 rasa cam nak rehat la plak.. Mesti ramai yang tak sangka Ummi masak almost hari2.. Ummi tak berapa suka makan kat luar.. And Papa pun cam selalu request Ummi masak. Ke nak jimat abang oiii...

Anyway, dah jadi biasa kena masak ari2. Kalau letih atau boring Ummi suruh la Papa belikan... So semalam Ummi masak bihun goreng and sandwich sardin untuk sarapan, nasi ngan lauk sambal sotong and ikap siakap masam manis for luch and grill chicken drumstick for dinner.. Petang for tea time buat buah melaka ngan Alissa and keledek goreng. Pagi tu Ummi tengok channel 727 - Tyler's Ultimate and main item dia ialah sweet potato. Dan dia buat kerepek keledek. Nampak cam sedap so Ummi pun tirulah sebab kebetulan ada beli keledek. Not bad, manis aje... Ada sebijik lagi and rasanya nak buat kuih cek mek molek kot..

So ari ni sangat malas.. Pagi buat kuih balak/ kuih ketayap. Inti semalam dah buat lepas buat buah melaka. Lunch buat nasi ayam tapi makannya tok dinner. nak buat sardine puff sangatlah malas nak menguli.. Malas2.. So sekian cerita menu ari ini..

PUFF PASTRY

Cik Lim, ni gambar puff pastry seperti yang diminta. Ummi memang rajin masak sardine puff or apple pie sejak ada oven ni. Malangnya apple pie macam ada yang tak kena aje.. Padaku ok aje tapi Papa dok kata tak sedap.. Sardine puff marvelous.. hahaha.. puji diri sendiri plak..

Ni la kulitnya.. tak yah susah2 nak buat tapi kalau rajin apa salahnya...

apple turnover.. Ummi sangat suka tengok channel 727. Barefoot Contessa. dan hasilnya.. Tadaaa

Rasa ok cuma rupanya cam tak berapa nice.. Tak kisah la labu, janji sedap..

Monday, July 30, 2012

TARA... OVEN BARU

Salam Ramadhan..

Sempena hari raya yg akan tiba, yg pasti tahun ni nak buat kuih raya sendiri.. Dan untuk memastikn kuih raya dapat dibuat dengan sendiri maka inilah dia oven baru Ummi... Akhirnya...

Inilah dia oven baru Ummi.. Dup dap dup dap nak masak... Terbaik...........

Dan jangan lupa mesin buat mee/pasta.. Kuih apa yg sesuai dgn ni.. Kuih gunting ler..

Alissa suka bila dapat oven ni. Tak sabar2 nak buat kuih.. Takpe kakak.. Weekend ni kita pulun buat kuih raya.. Cuti 3 ari kannn..

Saturday, June 16, 2012

HARI MAKAN SEDUNIA

Seronoknya bila tiba ujung minggu. Bleh la nak melepak2 ngan anak2. Dan of course la masa untuk masak2.. Ummi bukanlah suka sangat nak masak tapi kalau tak masak nak makan apa, ye tak..

Menu ari ini...

Breakfast dengan penne bolognese....Ingat nak buat roti telur, tgk2 telur nya tinggal 4 keping. Org yg nak makan ada 6 orang. Apa nak makan..

Lunch ngan nasi ayam.. Permintaan Alissa.. So Ummi pun masak la ngan senang hati. Ari ni alissa ada kem solat bestari.. Beaja ambil wuduk..

Petang Ummi masak kuih sagu yang selalu Ummi bg resepi tu.. Tambah ngan keropok..

Dinner - ingat malas nak masak tapi apakan daya.. Maka jadilah burger daging siap ngan cheese lagi.. Yum yum yummmm.. Marilah makan....

Saturday, June 9, 2012

LEMANG SEBELUM RAYA

Teringin betul nak makan lemang. So balik kampung ari tu apa lagi.. Cakap ngan pakcik Ummi tolong cari buluh lemang. Nak masak lemang jagung.. Raya nanti turn kat Ipoh. Dah sah2 Mak Ngah tak buat lemang sebab takde orang tolong.. So mari kita makan lemang sebelum raya..

Lepas arwah mak takde, kitaorg belajar buat lemang sendiri. Sampai satu tahap, sebelum letak lemang tu siap berdoa minta jadi.. Alhamdulillah sehingga ari ni, lemang sentiasa jadi. Sedap pun sedap..

Ummi tak minat beli lemang sebab ada kerak. Lemang kitaorg lemang rebus. Sah takde kerak.. Tapi yelah ikut suka memasingkan..

Alamak.. terbaring la pulak gambarnya.. Tapi begini la lemang yang direbus.. Guna dua periuk besar then tutup ngan kain antaranya...

Lupa nak ambil lemang dalam periuk yang dah masak.. Ni dah angkat periuknya... Dah masak.. Yehaaa


Mak Tih tengah belah lemang. Kecur air liur masing2

Tadaaaa.. Nilah lemang jagung nya.. Amacam ada terliur tak..

Dan lagi..........

Monday, December 20, 2010

ROTI JALA

Semalam teringin nak makan roti jalan. Surf la internet tgk resepi.. Al biasa blog DTS menjadi pilihan. Yang pentingnya, bahan2 takde isi telur. So minta izin ye tuan rumah copy resepi. Alhamdulillah menjadi la plak. Tapi tak snap picture. Tak sempat den nak snap. Siap buat dua adunan lagi. Bagi jiran2 skit. Kuahnya makan ngan kari sardin. Nak buat kari ayam takde ayamnya. Pastu kari yang sepatutnya ikan dah terguna kari daging. Belasah jelah.. Adoi.. Camne nak link kan ngan blog yg lain ni. Yang untuk link tu takde kesan pun bila tekan.. Ermmm nak kena explore lagi ni.. bye2 dulu. Nanti dah bleh link, Ummi sambung bagi resepi ye..

Thursday, December 16, 2010

AWAL MUHARAM

Memandangkan semua pun balik kampung maka sume kumpul kat umah atuk buat bubur asyura. Susah nak kumpul ramai2 bila sume dah kawin. Yang dok dekat untunglah.. Yang jauh sekali sekala je balik kampung.

Menu untuk ari tu ialah nasi kerabu..Aduhai, kenyang giler makan. Maklumlah yang buat sndr dengan yg beli tak sama kann. Tentu la yg buat sndr sedap lebih..
Hhahhaa.. Terletak gambar terbalik la pulak.. Tak kisah la, janji ader gambo..

Mak Ngah tengah cuci kawah. Kasi licin sama dia. Berkilat2 tu. Barang apa yang dicuci oleh Mak Ngah gerenti berkilat2..

Mak De tengah buang saki baki bubur.. Terbongkok2 makcik sorang ni.. Yang lain jadi mandur...

Ni la hasilnya.. Tara.. Bleh dikongsi beramai2. Seronokkan bleh bergotong royong..


Ni lagi...


Ni masa tgh dalam kawah..panas ko.. Asap jangan kata laaa..

Tgk abg jeri.. Steady je.. Mak De sampai lap2 air hidung.. Penat woooo

Lgi Abg Jeri.. Kuat budak sorang ni..

Amboi.. menikmati betul makan nasi kerabu.. Sedap gitu. Bleh terangkat.

Tara..... hasil nasi kerabu... Tapi nasinya putih jelah..


Tuesday, December 14, 2010

MAKAN-MAKAN

Hah.. Maih ingat lagi citer Ummi pasal makan2 masa balik kampung ari tu. Ni Ummi ada gambar nak share. Geng masak memasak sudah semestinya Ummi, Mak Ngah n kakak Ika. Kakak Ika kata nak jadi chef. Orait.. Nanti Mak Tam jadi anak murid ye. Kita masak kaw2 punya.. Hehhehe..Antara makanan yang sempat dihidangkan. Maklum la ..out of plan.. Sudden je nak buat makan2. So bantai jelah ngan apa yang ada..

Ni kek untuk Pak De. Apa daaa abg Jeri.. Bawak naik moto kek tu. Sampai senget benget jadinya.. Berterabur buah sekeliling. Nampak tak kek dah keluar carta..


Ni kuih sago yang come lote.. Hhahaha.. Letak dalam acuan bentuk love. Comey kannnn

Ni letak dalam dulang beso. Yang kelaka nya kat bawah tu ada lapisan putih ye.. Sebab lupa nak isi pewarna. Last minit baru teringat. Belasah jelah. Janji nampak hijau. Baru selera nak makan..

Mi kuning yang kakak Ika rebus. Caya la anak saudara Mak Tam ni. Bakal Chef gitu. Begitu tertib dia merebus. Kalau Mak Tamn, gerenti dah kembang semangkuk jadinya..

Popia versi Ummi ngan Mak Tih. Yang inti daging kisar tu Ummi punya ye. Yang isi sayur tu Mak Tih punya. Belasah jelah. Sume pun sodap..

Ni kuah mi bandung. Hambik ko.. Satu kuali beso. Bukan kuali kecik ye.. Chef Mak Tih asyik dok tido - pening la sesangat. Jadi chef yang tak pandai nilah, Ummi ngan Mak Ngah ganti masak.. Hahhaha.. kitaorg belasah jelah. Mana tau masak mi bandung. Never do it looorr..
Apa pun memang the best la bila kumpul ramai2 n buat makan2. Pak De kata kalau Mak Tam balik mesti ada makan2. Pegi la tengok derang masak apa petang ni? Amboi Pak De.. Ingat makan ingat Ummi ye.. Ayooooooo
Abang Jeri lak kata ' Kalau Mak Tam balik mesti beli banyak barang. Best wo dapat makan. Tak abih, Mak Tam tinggal je kat umah Mak Ngah.' Amboi2.. dua beranak ni. Ambil kesempatan nampak. Tapi itulah hikmahnya ada keluarga beso.. Nanti Ummi perkenalkan sorang2 anak sedara ye. Cucu Pak Lah dah ada 17 rasanya. Meriah ngan cucu gitu.. Nnt sambung ngan citer buat kek coklat kukus ngan buat bubur asyura.. Adios..














Saturday, October 30, 2010

ANI SUP UTARA

Mlm tadi makan kat Ani sup utara. Ni kali kedua makan kat sini. Tapi service dia punya la teruk. Ingatkan ader la pembaharuan tapi sama aje.. Kalau macam nilah gerenti orang datang sekali aje.
Mula2 dulu elok sikit service. Makanan lambat sampai tu kira ok lagilah walaupun sebenarnya hati dah hot dah. Pastu order nasi tambah lagi la lambat.
Yang kali ni pulak lagi dahsyat. Tunggu dah 15 minit pun makanan belum sampai. 30 minit baru sampai makanan. Pastu datang pulak air. Masa makanan sampai tu pelik gak laa.. sebab order dua sup ayam, satu sup daging, satu sup campur ngan satu sup perut ngan nasi la. Kira set gitu. Tapi yang sampai 4 nasi ngan sup ayam, sup daging, sup campur n sup perut. 1 lagi sup ayam miss ngan 1 nasi. Papa pun cakap la ngan org tu yang nasi ngan sup tak sampai lagi ngan dia nak tambah 1 lagi nasi. Kejap2 waiter dia dtg tanya. Tadi order apa ye? Order baru ke yang lama punya? Order dah sampai ke belum? Bayangkan la kalau nak kena ulang sampai lebih 5 kali ngan orang yang berbeza. Pastu makanan tak sampai jugak. Hati dah panas dah. Geram giler dah. Ingat nak cancel order je. Lepas another 15 minit barulah makanan sampai. Yang sampai nasi warna kuning. Dia kata nasi putih dah habis. Aduh.. lagi lah angin dibuatnya. Apa punya service laaa.. Kalau macam ni punya service, orang datang sekali aje laaa.. Camne nak maju. Lembap..
Apa yang susah sangat bila nak bagi makanan tu. Dia yang salah ambil order. Patutnya hantarlah cepat2 ngan minta maaf. Ni maaf pun takde. Pasal nasi tu, at least tanya la dulu nak ke tak nak. Ni main hantar je.. Apa laaaaaaaaaaaaaa..
Ari ni nak ke UUM. Pakcik konvo.. Ermm Alissa dah syoko giler sbb nak dok hotel. Tak ingat Isnin nanti nak peksa. Takpelah Isha, kecil lagi. Enjoy dulu..........