Showing posts with label TENTANG HATI. Show all posts
Showing posts with label TENTANG HATI. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

SUSAHNYA NAK TENANGKAN HATI...

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak jumpa SV dan hantar proposal. Tapi apa pun belum buat lagi. Malas sangat2 sekarang ni. Tambah lagi dengan badan yang penat lesu. Dilengkapkan dengan hati yang agak sensitif akhir2 ni. Rasanya semua Ummi kena buat sendiri. Dah la letih, orang tak tolong pulak. Mana tak hati tambah sakit.

Kena pulak bila tau yang orang tu asyik dok bersembang ngan 'makwe' yang dah berkarat tu. Tak faham dunia sekarang. Lelaki ke perempuan ke, sama aje. Kalau lelaki yang gatal, perempuan pulak dok melayan. Hello, korang ni tak tau ke korang tu dah berlaki berbini ok. Kalau nak menggatal silalah jadi single semula. Kurangnya takde hati yang sakit ngan perbuatan korang tu. Korang ni tak pernah fikir pasal pasangan masing2 ye. Bak kata orang sepandai2 tupai melompat, satu hari akan jatuh ke tanah jua. Masa tu dah sah2 bergaduh sakan dan mulalah sesi ungkit mengungkit. Takpe, kita buat camni jelah. Buatlah apa yang korang suka di dunia ni, tapi jangan menyesal bila apa2 berlaku nanti. Allah maha adil. Dia akan bagi balasan setimpal dengan setiap apa yang kita lakukan. Buat baik dibalas baik, buat jahat merasalah nanti. Wahai suami isteri yang tertipu dan dapat pasangan yang macam ni, sabar ajelah. Pastinya ada balasan yang adil untuk kita semua yang boleh dikatakan teraniaya ni.

Pada suami isteri yang suka dok bersembang tak tentu hala, memanglah kawan. Tapi apa hal sampai setiap masa dan setiap hari nak bersembang. Tak cukup suami isteri yang ada kat rumah tu. Ada masa ye nak melayan tapi nak tolong suami isteri buat kerja malas plak.. Maybe Ummi tak faham sebab Ummi tak suka nak malayan tak tentu pasal. Biarlah orang kata sombong janji tidak melebihi batasan. Ramah pun mestilah kena pada tempatnya. Kalau terlebih ramah, lain pulak jadinya. Ni pekerja stesen minyak pun jadi... Tak Faham..

Thursday, August 21, 2014

99 PETUA MENAWAN HATI SUAMI - DATO DR FADZILAH KAMSAH

Assalamualaikum..

Jom kita share sikit petua menawan hati suami. Yelah suami isteri pasti ada perselisihan faham. Dan bila baca panduan dan petua ni, Ummi nampak cam isteri kena banyak mengalah. Syurga isteri adalah pada suami. Kalau suami tak redha, neraka la si isteri. Bunyinya sangat menakutkan. Cuma kalau memang dah takde persefahaman langsung, cara terbaik adalah berpisah. Selagi boleh dipertahankan, bertahanlah. Memang mudah berkata2 tapi yang menanggungnya sangatlah terseksa. Tak mengapa, terseksa sekarang, tapi di sana nanti balasan untuk orang yang sabar tentu besar ganjarannya.

Jadi para isteri, sabar dan tabahlah selagi boleh. Besar ganjarannya. Bila difikir2kan mudah aje isteri nak masuk syurga. Tapi hati kena tahan la. Tambah lagi suami bukan jenis yang kita nak Kita dan suami adalah dua orang yang sangat berbeza karakter. Jadi faham2 jelah.

Cuma nasihat Ummi, jangan pernah terfikir untuk curang dengan pasangan. Curang tu takde la sampai ke tahap berzina tapi yang jenis suka melayan suami atau isteri orang. Memang asalnya nak berkawan, bila dah berkawan jadi berkasih, bila dah berkasih nak lebih lagi. Tu yang end up berlaku maksiat kecil.. Eh ada ke maksiat kecil.. Belasah jelah. Mula2 fb, telefon, what's app.. lama2 keluar dating dan seterusnya. Pasangan tak tahu apa yang berlaku. Ingatlah para suami dan isteri, jangan menyesal bila semuanya terbongkar. Jangan nak menyesal di kemudian hari. Dan jangan pula nak melenting bila pasangan buat benda yang sama. Haaa fair and square la kan.. Tapi tak payahlah nak balas membalas. Kalau dia nak berpoya2, nak menggatal, biar jelah. Sebab kita bukan selalu senang dan sihat sentiasa. Bila pasangan yang suka berpoya2 dan menggatal ni susah atau sakit, siapa nak jaga dan bela. Isteri dan suami yang baik ni la kan yang akan jaga dan bela. Dah banyak contoh yang kita boleh tengok. Sekarang Allah balas cash kat dunia. Belum balasan kat sana lagi. Dan bagi isteri atau suami yang baik ni, berdoa ajelah agar pasangan dibuka pintu hati mereka untuk bertaubat. Semoga belum terlambat untuk mereka.

 Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :

1)       Berdoa agar disayangi.

2)      Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3)      Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan   sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.

6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8)Masak makanan kegemaran suami.

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39)Lebihkan suami daripada anak-anak.

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.

43)Pergi dating atau berbulan madu.

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.

46)Selalu urut suami.

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59)Jgn dera suami fizikal dan batin.

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67)Cari masa utk berdua-duaan.

68)Lakukan riadah bersama suami.

69)Pergi berkelah sekali-sekala.

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72)Berikan apa yg dihajati suami.

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75)Lakukan ibadah bersama.

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89)Jgn cabar suami.

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

**credit to http://fieza-beritadarialamghaib.blogspot.com/

Friday, August 15, 2014

STORY TO SHARE

Assalamualaikum..

Story to share.. Sumber dari FB ye.. Pengajaran kepada suami isteri. Cerita samada suami atau isteri yang curang..

Macam kawan Ummi kata"Isteri diuji di kala suami tidak mempunyai apa-apa manakala suami diuji di kala mempunyai segala-galanya" Tepuk dada tanya sendiri.

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.
Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.
Ding!
Mesej masuk di Whatsapp.
“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”
Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.
Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.
Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.
Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.
Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.
Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.
Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.
Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.
Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.
Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.
“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”
Si ayah tersenyum menjawab,
“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.
Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.
Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”
Si anak mengangguk. Senyum.
“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”
Si ayah menjawab ringkas,
“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”
“Macam mana tu, ayah?”
“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”
Si anaknya tersenyum.
“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”
“Pandainya anak ayah!”
Si ayah mencium dahi anaknya.
“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”
Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.
“Ayah sayang saya tak?”
Ayahnya tersenyum.
“Sayang sangat.”
“Sayang umi tak?”
Ayahnya tersenyum lagi.
“Sayang. Lebih dari kamu tahu.
Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?
Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”
Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.
**
Suamiku melangkah keluar bilik.
Langkahnya terhenti.
Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.
Sungguh, aku khilaf!
Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.
“Awak ok ke?”
Suami kaget seketika.
“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”
Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.
“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”
Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.
“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”
Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.
“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”
Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.
Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.
“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”
Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.
Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.
Aku mengangguk mengiyakan.
“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”
“Tulusly, tak kisah!”
***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.
“Macam mana? Dah selesai?”
Aku membalas ringkas mesej itu.
“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”
Mesej masuk lagi.
“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”
Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.
Depan suami.
Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.
Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

Wednesday, August 13, 2014

NAFKAH SUAMI PADA ISTERI

Assalamualaikum..

Meh kita sembang pasal nafkah yang parlu diberi kepada isteri. Ni Ustaz Azhar Idrus yang bgtau ye. Ummi copy aje dari blog2 yang ada..

1. Nafkah peribadi isteri- walau isteri dah bekerja suami tetap kena bagi untuk belanja seluar kecik ke, lipstick ke.. Ingat walau sedikit pun tetap kena bagi

Komen Ummi - Yang ni para suami selalu lupa. Yelah isteri dah bekerja, dah ada duit sendiri, buat apa nak bagi lagi ye tak.. Tapi sila bagi walau sedikit ye sebab nafkah ni wajib juga bagi suka atau tidak.. Jangan ingat bila isteri ada duit sendiri, suami pun lepas tangan je

2. Nafkah keluarga - bila suami tak cukup gaji, isteri top up. isteri bukan menanggung suami ye. Hanya mencukupkan apa yang tak cukup aje..kalau suami tak bagi nafkah, isteri pulak tak redha, habislah segala solat, puasa dan lain2 tak dapat pahala. Rugi yang amat...

Komen Ummi - Yang ini suami selalunya bagi. Tapi yelah kadang2 duit isteri keluar lagi banyak. Kalau sepakat takpe, jangan sampai ada yang tak redha. Kesian si suami... Ada juga suami yang bagi duit, katanya belanja dapur. At last dia minta balik sebab kata duit dia tak cukup. Camne tu? Zaman sekarang ni ada baiknya duduk berbincang dan berpakat uruskan kewangan. Ada suami (sesetengah ye) yang tak nak bincang pasal duit. Main cakap awak bayar itu ini. Ini sudah tidak adil.. Yelah buat apa nak rahsia2 duit laki bini. Kan senang kalau kita share dan uruskan dengan cara yang betul. Yang lagi dahsyat kalau suami dok umah goyang kaki. Isteri keluar bekerja cari duit. Yang lagi zalim, balik rumah si isteri memasak, kemas rumas, basuh baju, ajar anak dan macam2 lagi. Tak taulah nak kategorikan suami yang ni macam mana... Hishhh................

3. Nafkah batin - bukan hanya di tempat tidur tapi juga menggembirakan isteri, bergurau mesra dan memberi pujian.. Mudah aje sebenarnya tapi tak ramai yang buatkan..

Komen Ummi - Inilah bahagian yang paling mudah dalam memberi nafkah. Tak payah keluar duit. Keluar rumah peluk isteri kata I love u dah dapat pahala. Gurau2, usik mengusik ngan isteri pun dah dapat pahala. Apatah lagi kalau selalu menyenangkan hati isteri. Lagilah banyak pahala. Cuba kita renungkan dalan zaman yang serba canggih ini. Berapa kerapkan interaksi dan komunikasi secara verbal berlaku dalam harian kita? Berapa lama kita bersembang dengan suami atau isteri dalam satu hari? Bersembang secara bercakap ye, bukan what's app, viber, sms, messenger, telegram dan sebagainya. Ada suami isteri yang hanya bercakap 10 perkataan sahaja dengan suaminya setiap hari. Tak percaya?... Ini lah hakikatnya. Ada suami/isteri lebih suka bersembang online dengan orang lain. Alasan, suami/isteri membosankan. Hello!!!! Habis tu apa tujuan kahwin. Setakat nak ada anak aje ke? Please laaaa

Sedih tengok orang zaman sekarang. Semakin canggih teknologi semakin rapuh institusi kekeluargaan. Macam iklan raya. Semua dok tercongok tengok handphone. Bila masa nak berbual mesra.. Bila masa nak bertanya khabar. Orang yang jauh diutamakan, yang di depan mata buat tak nampak. Huhhhh penat kalau nak cerita. Kesimpulannya, suami sila bagi nafkah batin ye tapi bukan setakat yang atas katil aje ye. Yang seumpama dengannya juga..

Ustaz Azhar kata  'Jangan pula suami kata matilah gini ustaz, banyak benar nafkahnya..Jadi kalau tak nak bagi nafkah jangan jadi suami, jadilah isteri...


Sunday, August 3, 2014

SEDIH

Korang penah terkantoi? Mesti pernah kan.. Ummi kalau buat jahat, sekali je dah kantoi.. Jadi sampai sekarang kalau nak buat benda yang tak ikut peraturan mesti kena fikir banyak kali... contoh paling x boleh lupa bila tipu warden masa dok asrama  kata nak balik ada orang ambik.. padahal balik sendiri. apa lagi, kena la rotan sedas. sejak tu takut nak menipu..ari ni nak citer pasal ada orang kantoi.. tu la sape suh bubuh password kat tepon.. anak zaman sekarang kan pandai so cepat je dia dapat buka password tepon tu. dont underestimate bebudak sekarang.. tapi yang sedihnya bila skandal terpampang depan mata.. adoi laaaa.. bilalah nak stop  bab2 skandal ni..  ummi rasa perempuan zaman sekarang ni memang tak tau malu betul.. ummi kata sebahagian ye..  keje kerajaan ada suami tapi bagi gambar kononnya menggoda habis kat laki orang... hello, takde iman ke apa.. cukup2 dosa laki nak tanggung. pastu suka plak kalau lelaki tu dapat pegang2 dia..  kena cium lagi suka.. masya allah.. tak tau nak kata apa..   wahai wanita zaman sekarang, bertaubatlah... korang tak rasa malu ke bagi no tepon, alamat penuh.. kalau orang nak pergi serang dah la dorang buat. cuma malas aje... yang lelaki plak, akal tu byk berbanding pompuan, tapi tak digunakan dengan betul.. kalau rasa mampu kawin lebih, silakan.. ni nak support diri sendiri pun sakit, ada hati nak menggatal.. tolonglah...  dah tak larat ummi nak tengok benda ni.. ingatlah kita bukan makin muda.. rumah kata pergi kubur kata  mari.. insaflah...........

Monday, January 27, 2014

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...

 Bersyukur pada tuhan kerana berjaya juga Ummi sambung belajar. Ada banyak sebab kenapa Ummi nak sambung belajar..
1. dah burn out dengan keje - nak kena alih arah
2. berubah kepada yang lebih baik -inshaallah dengan sambung belajar dapat tingkatkan pengetahuan dan berfikir dengan lebih matang. cuba nak menjadi seorang yang tidak terburu2.
3. nak buktikan yang ummi boleh.. ada orang suka memperlekehkan ummi. this is the time to show that i'm not weak.. i can do and go better than you..

Setelah berkali menghantar borang dan 2 kali menghadiri interview,  alhamdulillah rezeki bersama Ummi.. YaAllah aku bersyukur sangat atas pemberianmu ini.

Ummi tau tak semua yang kita minta akan kita perolehi. Kalau Allah tak bagi banyak,  kurang2 dia bagi skit.oklah dari takde..Allhamdulillah dah banyak benda yang Ummi minta diperkenankan. Nak kena banyak berterima kasih atas kurniaannya.. Teringat masa hati tengah resah gelisah,  padaNya Ummi meminta pertolongan.

Wednesday, November 27, 2013

CUTI CUTI 2014

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Berjaya juga dalam 2 masa yang berbeza book tiket utk cuti cuti tahun depan.. Satu dah booked since Julai lg. Satu lagi baru aje book tadi. Ke mana kita nak bercuti? Tunggu... Rahsia...
                                                                      
                                                   

 Thank you Air Asia.. Of course nak tambang murah aje. Sekarang Ummi dah pandai cari tiket murah. Dan tempat yang nak pegi tu pun mmg banyak tiket murah2. Save budget kan.. Kalau dulu rasanya berangan jelah nak terbang selalu. Sekarang semua orang ada peluang nak terbang. Bila tanya Alissa nak naik kapal terbang tak, of course dia jawab nak. Tanya Adriana, dulu dia jawab "Tak nak, takut jatuh." sekarang, "naaaaaaaak".

Cuma bila berjalan dengan Mr Kingshah yang agak cerewet ni penat jugaklah. Bab tu yang tak sependapat ngan Ummi. Hotel mesti tip top. Semua nak sedia ada. Tak boleh salah dan tak boleh ada kesukaran. Fuhhh berpeluh badan. Tak adventure langsung. Orang takkan belaja kalau tak pernah buat salah dan sesat. Perfecto sungguh. Or maybe autistic? Hhahhaha...

Anak2 Ummi memang sekepala ngan Ummi. We all suka nature.. Mandi sungai, pegi kebun, mandi air terjun, shopping, playground dan macam2. Tapi tulah, tak leh nak buat coz tak sekepala ngan Mr Kingshah..Mr Kingshah, rasanya awak kena berubah kot. Mana menang 3 lawan 1.

                                 

                                

                                 

                                     

Teringat masa kecil, dunia ini aku yang punya.. Mandi sungai, main tarzan, main kejar2, main 'buaya', main sorok2, ikut mak cari kayu api, cari sayur, panjat pokok dan macam2 lagi. Saya anak orang kampung. Nature dunia saya.. Saya bukan buta IT tapi kurang suka bila disalahgunakan.. Kembali kepada nature membuatkan saya lebih tenang..

Ni apalah dari citer cuti2 sampai melalut citer masa kecil. Honestly, family ummi orang susah. Tak pernah pegi jalan2 or cuti2. Paling jauh balik kampung. Tu pun dah hebat gila padahal bukan jauh pun. Seronok... Sekarang kalau boleh Ummi nak anak2 rasa pergi tempat orang lain. Insafi diri bila melihat orang yang lebih susah dari kita. Hargai hidup kita. Jauh perjalanan luas pemandangan. Tak pernah salahkan arwah mak dan abah. Ummi tau kita orang susah. Sekarang Ummi nak ke mana2 insha allah dapat pergi. Kumpul ajelah duitnya... Tapi tulah, tak sempat nak bawa mak dan abah. Takpe Allah lebih sayangkan mereka. Teringat kata2 arwah mak "mak tak risau pasal yanti, sampai hujung dunia pun dia boleh pergi".

Ok.. banyak lak membebel. Jom kita cuti2 2014.. Jangan lupa tahun melawat malaysia 2014...

p/s: gossip... hahhaha ari ni Mr Kingshah kata ada kawan abangkan hilang duit masa shopping kat pasar baru.. 3 juta tu... Ummi diam aje tapi gelak dalam hati. Jahat sungguh Ummi ni. Dalam hati inikah balasan Allah sebab suka sangat bersembang ngan laki orang.. and masa sembang2 ngan geng2 bujang chinese plak tu dia kata i will keep the distance when i know that the man has girlfriend or wife. Apa daaa sesetengah manusia ni. Tak pernah puas. Biarpun pepatah kata berkawan biar beribu tapi ada limit wehh. Insaf kejap.. Wahai Tuhanku jauhkanlah aku dari menjadi golongan seperti ini. Aku takut hatiku mudah terpedaya dengan kata2 manis manusia. Mula2 jauh, lama2 dekat. Mula2 intai2 lepas tu pandang2dan apa akan berlaku seterusnya.. hanya Allah yang maha mengetahui...

Monday, November 25, 2013

MACAM MANA NAK SEPENDAPAT DENGAN SUAMI?

pening.. pening.. ummi ngan mr kingshah mmg selalu berbeza pendapat.. dia pentingkn benda yg mahal kononnya...…  hishhh mengutuk lak jadinya.. ummi lebih bersederhana.. contoh paling senang,  bila nak bercuti aje dia nak hotel yg mahal2 aje. padahal nak tido aje. seharian dok luar.. ummi plak janji selesa. bayangkan kalau boleh jimat sampai rm 200 kat hotel,  kan dan untung..

beli barang pun sama.. ummi orang susah. bukan senang nak dapat duit. so semua benda kena pandai budget.. contohnya harga normal dynamo rm 26.. ummi hanya beli bila harga less than rm 21.. kat mydinkan barang murah.. sama jugak diaper untuk adriana. tgh train adriana tak pakai diaper.. mamy poko mahalkn.. ummi beli bila harga murah. now kat mydin harga camtu jelah. paling murah ummi rasa as compare to other hypermarket..
dulu mr kingshah pakai ambil aje barang. skrg dia tgk gak harga. belaja ngan bini dialah.. hehehhe.. cuma yang tensen bila nak pegi jalan.. ajak pegi langkawi,  dia kata ada apa kat sana.eleh ckp aje tu,  kalau beli tiket sure ikut punya.. ajak mandi sungai,  tak nak.. padahal bini ngan anak dia hantu mandi sungai.. uhhh geram.. agaknya nak kena tinggal dia sensorang kat umah kit. ehhh emak diakan ada kat umah.. biar kitaorg yg pegi jln..

insha allah thn depan nak naik kapal terbang. dah tentu kena cop passport.. dok bertelagah pasal hotel. nak hotel yg sama.,  ummi kata apahal nak tempat yg sama. kenalah cuba tempat lain plak. insist nk yg sama. suka hati ko lah mr kingshah.. yg ummi tau sila bayar hotel ye.. jgn lupa bayar untuk shopping sekali..

kdg2 geram bila x sependapat.. kang bila tak setuju,  muka mulalah mcm cuka. malas nak hadap.. so korang camne? untungnya kalau sehati sejiwa tp ada ke? wujud lg ke? untung la korang ye..sob sob sob...…

p/s.. nak komplen sikit.. ni apahal pompuan ala2 ustazah (belum jd ustazah lg rasanya tp stok2 ustazah gitu) dok berwhat's app tgh mlm ngan laki org.. tak faham dan malas nak faham.. nak tahajud bagai tp masih sempat berwhat's app.. apa laki dia tak marah ke? adoiii laaaa

Wednesday, October 16, 2013

HATI RUNGSING

apa ubatnya kalau hati kita rungsing? sebelum ni ummi dah bincangkan tentang mencari ketenangan hati.  ummi dah belajar cara untuk hilangkan rungsing dan alhamdulillah ianya berjaya. apa2 pun brgantung pada diri sndiri. pada ummi cara terbaik ialah banyakkan solat sunat dan mengaji. insha allah hati akan tenang. masalah mmg takkan hilang tapi sekurang2nya hati kita lebih tenang. bila hati tenang otak pun mudah nak berfikir dengan baik.
bila cerita tentang lelaki, yes ada orang beruntung sbb dapat suami yang menepati apa yang kita nak.. tapi bukan semua orang beruntungkan? allah dah tetapkan jodoh masing2 maka tentu ada sesuatu yang mengekalkan jodoh suami isteri. ada isteri yg malas masak tapi laki dia tak kisah pun. ada suami yang suka berpoya2 tapi duit tak pernah miss bagi bini. susah nak dapat yang sempurna,  seperti yang kita nak tapi perancangan allah adalah yang trbaik. allah maha mengetahui...
tiba2 off topik...…  apa korang buat bila runsing? jom share2. yang baik boleh diikuti dan yang tak baik of course kena jauhi.. opss lupa nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. hujan memanjang kat penang. tapi raya pun ada gak orang menggatal.. pelik? pelik...…

Thursday, October 3, 2013

SEMANIS KURMA - PASANGAN HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah, Ummi sempat dengar dan tengok semanis kurma malam ni. Yang sebenarnya sibuk siapkan keje off sambil telinga pasang dengar topik yang dibincangkan. Ummi pun pernah mengalami perkara yang sama. Setiap minggu ulang alik KL-Ipoh. Duit habis atas jalan. Nak tunggu dapat pindah sampai 9 bulan. Hampir setiap hari gaduh over the phone. Mr Kingshah kuat cemburu. Ummi pun sama. Mana nak percaya dah asyik buat perangai je.. Sabar jelah.

Tapi berkenan sungguh dengan jawpan tetamu jemputan. Hebat walaupun masih muda. Orang lelaki yang pandai menjaga hati orang perempuan. Bilalah agaknya mr Kingshah nak jadi camni.. Ermmm.. Tunggu jelah saatnya kalau ada. Huhuuhu..

Tak sempat nak salin petua dari ustazah. 7T tapi hanya dapat 6T
1. tahan - tahan diri dari menggoda dan tergoda
2. tabah - bersabarlah dengan segala ujian
3. Tunggu - jangan curang dan sentiasa nantikan kepulangan orang yang tersayang
4. Teknologi - guna lah teknologi yang ada.
5. Tekad - kuatkan hati
6. takdir - redha dengan ketentuan Allah
7.  TAK SEMPAT NAK DENGAR SBB ASYIK CARI BUKU NAK TULIS....

Buat kawan2 diluar sana yang PJJ, bersabarlah dan pupuklah kepercayaan antara satu sama lain. Jangan pulak nak curang maklumlah kononnya single. Jagalah perasaan antara satu sama lain.. Insha Allah Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita.

Friday, September 20, 2013

SEMANIS KURMA- MENAKLUK PASANGAN

Semalam tgk semanis kurma. tetamu jemputan mcm bapak dari indon,  nama taktau tp dipanggil dato pak engku. best jugak dengar bapak ni bercakap.. penuh dengan motivasi,  semangat giler.. bapak ni cakap,  tak perlu nak guna susuk atau apa untuk tarik perhatian suami. cukup dengan bersih dan wangi..  dan jangan lupa solat dan berdoa la sebab alah maha mendengar doa hambanya.. antara kandungan  doa minta suami diberi petunjuk,  dijauhkan dari segala kejahatan,  minta yang baik2 untuk suami.. 

pastu ustazah cakap 'kepercayaan adalah asas kebahagiaan suami isteri. hilang kepercayaan hilanglah segalanya. juga petua yang diberi 3P 2F 2D...
1.pandang- saling pandang memandang antara satu sama lain
2. pegang- sambil pandang suami atau isteri,  pegang la anggota badan satu sama lain
3. puji-lahirkan kata2 pujian
4.faham- perlu ada kesefahaman antara satu sama lain
5. first- jadilah suami atau isteri yang pertama dan juga terakhir
6. dengar- dengarlah luahan atau kata2 suami atau isteri
7. doa- yang paling utama berdoa la. insha allah akan diperkenankan allah.


Friday, September 13, 2013

PETUA 8P USTAZAH SITI NOR BAHYAH

Mari kita tengok petua Ustazah bagi untuk renungan suami isteri.

1. Puji -  iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan   seperti masakan atau ucapan teria kasih apabila diberi pertolongan.

2. Peluk- pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. Penghargaan-  amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. Perhatian -  yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,

5.  Persefahaman - persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

6. Pergaulan -  pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Percutian - kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. Permohonan -   doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
  
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri
- membaca surah Al-Imran ayat ke-31
- membacakan ayat ke-200 surah sama
bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” 

SEMANIS KURMA-SAMA-SAMA CURANG

Ari ni buka tv9 keluar semanis kurma. tgk tajuk - sama-sama curang. menarik tu..so volume kasi kuat sikit bg mr kingshah dengar sama.. perkongsian rumah tanggakan.. ermmm banyak benda yg boleh dipelajari. rupa2nya ramai jugak yg sama2 curang. nauzubillah...…

Apa itu curang? bagaimana nak definisikan curang tu?curangkan banyak jenis. dalam semanis kurma ni ummi rasa fokusnya as long as pasangan tak jujur dikira curangla..contoh macam ada kawan yg bersayang2,  atau asyik berkol atau bersms atau ber we chat atau ber whatsup semua boleh dikategorikan curang

ok pd ummi curang ni kalau pasangan mula menyembunyikan sesuatu. yela kalau sampai phone pun tk bleh pegang apa kes.. berani kerana benar.ummi ta penah rasa takut untuk bg mr kingshah tgk phone. suka atilah nak buat apa pun. tp mr kingshah sebaliknya. lihat snarai nama kawan pompuan pun buat ummi seram sejuk. sorry to say,  ummi tak percaya bab kawan berlainan jantina ni. kalau bukan pompuan tu yg gatal,  bleh jd mr kingshah yg gatal. so ummi tak berkenan ok perangai suka kawan ngan pompuan ni. biar la orang nak kata ummi kolot sbb takde kawan janji ummi tak terjerat ok.. mula2 saya awak,  pastu i u pastu abang sayang.. wekkk nak muntah hijau...…  please laaaa..

kalau tak silap tadi ustazah ada kata dari nabi muhammad -janganlah kamu berlebih2an dengan kaum berlainan jantina kerana ia membuka lubang2 kecil kepada perkara yg tidak baik. lebih kurang camtu la bunyinya...… so nabi pun dah kata macam tu takkan tak nak dengar plak. gadget yg canggih hari ini memang bagus tapi lg banyak yg tak bagusnya. mengurangkan komunikasi,  mendekatkan maksiat, kurangkan interaksi,  kurangkan kreativiti dn banyak lagi,..yg benarnya terpulang pada diri individu nak memanfaatkan teknologi yg makin canggih ni..

kaunselor rumahtangga yg jadi panel td (tak ingat namanya) kata kalau pasangan dah curang,  jangan kita ikut sama. ni ummi sangat setuju. sebab takkan membawa ke mana2. suami brdosa kita pun ikut sama berdosa. sepatutnya kita berdoa banyak2 supaya suami brubah. tapi jika suami masih tidak berubah teruskan jelah berdoa. allah maha mendengar doa hambanya. insha allah akan di perkenankan doa tu satu hari nnt yg kita tak tahu bilanya. dan bukannya kita sama2 curang. sekarang pembalasan pun dah nampak di dunia ni. allah bayar cash lagi..

teringat lagi kata2 puan suzana mansor(kalau tak silap betul la namanya) dalam apa kata wanita,  memaafkan itu mudah tapi nak melupakan itu yg susah...…  yes,  sangat setuju. kita orang pompuan hati lembut.. senang memaafkan kesalahan orang. tapi kenangan semasa disakiti tu susah nak dilupakan.. tu yg menyebabkan seolah2 kita masih belum memaafkan. asyik teringat2. rasa nak balas dendam tapi sbb imam masih kuat jd cancel. takpelah fikir positive yg satu hari nnt semua perkara ni akan berlalu. tentu ada hikmahnya kan kan kan...…

bagaimana nak atasi kes curang ni? banyak jawapan ada dalam komen di fb semanis kurma. antaranya
1 solat jemaah bersama2
2 saling berkomunikasi
3 tiada rahsia antara pasangan
4 berdoa
dan banyak lagi..

so mari buat simpulan.. jangan korang curang ye. kalau pasangan curang,  doa banyak2. jangan balas. kan sama2 nak syurga so kena sabarlah.. bg pasangan y curang tu,  jangan lupa ye allah bg cash skrg ni. bila2 masa dia bg hukuman. jgn menyesal plak. maklumlah bak kata panel tuan haji,  lelaki bila dah senang cepat berubah kesetiaan kononnya sbb ramai pompuan tergila2kan sbb banyak duit. potensi nak curang lebih besar. pompuan plak masa susah sbb nak lelaki kaya. so nak banyak duit curang ler.. apa2 brgantung pada hati sendiri. kuatkan iman dan tepislah segala dugaan. insha allah semua akan selamat...........

Friday, September 6, 2013

SUAMI SUKA MELEPAK MALAM

Topik ari ni.. suami suka melepak malam. apa pendapat korang? ummi tak nak cerita apa2 cuma nak ambik luahan dari hasil yang ummi baca dlm intenet..
dalam cari forum ada topik ni. hasilnya seperti berikut
- tak apa suami melepak malam dgn syarat bukan setiap malam dan perlu bgtau si isteri..
- lelaki mmg perlukan kawan untuk berkongsi sesetengah perkara yg tak dpt dikongsi dengan si isteri.
dari blog2 yg lain ramai si isteri yg rasa kecewa dan sedih sbb suami lebih suka melepak sampai 2 pagi kat luar.. ditinggalkan dan rasa bersendirian tambah lagi kalau siang penat bekerja,  balik umah nak kena uruskan anak2 dan buat keje umah. suami plak terus hilang lepas isyak. kesian.. wanita ni superwomen..
Ada beberapa solan yg bermain dlm kepala ummi. kaum adam vs lelaki vs man vs suami tolong bg respon skit
1)seronok ke dapat melepak malam2?
2) korang melepak  setiap malam atau 2-3 kali seminggu?
3)betul ke isteri tak boleh jd best friend korang?
4) betul ke ada benda yg tak bleh dibincang dgn isteri?kata takde rahsia antara suami isteri..
5) apa plak pendapat korang kalau suami yg setiap mlm melepak sampai kul 1-2 pagi,  bila
ditegur si isteri yg kena marah,  bila dinasihati si isteri plak yg disyarahkan.. komen skit..
6) wahai si suami,  siapakah yg lebih penting,  kawan atau isteri dan anak2? kalau ditakdirkan anda kena buat pilihan,  siapa pilihan anda? kenapa?
HU. panjang lebar

Monday, September 2, 2013

KATA-KATA HIKMAH

Terima kasih pada blog ni sebab kongsi kata-kata hikmah ni.. Suka...SINI

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar- bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63) “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri”

64) Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.

65) kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.

66) Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

67) Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.

68) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

69) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

70) Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

71) Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

72) Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

73) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

74) Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

75) Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

76) Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

77) Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

78) Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

79) Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

80) Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

81) Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

82) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

83) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

84) Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

85) Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

86) Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

87) Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

88) Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

89) Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

90) Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

91) Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

92) Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

93) Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

94) Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

95) Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

96) Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

97) Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

98) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

99) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

100) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

101) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

102) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

103) Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

104) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

105) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

105) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

106) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

107) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

108) Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

109) Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

110) “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

111)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

112) “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

113) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

114) “Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

115) ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

116) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

117) “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

118) “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

119) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

120) “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

121) “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

122) “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

123) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

124) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

125) “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

126) “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

127) “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Thursday, August 15, 2013

BILA PENGORBANAN ISTERI TAK DIHARGAI...

Jangan buat spekulasi plak yg rumahtangga Ummi ada problem.. tajuk tu mcm scary la plak.. saja nak bincangkan topik ni.. yelah zaman skrg ni macam2 benda  yg jadi.. tp yg paling Ummi tak tahan bila en somi tak penah nak hargai cik  istri..  UMmi rasa zaman skrg ni jumlah suami isteri yg bekerja sama  aje byknya.. tapi brp ramai en somi yg bila balik umah tlg cik isteri buat keje umah.. cik isteri  dah jd superwomen.. mcm lipas kudung bila blk umah.. en somi goyang kaki.. ada plak yg bleh lg kuar mlm melepak ngan kawan2...tinggallah cik isteri sibuk uruskn anak,kemas umah dan lain2.. hebat cik isteri.. wahai en somi yg di luar sana, pikul la tanggungjawab sama2. tugas cik isteri hanya melayan en somi tau.. kerja yg lain en somi buat tau... ni t bknberbalik lak.. tp takpe kalau sama2 bekerjasama... HARGAILAH CIK ISTERI ANDA..bkn duit dan kekayaan yg dipinta ( tp kalau ada apa salahnya), hanya peluk cium,kata2 pujian, sentuhan, layanan dan luangkn masa bersama... mkn bersama2, tgk tv bersama2, solat berjemaah,melayan anak2 bersama2 insha allah  cik isteri bahagia...

Saturday, May 18, 2013

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam 

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

Credit to  http://airmien.wordpress.com.. TQ

TANGGUNGJAWAB ISTERI

Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam 


TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Credit to  http://airmien.wordpress.com.. TQ