Assalamualaikum..
Ummi dah start cuti panjang. Insya allah akan berjuang mendapatkan sekeping lagi ijazah kalau diizinkan Allah. Maka bila Ummi cuti, Adriana pun akan bercuti. Tak boleh berenggang. Dia memang rapat dengan Ummi. Memandangkan Adriana belum masuk sekolah, jadinya duduk rumah jelah adik ye. Ummi pun kelas maybe seminggu sekali aje. So boleh ulang alik ke KL. Wahh... boleh la window shopping selalu. Best...
So start Isnin kitaorg keluar untuk settlekan kerja2 Ummi. Renew license - dah, print gambar passport - dah, beli hadiah - dah. So kemana nak makan. Johnny's kat AEON Kinta. Pastu bila tanya Adriana tadi kita pergi mana, dia jawap "AEON". Kononnya Ummi nak ajar bohong skit bila Alissa tanya so nak suruh dia jawab Mydin aje. Alissakan pendengki sikit. Tapi bila tanya lagi, jawapan masih "AEON" . Hahahaha budak2 mana reti nak menipu. Buat la camne pun masih dia akan jujurnya. Nasib laaa..
So dah beli buku kat kakak, adik pun nak jugak. So belikan buku sticker. Kesukaan dia. Hari ni dia bantai duduk atas katil sampai 3jam buat sticker sampai habis. Ummi siap boleh tidur dalam sejam lebih, tapi dia steady je siapkan sticker. Hebat tul budak ni. Dari orang tu hanya 7 je yang siap, sampai boleh jadi 40 dia siapkan. Cayalah adik..
|
Nilah bukunya. Teruk betul handphone zaman dinasour Ummi ni. Tengah menunggu untuk tukar phone.. |
|
Jom kita buat sticker |
|
Nampak tak, banyak baju diaa... |
|
Cantik tak saya punya |
|
Ala, susah la nak pakai stoking |
|
Jom pakat beli buku ni. Ala fashion designer gitu |
|
Cantik tak? |
|
Ni la sebahagian orang yang dah siap pakai baju dan sebagainya |
|
Lagi. |
|
Muka keletihan |
|
Suka hati la dik |
|
Cantik tak? Saya design sendiri tau |
No comments:
Post a Comment